Novel : Unknown Story 1

Nama Pena : syuhada lovers

“LEEYA, kau ingat tak time kita form two,”soal Fatin kepada Aleeya yang khusyuk menulis sesuatu di atas buku. Mereka berada di meja bulat tepi padang sekolah.Banyak pelajar sekolah yang sudah pulang, jadi suasana agak lengang dan sesuai untuk belajar kerana periksa akan menjelma dua hari lagi setelah seminggu cuti raya.
“Mana satu?” Soal Aleeya kembali tanpa memandang wajah Fatin.
“Time dalam train, waktu cuti balik Perak.”Balas Fatin.Aleeya tergamam, mengarahkan matanya memandang muka Fatin.Buku physics di depan matanya tidak lagi dipandang.
“Kenapa?”
Fatin mengeluh berat.Ingin memberitahu tetapi bibirnya enggan berkata.
“Aku jumpa Farouq semalam.”
Aleeya membulatkan matanya.
“Serious?Waktu hari raya, aku ada jumpa gambar dia.Tak sangka kau jumpa dia face to face pulak,”ujarnya.Fatin senyum paksa.
“Aku jumpa dia dekat Jaya Jusco.Gila handsome mamat tu.Mujur aku tak terpikat.”Beritahu Fatin lagi.Aleeya senyum sinis.
“Kau memang, semua muka macam Captain Iqram kau tu, semua handsome.”Sempat Aleeya memerli.Fatin tersengih.Okey, memang betul pun!
“Alah, kau macam tak tahu aku.Hem, nak dengar tak hikayat aku ni?”Tanya Fatin.Aleeya mengangguk.
“Cerita la cepat, aku tengah tunggu la nie.”Ujarnya.Fatin menghela nafas, bersedia untuk bercerita.
Imbas kembali..
“Ibu jangan lah jalan cepat sangat, semput angah,”ngomel Fatin.Puan Norizan terhenti.
“Angah yang jalan lambat, salahkan ibu pulak.Cepatlah sikit awak tu pun!Kata nak bagi surprise dekat ayah.Ni, kejap lagi ayah balik la, tak sempat ibu nak masak!”Rungut Puan Norizan.Aduh, kena marah pulak!Fatin mengeluh.
“Ibu, sekarang baru pukul 12 tengah hari.Ayah balik pukul 8 malam.Ada 8 jam lagi ibuku yang tercinta,”balasnya.
“Ish, yelah,yelah!Kamu ni, tak sah ye kalau tak menjawab, ikut perangai sapalah!”Ait, salahkan keturunan pulak!
“Ikut ibulah ni,”usik Fatin, nakal.Cepat sahaja pinggangnya dicubit.
“Gatal ya!”
Fatin ketawa bahagia.Dirinya dan Puan Norizan memang tak dapat dipisahkan.Apatah lagi dia adalah anak sulung perempuan, jadi agak rapatlah dengan ibunya yang seorang itu.
Lama berjalan, akhirnya sampai juga ke Secret Recipe yang bertempat di Jaya Jusco.Puan Norizan memilih chocolate fudge kesukaan Encik Zulkafli.Sementara menunggu, Fatin meminta diri ke kedai buku MPH yang berada di sebelah.Seperti biasa, tempat yang akan dituju ialah bahagian novel melayu yang memang menjadi kegilaannya dan Aleeya dari sekolah rendah.Novel Mikhail dicapai.
“Wah, novel baru ni!Kena kumpul duit nak beli,”monolog Fatin sendiri.Apatah lagi karya Ramlee Awang Mursheed memang menjadi kegemarannya dari dulu.Fatin meninjau novel lain, tanpa menyedari ada mata memerhati.
“Assalamualaikum.”
Fatin terkaku.Er, rasanya telinga dia tak pekak lagi.Perlahan-lahan dia berkalih ke kanan di mana arah suara itu datang.Seorang lelaki berketinggian 5 kaki 7 inchi,sedang memandang tepat mukanya.Muka lelaki itu seperti pernah dilihatnya sebelum ini.Cuma dia tak pasti di mana.
“Ya, boleh saya bantu?”Soal Ftain teragak-agak.Mungkin ada bakat kerja dengan kedai buku MPH nanti sewaktu tunggu result SPM tahun depan!Sempat pula Fatin berangan.
“Awak ni, Fatin.Kan?”Perkataan yang keluar dari bibir lelaki itu agak mengejutkan Fatin.Fatin hamper ternganga.Matanya sudah membulat.
“Kita pernah jumpa ke sebelum ni?”Soal Fatin.Terukir sebuah senyuman dari lelaki itu.
“Saya Farouq, lelaki yang awak jumpa dalm train dua tahun yang lepas.Ingat tak?”Fatin mendiamkan diri atau lebih tepat mengerahkan otaknya untuk berfikir setelah lama tak study semenjak cuti!
“Time tu, kawan awak hampir jatuh atas saya.Waktu tu kita semua sama-sama dalam train dari Perlis.”Jelas lelaki yang menggelarkan namanya Farouq.
Gotcha!
“Ohh, Captain Iqram!”Fatin berkata perlahan, namun dapat ditangkap oleh Farouq.
“Captain Iqram?”Soal Farouq, tidak mengerti.Fatin menguntumkan sebuah senyuman.
“Nothing, forget it.So Farouq, what are you doing here and macam mana awak boleh still cam saya?”Soal Fatin, tiba-tiba menjadi peramah.
“.Saya study dekat Politeknik Tungku Omar. Saja, keluar dengan kawan,that’s why I’m here.Erm, saya ada gambar awak dengan kawan awak tu.Aleeya, kan?”Balas Farouq.Fatin kagum sendiri.Hebat betul ingatan mamat ni!
Teringat sewaktu di dalam train, dialah yang gatal memperkenalkan dirinya dengan Aleeya selepas Farouq mengintroducekan diri.Puas dia dimarahi oleh Aleeya selepas itu.Mujur marahnya tidak berpanjangan!
Mereka bertukar cerita seketika sebelum Fatin mendapat mesej daripada ibunya.
Angah, ibu dah siap ni.Sudah2 lah tu dkt kedai buku tu..
Fatin tersenyum kecil.
“Erm, okeylah Farouq.I got to go,”ujarnya.Farouq mengangkat kening.
“Kalau ada apa-apa, contact saya.Nombornya…”Pantas sahaja Fatin mengsave nombor Farouq sebelum pergi.
“See you!”
Fatin sempat melambai Farouq sebelum dia melangkah pergi.

“SYOK lah tu?”Ejek Aleeya.Sememangnya, itulah sikap Fatin yang Aleeya paling tak gemari.Sikap suka menggatal dengan lelaki yang tak pernah berubah dari sekolah rendah!
“Biasa je.Well, dia yang bagi nombor.Aku ambek jelah,”selamba Fatin membalas.
“Tak kisahlah.”Aleeya sudah malas bercakap.Tiba-tiba moodnya hilang.Fatin juga membisu.Akur dengan salahnya yang membangkitkan tentang lelaki.Dia tahu, Aleeya tak larat mendengar tentang lelaki apatah lagi ada lima orang lelaki di rumahnya yang terpaksa dilayan!Lainlah dirinya yang Cuma ada seekor je dekat rumah.Tu pun kadang-kadang sahaja Nampak batang hidung memandangkan abangnya, Nabil Luqman yang tua 2 tahun darinya berjaya menempatkan diri di Kolej Politech Mara di Johor.
Kereta Avanza milik Encik Zulkafli sudah menunjukkan diri.
“Aleeya, ayah aku dah sampai tu.”Ujar Fatin.Mereka cepat-cepat mengemaskan buku,nota dan peralatan menulis di meja.Hari ini Aleeya terpaksa menumpang Fatin kerana ayahnya ada kursus di Pulau Langkawi manakala ibunya ada mesyuarat penting dengan pekerjanya.
“Hari Sabtu ada kenduri dekat Simpang Pulai, angah nak pergi ke?”Encik Zulkafli membuka bicara.Mata Fatin sudah bersinar.Dia, bab makan ni memang nombor satu!
“Boleh aja!”Jawabnya pantas.Encik Zulkafli ketawa kecil, arif dengan perangai anaknya yang kuat makan.Aleeya mendiamkan diri.Malas mencampur urusan anak beranak orang lain.
“Leeya tak nak ikut ke?”Soal Encik Zulkafli kepada Aleeya.Pelik juga melihat kawan balik anaknya itu mendiamkan diri, tidak bising seperti selalu.
“Tak pasti lagi pakcik.Tengoklah dulu, kalau Fatin bagi, saya boleh je.”Ujar Aleeya, agak sopan.
“Kenapa cakap macam tu?”Kegusaran mula menakluki hatinya.Tanda-tanda Aleeya sedang merajuk sudah ada.Wah..bikin gempak ni!
“Takde apalah.Tiba-tiba bad mood, nak datang bulan kut,”bisik Aleeya di telinga Fatin.Fatin ketawa kecil.
Mujur!
“Kalau nak pergi, siap-siaplah hari sabtu ni.Pukul 8.30 pagi.”Ujar Encik Zulkafli.
“Hah?Cepatnya ayah?”Fatin terkejut.
“Anak Pakcik Kamal la yang nak kahwin.Saja je datang awal, tak salah kan?”Balas Encik Zulkafli lagi.Fatin mengangguk, akur.Pakcik Kamal ialah kawan baik ayahnya dari masuk university.Selalu juga dia berkunjung ke rumah lelaki itu.
“Fatin takpe ayah..ni, anak ayah lagi sorang ni yang suka bangun lambat.Sama macam abang-abang dia tu,”usik Fatin.Aleeya membeliakkan mata.Merona merah mukanya.Encik Zulkafli tersenyum.
“Jangan salahkan kawan awak tu Cik Fatin, tengok awak juga.Pagi-pagi bangun pukul berapa?Tak sah kalau bukan pukul 6.30 pagi, kan?”Encik Zulkafli membela Aleeya.Fatin ketawa besar, tak tercuit langsung dengan kata-kata ayahnya.Kereta Avanza biru sudah berhenti di hadapan rumah.
“Thanks pakcik..”Ucapnya sebelum berlalu.Encik Zulkafli tersenyum.
“Jumpa kau esok!”Aleeya mengenyit mata kepada Fatin.Fatin membuat thumbs-up.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: