Novel : Senyuman hikmah 5

Nama Pena : fatihaaisha

Bab 5

Disebabkan keletihan yang amat, Hawa terlewat bangun dari tidurnya. Pagi ini, dia ada kuliah. Jika tidak kerana panggilan daripada William, mungkin dia masih lagi lena dibuai mimpi. Bunyi telefon yang berulang kali telah mengganggu tidurnya. Dia sedikit geram bila tidurnya diganggu, tetapi apabila menyedari yang dia perlu menghadiri kuliah pada pagi itu, hatinya sedikit sejuk. Bila difikir-fikir balik, dia patut berterima kasih kepada William. Jika tidak, mungkin sekarang dia masih lagi lena dibuai mimpi.
Masuk sahaja ke bilik kuliah, matanya pantas mencari ruang duduk yang kosong. Meneroka ke suluruh ruang kuliah, pandangannya dapat menangkap lambaian tangan Anita. Di sebelah Anita, ada kerusi kosong di situ. Mungkin sahabatnya itu sengaja mengosongkan tempat tersebut untuk dirinya. Hawa melangkahkan kakinya menghampiri Anita. Duduk sahaja di kerusi, pensyarah yang mengendalikan kuliah pada pagi itu mula menampakkan wajahnya. Tanpa melengahkan masa, dia mula menyampaikan ilmunya. Hawa begitu khusyuk mendengar bait-bait ilmu yang disampaikan itu. Sesekali, tangannya ligat mencatat mana-mana fakta yang dirasakan penting untuk diingat. Begitulah sikapnya semasa belajar. Dia akan fokus terhadap pembelajarannya. Baginya, ilmu penting jika ingin berjaya dan orang akan pandang tinggi pada orang yang berilmu.
Habis sahaja kuliah, Hawa menutup bukunya. Dia bangun dari kerusi dan berdiri sambil merenggangkan otot-otot lengannya. Dia menutup mulutnya yang menguap secara tiba-tiba. Anita yang sedang memerhatikan kelakuan Hawa itu hanya mampu tersenyum.
” kenapa lambat tadi. Jam loceng tak berbunyi ke?” Tanya Anita bersahaja.
” Aku tak sedar lah. Lupa nak kunci jam. Lagipun kau faham-faham aja lah, aku kan memang kaki tidur. Mana boleh tidur lambat-lambat. Kau lain lah, dah biasa tidur 2 jam. Aku mana boleh.” Balas Hawa sambil mengeyeh-ngeyeh matanya yang sudah kelihatam merah. Rasa kantuknya masih belum hilang.
Melangkahkan kaki keluar dari bilik kuliah, Hawa dapat menangkap kelibat William yang tercegat di sebelah muka pintu. Dia berpura-pura tidak nampak lelaki itu dan berjalan terus ke hadapan. Namun begitu, tindakannya hanya sia-sia. William menyedari kehadirannya apabila Anita yang berjalan di belakangnya menegur lelaki itu. seperti yang dijangka, William mula mengejar langkahnya.
” Hawa! Hawa, tunggu dulu.” Kedengaran laungan William memanggil namanya. Langkahnya kian mendekat.
Hawa yang mendengar laungan itu menghentikan langkahan kakinya. Dia memusingkan badannya ke belakang. Kini, dia terpaksa berhadapan juga dengan lelaki itu. Walaupun dia tidak berapa menyukai William, namun begitu demi persahabatan yang telah lama terjalin antara mereka, dia perlu menghormati sahabatnya itu. Tambahan pula, William adalah seorang yang agak baik jika dibandingkan dengan teman-teman lelakinya yang lain.
” cepatnya awak jalan. nak kemana-mana ke?” soal William termengah-mengah. Dia keletihan kerana berjalan pantas mengejar Hawa.
Hawa tidak menjawab pertanyaan itu. Pandangannya sibuk mencari kelibat Anita. Ke manakah sahabatnya itu menghilang. Seingatnya, Anita berada di belakangnya tadi. Takkan lah dah balik rumah kot. Cepatnya.
” Mana Anita?” soal Hawa kembali.
” mmm….Anita keluar dengan Joseph, tengok wayang. Awak nak ke mana lepas ni? Kalau tak kemana-mana, saya nak ajak awak join diorang sekali, kita tengok wayang.” Soal William lagi.
” saya banyak kerja ni. Lagipun saya nak balik tidur, mengantuk.” Hawa memberikan alasan menolak pelawaan William.
takkanlah cepat sangat nak balik kot. Sekarang baru pukul berapa. Awal lagi ni. Jomlah kita keluar dulu. Pergi jalan-jalan, tengok wayang ke? Kemudian kita makan-makan. Saya janji, lepas tu saya akan hantarlah awak balik. Awak jangan risau.” Pujuk William. Dia amat berharap Hawa akan mengikutinya walaupun dia tahu begitu sukar untuk memujuk gadis itu. Hawa selalunya tekad dengan keputusan yang telah dibuat.
” saya mengantuk lah William. I’am very sorry. Sorry ok. Saya rasa letih sangat ni. Semalam kan kita balik lambat. Nanti, kalau ada masa, kita keluar lagi.” Hawa menolak lagi.
Melihatkan hawa yang berdegil dengan keputusannya, William tidak mampu memujuk lagi. Dia menawarkan dirinya untuk menghantarkan gadis itu pulang ke rumah. Hawa hanya mengangguk menerima pelawaan itu. Dia tidak mahu lelaki itu terasa hati dengan penolakannya untuk keluar.
Suasana rumah pada pagi itu begitu sunyi. Hawa tidak terus naik kebiliknya, tetapi menghalakan langkahnya ke ruang tamu. Dia menyandarkan badannya ke sofa untuk merehatkan diri. Dia berasa agak selesa begitu. Kemudian, tangannya mengjangkau ke arah remote control tv yang berada di atas meja kecil di hadapannya. Jarinya begitu pantas menekan punat-punat remote untuk mencari rancangan-rancangan yang menarik. Akhirnya matanya terpaku apabila melihat suasana jemaah di masjidil haram. Suara azan yang berkumandang dari peti televisyen itu begitu sayu di pendengarannya. Hatinya berasa sedikit tenang. Kemudian, dia melihat semua orang yang berada di situ masing-masing berdiri dan bergerak membentuk beberapa barisan panjang. Hawa tahu, mereka semua itu sedang bersedia untuk mendirikan solat. Matanya terus melekat pada kaca televisyen itu. Dia mahu melihat bagaimana mereka melaksanakan ibadah itu. Rasa ingin tahu membuak-buak dalam dirinya. Sejak usianya 7 tahun sehinggalah sekarang, dia tidak pernah bersolat. Selepas berhijrah ke London, Mama tidak pernah sesekali mengajar atau menyuruhnya untuk melakukan ibadat itu. Seingatnya mama juga tidak pernah bersolat sejak berpisah dengan papa. Jika dahulu, dia selalu melihat mama berjemaah dengan papa, dan dia pula berdiri di belakang mengikuti pergerakan mereka. Namun begitu, kehidupan mama selepas mereka berhijrah berubah sama sekali. Daddy telah berjaya mengubah kehidupan mama seratus peratus. Teringatkan mamanya, hati Hawa terasa begitu sayu. Dia terus menonton. Kelihatan imam yang mengetui jemaah itu mengangkat tangan ke telinga, semua jemaah lain yang berada di belakangnya melakukan perbuatan yang sama. Kemudian, kedengaran ayat-ayat suci al-Quran dibaca. Hatinya berasa insaf. Air matanya mengalir, terasa begitu lemah dirinya. walaupun pada asalnya beragama islam, namun islamnya hanya pada nama. Dia tidak mampu menjadi seperti mereka. pada usia yang sebegitu, dia tidak tahu mengamalkan cara hidup islam. Hidupnya berbeza sekali.
asyik menghayati bacaan imam itu, tiba-tiba kedengaran pintu rumahnya dibuka dengan kasar dari luar. Konsentrasinya terganggu. Matanya beralih kea rah pintu utama. Kelihatan Mikail yang berjalan terhuyung-hayang masuk ke dalam rumah. Dia bukan berseorangan. Di sisinya, seorang gadis yang berpakaian agak seksi sedang memeluk pinggangnya. Kedua-duanya sedang mabuk. Hawa begitu tekejut dengan kepulangan mereka itu. Sejak mama meninggal, jarang sekali mereka bersua muka. Lelaki itu selalu tidak pulang ke rumah. Dia juga tidak mahu ambil peduli samada lelaki itu pulang atau tidak. Dia tidak berminat untuk tahu. Dia sangat bencikan lelaki itu.
“daddy….” suaranya kedengaran perlahan. Dalam sedar tidak sedar dia menyebut panggilan itu. mestikah dia menyebut panggilan itu, hatinya tertanya-tanya kembali. ” lelaki itu tidak layak dipanggil sebegitu.” Hatinya membantah pula.
Mikail yang menyedari kewujudan Hawa di ruang tamu rumahnya itu tidak jadi meneruskan langkah. Pandangannya dihalakan ke arah Hawa. pandangan mereka saling bertaut. Tiada kemesraan di situ. Mikail melangkahkan ke mendekati Hawa. Dia melepaskan tangannya yang sedang mesra memaut pasangannya. Gadis itu sedikit terkejut dengan tindakan lelaki itu.
” hi, darling….lama tak jumpa. How are u now? I’m verry miss u, my girl” soal Mikail dengan gaya mesra. Badannya masih lagi terhuyung-hayang. Kelihatannya tidak mampu untuk berdiri dengan stabil. Kemudian, Mikail ketawa berdekah-dekah. Lagaknya begitu gembira dengan pertemuan yang tidak disangka-sangka itu.
Hawa hanya memerhatikan lagak Mikail. Dia mendiamkan diri, kemudian mengalihkan pandangannya ke kaca televisyen. Dia tidak berminat untuk membalas pertanyaan lelaki yang sedang mabuk itu. Mikail merebahkan badannya di sebelah Hawa. Terasa jarak mereka begitu dekat sekali. Hawa yang tidak selesa dengan keadaan itu cuba untuk menjarakkan dirinya walaupun masih berada di atas sofa yang sama.
” Hawa, are u hear me?” soalnya lagi. Kali ini, dia cuba menarik perhatian Hawa dengan mematikan siaran tv. Tindakannya berhasil apabila Hawa mula membuka mulut.
“Hi, dad. Well…now, like u see ,I’m very-very good. How about u? I think you are happy with your life, right?” Hawa membuka mulut. Jika lelaki itu bertanya dengan baik, dia akan menjawab dengan baik.
“yah…I’m happy now. Very-very happy than old days.” Jawab Mikail sambil ketawa. Tangannya cuba menyentuh ke wajah Hawa. pada penglihatannya, gadis itu semakin cantik sekarang. Makin matang, fikirnya. Telah sebulan mereka tidak bersua muka. Dia tidak menyangka, kepulangannya pada pagi itu menemukan mereka.
” Hawa cuba menepis tangan lelaki itu. Dia tahu lelaki itu tidak sedar dengan apa yang dilakukannya. Namun begitu, dia terkejut apabila tindakannya itu menimbulkan kemarahan di hati Mikail. Mikail berasa tercabar dengan kelakuan Hawa. Dia cuba memegang tangan gadis itu, Hawa meronta-ronta. Mikail cuba mendekatkan wajahnya ke muka Hawa, dan Hawa dengan sekuat tenaganya cuba melepaskan diri. Nasib menyebelahi dirinya apabila Mikail menghentikan perbuatannya. Kedegaran suara manja memanggil lelaki itu.
” Mikail, Mikail…where are u? what are u doing, I’m waiting you, here.” gadis yang berpakaian seksi itu mengahmpiri mereka.
Mikail yang menyedari kehadiran gadis itu cuba untuk bangun dari duduknya. Dia Hampir terjatuh ke lantai.Dia melepaskan pegangan tangan Hawa. Sambil memberikan pandangan yang tajam kepada Hawa, dia memaut pinggang ramping gadis itu dan berjalan bergandingan menuju ke tingkat atas. Sambil menyanyi bait-bait lagu dengan suara yang terputus-putus, dia berlalu meninggalkan Hawa yang masih terkejut. Hawa tidak menyangka akan mendapat layanan sebegitu daripada Mikail. Dia berasa sedikit takut. Dengan perasaan yang bercampur baur, dia mengambil beg tangannya dan keluar dari rumah itu. Dia ingin menjauhkan diri daripada Mikail.
Hawa berjalan melewati deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan. Kakinya melangkah tanpa arah tujuan. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi. Dia hanya membiarkanya dengan harapan pemanggil itu akan berhenti menghubungi. Namun begitu, setelah lama telefonnya berdering, Hawa mengangkat juga panggilan tersebut.
” Hawa…kau kat mana ni. Kenapa tak angkat panggilan aku?” soal Anita dengan geram.
Setelah mendiamkan diri seketika, Hawa membalas pertanyaan kawannya itu. “Aku kat tempat biasa ni, jalan-jalan tengok pemandangan.” Jawab Hawa.
” mmm…aku ingatkan kau ikut William tadi. Kau kata nak tidur, kenapa kau keluar pulak?” soal Anita lagi.
” Aku rasa tak mengantuk pulak. Boring duduk sorang kat rumah, aku jalan-jalan lah. Kau kat mana ni? Ada apa telefon aku?” soal Hawa pula.
” kau tunggu aku kat situ. Jangan ke mana-mana.” Anita pantas memberikan arahan tanpa menjawab pertanyaan Hawa. Dia pantas mematikan talian telefon. Hawa hanya mengeluh memikirkan tindakan Anita. Dia berjalan menghampiri sebuah bangku kecil dan duduk di situ. Dia sudah letih berjalan dan mahu berehat sementara menunggu kedatangan Anita. Fikirannya menerawang kepada peristiwa yang berlaku di rumahnya tadi. Dia bersyukur kerana dapat melepaskan diri daripada lelaki yang tidak berguna itu. Tidak lama menunggu, kelihatan kelibat Anita dan teman lelakinya, Joseph berjalan beriringan menghampirinya. Jika dilihat dari jauh, kelihatan pasangan itu begitu bahagia dengan hubungan yang terjalin.
Hawa mengekori Anita menuju ke kereta Joseph. Mereka masuk ke dalam kereta sambil berbual-bual ringan dan ketawa.
” kita nak ke mana sebenarnya ni?” Tanya Hawa lagi. Dia ingin mengetahui arah tujuan mereka kini.
” tadi kitaorang nak ajak kau tengok wayang, kau menolak. Sekarang ni kau tak boleh tolak lagi. Ada orang nak belanja kita makan, dia buat parti kat rumah dia. Semua kawan-kawan kita dijemput.” Jawab Anita tanpa menyebut siapa rakannya itu.
” siapa?” soal Hawa ingin tahu.
” alah….kau tunggu aja lah. Kejap lagi kita sampai kat rumahnya. Kau kenal dia.” Jawab Joseph pula. Kelihatan kedua-duanya berpakat merahsiakan nama sahabatnya itu. Hawa tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Dia hanya mengikut sahaja rancangan mereka. Akhirnya, kereta yang dipandu Joseph memasuki perkarangan sebuah rumah yang agak besar. Kelihatannya seperti sebuah istana. Hawa terpegun seketika. Dia tidak menyangka akan menjejakkan kakinya ke rumah semewah itu.
Anita yang melihat ayunan langkah Hawa yang perlahan hanya mengelengkan kepala. Dia menarik tangan Hawa dan memaksa gadis itu berjalan lebih pantas.

Masuk sahaja ke dalam rumah mewah itu, Hawa rasa lebih terkejut lagi. Suasana di dalam rumah itu lebih cantik daripada yang ada dalam gambaran fikirannya. Hawa melepaskan pandangannya ke segenap ruang rumah itu. Matanya menyelongkar ke setiap sudut dan menikmati segala keindahan dan kemewahan yang terpandang di matanya. Dia berasa kagum.
” Hi, Joseph. Lambatnya you jemput tuan puteri kita ni. Dah lama I tunggu. Semua tetamu dah sampai. Apasal lambat sangat ni?” Tiba-tiba kedengaran suara seseorang menyapa Joseph. Dia pernah dengar suara itu dan dia juga pasti siapa pemiliknya. Hawa menghalakan pandangannya ke arah lelaki yang menyapa itu. Tepat seperti yang dijangkakan, lelaki itu adalah William. William tersenyum melihatnya.
Tanpa menjawab pertanyaan William, Joseph terus menghampiri meja makan. Dia menarik tangan Anita sekali untuk mengikutinya. Dia kelihatan begitu teruja dengan pelbagai hidangan yang disajikan.
“aku dah lapar ni. Aku nak makan dulu.” Ucapnya sambil berpaling ke arah William.
William hanya mengangguk. Dia kemudiannya berpaling ke arah Hawa yang berdiri agak jauh darinya. Tak sangka gadis itu akan datang. Pandai juga Anita memujuknya. Biasanya, kalau dah A kata gadis itu, A lah jawapannya.
“welcome to my house. Terima kasih kerana sudi datang. Jom, ikut saya.” ajak William sambil menarik tangan Hawa. Dia tahu gadis itu masih terkesima melihatnya. Hawa hanya menurut sahaja langkah lelaki itu tanpa membantah. Dalam hatinya dia mengutuk tindakan Anita yang meninggalkan dirinya keseorangan di situ. Tahulah Joseph ada sekali, tetapi kenapa tadi beria-ia sangat membawanya ke sini. Kalau dah lapar sangat pun, ajaklah dia sekali. Sekarang dia pula yang berasa segan untuk berada di situ.
Selepas menyuruh Hawa duduk di atas sebuah kerusi, Adam kemudiannya ke meja makan. Tanpa bertanya terlebih dahulu kepada Hawa, dia mengambilkan makanan dan minuman untuk gadis itu.
” awak makanlah dulu. Saya dah makan tadi.” William menghulurkan pinggan yang berisi beberapa jenis kuih kepada Hawa. Selepas mengambil dua gelas minuman, dia turut melabuhkan punggungnya ke kerusi di sebelah Hawa, menemani gadis.
” terima kasih.” Hawa yang dari tadi hanya berdiam diri mula bersuara. Bibirnya menguntumkan senyuman tanda berterima kasih. Sambil menyuapkan makanan ke mulut, matanya liar memandang ke sekeliling rumah. Ramai tetamu yang memenuhi ruangan itu. Masing-masing kelihatan begitu gembira. Sambil menjamah hidangan yang disediakan, mereka begitu leka berborak-borak.
“mmm…parti ni untuk apa sebenarnya?” soal Hawa.
“tak ada apa-apa. Sebenarnya saya saja buat parti ni untuk kawan-kawan lama . Tadi hajatnya nak ajak awak datang sekali lepas tengok wayangi, tapi nampak awak tak sudi aja. Tak berani lah saya nak pujuk lebih-lebih.” Ujar William. Dia ralit memerhatikan Hawa yang sedang makan. Hawa perasan akan renungan lelaki itu, tetapi dia pura-pura tidak ambik peduli.
” ramai jugak ya kawan-kawan awak.” Hawa memerhatikan gelagat –gelagat mereka yang hadir. Kebanyakan daripada mereka . Dengan penampilan yang penuh bergaya, mungkin mereka berasal dari keluarga yang berada. Sesuailah dengan William yang kaya raya itu.
” biasalah…saya ni kan baik hati, peramah, tentulah ramai yang berminat nak berkawan dengan saya.” ujar William bergurau. Sambil itu, sempat dia membalas lambaikan rakannya yang baru datang. Bunyi lagu yang dipasang kuat menghangatkan lagi suasana di situ.
Selepas Hawa selesai makan, William menarik tangannya ke arah sekumpulan tetamu yang sedang berkumpul. Mereka yang menyedari kehadirannya di sisi William itu kelihatan tertanya-tanya. . Hairan agaknya melihat dirinya yang dikenali.
” kenalkan …. this is my girl friend, Hawa.” ucap William sambil memaut mesra lengan Hawa. Hawa pantas menoleh ke arah William yang sedang tersenyum, dia berasa amat terkejut dengan kenyataan itu. Realitinya, hubungannya dengan William tidak lebih daripada sekadar kawan. Dia berasa amat malu dengan gurauan itu. Namun begitu, demi menjaga air muka sahabatnya itu, Hawa hanya mendiamkan diri. Dia membalas huluran tangan kawan-kawan William, masing-masing memperkenalkan diri kepadanya. Sedang asyik berbual-bual, tiba-tiba suasana yang ditemani oleh lagu-lagu rancak sunyi seketika. Muzik sentimental pula mengambil alih. Semua tetamu yang hadir masing-masing bergerak ke tengah ruang kosong bersama pasangan masing-masing. Sessi tari menari bermula. Hawa hanya memerhatikan dari jauh. Dia tidak berminat menyertai mereka. lagipun, dia tidak berapa pandai dalam bab tari-menari ini. Daripada satu pasangan ke satu pasangan, Hawa melemparkan pandangannya. Akhirnya, matanya melekat kepada pasangan Anita dan Joseph. Kelihatan mereka begitu menghayati tarian mereka. kagum juga dia dengan kebolehan mereka berdua. Hawa tersenyum kecil.
Tanpa diduga, William yang hilang seketika tadi muncul menghulurkan tangan kepadanya. Hawa mengelengkan kepalanya tanda menolak. Setelah melihat kesungguhan William yang tidak mengalah dengan penolakannya, Hawa akhirnya bangun dari duduknya. Dia menyambut huluran tangan lelaki itu dan menyertai sahabat-sahabatnya yang sedang menari. Dia yang pada awalnya agak kekok untuk menari dengan William akhirnya berjaya mengikut langkah lelaki itu. Setiap langkah diatur perlahan- lahan dan kemas. Lagaknya seperti pasangan tari yang professional.
Letih menari, Hawa memohon izin untuk berehat. Dia meninggalkan William sendirian di ruang tari itu dan duduk semula di kerusinya yang tadi. Kepalanya berdenyut-denyut. Penyakit migrainnya datang lagi. Untuk mengurangkan kesakitan yang dialaminya itu, dia memejamkan matanya dan bersandar ke kerusi. Tangannya pula mengurut-ngurut di sekitar dahi dan kening dengan harapan akan segera pulih. Namun begitu, kesakitan yang dialaminya itu tidak berkurang sedikit pun, malah makin bertambah-tambah. Tangannya mengcengkam kuat kepalanya. Banyak peluh yang merenik di dahinya. Badannya terasa sedikit mengigil. Kesakitannya sudah tidak tertahan lagi. Dari jauh, Hawa dapat mendengar ada suara memanggilnya, namun dia tidak mampu untuk membuka mata lagi. Akhirnya, dia tidak sedar apa yang berlaku seterusnya.

*******************************************************
Hawa membuka matanya. Kepalanya terasa amat berat. Dia menoleh ke sekeliling bilik itu, kelihatannya amat berbeza dari kamarnya. Di manakah dia sekarang? Hawa bertanya kepada dirinya sendiri. Otaknya tidak mampu mencakna persoalannya itu. Dia memejamkan kembali matanya. Lama dia begitu, mindanya cuba mengimbas kembali apa yang telah berlaku sebelum itu. Bunyi hembusan nafas yang agak kuat menampar pipinya membuatkan Hawa bingkas dari baringannya. Dia lantas menoleh ke sebelahnya. Dilihat William sedang nyenyak tidur. Hawa begitu terkejut, dia menoleh ke arah dirinya. Pakaiannya hilang entah ke mana. Dia tidak mampu berkata apa-apa, hanya tangisan yang kedengaran. Tanpa menghiraukan William yang tidak sedarkan diri, Hawa lantas berlari ke bilik air sambil mengutip bajunya yang berselerakan di atas lantai. Air mata semakin deras mengalir di pipinya. Selepas selesai menyarung pakaiannya, Hawa berlari keluar dari rumah mewah itu. Rambut panjangnya yang kusut masai tidak dihiraukan lagi. Dia berlari laju-laju. Hatinya berasa amat pedih, pilu sekali. Dia tidak sanggup memikirkan keadaannya dirinya yang telah dinodai. Sanggup William memperlakukannya sebegitu. Kini, dia tidak tahu lagi arah tujuannya. Mahu pulang ke rumahnya, itu tidak mungkin. Dia tidak sanggup berhadapan dengan Mikail. Dalam kegelapan malam, dia menghalakan langkahnya entah ke mana. Tanpa disedari, sebuah kenderaan yang dipandu laju datang dari arah hadapannya. Dia cuba mengelak untuk menyelamatkan diri, namun belum sempat dia bergerak ke tepi, kenderaan itu terlebih dahulu merempuhnya. Terasa badannya melambung tinggi ke udara, kemudian jatuh semula ke atas jalan raya yang luas itu. Darah membuak-buak mengalir dari kepalanya, badannya tidak mampu digerakkan lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: