Novel : Cello Terpilu 9

Nama Pena : Anastasya

Two Heart Separate in Dull

Tiga tahun sudah berlalu. Kini mereka hidup bahagia dalam sebuah vila bernama ‘ Kagayaki no Uta ‘. Kana bekerja sepenuh masa sebagai suri rumah dan mengajar tuisyen untuk pelajar sekolah rendah. Ryo juga membuka kelas belajar muzik. Kerjaya Ryo melimpah ruah dan ramai peminatnya suka akan Kana kerana rambutnya yang hitam pekat serta bakatnya. Kana juga bahagia dengan Ryo serta kehidupannya cuma Eri berperangai agak pelik sedikit selepas berkahwin dengan Suzuki.

Kana bersiap untuk ke majlis ulang tahun kelahiran Eri. Ryo pula menidurkan anak sulung mereka. Tahun ini genap 28 lah usianya. Semasa Kana sedang mencari pakaian yang sesuai, tiba – tiba dia terpandang sehelai gaun hitam.

‘ Ini..hadiah daripada Eri.. ‘ desis hati kecil Kana.

Dia teringat pada malam dia dan Eri bertungkus lumus menyiapkan baju untuk pertandingan fesyen di universiti mereka. Hampir satu malam mereka menyiapkan baju itu. Kana membuat sehelai gaun berwarna putih yang agak singkat tetapi amat cantik dan menawan. Dia ingin melihat Eri memakainya pada hari pertandingan itu nanti. Dia juga melihat Eri sibuk memasang corak pada gaun berwarna hitam. Kana tertarik dengan rekaan gaun Eri yang simple tetapi bergaya. Dan pada hari pertandingan itu, Eri memaksa Kana memakai gaun ciptaannya. Kana agak terkejut terutamanya semasa Eri mengatakan dia buat gaun itu khas untuk Kana. Akhirnya Eri menang hadiah utama dan Kana mendapat tempat pertama. Jika mereka mempunyai sebarang majlis penting, pasti mereka berdua akan mengenakan gaun – gaun itu.

‘ Tapi aku tengah mengandung. Mustahil baju ini muat untuk aku. ‘ keluh Kana.

Kana menyimpan semula baju itu dan mencari baju lain. Ryo memerhati di sebalik bayang pintu. Dia ingin masuk ke bilik tetapi apabila dia menyedari Kana sedang mengelamun sambil memegang gaun hitam, dia membatalkan hasratnya. Ryo melangkah turun tangga sambil tersenyum.

Majlis ulang tahun kelahiran Eri amat meriah. Ramai kawan – kawan lama dari sekolah menengah tinggi dan universiti datang untuk meraikan hari lahir Eri. Sebahagian daripada mereka sudahpun berkahwin dan membawa anak mereka sekali. Bekas ahli kelab orkestra dan kesenian mengucapkan selamat pada Kana dan Ryo. Dari jauh kelihatan Eri sedang berjalan sambil memimpin tangan suaminya, Suzuki. Eri nampak muda seperti dulu dan amat cantik berbanding dulu.

” Eri – san makin cantik kan? “

” Wah, bertuahnya Suzuki! Isterinya amat cantik dan muda. “

” Khabarnya Eri – chan ialah pelajar genius kan? “

” Dia amat sempurna! “

Kana mendengar saja kata – kata para hadirin. Dia amat bertuah kerana berkawan baik dengan Eri yang dikatakan sempurna. Eri terpandang Kana yang sedang melambai ke arahnya tetapi dia tidak mengendahkan Kana. Kana agak tersinggung tetapi dia tak mahu bersangka buruk terhadap kawan baiknya. Ryo terpandang akan perubahan sikap Eri terhadap Kana. Dia bimbang kerana Eri mula berubah semenjak dia berkahwin dengan Kana. Tapi apakan daya, Kana memiliki segala yang diimpikan. Malah dia tidak pernah menyesal berkahwin dengan Kana.

Setelah selesai memotong kek, Eri mengucapkan terima kasih dan membaling sejambak bunga. Ramai yang berebut untuk mendapatkan bunga carnation itu. Lantas Eri segera menghampiri Kana. Kana amat gembira kerana Eri tidak melupakannya.

” Eri, selamat hari jadi! Ni hadiah untuk kamu. ” kata Kana dengan senyuman yang manis.

” Ya, terima kasih. ” Eri terus menyerahkan hadiah itu kepada orang gajinya. ” Maaflah tapi kenapa kamu tidak pakai gaun yang saya buat itu ? “

Kemudian Eri perasan yang Kana mengandung.

” Oh, patutlah kamu tak mahu pakai baju saya! Jangan bimbang. Bayi kamu tak akan lahir di hari jadi saya. ” Eri ketawa.

Ryo dan Kana terkejut. Lawak Eri agak keterlaluan.

” Err…Eri…”

” Kan saya dah kata jangan panggil saya dengan permulaan ‘ err ‘. Macam ini ke kawan ? ” bentak Eri. Dia sengaja menimbulkan kekecohan.

” Eri, kita kan kawan baik. Sudah lama kita tak berjumpa! Pada hari perkahwinan saya pun kamu hanya datang sekejap saja. Marilah kita berbual lama sedikit! ” pujuk Kana tetapi Eri menepis tangan Kana.

Ryo yang mula tak senang dengan sikap Eri, segera menarik Kana pergi dari situ. Kana terguris dengan perbuatan Eri. Apa salahnya?

” Eh, kenapa nak balik sekarang? Kenapa tak balik dari tadi? Oh, Kana kempunan nak jumpa saya ke? Kasihan Kana…moga bayi kamu tidak bersikap seperti ibunya yang merampas kebahagiaan saya. Ryo – kun, kamu patut memainkan sebuah lagu untuk kami. Emm…mungkin lagu ‘ Sayonara, dear friend ‘. ” kata Eri.

Suasana agak tegang. Ramai orang mula memandang mereka apabila Ryo menarik Kana keluar dari rumah Eri. Eri membuat muka sedih dan mengatakan Kana sudah melupakan persahabatan mereka. Namun begitu, bekas ahli kelab orkestra tidak mempercayai kata – kata Eri. Mereka percaya Kana bukan orang jenis itu. Sebahagian daripada mereka mula meninggalkan majlis itu. Eri tampak berang tetapi dia tetap meneruskan majlisnya.

Ryo memberhentikan keretanya di tepi tasik. Dia diam memerhatikan Kana yang menangis teresak – esak. Dia melangkah keluar dari kereta dan membuka pintu sebelah Kana. Dia mengajak Kana menenangkan perasaan di luar. Kana mengikut saja ajakan Ryo. Ryo memeluk kemas bahu Kana. Kana cuba mengawal tangisannya tetapi hatinya terluka dan pedih.

” Maafkan saya, Kana. Saya punca kamu menangis. ” Ryo seakan – akan sudah berputus asa.

” Tidak Ryo. Bukan salah abang…bukan salah sesiapa. Cuma berjanji dengan saya yang kita tidak akan berpisah walau apapun yang terjadi. Saya….tak sanggup menanggung luka ni lagi. ” Tangisannya bertambah kuat.

Ryo memeluk kemas isterinya dan mencium rambut isterinya.

” Ya, Kana. Abang janji. Abang tak sanggup lihat kamu menangis sebegini….seperti ibu. “

” Terima kasih. Selagi saya ada kamu, anak kita dan mak ayah, cukuplah untuk saya berdiri semula. ” Kata – katanya tersekat dengan sedu.

Malam itu menyaksikan satu perpisahan antara persahabatan yang kukuh. Angkara cemburu dan cinta, persahabatan mereka tidak kekal lama. Biarpun ia menyakitkan dan memedihkan tetapi Kana perlu berusaha untuk hidup. Meskipun bukan untuknya.

Kana menjengah ke dalam bilik setelah terdengar bunyi jeritan. Dia tersenyum. Ryo sedang bergurau dengan anak lelaki mereka. Ryo mendukung anaknya dan berlagak seperti helikopter. Ketawa mereka penuh dengan kegembiraan. Kemudian anak lelakinya perasan akan kehadiran ibunya lantas berlari mendapatkan ibunya.

” Mak, ayah buat helikopter. Shiuuuu..! Terbang! “katanya pelat. Kana tergelak melihat telatah anaknya.

” Ah, baby tengah menendang. Cuba pegang perut mak. ” Kana menarik lembut tangan anaknya. Dia meletakkan telapak tangannya ke perutnya yang sarat mengandung.

” Ini baby lelaki ke perempuan? ” tanya anaknya.

” Mestilah perempuan! “jawab Ryo sambil memangku anaknya dan mengusap perut Kana.

” Ini ayah. Abang kamu tak sabar menunggu kamu. Nanti ayah dapat jadi kereta pula. ” seloroh Ryo. Mereka ketawa.

” Dulu ayah buat macam ni ke kat saya? ” tanya anaknya.

” Ya. Setiap hari dia memainkan lagu untuk kamu. ” Kana duduk bersimpuh di sisi suaminya sambil memegang lembut pipi anaknya.

” Tapi saya tak nak main cello. Saya nak jadi doktor. Boleh tolong orang sakit. ” katanya menimbulkan kehairanan pada Ryo dan Kana.
” Oh, kamu nak jadi seperti mak? Habis tu, siapa nak main cello ayah? ” tanya Ryo sambil menggeletek anaknya. Mengekek anaknya ketawa.

” Baby main cello. Saya jadi doktor. Nanti ayah dan mak sakit, saya boleh bagi sihat. Baby mainlah cello jadi mak dan ayah tak sakit sangat. Pandai kan saya? ” jawab anak lelaki mereka.

Jawapan yang ikhlas daripada seorang anak. Ryo senyum mendengar cita – cita anaknya. Kana terharu. Dia menyorokkan wajahnya pada belakang bahu suaminya. Suasana sunyi seketika. Tiba – tiba Kana menjerit kecil.

” Saya lupa yang barang dapur sudah hampir habis. Mari kita membeli belah. Mak akan belikan permainan Young Chemist untuk kamu. ” Kana bangun dan pergi bersiap.

” Ayah, Yaung Kemis tu apa? ” Pelat sekali katanya. Ryo geli hati mendengar sebutan anaknya.

” Maksudnya, doktor muda. Cepat siap. Kalau tak kamu terlambat untuk Young Chemist. ” Ryo berjalan keluar sambil senyum. Geli hati dia melayan kerenah anaknya.

Mereka sekeluarga gembira membeli belah di Junes. Anak lelaki mereka asyik meminta untuk bergambar dengan Teddie, maskot Junes. Selesai saja membeli barang, Ryo dan anaknya pergi menyimpan barang manakala Kana pergi membeli ais krim untuk dimakan bersama di tasik.

Ryo melihat persembahan pemuzik jalanan di dataran Junes. Kana berjalan dengan penuh berhati – hati. Entah mengapa dia terasa tidak sedap hati. Bayi dalam perutnya kerap menendang. Badannya terasa seram sejuk.

” Mak, kami kat sini! ” laung anaknya dari seberang jalan. Ryo memberi isyarat supaya tunggu. Tetapi Kana menggeleng kepala. Dia menunjukkan isyarat ‘ Tak mengapa ‘. Kemudian dia melintas. Ryo senyum, geleng kepala dengan isyarat Kana.

Tiba – tiba muncul sebuah kereta hitam dari arah barat daya. Kereta itu memandu dengan laju. Amat laju. Malah yang mencurigakan Ryo dan Kana, ia tidak mempunyai nombor plat. Tanpa sempat Ryo menjerit ‘ Berhenti ‘, kereta itu terus merempuh Kana dan beredar dari situ.

Darah membuak keluar dari tubuh Kana. Air mata kesakitan menitis. Dia dapat melihat Ryo mendapatkannya dan anaknya meraung sekuat – kuat hati. Orang ramai cuba memberi bantuan. Ryo kelihatan cemas. Seorang pemuda segera menelefon ambulans. Penglihatannya samar – samar. Kepalanya pening. Semakin matanya kian tertutup, semakin hilang kesakitannya.

‘ Ryo….lindungi anak kita. ‘

Kemudian segala kesakitan hilang. Yang tinggal dalam kegelapan cumalah tangisan dan kepiluan….

” AZUSA!!! “

Azusa segera membuka matanya. Dia dapati semua orang mengerumuninya. Jelas sekali rona wajahnya menggambarkan seribu tanda tanya dan ketakutan.

Apa yang berlaku?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: