Novel : Cinta si teruna dan dara 8

Nama Pena : gadis timur

“kau, taufiq?kau dah gila kew?lepaskan aku..kau pekak ke..lepaskan aku!!!”jerit farisya dengan suara yang kuat.muka farisya berubah menjadi pucat.

“hahahahahahaha…kenapa muka kau pucat semacam nih?takkanlah takut dengan aku?setahu aku,kau jenis perempuan yang tak pernah takut dengan sesiapa pun,kan?oh…ke kau ni takut dengan aku?relaks,sayang..be cool..i’m here just for you,darling,”kata taufiq dengan pandangan mata yang tajam.

“apa sayang-sayang.kau nak kena penampar aku lagi ke?aku kata lepaskan aku!!!kenapa dengan kau ni,dasar jantan tak guna!!!”marah farisya.

Taufiq hanya mampu tersengih apabila mendengar kata-kata farisya itu.”farisya..farisya…sikap kau ni membuatkan aku semakin tertarik dengan kau!baru aku tahu,kau lebih cantik dari pada fasha.hahahaha…kenapalah selama ni aku tak perasankan kau.melepas aku!tapi takpe aku still dapat peluang untuk dapatkan kau!!!
“dasar lelaki setan!!!kalaulah kakak aku sedar dari awal lagi tentang perangai kau yang busuk nih,sure dia takkan menyesal seumur hidup walaupun dia dah tak ada!!!”balas farisya dengan perasaan yang geram.

“fuh..ayat-ayat.power ayat kau eh.tapi bagi aku takde istilah menyesal sebab kakak kau sudah aku miliki luar dan dalam!!!hahahahaaha,”

Farisya tergamam dengan kata-kata lelaki itu.”apa kau merepek nih?apa maksud kau miliki luar dan dalam?aku tak faham,”

“kau tak faham ker atau buat-buat tak faham?nak kata kau bodoh,sekarang nih kau berjawatan tinggi!!ermmm pelik-pelik.tapi takpe..aku akan explain one by one..untuk pengetahuan kau,aku…yang…bunuh..dan ..rogol..your sis!!!”

Mata farisya terbuntang luas.”what!!!kurang ajar punya jantan!!!kenapa??kenapa kau buat kekasih kau macam nih?dia sayangkan kau lebih dari diri dia sendiri!!!”air mata farisya keluar dengan derasnya.hatinya hancur berkecai tatkala mendengar ayat yang keluar daripada mulut taufiq!!!
“kekasih??bagi aku istilah itu takde makna bagi aku.aku just suka-suka aje..aku nak memiliki dia.dan akhirnya impian aku tercapai..dan….”pang”!!!!

“dasar lelaki setan!!!aku…aku akan laporkan kepada polis!!!aku takkan lepaskan kau sampai lubang cacing!!kau telah hancurkan kehidupan keluarga aku!!!

“laporlah,aku tak kisah!mana bukti yang sahih!!hah..mana??hahahahaha..kau takkan dapat apa-apa bukti pun.sebenrnya niat aku bukan nak beritahu pasal kakak kau yang dah mati tuh!!aku nak minta something ngan kau..sangat penting!!!

Farisya hanya mampu menangis mengenangkan nasib keluarganya yang telah dimusnahkan oleh lelaki yang berhati busuk itu!!!”apa kau nak !dah puas hati kau setelah kau musnahkan keluarga aku???

“ermmm…aku nak kau buat kerja untuk aku!mudah aje…”kata taufiq dengan wajah yang selamba.

“kenapa pulak aku kena buat keje tuk kau?bukan aku ada hutang dengan kau pun!!!’marah farisya lagi.

“huh,kalau kau tak nak buat kerja aku,aku akan sebarkan gambar kakak kau yang sangat –sangat…ermmm tak payahlah aku bagitau kau.kau mesti faham maksud aku kan?”

Farisya tergamam?gambar….gambar kakak aku??”weh jantan,kau nih tak habis-habis nak ganggu hidup aku!!!cakap dengan aku sekarang,gambar apa kau maksudkan nih?aku tak faham!”jerit farisya dengan nada yang kuat.kesabarannya sudah tidak boleh ditahan lagi.betapa bencinya dia terhadap lelaki yang bernama taufiq itu.tak habis-habis menyusahkan kehidupannya.tak boleh hidup aman langsung!!!kebenciannya terhadap kaum lelaki semakin meluap-luap.terutama lelaki yang bernama taufiq dan adam!!!benci..benci!!!

Taufiq hanya mampu tersenyum sahaja.baginya dia mempunyai agenda yang tersendiri untuk menyelamatkan hidupnya yang sering diambang bahaya.setiap hari hidupnya tidak tenteram selagi hutangnya terhadap tauke yong tidak terlunas.siapa yang tidak kenal tauke yong…pemilik kelab malam yang terkemuka di kuala lumpur.hampir sepuluh ribu ringgit dia berhutang dengan tauke yong itu.wang itu bukan sedikit tapi banyak!!!! Dan setelas berhempas pulas memikirkan cara untuk menyelesaikan masalahnya itu,dia telah mendapat satu idea..dan farisyalah yang mampu menyelesaikan masalahnya itu!!!

“gambar kakak kau ada di dalam genggaman aku.kau nak tahu gambar macam mana?kalau kau nak tahu sangat,nah kau tengok gambar-gambar nih!”kata taufiq sambil melemparkan beberapa keping gambar tepat ke muka farisya.

Mata farisya terbuntang luas apabila melihat gambar itu.jantungnya seakan berhenti berdenyut!!gambar fasha yang dalam keadaan memalukan dan sangat mengaibkan !YA ALLAH! Dugaan apa kau berikan kepada aku pada kali ini!aku tidak mampu menghadapinya seorang diri!!!air mata farisya gugur dengan derasnya.hatinya sangat-sangat pilu.pada saat ini dia terbayangkan wajah arwah kakakknya dan wajah suram emaknya.
“dasar jantan tak guna!!!selepas apa yang kau buat kepada kakak aku,kau boleh lepas macam ni ke?aku takkan lepaskan kau seumur hidup!!walaupun aku takde bukti yang sahih,aku tetap akan laporkan perkara ini kepada polis!!!aku akan laporkan jugak!!!”jerit farisya dengan suara yang lantang.hatinya sangat-sangat sakit.seperti ditusuk pisau yang tajam.

“kalau kau berani laporkan kepada polis,hidup kau dan emak kau takkan tenteram!kau belum kenal siapa lagi aku!!!aku akan sebarkan gambar-gambar ini kepada semua masyarakat terutama kepada emak kau dan rakan-rakan sepejabat kau!!ermmmm..mereka mesti terkejut melihat gambar nih..kau kena ingat..rupa kau dengan fasha seiras..so…mereka mesti ingat imej perempuan dalam gambar ni adalah kau!!!”kata taufiq berupa ancaman.

Farisya tersentak!!! Ya,muka aku sama ngan fasha!!mesti diaorang ingat itu ialah gambar aku!!!YA ALLAH dugaan apa KAU berikan kepada aku???aku tak boleh melihat kekecewaan di wajah emakku!!aku sudah berjanji pada diriku untuk tidak melihat setitik pun air mata gugur daripada mata emakku!!!!

“baiklah…demi emak aku…aku akan tunaikan permintaan bodoh kau itu!!!keje apa kau suruh aku buat hah???”Tanya farisya dengan nada yang marah.

“sabarlah sayang.esok aku akan bagitahu kau..malam nie,kau just relax..aku tengok kau dah tertekan semacam aje..kesian plak aku tengok kau!!”balas taufiq lalu beredar meninggalkan farisya terkulat-kulat sendirian..

Farisya terduduk sebaik sahaja kelibat jantan tak guna itu hilang pada pandangannya.dia merasakan hidupnya sudah kelam..tiada cahaya masa depan lagi!!!!

************************************************

Farisya melangkah longlai masuk ke dalam rumahnya sewaktu jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi.

“isya,lambat kau balik hari ini?risau mak,”kedengaran suara mak jenab tiba-tiba.farisya terkejut mendengar suara emakknya itu.hatinya dibalut kerisauan apabila mengingatkan ugutan taufiq kepadanya tadi.dia tidak mahu membuatkan emakknya risau dengan keadaan yang baru sahaja berlaku tadi.

“errr…isya..isya..banyak keje. isya kena siapkan banyak dokumen untuk esok.kenapa mak tak tido lagi?dah lewat malam nih”kata farisya.

“macam-mana mak nak tido kalau isya tak balik lagi.lagipun ini KL…bahaya anak gadis sorang-sorang berlegar di tengah kota raya ini!!isyalah satu-satunya harta yang emak ada sekarang.emak taknak kehilangan anak emak lagi,”kata mak jenab dengan suara yang hiba.

Farisya sedih mendengar kata-kata emakknya itu.”mak,isya kan dah ada kat depan mak sekarang nih?janganlah risau!!!sudahlah,jom kita tidur,esok isya bawak mak pergi ronda-ronda kuala lumpur ok!!!”akhiri farisya dengan suara yang sengaja diceriakan.padahal di dalam hatinya hanya TUHAN yang tahu.berdebar menanti kerja apakah yang akan diberikan oleh taufiq pada hari esok!!!!

********************************************

Di kompleks membeli-belah….

“mak,isya nak pergi toilet kejap.mak lihat la dulu barang kat sini yer!!kalau berkenan mak bagitahu aje isya.isya akan bayarkan.khas untuk emak yang tersayang!!”kata farisya sebaik sahaja sampai di pusat membeli-belah yang terkemuka itu…
“ishhh budak ni ada-ada aje..cepat yer pergi..takut pulak mak sorang-sorang kat sini.tak biasa…”
“yelah mak..tunggu kejap ok,”balas farisya lalu bergegas beredar untuk mencari tandas.

Sebaik sahaja masuk ke dalam tandas,terus sahaja dia meneliti raut wajahnya yang kusam itu.”ishh aku tak boleh tunjukkan kepada emak yang aku sedang menghadapi masalah besar…tak boleh!!!farisya…kau kena ceria..senyum…senyum…relaks..relaks…”
Sementara itu…
Mak jenab asyik memerhatikan perhiasan-perhiasan yang sangat cantik.”bilalah aku mampu memiliki perhiasan macam ni.dahlah mahal..”kata mak jenab dalam hatinya.tanpa disedari tangannya telah terkena pasu Kristal lalu berderai jatuh ke lantai.mak jenab tergamam!!!!semua mata memandang kearahnya termasuklah …..ADAM!!!!adam yang kebetulan berada di dalam kedai itu terkejut mendengar bunyi kaca yang begitu kuat.dan dia berasa kasihan apabila melihat raut wajah orang tua yang tidak bersalah itu.

“maaf yer,mak cik kena bayarkan harga pasu kristl ini sebab mak cik telah memecahkan pasu ini,”kata pengurus kedai ini.mak jenab tergamam…”err…bayarkan??tapi..mak cik takde duit…mak cik mana mampu membayar pasu kristal ini..lagipun mak cik tak sengaja,”kata mak cik jenab dengan perasaan yang bersalah.

“errr..takpe..pasu ini biar saya tolong bayarkan,”adam tiba-tiba mencelah.baginya.dia berasa kasihan melihat orang tua yang tidak bersalah itu.mak jenab hanya mampu berdiam sahaja..”terima kasih nak,budi anak tidak dapat mak cik lupakan.anak ni nama siapa?”kata mak jenab.

“alah makcik perkara kecil aje..nama saya adam mukhriz..panggil adam aje..mak cik sorang-sorang ke kat sini?”Tanya adam dengan ramahnya.

“eh taklah,makcik dengan anak perempuan makcik.tapi tadi dia pergi tandas sekejap..haa tu pun dia…”balas mak jenab lagi..

Farisya yang sedang laju melangkah kearah emaknnya itu tiba-tiba terhenti langkah apabila melihat emaknya bersama dengan musuhnya!!!ADAM MUKHRIZ!!!!”ishhh kenapa pulak jantan nih ada kat sini?dengan mak aku pulak tu???boleh jadi gila aku nih!!!!

“kenapa mak??apa yang berlaku??”Tanya farisya tatkala melihat situasi tegang yang berlaku di dalam kedai itu.

“tadi isya,mak tak sengaja pecahkan pasu Kristal ni, nasib baik ada adam.dia yang bantu emak tadi,”kata mak jenab,

“oh…encik adam nanti saya bayarkan balik harga pasu Kristal itu.berapa harganya?”Tanya farisya dengan pandangan yang tajam.

“errr..tak payah bayar…saya dah settelkan semuanya.”

Farisya tergamam apabila mendengar perkataan saya yang keluar daripada mulut lelaki itu.’saya???buang tebiat ke laki nih???

Bukan farisya aje terkejut tetapi adam jugak terkejut dengan kata-katanya.”kenapa aku bahasakan diri aku saya dengan perempuan angkuh nih?ishhhh”

“takpe,,saya akan bayar jugak!!!lagipun saya mampu…jomlah emak.kita pergi tempat lain…rasa macam panas pulak kat sini,”kata farisya lalu mengheret keluar emakknya dari kedai itu.mak jenab terkejut dengan tingkah-laku anaknya itu.”isya,kenapa isya buat macam nih.orang dah tolong kita,kita mestilah ucapkan terima kasih kepada dia,”rungut mak jenab.farisya hanya mampu diam sahaja.malas dia hendak membalas kata-kata emaknya itu.

“farisya…farisya….ego sungguh pompuan nih,”kata adam sendirian…

********************************************
“mak,isya nak keluar sekejap.dah lama isya tak jumpa kawan lama isya.isya pergi dulu yer,”kata farisya lalu bergegas keluar dari rumahnya.mak jenab hanya mampu menggelengkan kepalanya.”ishhh pelik betul budak ni sejak kebelakangan nih.sekejap termenung..sekejap murung..ish pelik btul,”rungut mak jenab sendirian.

Sebaik sahaja farisya sampai ke tempat yang telah dijanjikan,hatinya mula berdebar-debar.mana tak berdebarnya,dengan suasana sunyi sepi yang menemaninya pada malam itu.”ishh mana pulak jantan nih.kata pukul 9 malam.nih dah dekat 9.30 malam dah ni.apa punya janji lah.”

“apa kau merungut tuh?aku dah sampai ni pun dah kira mujur tau!awal kau sampai..bagus semangat inilah yang aku mahukan…hahahahahha,”kata taufiq tiba-tiba.

Farisya hanya mampu menjeling dengan tajam sahaja.tak betul sungguh jantan nih!semangat apanyer??aku punyalah takut..dia kata aku bersemangat pulak!!!

“ok,kau dah bersedia untuk menerima tugas baru kau mulai hari ini?kerja kau mudah sahaja…kau hanya perlu mempamerkan kecantikkan kau yang sedia ada nih,”kata taufiq dengan wajah yang selamba.tajam matanya memerhatikan raut wajah gadis yang berada di hadapan matanya.cantik walaupun pemakaian seperti kaum lelaki.

Farisya tersentak…pamerkan kecantikkan??apa maksudnya??takkanlah…..

“hahahahhaha..mesti kau mengerti apa yang aku maksudkan….kerja kau hanyalah sebagai pelayan kelab malam atau lebih terkenal dikenali sebagai GRO!!mesti terkenal kau dalam kalangan perempuan kelab malam kan????maklumlah rupa kau cantik!!!hahahahahahaha,”

“apa??????”jerit farisya dengan kuatnya…..

**********************************************

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: