Novel : Lu’Lu’ dan Marjan 11

Nama Pena : anarif

Berkelip-kelip mata Marjan di dalam gelap, terkebil-kebil melihat Lu’lu’ yang masih tidak menyedari dia diperhatikan.

Tiba-tiba, Marjan merasakan ada sesuatu merayap di kaki seluarnya dan masuk ke dalam kaki seluarnya. Allah! Apa pulak ni?

Marjan ketap bibir, tahan nafas menahan rasa geli yang menjalar di kakinya. Please, please, keluar la!

Akhirnya, Marjan tidak mampu lagi menahan perasaannya.

Dia berdiri terus dari pembaringan. Melompat-lompat, menguis seluarnya. Satu objek yang tercampak keluar dari hujung seluarnya terkedek-kedek berlari pergi.

Cis! Ketam rupanya! Ingat aku ni batu apa?

Buat seketika, Marjan terlupa Lu’lu’ di situ.

“kau ni kenapa?” Lu’lu’ menyoal dalam suara yang cuba dikawal.

Air matanya dikesat pantas sebaik saja Marjan berdiri secara tiba-tiba tadi. Terkejut dan bimbang juga dia. Bimbang Marjan mendengar bicaranya dan melihat dia menangis.

Aku tak lemah. At least not in front of them.

Marjan terkulat-kulat melawan pandangan Lu’lu’. Jelas sepasang mata itu sayu. Sayu yang cuba disembunyikan.

“err, tak, tak ada apa-apa.” Tersengih-sengih. Rasa bersalah pulak terdengar dia cakap tadi.

Marjan garu kepala yang tidak gatal. Duduk kembali. Jam di tangan dikerling. Pukul 9.45 malam.

Lu’lu’ melepaskan keluhan panjang.

Risau. Dia dengar ke? Dia tidur kan tadi? Aduh, harap-harap dia tak dengar. Aku Cuma nak meluahkan perasaan aku, tu je. Aku tak nak simpati dia.

Lu’lu’ memeluk lutut kembali. Air matanya sudah kering. Bermenung melayan bunyi ombak.

Marjan mendepangkan tangannya dan diletakkan di atas pasir. Bersandar menggunakan kedua-dua tangannya. Kakinya dijulurkan. Dijeling Lu’lu’ yang membisu.

Apa nak cakap ni? aduh! Kalau aku mengaku aku dengar apa dia cakap tadi, agak-agak, apa dia nak buat? Bunuh aku hidup-hidup? Ish, dia ni unpredictable. Tak mustahil dia boleh buat macam tu kat aku. Ligat dia berfikir.

“awak.” Marjan menoleh. Memandang Lu’lu’ yang masih memeluk lutut. Tidak memandangnya.

“hmm,” Marjan memandang ke hadapan kembali. Menanti bicara Lu’lu’.

“awak pernah jatuh cinta?” soalan itu membuatkan Marjan menoleh kembali. Merenung sisi wajah Lu’lu’, dan matanya yang sayu.

Marjan geleng.

“tak.”

Lu’lu’ menarik nafas dalam.

“saya nasihatkan awak jangan jatuh cinta. Buat penat kepala awak je nanti.” Mendatar suaranya, ada nada sarkastik di situ.

Marjan memandang laut kembali.

“cik Lu’lu’, kita kena bersangka baik dengan Allah. Setiap kejadian di dunia ni ada hikmahnya, begitu juga setiap perasaan yang hadir di hati kita. Ada tujuannya.” Marjan menarik nafas dalam dan dilepaskan.

Lu’lu’ menoleh. Menjeling tajam sebelum memandang hadapan kembali.

“jangan berceramah dengan saya.” Suaranya tegas memberi amaran.

Marjan jungkit bahu.

“terpulang cik Lu’lu’ nak anggap kata-kata saya ni ceramah ke, apa ke. Saya tetap akan bercakap. Kalau cik Lu’lu’ nak tutup telinga pun, apa saya boleh buat? Telinga tu dipinjamkan kepada cik Lu’lu’, jadi cik Lu’lu’ menjadi penjaganya. Hak cik Lu’lu’.” Selamba Marjan berbicara.

“cinta akan menjadi sesuatu yang indah pada kita, jika kita memandangnya sebagai anugerah Allah pada kita. Tapi kalau kita anggap cinta Cuma sebagai satu perasaan yang hadir antara manusia, as simple as that, kita akan merana kerana cinta. That will be a waste.” Marjan merapatkan kakinya, bersila pula. Tangannya bermain pasir di kaki.

“saya tak pernah jatuh cinta. Saya tau mesti cik Lu’lu’ fikir saya tak layak nak berceramah tentang cinta, tapi cinta luas perspektifnya cik Lu’lu’. Cinta pada ibu bapa, keluarga, Rasulullah, para nabi, pada teman, dan pada manusia sejagat.” Dia mengerling Lu’lu’ yang masih bermenung di atas kepala lututnya.

“cinta pun ada negatifnya jugak. Cinta pada harta terutamanya, bahaya tu. Orang kaya selalu kena penyakit ni. harta tak bawak ke mana. Walau anak raja sekalipun, harta tak bawak ke kubur. Amalan baik, ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh saja yang akan menjamin semua tu.” Tambah Marjan lagi.

Lu’lu’ tidak memberi reaksi. Marjan telan liur.

“saya nak tanya sikit boleh?” Tanya Marjan.

Lu’lu’ tetap tidak menoleh.

“hmm, apa dia?” tidak ikhlas nadanya.

“cik Lu’lu’ tak kesian tengok dato berusaha nak gembirakan cik Lu’lu’?”

Lu’lu’ mendengus kecil.

“jangan sibuklah hal aku.” Marahnya.

Marjan jungkit bahu.

“saya bertanya. Tak nak jawab tak apa.”

Lu’lu’ mendengus perlahan.

“yang kau sibuk sangat nak aku datang sini kenapa?” soalan itu berbaur marah dan geram.

Marjan senyum nipis.

“saya nak tolong dato. Nak cik Lu’lu’ gembira.” Ringkas.

Lu’lu’ mengeluh panjang.

“aku takkan gembira. Aku tau.”

“macam mana cik Lu’lu’ tau? Sebab Fahim?”

Lu’lu’ menoleh pantas mendengar nama itu. Dia dengar ke aku cakap sorang-sorang tadi?

“kenapa dengan Fahim?” Tanya Lu’lu’ tidak puas hati.

Marjan jungkit bahu lagi.

“tak adalah, tadi cik Lu’lu’ dengan dia Nampak tegang jugak. Kalau saya tak ada tadi entah apa jadi.” Marjan mengingatkan.

Lu’lu’ melepaskan nafas lega di luar pengetahuan Marjan.

Dia tak dengar. Bagus.

“kalau kau tak ada, aku dah tampar dia. Tunggu apa lagi.” Senang sahaja Lu’lu’ berbicara.

“mak ai, kasarnya cik Lu’lu’ nak tampar dia!” Marjan bersuara kuat mengusik.

Lu’lu’ mendengus kecil.

“aku benci dia.”

“kenapa?”

“kau sibuk kenapa?”

“tak adalah, saya nak tau.” Ish, hilang sabar jugak aku dengan dia ni.

“tak payah sibuk!”

“tak nak cakap tak apa lah, ingat saya ingin sangat nak tau?” Marjan berbicara sinis. Sabarnya sudah lari ke dalam laut. Aku dah tau lah kenapa kau benci dia!

Lu’lu’ diam kembali. Bernafas kuat.

“khemah kau macam mana?”

Marjan menoleh tidak percaya.

Aik, ingat tak nak ambil tau dah.

“ok je. Kenapa? Nak tumpang? Minta maaflah, saya tak rela nak tumpangkan cik Lu’lu’.”

Lu’lu’ menjeling tajam.

“ingat aku ingin ke? Aku Tanya je! Lagi satu, kau jangan sombong sangat. Khemah tu aku punya. Aku boleh ambil balik malam ni jugak! Biar kau tidur kat pantai ni kesejukan!” Lu’lu’ memalingkan mukanya puas.

Marjan senyum sinis.

“eh, cik Lu’lu’, setakat khemah cabuk tu saya tak kisahlah. Nak ambil? Ambillah! Saya balik rumah terus. Tinggal cik Lu’lu’ dengan Fahim tu, nak?”

Lu’lu’ mengetap bibir. Kenapa si driver ni terlalu berani dengannya? Kenapa? Sedangkan dia Cuma driver cabuk saja. Belajar pun ayah aku yang tanggung. Apa hal dengan mamat ni?

Lu’lu’ merenung wajah Marjan tidak puas hati.

“awak ni siapa sebenarnya?” Marjan terdiam. Alamak, dia perasan ke?

Marjan melarikan matanya.

“manusialah, siapa lagi.”

Lu’lu’ mendengus geram.

“seriuslah!”

Marjan merenung sepasang mata Lu’lu’ tajam.

“nampak macam main-main ke?” cabar Marjan.

Lu’lu’ memandang laut kembali. Marah.

“ish, malas la nak cakap dengan awak!” geram.

Marjan jungkit bahu.

“malas? Bagus. Boleh saya tidur sekarang?” Marjan sudah bingkas.

Lu’lu’ mengetap bibir.

“benci!” jeritnya.

Marjan sudah mengatur langkah. Lebih kepada mahu menggertak Lu’lu’.

Lu’lu’ turut bangun, melangkah geram.

“kenapa kau ni kurang ajar sangat?” marah Lu’lu’ pada Marjan yang sudah beberapa langkah di hadapan.

“bila?” Marjan tersenyum nipis. Haha. Jahat betul aku ni.

“sepanjang masa lah!” ujar Lu’lu’ geram.

“mana ada!” Marjan provoke lagi.

“aku akan pastikan papa pecat kau!”

“try me!” jerit Marjan. Membalas.

“aku benci kau! Kau dengan Fahim sama je!” cheh! Ada ke patut dia samakan aku dengan lelaki sengal tu? Aku lagi macholah!

“tak sama! Saya lagi baik dari dia!”

Lu’lu’ terdiam.

“kenapa pulak?” Tanya Lu’lu’ dalam geram.

Marjan senyum nipis.

“sebab saya nak awak gembira! Fahim sakitkan hati awak! Kan tak sama? Kalau awak tak faham bahasa melayu, tak tau lah pulak!” jerit Marjan.

Lu’lu’ terdiam mendengar jawapan itu. Dia nak aku gembira? Tapi kenapa? Siapa aku pada dia? Lu’lu’ berhenti melangkah. Pandangannya menyorot pada Marjan yang masih melangkah

Marjan rasa pelik bila suara Lu’lu’ tidak lagi kedengaran.

Dia berhenti melangkah, memusingkan badannya. Melihat pandangan pelik Lu’lu’.

“tak nak tidur ke? Dah malam ni!” jerit Marjan.

Lu’lu’ kembali melangkah perlahan.

Marjan cekak pinggang. Gila betul dia ni.

Marjan menanti sehingga Lu’lu’ seiring dengannya sebelum langkahnya diatur semula.

Diam pulak. Ingat tak reti dah nak berhenti bercakap.

Mereka beriringan dalam sepi, suasana yang amat berlainan dari tadi. Sampai di tangga tadi, Marjan berhenti.

“hah, pergilah naik, tidur. Esok sibuk.” Sempat dia mengusik, namum Lu’lu’ tidak menjawab. Dia terus memanjat tangga. Tanpa pamitan, meninggalkan Marjan di situ. Tercengang-cengang dengan perubahan sikapnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: