Novel : Mirror 8

Nama Pena : Hasrudi Jawawi

PAGI ini, awal-awal lagi Dewi sudah bangun dari tidurnya. Panggilan dari ayahnya malam tadi sangat mengembirakannya. Pagi ini ayahnya akan menemuinya selepas hampir dua minggu ayahnya tidak datang menjenguk. Semenjak dia berpindah ke banglo ini, baru kali pertama ayahnya datang menjenguknya.

Selepas selesai bersiap, lekas Dewi menuruni anak tangga untuk ke ruang makan. Kelihatan ibunya sedang duduk sendirian sambil menikmati hidangan sarapan pagi. Pagi ini mereka bersarapan dengan bihun goreng. Baunya sehingga mencucuk-cucuk hidung. Dewi terpaksa memincing hidung untuk menghidu masakkan itu.

“Assalamualaikum bu.” Ucap Dewi gembira lalu di salam tangan ibunya dan di kucup mersa.

“Wa’alikumusalam sayang. Amboi, cantik-cantik ni nak ke mana? Ada dating dengan boyfriend ke?” Tanya Puan Azizah sekadar mengusik.

“Apa ibu ni. Dewi mana ada boyfriend.” Rengek Dewi tersipu-sipu malu.

“Dah tu? Cantik-cantik ni, Dewi nak ke mana?” Tanya Puan Azizah kehairanan.

“Ayah nak jumpa Dewi hari ni.” Jawab Dewi gembira.

“Ye ke? Plan nak kemana hari ni?” Puan Azizah sekadar bertanya sambil menuang teh ‘O’ panas ke dalam cawan Dewi.

“Emmm… Dewi ingat nak bawak ayah ronda-ronda kat pekan ni… lepas tu pergi bandar pulak.” Jawab Dewi lancar sambil menyenduk bihun goreng ke atas pinggan.

“Ye ke? Jangan balik lambat tau? Esok sekolah.” Puan Azizah sekadar mengingatkan. Dia bukannya tidak tahu perangai Dewi. Jika sudah keluar bersama bekas suaminya, hampir larut malam baru sampai ke rumah semula.

Dewi hanya mengangguk sambil menjamah bihun gorengnya.

“Ibu tak ke office ke hari ni?” Tanya Dewi setelah mendapati ibunya hanya berbaju biasa.

“Ibu off day hari ni. Penatlah asyik kerja je, sebab tu ibu ambik cuti hari ni. Ingat nak ajak Dewi shopping tengah hari nanti. Tapi… Dewi dah berjanji dengan ayahkan? Jadi… tak apalah.” Jelas Puan Azizah seolah kecewa.

Tapi, itulah rancangan awal mengapa Puan Azizah mengambil cuti hari ini. Dia ingin meluangkan masa bersama anak gadis tunggalnya itu. Rasanya sudah lama dia tidak meluangkan masa untuk anak gadisnya itu. Tapi, rancangannya terpasa di tangguhkan kerana Dewi telah berjanji ingin bertemu dengan bekas suaminya hari ini.

“Ala… ye ke? Kenapa ibu tak cakap awal-awal. Kalau tak, boleh cancel dating dengan ayah hari ni.” Keluh Dewi hampa.

“It’s okey sayang. Lagi pun Dewi dah lama tak jumpa ayah kan? Tak apa, lain kali kita boleh hang out sama-sama kan?” Jelas Puan Azizah seolah memujuk.

“Apa kata ibu join kita orang dating?” Dewi mencadang.

Dewi teringin sangat melihat ibunya keluar bersama-sama ayahnya. Semenjak ibu dan ayahnya bercerai, hanya beberapa kali sahaja mereka keluar bertiga bersama. Itu pun disebabkan terserempak. Jika tidak, ibunya sedaya upaya mencari alasan untuk mengelak dari berjumpa ayahnya. Tapi, kali ini tiada alasan untuk ibunya menolak pelawaannya.

“Hish, ibu tak nak ganggu you all datinglah.”

“Apa pulak ganggu. Ibukan, ibu Dewi, dan ayah pula ayah Dewi. Ibu dengan ayahkan pernah bersama dulu, apa nak diganggukan, betul tak?” Dewi cuba memujuk.

“Tak apalah, Dewi keluar dengan ayah jelah. Lagi pun ibu ada bayak kerjalah nak buat. Proposal syarikat ibu tak siap lagi.” Puan Azizah sedaya upaya beralasan. Dia benar-benar tidak mahu bersemuka dengan bekas suaminya. Dia kekok. Dia tidak tahu apa yang hendak di bicarakan bila berdepan dengan bekas suaminya nanti.

“Alah ibu ni, saja je tau?” Keluh Dewi seolah merajuk.

“Lain kali ye sayang?” Pujuk Puan Azizah seolah memberi harapan.

“Lain kali kalau Dewi dating dengan ayah, ibu kena join ek?” Pinta Dewi seolah mengingin ibunya berjanji.

Puan Azizah hanya tersenyum. Mengangguk pun tidak. Mengeleng pun tidak.

“Janjilah ibu.” Desak Dewi manja.

“Ok, ibu janji.” Terlepas kata-kata itu dari mulut Puan Azizah. Dia tidak sedar dia telah mengungkapkan kata janji itu. Apa yang pasti Dewi tidak akan melupakan janji ibunya itu dan bakalan di tuntut bila sudah tiba masanya nanti.

Kedengaran bunyi hon kereta dari arah depan rumah. Lekas Dewi memandang keluar rumah. Tahu sangat dia dengan bunyi hon itu. Hon dari kereta ayahnya.

“Ayah dah sampai tu.” Jelas Puan Azizah sekadar memberitahu.

Kelam kabut Dewi menghabiskan bihun gorengnya dan menghirup teh ‘O’ panasnya sehingga habis.

“Dewi pergi dulu ibu.” Pinta Dewi lalu menyalam ibunya dan pipi betemu pipi.

Puan Azizah hanya mengeleng perlahan melihat gelagat anak gadisnya itu. Selepas Dewi melangkah keluar, dia mencuri pandang ke arah bekas suaminya dari tingkap. Ingin sangat dia melihat wajah terbaru bekas suaminya itu. Di pendamkan niatnya itu bila dia terlihat bekas suaminya perasan akan tingkah lakunya yang sedang mengintai, lalu dia kembali melangkah ke ruang makan.

****************************************************

SEJURUS Dewi masuk ke dalam kereta ayahnya, dia terus menyalam tangan ayahnya lalu dikucup mesra tanda hormat dan melepaskan rindu yang sudah lama terpendam. Gembira benar perasaan Dewi ketika ini.

“Amboi, susahnya nak cari banglo baru Dewi ni. Hampir dua kali ayah sesat tau nak ke banglo ni. Nasib baik orang kampung ni tahu fasal banglo ni.” Jelas Encik Aziz seolah merungut sambil melihat banglo itu yang kian menjauh dari cermin padang belakang.

“Tulah fasal. Ibu pun satu, boleh pulak dia beli banglo buruk tu.” Rungut Dewi pula.

“Nak buat macam mana, ibu Dewi tu suka kawasan macam ni, terpencil dan jauh dari hiruk pikuk bandar. Nak dapat ketenangan katanya.” Jelas Encik Aziz seolah memujuk.

“Ketenanganlah sangat? Nasib baik ada Pak Mat tau ayah? Kalau tak, susahlah Dewi nak ke mana-mana. Kawasan ni susah nak dapat bas atau teksi.” Dewi sambung merungut.

Encik Aziz hanya tertawa kecil melihat gelagat anaknya itu.

“Ayah pun satu, kenapa ayah tak jenguk Dewi minggu lepas? Call pun tak…” Dewi merajuk.

“Bukan ayah tak mahu menjenguk Dewi. Ayah ada kerja sikit minggu lepas.” Jawab Encik Aziz hampa.

“Sebelum ni, walaupun ayah ada kerja pada hari ahad, boleh je jenguk Dewi.” Rajuk Dewi sambil memuncungkan bibirnya.

“Dewi, sebelum ni rumah Dewi dekat dengan office ayah. Sebab tu ayah boleh jenguk Dewi walaupun ayah terpaksa kerja hari ahad. Sekarang… rumah baru Dewi dah jauh, tak sempat nak jumpa. Ni pun awal-awal pagi tadi ayah dah keluar rumah. Sekarang baru sampai.” Jelas Encik Aziz panjang lebar sambil menjeling jam di pergelangan tangannya. Dia mengambil masa hampir satu jam setengah untuk sampai ke banglo baru bekas isterinya itu pagi ini.

Dewi hanya menbentuk-bentukkan bibirnya tanda protes.

“So, macam mana dengan keadaan kat rumah baru tu? Best tak?” Sengaja Encik Aziz menukar topik perbualan selepas menyedari anaknya itu mula bermuram durja.

“Bolehlah, tapi… Banglo tu macam pelik sikit” Keluh Dewi hambar. Seolah ada sesuatu yang berselirat di ruang benaknya yang sukar untuk dilepaskan.

“Pelik? Apa yang peliknya?” Tanya Encik Aziz seolah dapat menilai perasaan anak gadisnya itu.

“Ntahlah… Dewi pun susah nak ceritakan hal sebenar. Kalau cerita, takut ayah tak percayakan Dewi.” Jelas Dewi seolah mengharap agar ayahnya dapat menerima ceritanya yang bakalan di ceritakan jika perlu.

“Kenapa ni Dewi? Lain macam je ayah tengok? Apa yang ayah tak percaya?” Tanya Encik Aziz kehairanan melihat riaksi Dewi yang tiba-tiba kelihatan gelisah.

“Cuba cerita pada ayah?” Pujuk Encik Aziz.

Dewi mengeluh halus. Berat rasa hatinya ingin menceritakan apa yang telah belaku pada dirinya semenjak dia menjejakkan kaki di banglo barunya. Sesuatu yang misteri. Dia takut ayahnya juga seperti Siti. Tidak percaya akan apa yang telah berlaku padanya. Dia mengambil nafas panjang untuk memulakan cerita.

“Sejak Dewi pindah di banglo tu… Dewi seolah mengalami satu perubahan misteri…”

“Perubahan misteri? Perubahan misteri yang macam mana tu?” Tanya Encik Aziz kehairanan. Pelik benar mendengar kata-kata Dewi tadi.

“Ayah ada baca berita fasal tiga budak lelaki mati lemas akibat accident semalam tak kat surat khabar?” Tanya Dewi sekadar ingin memastikan. Hanya dengan cara itu sahajalah dia boleh membuktikan ceritanya.

Encik Aziz mengelamun seketika. Cuba mengingati tentang berita yang diberitahu oleh Dewi itu.

“Ha’ah, accident tu berlaku di kawasan bandar ni kan?” Encik Aziz meneka cuba memastikan sama ada berita itu betul atau tidak seperti yang di maksudkan oleh Dewi tadi.

Dewi mengangguk lesu.

“Sebenarnya, sebelum kemalangan tu, budak-budak tu kacau Dewi kat bus stop depan sekolah Dewi kelmarin.”

“Dia orang kacau Dewi? Apa yang dia orang buat pada Dewi?” Lekas Encik Aziz menyangkal kata-kata Dewi. Risau benar dia jika ada yang cuba mengapa-apakan Dewi.

“Tak buat apa-apa. Cuma kacau je. Masa dia orang kacau Dewi, Dewi ada cakap pada dia orang. Dewi kata pada dia orang. Dia orang semua akan di timpa kemalangan dan mati lemas. Tapi masa tu Dewi hanya cakap je, tak terniat apa-apa pun…” Jelas Dewi panjang lebar mengenai perkara misteri yang mengganggu dirinya sejak kebelakangan ini.

Encik Aziz seolah kebingungan. Dia cuba memahami jalan cerita Dewi.

“Jadi… apa yang Dewi cakap tu… jadi kenyataan?” Tanya Encik Aziz seolah meneka-neka.

Dewi mengangguk perlahan.

Encik Aziz tertawa kecil. “Dewi… mungkin semua tu kebetulan je.” Jelas Encik Aziz tidak percaya dengan cerita Dewi.

“Tak mungkin ayah. Ini bukan first time, but this is second time ayah. Before this, classmate Dewi. Dia buli Dewi. Jadi, Dewi kata pada dia, muka dia akan tergahar pada tar jalan. Day after tomorrow, dia accident, muka dia terheret kat jalan raya ayah. Now, she still in hospital. Koma.” Jelas Dewi dengan harapan agar ayahnya mempercayai kata-katanya.

Encik Aziz hilang kata-kata. Seyumannya mula pudar. Buat-buat hairan mendengar cerita anaknya itu. Dalam hatinya, sedikit pun dia tidak mempercayai kata-kata anaknya itu yang di anggap apa yang berlaku hanya secara kebetulan sahaja.

“Really? Jadi, kalau macam tu… Anak ayah ni ada kuasa misterilah ek?” Jelas Encik Aziz berseloroh.

“Ayah ni… orang cakap betul-betul dia main-main pulak.” Rungut Dewi merajuk. Mendengar kata-kata ayahnya itu, tahu benar dia yang ayahnya sedikit pun tidak mempercayai kata-katanya.

“May be itu semua secara kebetulan je… Dah jangan fikirkan sangat ok?” Pujuk Encik Aziz.

“Kita nak ke mana ni?” Tanya Encik Aziz lagi cuba mengubah topik perbualan. Dia tidak mahu anaknya itu terbawa-bawa dengan fikiran yang bukan-bukan.

Dewi diam. Munyok sahaja mukanya. Menyampah rasanya bila ceritanya tidak di percayai oleh ayahnya. Dia sendiri tidak tahu pada siapa dia ingin meluahan rasa musykil di hatinya. Cerita pada Siti, wanita itu pun tidak percaya. Cerita pada ibunya, kena marah pula. Cerita pada ayahnya sama sahaja seperti cerita pada Siti. Hanya Sem sahaja seolah mempercayai ceritanya.

“Ayah tanya ni, kita nak ke mana dulu ni?” Encik Aziz mengulangi pertanyaanya bila anaknya tidak menjawab pertanyaan pertamanya tadi.

“Kita pergi badar jelah.” Jawab Dewi acuh tidak acuh.

“Kenapa ni? Senyumlah sikit.” Pujuk Encik Aziz sambil mencuit dagu Dewi.

Dewi tersenyum paksa. Pandangannya di campak keluar kereta.

“Macam tulah anak ayah. Senyum.” Pujuk Encik Aziz lagi lalu membelokkan kereta kearah jalan menuju ke pusat bandar.

Bersambung….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: