Novel : Khilaf Semalam 2

Nama Pena : pena biru

Malam menjelma lagi. Malam kedua yang dirasakan sangat sukar untuk dilalui. Apabila malam muncul, Liyana Balqis resah. Apabila dia resah, tentulah malam sudah menjelma untuk menyukarkan dirinya. Malam, bermakna dia akan sekali lagi berkongsi bilik apatah lagi katil bersama Hasbul Warits. Dia bimbang peristiwa semalam kembali menemani malamnya.
Semalam, walaupun dia masih marahkan lelaki itu namun dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri secara tidak sedar. Sepatutnya dia mengelak, tetapi tingkah laku Hasbul Warits sangat lemah lembut dan romantis sehingga dia tidak mampu menolak. Tambahan pula dia masih terlalu muda. Masih tidak boleh mengawal nafsu. Lantas dia telah menyerahkan diri kepada suaminya.
“Qiss, tak tidur lagi? Dah lewat ni.”
“Kejap lagi, ibu.”
“Mata tu dah mengantuk dah. Jangan lama-lama nanti tertidur kat sini pula.”
Sekadar tersenyum, kemudian matanya menghantar ibu mertua melangkah menuju ke kamar. Jam di dinding menunjukkan beberapa minit lagi untuk ke pukul 12 tengah malam. Walaupun pada hakikatnya, Liyana Balqis akan tidur pada jam 10 malam. Jika dahulu ketika mahu menghadapi peperiksaan, dia akan tidur dahulu dah akan bangun semula sebelum subuh menjelma.
Mata Liyana Balqis semakin layu. Tanpa sedar dia telah terlelap di sofa sambil televisyen masih terpasang. Lampu yang terang benderang tidak menjadi beban untuk gadis ini melelapkan matanya. Dia sudah biasa tidur dibawah cahaya matahari, jika cahaya lampu yang menjadi penghalang itu adalah perkara biasa yang bisa dia tangani dengan mudah sekali.
Selepas beberapa ketika dia terlelap, Hasbul Warits pula keluar dari bilik. Sejak pulang dari rumah temannya untuk berborak-borak kira-kira sejam yang lalu, dia berada di dalam bilik lalu menunaikan solat dan terus tertidur. Dia leka membaca kitab sehingga terlelap. Mujurlah lampu yang tidak dipadam berjaya menyedarkannya.
Selepas terjaga dari tidur, dia tidak melihat isterinya di sisi. Lalu dia mengambil keputusan untuk keluar dari bilik. Tambahan pula dia dahaga. Mahu meneguk air di dapur dahulu sebelum menyambung tidur. Serta, mahu juga melihat apa yang sedang dibuat oleh isterinya sehingga tidak masuk ke dalam bilik.
“Ya Allah, tidur dah?”
Dia menggelengkan kepala lalu menghampiri isterinya. Wajah itu ditatap. Inilah wajah yang sering bergelak ketawa dengannya. Inilah wajah insan yang menjadi sahabatnya. Inilah juga insan yang telah menjadi isterinya tanpa dia pernah bermimpi. Setahunya, ada insan lain yang menaruh perasaan kepada anak sulung Cikgu Luth Bakri. Tetapi kerana ketegasan bapanya, lelaki itu tidak berani mengambil risiko.
Hasbul Warits tersenyum bangga. Akhirnya dia yang memiliki gadis ini. Walaupun pada umur ini, dia tidak sepatutnya melangkah masuk ke alam rumah tangga tetapi dia semakin sedar akan hakikat sebenar. Tidak salah dia memegang tanggungjawab besar ini. Tambahan pula dia kenal akan isterinya sejak lama dahulu.
Tubuh si isteri diangkat lalu di bawa ke kamar. Nyenyak. Tidak sedar langsung dirinya sedang berada di atas dukungan suami. Malah dia masih tersenyum dalam tidurnya sambil tangannya memeluk bahu Hasbul Warits. Suaminya itu sekadar tersenyum melihat gelagat isterinya ketika tidur. Tindakan tidak sengaja itu mencetuskan snyuman pada wajah suami.
“Ibu dah cakap tadi. Mata dia dah mengantuk tapi paksa juga.” Ujar Puan Wardah sekadar berbisik.
“Takpe, bu. Dia segan agaknya nak berdepan dengan Abul dalam bilik.” Balas Hasbul Warits.
Mungkin juga. Wanita itu tersenyum sahaja melihat anaknya. Puan Wardah membantu anaknya membuka pintu bilik lantas menutupnya selepas anak menantunya masuk ke dalam. Dia menggeleng kepala kemudian pergi ke dapur untuk mengambil air untuk suaminya.
“Menantu muda sangat macam ni lah agaknya.”
“Apa yang awak membebel tu? Mana air saya ni, Cik Dah oi.”
Puan Wardah berpaling. Suaminya sedang bercekak pinggang di belakangnya. Tangannya pantas mengusap dada. Terkejut juga apabila dia disergah pada waktu-waktu begini. Kehadiran suaminya ke dapur langsung tidak disedarinya. Entah sudah berapa lama lelaki ini berada di sini.
“Ayah ni buat terkejut ibu aje.”
“Yang ibu lambat sangat kenapa? Tercekik ayah kat dalam tu.”
“Makan ubat sebiji pun tercekik?”
Wanita itu menghulurkan segelas air kepada suaminya yang sudah duduk di kerusi meja makan. Lelaki itu tergelak kecil. Kemudian dia menyambut gelas itu lalu meneguk minuman sehingga habis. Puan Wardah turut sama duduk bersama suaminya sambil meneguk minuman juga.
“Ibu membebel apa tadi?”
“Takde apa-apa. Qiss tertidur kat sofa tadi, ayah. Nasib baik Abul keluar. Abul angkatlah dia masuk dalam bilik.” Ujar Puan Wardah menjawab soalan suaminya.
Jawapan itu buat lelaki itui tertawa kecil. Dia sudah dapat mengagak. Sejak tadi dia melihat wajah menantunya agak resah. Apatah lagi melihat Hasbul Warits masuk ke dalam bilik dan tidak keluar semula. Sejak itu mata menantunya asyik memandang pintu. Mungkin mengharapkan si suami keluar semula jadi dia akan masuk ke dalam. Tetapi malangnya lelaki itu tidak keluar.
“Ayah perasan tadi Qiss macam tanka masuk bilik kalau Abul ada.”
“Malu agaknya. Agak-agak ayah menantu kita ni bunting pelamin ke tidak?”
“Manalah ayah tau. Ibu buat tak apa Mak Long suruh?”
“Taklah. Kejam sangat buat macam tu, ayah. Nanti hati budak-budak tu nanti.”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: