Novel : Ini Bubur Cinta 2

Nama Pena : anarif

Nek Zizah melabuhkan punggungnya di muka pintu, merenung suaminya yang sedang leka menghisap rokok daunnya di atas anak tangga teratas. Dulang berisi secawan kopi itu didekat dengan suaminya.

“bang, kopi.”

Tuk Khalid menoleh sekilas sebelum mengubah duduknya, mengiring pula.

Dicapainya cawan kopi itu dan diteguknya, rokok daunnya terselit di celah jari, masih berasap-asap lagi.

Nek Zizah menghela nafas berat. Sarat fikirannya memikirkan hal yang berlaku dua hari lepas. Sehingga sekarang, terngiang-ngiang perbualan antara mereka.

Isabelle. Seraut wajah itu tidak pernah meninggalkan benak fikirannya. Dia mengeluh perlahan.

“Zizah, kamu fikirkan pasal Mah ke?” soal Tuk Khalid seraya menghembus asap rokoknya, berkepul-kepul asap itu baik ke udara dan menghilang dalam dingin malam.

Nek Zizah mengangguk lemah.

“ya bang.”

Tuk Khalid turut melepaskan keluhan panjang.

“hmm, abang pun buntu. Tak tau nak kata apa. Nak tolak, kesian pulak. Nak terima, Haliza pulak macam mana nanti.”

Nek Zizah menarik nafas dalam.

“tu lah bang. Zizah pun pening. Kalau ikutkan hati Zizah, Zizah boleh je terima si Isabelle tu. Ada baiknya jugak dia duduk dengan kita. Jauh dari hiruk pikuk kota. Tapi, hmm…” dia mengeluh lagi.

Tuk Khalid menyedut dalam-dalam rokoknya daunnya sebagai sedutan terakhir sebelum dilemparkan puntungnya ke atas tanah.

“abang rasa kita ambik je lah dia. Kesian dia. Mak bapak pun tak nak. Apa nak jadi budak-budak zaman sekarang. Pelik aku.” Bebel Tuk Khalid.

Nek Zizah angguk.

“tapi, Haliza bang?”

Tuk Khalid bingkas, berdiri di anak tangga, dikibas-kibas ribanya sebelum dia melangkah naik ke atas.

“tak payah beritahu dia. Lagipun, bukan kita mintak duit dia pun. Kita boleh hidup jugak tanpa dia.” Tuk Khalid terus melangkah, meninggalkan nek Zizah keseorangan di muka pintu.

Ada betulnya cakap suaminya itu. Esok dia akan menelefon Datin Rahmah, untuk mengkhabarkan berita itu. Berita baik.

*********

Datin Rahmah memeluk Isabelle lama dan kejap sehingga si kecil itu meronta kelemasan.

“granny, why are you crying?” suara kecil itu bertanya.

Hairan dia apabila neneknya itu menitiskan air mata.

Datin Rahmah mengesat air matanya hiba.

Dipegang kedua bahu cucunya itu.

“sayang, Isabelle tinggal di sini, dengan nenek Zizah dan Tuk Khalid. Nenek dan atuk nak balik dulu.”

Berkerut-kerut dahi Isabelle.

“you are leaving me here?”

Datin Rahmah mengangguk hiba.

“yes dear. We have to. Isabelle janji, jadi budak baik ya. Kalau Isabelle tak nakal, nenek akan datang jumpa Isabelle. Ok?”

Isabelle menggeleng.

“no, please don’t leave me here granny.” Isabelle merayu, hiba.

Hiba lagi setiap mata yang memandang. Datin Rahmah menggeleng.

“I’m sorry dear.”

Isabelle bingkas mendapatkan Dato\’ Dini. Dipeluknya kedua kaki lelaki itu.

“grandpa, tell granny to take me home. Ask her grandpa. I don’t want to stay. I wanna go home. Take me home please.” Suara itu sudah serak.

Isabelle sudah mula teresak-esak.

Dato\’ Dini melutut, dikesatnya air mata Isabelle yang tidak henti-henti mengalir.

Nek Zizah menghampiri Datin Rahmah lalu dipeluknya sahabatnya itu. Hatinya turut sayu.

Dato\’ Dini menguntum senyum yang jelas tawar.

“ini untuk kebaikan Isabelle sayang. We love you, we do, and thats why we have to do this.” Dato\’ Dini cuba menjelaskan.

Isabelle menggeleng hiba.

“no, you’re lying! Why does everybody hate me? Everyone hates me! That’s why you are leaving me! Mummy hates me! Daddy leaves me! And now you want to leave me too! Why? Why?” berjejeran air matanya kala dia menghabiskan ayatnya.

Dato\’ Dini pantas menarik tubuh kecil itu ke dalam pelukannya. Dia tidak sanggup menerima tohmahan kanak-kanak itu, walau dia tahu itu tidak benar.

Mereka menyayangi Isabelle, sepenuh hati mereka. Dia terlalu kecil. Tak mungkin dia memahami sebab di sebalik semua itu. Tak mungkin.

Lama mereka berpelukan, dan suara tangisan Isabelle semakin menjadi-jadi.

Akhirnya Dato\’ Dini menolak Isabelle perlahan, dan direnungnya sepasang mata biru itu.

“atuk dan nenek balik dulu.” Dia mengisyaratkan kepada Tuk Khalid supaya memegang Isabelle, dan Tuk Khalid menurut.

Isabelle, saat Tuk Khalid sudah memegang kejap pergelangan tangannya, pantas meronta.

“no! Please! Grandpa! Please!” rayunya.

Dato\’ Dini tidak menoleh lagi. Dia menuruni tangga rumah pantas, diikuti dengan Datin Rahmah yang sudah basah pipinya.

Tuk Khalid memegang kejap, dan dibawanya Isabelle menuruni tangga dengan perlahan dan sukar kerana Isabelle meronta kuat.

“granny! Take me! Please! I will be a good girl! I will! I promise you! Please!” rayuan Isabelle memenuhi segenap ruang.

Dato\’ Dini dan Datin Rahmah sudah menghilang ke dalam perut kereta.

Beberaka ketika kemudian, perlahan kereta Mercedes itu meluncur keluar dari pekarangan rumah Tuk Khalid, dan tangisan Isabelle semakin kuat. Pegangan Tuk Khalid semakin renggang, dan Isabelle melorot ke atas simen di depan tangga. Habis kotor gaun kembangnya, basah mukanya.

Di atas rumah, Nek Zizah turut mengesat air matanya.

******

“Isabelle, mari makan.” Nek Zizah mengetuk pintu bilik kayu itu perlahan. Memujuk si kecil itu makan.

Tuk Khalid sudah ke kedai membeli barang mentah.

Sedari tadi, Isabelle belum keluar dari biliknya. Bilik yang dahulunya milik Haliza.

“go away. Leave me alone.”

Nek Zizah menahan nafasnya.

“Isabelle, makan lah sikit. Nanti sakit kalau tak makan. makan ya sayang?” pujuk Nek Zizah lagi. Sebentar tadi, dia sudah menelefon Datin Rahmah, memberitahu perkembangan Isabelle.

Tidak banyak. Sebetulnya tiada langsung. Dia begitu murung dengan pemergian mereka. Telah banyak yang dia lalui. Sewajarnya dia merasa begitu.

Pintu bilik itu tidak berkunci. Sengaja mereka membuang selaknya sebelum kedatangan Isabelle demia kebaikan mereka. Bimbang Isabelle terkunci dirinya dan tidak tahu membukanya semula.

Sungguhpun begitu, Nek Zizah tidak berani mahu menerjah masuk.

“Isabelle….”

“go away…” dan suara itu semakin sayup.

Nek Zizah tahu dia menangis lagi.

Diselaknya daun pintu perlahan.

Yang kelihatan di atas katil itu Cuma separuh badannya, muka bertutup dengan teddy bear yang hampir sebesar badannya yang dibawa bersama sebentar tadi.

Sayup-sayup kedengaran suara tangisan di balik teddy bear itu.

Nek Zizah melabuhkan punggungnya di sisi katil. Direnung sahaja badan yang terhenjut-henjut itu.

Dihulurkan tangannya, dan disentuh lengan Isabelle perlahan, membuatkan tubuh kecil itu terloncat sedikit, terkejut dengan sentuhan itu.

Isabelle pantas bangun lalu duduk. Jelas pipinya basah dengan air mata.

“go away.”

Nek Zizah menggeleng.

“jangan menangis sayang. Nenek dan atuk sayangkan Isabelle. Sebab tu mereka tinggalkan Isabelle.”

Isabelle menggeleng seketika sebelum disembamkan kembali mukanya ke teddy bearnya, menyembunyikan wajahnya.

“no, they don’t. If they do, they wil take me home.” Rintihnya dari sebalik teddy bear itu.

Nek Zizah menunduk.

Apa lagi yang harus dibuatnya untuk menenangkan si kecil ini? Dia sudah habis cara. Sudah hampir seharian, sejak Isabelle tiba tengahari tadi, sebutir nasi pun belum dijamahnya.

Nek Zizah termenung di situ apabila tiba-tiba telinganya menangkap suara memberi salam. Pasti Paan.

“waalaikumussalam. Kejap, nenek keluar.” Jeritnya dari dalam bilik.

Nek Zizah keluar dari bilik itu dengan hati yang berat, dan ditutupnya pintu itu kembali. Dia tidak mahu Isabelle terasa tidak dihargai. Itu biliknya.

Diatur langkah ke tangga. Wajah Paan tersembul di bawah, berbaju melayu, bersongkok.

“naiklah Paan.”

Tanpa berlengah, Paan menurut.

Sebuah rehal dan senaskhah kitab suci al-Quran dipeluk kejap ke dadanya.

“nenek buat apa tadi? Dari tadi Paan bagi salam, nenek tak jawab-jawab.” Soal Paan penuh rasa ingin tahu.

Umurnya baru 9 tahun.

Dia mengekor neneknya ke ruang dapur.

Nek Zizah mencapai serkup kepalanya yang tersangkut di tepi dinding dapur lalu disarung ke kepalanya.

“nenek dalam bilik tadi.” Jawabnya lemah.

Paan berdiri tegak, direnung wajah neneknya itu.

“nenek sakit ke?” soal Paan lagi. Wajah neneknya kelihatan murung.

Nek Zizah menggeleng.

“tak lah, nenek sihat. Dah, jom. Nanti lambat mula lambat pulak kamu balik. Bising pulak mak kamu.” Nek Zizah mengatur langkah ke ruang tamu kembali, dan dia melabuhkan punggung di atas lantai, betul-betul menghadap pintu rumah.

Paan menurut, dan dia turut duduk menghadap neneknya.

Dibuka papan rehalnya dan diletakkan naskhah al-Quran itu cermat di atas rehal.

“ok, mula.” Arah Nek Zizah.

Paan memulakan rutin hariannya sejak dia berumur 4 tahun lagi, mengaji al-Quran bersama neneknya itu. Dari mengenal huruf hijaiyah sehinggalah kini, dia sudah hampir khatam al-Quran. Kerana kecerdasannyalah nek Zizah amat menyayanginya. Cucu sulungnya, anak sulung Haliza.

Paan bermula dengan surah pembukaan, al-fatihah sebelum dialunkan ayatul kursiy dan doa penerang hati.

Lantang suaranya memenuhi segenap ruang rumah kayu itu.

“bismillahirrahmanirrahiim.”

“what are you doing?” suara yang mencelah itu membuatkan tumpuan Paan hilang. Dia baru sahaja mahu memulakan bacaan al-Qurannya.

Kedua Nek Zizah dan Paan menoleh ke arah yang sama. Isabelle berdiri tegak sambil memeluk teddy bearnya.

Paan ternganga.

“nek, anak orang putih mana pulak datang rumah nenek ni?”

“hush!” Nek Zizah menepuk paha Paan, menegur bicaranya.

Hati Nek Zizah berbunga riang. Akhirnya, kuasa ayat suci al-Quran berjaya menarik Isabelle keluar dari biliknya. Alhamdulillah. Dalam diam dia memanjat syukur.

Dia menggamit Isabelle supaya mendekati mereka.

“Isabelle, mari, duduk sini.” ditepuk-tepuk lantai di sebelahnya.

Isabelle menurut. Mata bulatnya jatuh pada naskhah suci al-Quran milik Paan.

“what is that?” ditunjuknya al-Quran itu.

Paan begitu teruja.

“nek, dia cakap orang putih la!” komen Paan.

Nek Zizah menarik tangan Isabelle perlahan, memintanya duduk dan dia tetap menurut.

“besarnya teddy bear dia!” tegur Paan lagi.

Nek Zizah tersenyum nipis, direnung Isabelle di sisinya.

“Isabelle, ini kitab suci al-Quran.” Nek Zizah menerangkan.

“I don’t understand.” Si kecil itu menggeleng perlahan.

“mama Isabelle tak pernah tunjukkan al-Quran pada Isabelle?” soal Nek Zizah, dalam hati ada gusar, bimbang Isabelle tidak memahami bicaranya.

“no. She showed me bible.”

Nek Zizah mengurut dada mendengar jawapan Isabelle.

“Isabelle, ini kitab suci kita. Isabelle orang islam, Isabelle kena baca al-Quran. Bukan bible. Faham?” lembut Nek Zizah menerangkan.

“why? Aren’t they the same?”

Nek Zizah menggeleng pantas.

“tak sayang. Tak sama, al-Quran kitab suci orang Islam, bible untuk agama Kristian. Ok?”

Isabelle mengangguk. Entah apa yang difahaminya dan sejauh mana dia memahaminya, Nek Zizah tidak pasti. Tekadnya Cuma satu. Isabelle akan dididik dengan ilmu agama sebaiknya. Itu janjinya pada Datin Rahmah.

“nenek, siapa dia ni?” Paan sudah tidak sabar-sabar lagi.

Nek Zizah menoleh ke Paan sekilas seraya memeluk mesra bahu Isabelle.

“ini Isabelle.”

“Isabelle? Macam mana dia boleh ada kat rumah nenek?”

“dia cucu kawan nenek. Nenek jaga dia sekarang. Dia akan tinggal dengan nenek mulai hari ni.” jelas Nek Zizah lagi.

Paan mengangguk.

“ooo. Cam tu ke? Dia faham bahasa melayu?”

“faham. Cuma tak reti sangat cakap. Ayah dia kan orang melayu. Mak dia orang putih.”

“ooo…”

Nek Zizah menjeling Jam dinding sekilas.

“hish, Paan, dah lah, cepat mula. Nanti lewat dah.”

Paan mengeluh. Banyak lagi yang mahu ditanyakannya.

“okk…” dengan berat hati dia melafazkan bismillah semula, di hadapan Isabelle yang memerhati penuh minat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: