Novel : Hanya Kerana Cinta 3

Nama Pena : Eiymah Fahimah

BAB 3
Aku leka membaca buku pemberian Prince Aries ketika Zana memasuki kamarku. Hari ini hari Ahad, kami hanya melepak dirumah bila tidak bekerja.Rumah teres setingkat di seksyen 18 shah alam ini sudah hampir setahun dihuni kami berdua. Walaupun bekerja di lain pejabat, namun hubunganku dengan Zana sangat rapat. Lebih-lebih lagi aku sudah mengenalinya sejak di zaman universiti lagi. ” Amboi..layan sedih nampak..”Aku tersenyum mendengar kata-kata Zana. ” Eh, mana ada. Aku baca buku ni supaya aku tak sedih lagi dah…” Zana mengambil buku ditanganku. ” Bila kau beli ni? Macam best ajer..”Soal Zana. ” Tak belipun.ada orang hadiahkan.Tapi aku tak kenal. Dah orang bagi aku ambiklah..Tapi memang best giler..aku rasa tenang je baca buku ni.Kau bacalah.Tapi, tunggu aku habis baca dululah..” Aku memberi ruang kepada zana untuk duduk disebelahku. Zana terdiam sambil memandang coretan di belekang buku berwarna merah jambu itu. ” Hm..orang yang bagi buku ni macam tahu-tahu je kan kau tengah sedih? Agaknya, peminat kau tak?” Soal Zana.Aku sekadar mengangkat bahu tanda tidak tahu.
” cepatnya kau ni..baru lepas clash dah ada orang masuk jarum..hehe..orang cantiklah kan..”Aku tidak menjawab pertanyaan Zana sebaliknya buku ditangannya kuambil kembali. ” Isya, kau tahu tak masa kau pengsan dekat tepi tasik hari itub terlalu risau fikirkan kau. Dia yang hantar kau balik kerumah. Tapi, kau jangan risau, aku dah ucapkan terima kasih..”Aku sekadar tersenyum. ” thank’s Zana..” Melihatkan aku yang leka menatap buku, Zana bangkit dari katil menuju kepintu bilik. ” Aku nak keluar ni..jumpa Adam.Maybe malam kot baru balik. Kau jaga diri tau. Apa-apa hal sms atau call aku” Aku mengangguk lemah. ” Bestnya kau.Adam tak macam Zack..” Suaraku kedengaran perlahan.Menahan sebak didada mengenangkan cinta kami dulu. ” Ini aku tak suka ni..dah,dah..jangan fikirkan hal yang dah lepas.Baca buku tu..jangan bersedih..”Zana menutup kembali pintu kamarku.Biarpun aku mula mendapatkan semangat, namun bila melihat pasangan kekasih, sedikit sebanyak hatiku turut terasa.Apatah lagi aku ditinggalkan tanpa mengetahui apa salahku.Lagu Hallo dari telefon bimbitku mematikan lamunanku.mesej dari Prince Aries.
” Salam.Semoga hari-hari awak semakin indah dan membahagiakan.Jangan menoleh kebelakang lagi.Hadapi hari depan dengan sejuta impian..Awak pasti Berjaya”
Siapalah lelaki yang tidak putus-putus memberikanku kata-kata semangat ini? Walaupn mesejnya tak pernah kubalas, namun Prince Aries setia menasihatiku.Terasa seperti dia memahami perasaan dukaku.Aku menyambung bacaanku tanpa membalas mesejnya seperti biasa.

Petang itu aku ke SACC mall untuk membeli novel di MPH Book store.Satu kelaziman pada diriku untuk membeli novel dan buku motivasi setiap bulan. Aku menaiki Escalator untuk ketingkat atas yang menempatkan kedai buku kegemaranku itu.Namun jantungku berdegup kencang saat melihat sepasang kekasih yang asyik berpelukan dan ketawa riang tanpa mempedulikan orang amai yang memerhati kearah mereka. Zack ! Nama itu tercetus dibibirku.Aku benar-benar tidak percaya lelaki itu adalah Zakri, lelaki yang paling aku cintai.Kurang percaya dengan pandangan mata, aku menghampiri pasangan kekasih itu.Memang ternyata lelaki itu adalah Zakri. Gadis cantik berambut panjang itu ketawa riang disamping Zakri. ” Zack!” panggilku. Zakri menoleh kearahku. Wajahnya pucat melihat aku dihadapannya.Namun gadis disebelahnya hanya tersenyum memandangku.Memang gadis itu cantik Cuma sayangnya pakaiannya terlalu seksi.Jauh beza dengan diriku yang bertudung litup. ” Sapa ni Zack?” Soalku.Cuba menahan getaran di dada. Aku takut untuk menghadapi kenyataan ada gadis lain di hati Zakri sekarang.Aku inginkan jawapan Zakri berhubung perpisahan kami dulu. ” Girlfriend I, Julia..You buat apa dekat sini?” soalnya. Betapa pedihnya hatiku saat itu,hanya Allah sahaja yang tahu.Terasa ingin pecah dadaku menanggung rasa terkejut. Teringat kembali lafaz cintanya dahulu. Semudah ini diriku dilupakan. Sedaya upaya aku menahan air mata ini dari gugur. Aku tidak mahu lemah dihadapan mereka. ” Zack..apa salah Isya? Apa silap Isya sampai Zack sanggup curang dengan Isya? Cakap Zack!” Marahku.Gadis disebelah Zakri hanya mendiamkan diri sambil merangkul erat pinggang Lelaki yang banyak memberi kenangan manis dalam hidupku. ” I dah tak ada rasa cinta dengan you. Bersama you, I tak dapat apa-apa melainkan cinta you yang mungkin ikhlas atau tidak.Tapi, dengan Julia, I rasa lain.I dapat apa yang I tak pernah dapat dari you. Dia buktikan cintanya pada I.But, with you, what can I get? Nothing!” Dengan angkuh, pipi Julia dikucupnya dihadapanku. Jelik mataku melihat kemesraan mereka.Zakri terlalu banyak berubah. Sejak menetap di KL dan menjawat jawatan baru di sebuah syarikat besar di sana, sikapnya berubah benar. Tidak seperti dulu lagi. Aku mengangguk perlahan, Manahan sebak di dada. ” Dari mula kita kenal dan bercinta.Zack tahu pendirian Isya macam mana.Zack tahu tubuh badan Isya takkan Isya berikan selagi kita tak berkahwin.walau tangan sekalipun Isya tak izinkan Zack sentuh, apatah lagi bahagian yang lain? Isya taknak cinta kita bertuankan nafsu, zack. Dulu, zack tak macam ni. Zack tak pernah paksa Isya, tak pernah minta yang bukan-bukan dari Isya. Tapi, kenapa baru sekarang Zack nak persoalkan cinta Isya?Bukan itu ukuran cinta Isya pada Zack..Zack kejam!”Nada suaraku bergetar menahan tangisan dan rasa sakit hati yang membukit didada.Apatah lagi melihat gadis lain erat memeluk lelaki yang sangat aku cintai suatu ketika dulu. ” dahlah Isya. It’s over. Nothing between us…I dah tak ada perasaan pada you. Cinta tak boleh dipaksa. Please stop from loving me…I tak mungkin kembali pada you lagi.” Mendengar kata-katanya, satu tamparan kuhadiahkan kepipinya. Tamparan sulung dariku. ” Dengar sini Zack..kalau Zack fikir Isya ni lemah, hati dan perasaan Isya mudah dipijak dan dipermainkan, Zack silap.Zack sedar taka pa yang Zack buat? Sedar tak? Yang Zack mainkan ni hati Isya! Bukan barang mainan.Isya sakit tau tak? Hati Isya ni sakit sangat..Ni balasan yang Zack beri pada Isya. Isya benci diri Isya kerana pernah menyayangi dan menyintai Zack..Isya menyesal mengenali lelaki bernama Mohd Zakri Fitri Ahmad.Isya benci Zack!” serentak melafazkan kata-kata itu aku berpaling. Tidak lagi ingin menoleh. Biarpun banyak mata yang memandang kearahku, aku tidak peduli. Biarlah orang fikir aku lemah. Mereka tak tahu apa yang aku rasa. Bertahun aku setia, menjaga cinta kami, ini yang aku dapat. Pedih mengenangkan cinta yang tidak kesampaian, pedih lagi mendengar kata benci dari orang yang kita cintai. Air mata yang kutahan sedari tadi menitis juga. Aku berlari masuk kedalam kereta.Aku menangis sayu. Sampai hati Zack..hanya kerana aku tidak membenarkan dia menyentuhku seperti gadis tadi aku ditinggalkan sedangkan sejak 4 tahun kami bercinta dia begitu menjaga maruahku.Telefon bimbitku berbunyi tanda ada panggilan telefon. Namun tidak kulayani.Mungkin Zana.Aku rasa ingin bersendirian ketika ini. Aku memandu keretaku menuju ke taman tasik Shah Alam. Disinilah tempat aku selalu mencari ketenangan ketika bersedih. Duduk di bangku sambil memandang pemandangan tasik yang tenang dan mendamaikan hatiku.Aku menyapu air mata yang mengalir dipipi. Sedaya upaya aku menahan diri dari terus mengeluarkan air mata yang terlalu murah harganya bila memikirkan tentang Zakri.Sudah terbukti, dia bukanlah lelaki terbaik untukku.Sekali lagi telefon bimbitku menjerit minta diangkat Aku segera mematikan talian. Ya Allah..kuatkanlah semangatku, doaku tidak putus-putus.

***************************

” Assalammualaikum.Isya” kedengaran lembut suara umiku di hujung talian.Ketika itu aku baru menghidupkan telefon bimbitku. Hampir 3 jam aku di tasik, aku mengambil keputusan untuk pulang kerumah. Ketika aku tiba, Zana belum lagi pulang.
” Waalaikummussalam..umi” sedaya upaya aku mengawal suaraku
” Isya nangis ke? Lain je umi dengar suara tu..tadi banyak kali umi call,nape tak jawab?”
” Taklah Umi. Isya selsema. Maaflah umi tadi bateri phone habis.Umi dengan walid apa khabar? Sihat?” soalku. Aku terpaksa menipu kerana tidak mahu umi risau dengan keadaanku.
” Umi Alhamdulillah sihat. Isya macam mana?”
” Isya pun sihat umi. Cuma sibuk sikit. Banyak kerja di pejabat” terasa ingin mengadu pada umi perihal Zakri tetapi mendengarkan suara umi yang ceria aku mematikan niatku. Umi tak perlu tahu. Cukuplah umi tahu kami sudah tiada jodoh.
” Umi ada benda nak cakap ni. Ada orang dari Johor datang merisik Isya. Anak kawan walid masa time askar dulu. Tapi Umi dengan walid tak bagi keputusan lagi.Nak Tanya Isya dulu..” Berdebar dadaku saat mendengar penjelasan umi.Sudah 3 kali pinangan orang terpaksa mereka tolak atas alasan aku sudah berpunya.
“Nantilah umi Isya fikirkan..”
” Lelaki ini baik orangnya. Bersopan dan hormat orang tua. Umi dengan walid berkenan betullah.Namanya Aidil Iqbal. Tak silap umi dia keja sebagai engineer dekat KL.” Kata umi lagi.Aku hanya mendengar. Sebenarnya, kepalaku sudah terlalu berat untuk berfikir.Mengenangkan peristiwa tadi aku sudah terasa hendak pitam, inikan pula untuk memikirkan soal jodoh.Selepas berbual seketika dengan Umi, aku menamatkan panggilan. Terasa rindu pada Umi yang tinggal di Pahang. Sudah sebulan aku tidak pulang ke kampung kerana kesibukkanku dengan kerja. Tersenyum memkirkan hanya aku dan abang Faizal yang menjadi permata hati kedua orang tuaku. Abang Faizal sudah berumah tangga dan menetap di Terengganu bersama isteri dan 2 anaknya. Hanya aku sahaja yang belum berkahwin.Lagipun usiaku baru menganjak 24 tahun. Masih muda..fikirku didalam hati.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: