Novel : Andai Itu Takdir Cinta 7

Nama Pena : Fara Syafiea

BAB 7

Sebaik sahaja sampai di kamarnya Ryana berbaring di atas katil sambil mengekek ketawa. Tak tahan lawak siot.Senyumannya yang sedari tadi masih tidak hilang kembali memekar sebaik sahaja mendengar bunyi mesej masuk dari handset sony ericsonnya itu. Pantas tangannya menekan ‘mesej inbox’. Anak patung tedy bear dipeluk kejap. Melihat nama Ilham hatinya berbunga riang..

+ salam, Fea da tidur ker?? Dah makan?? Dah Solat??

Dia tersenyum Cuma. Ilham ilham, prihatin betul awak pada saya ya..

-wassalam, dlm proses.. Fea dah mkan, Am?? Err.. isyak?? X lg

+dah td, knape x lg??? tak baik lwt2an slt!!

Sebaik sahaja membaca mesej itu, dia tersengih sendiri, segan apabila ditegur sebegitu. Sambil menekan nekan keypad tangannya diangkat sebelah lagak orang bersumpah. Kemudian dia ketawa lagi mengenangkan kebodohannya itu.. mana taknya macam la orang sebelah sana Nampak!!

-bru lpas melepak dlm blik myra.. pasni fea solat..pasni tak lwt lagi.. promise!!

Ilham disebelah sana melepaskan tawanya. Promise??.. Fea fea.. agak agaknya tangan tu tengah buat gaya orang angkat sumpah la tu.

+ermm, k lah.. so suka dpt teman bru??

-hahahha.. best!!

Ilham tersenyum. Pasti itu yang terbaik untuk Ryana dan itulah doanya saban hari sebaik sahaja mengenali gadis yang bernama Aryana Sofea.

+ ye la, mana tak bestnya. Dpt tman = kecoh ngan awk!!

Ryana memuncungkan bibirnya. Geram.. kalau ada kat depan dia ni.. agak agak dah lama si Ilham dibaling ke laut..

-eii, perli ya.. jahat la awak.. awakk…

+ ya sayang.. abang dekat sini….

– uit… gatal erh.. lepasni apa erh???

Ilham yang membaca sms dari Ryana ketawa lepas.. fea fea.. aku ke patut aku dikatanya gatal..

+ apa??.. p/s:- gatal ngan Fea sorang jer…

-syarat a.k.a permintaan kedua?? Elehh.. tak nak layan..

+ ouh.. nnti sy fkir.. tak nak layan sudah.. nite!!

Sebaik sahaja menghantar sms, Ilham menguap kecil. Mana taknya jam didinding sudah menginjak ke pukul 12 malam. Melayan ryana mungkin seharian pun tidak mengcukupi.sudah maklum akan perangai gadisnya itu..

Ryana terpingga pingga.. alahai takkan merajuk kot… jangan la.. tiba tiba dia terasa kesal..

-merajuk + marah.. sory k..

+ merajuk?? Marah?? Takdelah..

Fuhhh.. lega!! Ryana menarik nafas dalam.. tidak sanggup memikirkan bagaimana harus dia berhadapan sekiranya Ilham benar benar ‘terasa’ dengannya.

-Habis??

+dah mlm cik adik oii.. tidur . esok ader kelas kan..??

Awak ni sekejap adik sekejap sayang.. ntah aper aper ntah.. Ryana mengomel sendiri. kelakar mengenangkan panggilan yang berubah ubah dari lelaki itu.

-yups.. ermm k lah.. bye.. nite..salam..

+ bye .. god nte 2 u 2 sayang.. sleep tight.. sweet dream..
take care..jangan lupa solat.. bye .:-)

“Sayang?? Fea pun sayang kan awak ilham.. sayang sangat..” seusai berbicara Ryana mencium masej yang diberi lelaki itu. Dia kemudiannya menuju ke bilik air untuk berwudhu.. pesanan Ilham supaya dia segera menunaikan solat bagaikan video klip dipendengarannya.

………………………………………………………………………………..

Ilham menatap lampu biliknya lama. Jam didinding dipandang sekilas.Pukul 2.00 pagi. Hatinya berbelah bahagi. Fikirannya terasa berserabut. Jauh dia melamun mengenangkan Sofea. Gadis yang bisa mencuri hatinya. Gadis yang membuatkan fikirannya bagai berada diambang ketidakwarasan pemikiran.

‘Fea , apa yang akan jadi pada kita, apa akan jadi pada awak kalau saya tingalkan awak, macammana saya nanti tanpa awak dan yang penting macamana awak nanti tanpa saya..’ Hatinya berbicara sendiri..buntu. bagai tergiang giang suara uminya ditalian sebelum dia menuju ke rumah Sofea.

“Umi bukan tak kesian kan kamu Angah.. tapi siapa pulak yang nak kesiankan umi ngan papa kamu.. balik la Angah.. tolong kami kat sini..”

“Angah bukan tak nak balik umi.. tapi Angah..”

“Angah bagitahu umi.. kenapa Angah tak boleh balik..”

“Along?? Umi pujuk la Along supaya terus tinggal sana..”

“Umi dah puas pujuk .. tapi Abang long kamu tu degil.. keras kepala sama macam kamu..”

“Macam ni la angah.. umi izinkan kamu tinggal di Malaysia.. tapi hanya untuk tahun ni.. pasal along kamu tu pandai pandai la umi pujuk nanti..”

“Betul umi??”

“Ye.. tapi ingat hanya untuk tahun ni.. awal tahun depan umi nak tengok kamu dah terpacak dekat depan umi.. faham.. ermm.. k`lah papa kamu dah panggil tu.. jaga diri baik baik..”

“Thank,, umi…kim salam kat papa, along ngan Alisha.. Assalamualaikum..”

“Yelah.. waalaikummussalam..”

Lega.. persaan nya lega sebaik sahaja umi mengizinkan dia untuk terus tinggal,di Malaysia.. tapi bila dihitung balik.. tempoh yang diberikan uminya bukannya lama mana pun.. tak sampai lima bukan pun lagi nak masuk tahun baru.. dan disebabkan itulah dia kembali resah. Kalau la masa dapat diberhentikan..

Tit tit.. bunyi mesej yang masuk menghentikan segala lamunan nya. Ilham melihat jam.. pukul 3.. lama benar dia melamun.. tapi siapa pulakyang mesej pagi pagi buta ni. fikirannyaseakan dapat mengagak garangan manusia yang menghantar mesej itu.dahinya berkerut seribu. Tanda tidak suka diganggu pada waktu sebegini.

+sory msj u pg2.. I call u bnyk kali tp u x
angkat..knape?? I just guest u x tdr lg
From:- Nisha

Sebaik sahaja membaca Ilham menarik nafas panjang.. tangannya ligat membalas pesanan ringkas itu.

-I busy..

+Busy?? U ader prob ker??

-Nisha u tau x pkl brapa skrng.. can we talking next time!!

+Y?? I nk jmpa u esk..

Ilham mendengus geram.. tak faham bahasa betul. Tak sedar kah gadis itu sekarang ni pukul berape.

-xleh I busy..

sebaik sahaja mesej dihantar dia yang sedari tadi berbaring kembali berdiri tegak. Langkahnya ingin dilajukan untuk keruang dapur. Nak cari air. Dahaga..namun baru sahaja beberapa langkah telinganya mendengar pula bunyi panggilan masuk. Dia kembali berpusing untuk melihat gerangan si pemanggil.

calling: Nisha

Ilham kemudiannya menekan button on.. “u ni kenapa.. u tau tak sekarang ni pukul brapa.. can u please stop bothering me..” suaranya nyaring mencecah pendengaran pemangil disebelah talian.

“Sory.. I nak jumpa u esok..”

“U tak faham I cakap tadi.. dah tak reti nak membaca..”

“U ni knape.. I just want to see you..”

“For what.. stop bothering me.. I will call u when I have time.. got it..”

“Sampai hati u buat I macam ni.. apa salah I pada u.. tak boleh u cakap baik baik pada i.. berapa banyak masa yang I nak kena bagi pada u.. dan berapa lama masa yang I harus tunggu sampai u punya waktu untuk jumpa I ilham..”

Suara lirih Nisha membuatkan fikiran Ilham kembali berserabut.. apa salah gadis itu padanya. Tiada.. Cuma yang salah dengan adanya ‘simpulan’ hubungan yang tidak direstui olehnya itu. Hanya itu!!

“Sory nisha.. I ..”

“Its ok.. so bila kita boleh jumpa..”

“Nanti I bagi tahu u..”

“Ermm. bye..”

Sebaik sahaja talian dimatikan. Handsetnya dipandang lama. Maafkan I Sofea.. Nisha..

………………………

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: