Novel : Rindu Mencumbui Zaman 4

Nama Pena : jessie lee suan cui

“Selamat pagi, tuan..” ucap beberapa orang pekerja di Zulkarnain Holdings tatkala ternampak kelibat Zulkarnain melangkah masuk ke dalam syarikat miliknya. Zulkarnain melemparkan senyuman kepada beberapa orang pekerja sambil mengangguk-anggukkan kepalanya tanda membalas salam mereka.

Beberapa laporan yang memerlukan tandatangan Zulkarnain terletak di atas mejanya. Zulkarnain meletakkan briefcasenya di atas kerusi lalu mencapai laporan-laporan tersebut.

‘Syarikat Zizuan? Baru?’ detik Zulkarnain. Zizuan.. mungkinkah adiknya? Dia tersenyum sendirian.

Pintunya diketuk.

“Masuk!” Sepatah sahaja Zulkarnain menjawab.

Kelihatan Zizuan, adik Zulkarnain terpacak di hadapannya.

Zulkarnain mengangkat keningnya sambil tersenyum. Tanda tanya masih belum dihapuskan. Zizuan pula, tersengih-sengih.

“Masuk la.. buat pe tercegat kat sana??” Zulkarnain mempelawa adiknya masuk ke dalam pejabatnya.

Zizuan masuk ke dalam pejabat abangnya lalu menutup pintu pejabat, rapat.

“Duduk lah..” Zulkarnain dan Zizuan mempelawa serentak. Sejurus itu, ketawa mereka meledak.

“Apa hal??” Zulkarnain sekadar berbasi. Padahal, dia sudah dapat mengagak. Pasti adiknya yang hendak membuka syarikat baru ingin mendapatkan pelaburan dan sokongan syarikatnya.

“Alah.. abang ni tak sporting. Tengok je lah laporan tu..” Zizuan mencebik. Zulkarnain tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

‘Zizuan.. macam budak tiga tahun. Tak ubah-ubah langsung..’ detik Zulkarnain.

Zulkarnain membelek-belek laporan itu sambil meneliti butiran syarikat baru adiknya. Jemarinya mengetuk mejanya. Lagaknya, macam mengikut irama muzik.

“Abang.. macam mana??” Suara Zizuan berbaur harapan. Sebenarnya, bapa mereka, Dato’ Sabri yang memintanya mendapatkan sokongan syarikat abangnya. Kata bapanya pula, dengan adanya syarikat abangnya, syarikatnya tidak akan mengalami begitu banyak kesulitan kelak.

“Okey jugak.. Hmm.. jadi.. nak buka kat mana??” Hati Zizuan berbunga gembira. Pertanyaan abangnya itu bermakna abangnya bersetuju untuk menyokong syarikat yang bakal dibukanya nanti.

“Er.. mungkin kat Sintok kot..” Tempat yang dinyatakan Zizuan memeranjatkan Zulkarnain.

“Sintok? Utara Malaysia lah tu.. jauh sangat..” Zulkarnain berkata-kata.

“Alah.. bang. Kat sana kan bagus..” Zizuan seperti cuba menyembunyikan sesuatu. Zulkarnain berjaya membaca gerak hati adiknya itu.

“Bagus? Zizuan.. tell me the main reason..” Zulkarnain rasa, pasti ada benda penting yang menarik perhatian Zizuan untuk membuka syarikat di negeri jelapang padi itu.

“Er.. sebab Nurin…” Zizuan tersengih-sengih. Sekali lagi, Zulkarnain mengangkat keningnya.

“Nurin?? Oh..” Zulkarnain mengangguk-angguk. Bukannya sekali sahaja nama Nurin keluar dari bibir adiknya, malah acap kali.

“Nurin kerja kat sana?” Zulkarnain menyoal adiknya.

Gelengan kepala menyambut soalan Zulkarnain tadi.

“Habis tu?” Zulkarnain masih menyoal. Dia mahu mengetahui segala-galanya tentang tujuan syarikat adiknya dibuka. Jika tidak, kedudukan syarikatnya yang sedang ‘top’ sekarang ini mungkin akan tergugat.

“Dia sambung pengajian kat sana..” Zizuan menjawab selamba.

“Sambung pengajian? UUM ke?” Zizuan mengangguk.

“Dia nak gi belajar. Buat pe kacau dia??” Zulkarnain sengaja menduga. Zizuan yang masak dengan sikap abangnya yang cerewet itu sekadar mencebik.

Zulkarnain tersenyum.

“Zizuan, jangan mencebik. Nanti tak semena-mena, bibir awak tu jadi senget pulak..” Zulkarnain berseloroh sambil ketawa. Zizuan geram.

“Abang ni kan!!” Zizuan cuba mencubit pipi abangnya. Memang macam budak tiga tahun lagaknya.

Ketukan pintu pejabat Zulkarnain menghentikan perbuatan dua orang adik-beradik itu. Mereka membetulkan posisi kedudukan sambil menahan tawa mereka yang hampir meledak tika itu.

“Masuk!!” Zulkarnain cuba menseriuskan suaranya.

Tombol pintu dipulas. Zaza masuk dengan mengangkat sebuah kotak yang berat. Zizuan menoleh. Dia terperanjat. Begitu juga Zaza. Kotak itu terlepas dari tangannya. Dia lagi terperanjat.

‘Alamak!! Habislah aku!!’ Zaza bingung.

Zizuan lantas menuju ke arah Zaza dan menolongnya mengutip segala laporan dan memasukkannya ke dalam kotak tersebut. Zulkarnain hairan. Bukannya dia tidak tahu dengan sikap adiknya. Tidak akan menolong orang yang tidak dikenali. Alasannya, bimbang diculik dan diperdaya.

“Abang, ni siapa?” tanya Zizuan sambil mengunjuk Zaza. Zaza tersenyum. Kotak berat itu diletakkan di atas lantai pejabat yang beralaskan karpet.

“Oh.. dia arkitek baru..” jelas Zulkarnain. Zizuan mengangguk.

“Oh…” Zizuan tidak menjelaskan tentang persahabatannya dengan Zaza kepada Zulkarnain. Semasa menolong Zaza tadi, mereka telah bertukar isyarat mata. Mereka bercadang untuk merahsiakan segala-galanya daripada Zulkarnain. Biarlah dia terperanjat ke.. Terkejut ke.. Atau tiada respons ke..

“Er.. Zaza. This is my brother..” Zulkarnain yang tidak tahu apa-apa itu memperkenalkan adiknya kepada Zaza.

“Oh.. nice to meet you..” Zaza bersandiwara seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dia menghulurkan tangannya tanda ingin bersalam dengan Zizuan. Zizuan menyambut huluran rakan baiknya sambil tersenyum.

“Nice to meet you too..” Zizuan cuba menahan tawanya.

“Okey.. Zaza, what’s your problem?” Selaku seorang pihak atasan , Zulkarnain bertanya.

Zaza mengangkat kotak yang berat itu lalu meletakkannya di hadapan Zulkarnain.

“Er.. ini semua laporan yang sudah saya siapkan.. Er.. boss bagi seminggu. Tapi, saya siapkannya awal supaya dapat buat kerja lain..” Zulkarnain tersentak.

‘Dia ni superwoman ke? Lima puluh laporan siap dalam masa dua hari??’ Kekaguman Zulkarnain terhadap Zaza mula menebal.

Zizuan yang menyedari perubahan riak wajah abangnya sekadar tersenyum. Bukannya dia tidak tahu, Zazalah yang selalu menyiapkan assignments yang diberikan professor lebih awal daripada semua pelajar. Kadang-kadang, Zaza juga menolongnya dan Nurin untuk menyiapkan assignments mereka.

“Er.. bagus.. bagus. Jadi, apa kerja lain yang awak nak buat??” Zulkarnain menyoal.

“Oh.. It depends.. Kalau boss nak saya buat laporan lain ke..” Zaza tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan pihak atasannya tadi.

“Oh. .tak pe.. Lagipun awak penat. Awak buat je lah apa-apa kerja yang awak nak..” Zulkarnain menjawab. Zizuan dan Zaza tersentak.

‘Takkanlah kot.. Dia tak nak dera aku ke??’ Zaza berteka-teki sendirian.

‘Abang dah tukar perangai ke? Atau.. dah suka Zaza??’ desis Zizuan sendirian. Perlahan-lahan, bibirnya mula mengukir senyuman.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: