Novel : Alia 28

Nama Pena : Kaira_syuma

“Selamat datang ke Syarikat Sinar Indah,” Alia tersenyum sambil menyambut tangan wanita yang masih nampak cantik walaupun agak berumur itu.
“Terima kasih. Saya akan cuba yang terbaik untuk syarikat ini,” Alia berkata yakin. Wanita itu tersenyum senang kearahnya.
“Ok. Malisa, tunjukan tempat duduk Alia. Kenalkan dia dengan staff yang lain, ok,” Malisa menghampiri Alia.
“Selamat datang,” Ucap mereka semua.
“Terima kasih,” Alia tersenyum ramah pada pekerja lama. Dengan bantuan dari kawan Maziah, Alia diterima bekerja di Syarikat Sinar Indah. Sebuah syarikat binaan.
***************************
“Alia, kau cakap anak cikgu Syah tu mengidap HIV, dia sendiri macamana? Tentu dia pun mengidap penyakit yang sama? Betulkan?” Sara bingung. Bila mendengar cerita dari Alia. Agak lama juga mereka tidak berkumpul dan bercerita panjang lebar.
“Itu yang aku tak faham. Dia cakap isteri dia yang membawa penyakit tu. Dia tak cerita banyak sangat tentang arwah isteri dia. Bila aku tanya je pasal arwah isteri dia, dia ajak tukar topik lain, malas aku nak tanya lagi. Mungkin dia sedih bila terkenangkan kisah lama tu,” Alia mengunyah burgernya.
“Kenapa kau panggil dia cikgu lagi, dia sekarang dah jadi doctor. Panggil doctor. Alia, dulu kau panggil dia apa?” Tiba-tiba Ros bertanya.
“Errrrrr…..hehehheee,” Alia tersengih. Rakan-rakanya yang lain menanti dengan sabar. Hari itu, mereka keluar bersama sebab meraikan Alia yang sudah mendapat pekerjaan.
“Owhhhhh…mesti kau panggil dia, abang, kan? Lepas tu, dia panggil kau sayang,” Imah meneka. Alia angkat kening sambil tersenyum.
“Alia, cikgu…errrr..salah pulak. Dr.Syah tu mesti romantic, kan? Dulu, kamu berdua pernah buat perkara tu tak?” Ros memeluk bahu Alia.
“Perkara apa?” Soal Alia hairan. Ros tersenyum penuh makna dan agak lama masa yang diperlukan oleh Alia untuk memproses pertanyaan Ros itu. Beberapa minit kemudian,Alia menolak kepala Ros.
“Mana ada. Merepek je kau ni. Aku masih belajar masa tu, lagipun kita orang musuh. Ingatkan?” Alia menjeling tajam ke arah Ros yang tergelak. Wajahnya berubah.
“Manalah tahu. Walau bermusuhan pun, bila dah tidur berdua, tentu ada perasaan lain yang muncul.” Maziah dan Sara geleng kepala melihat Ros yang sengaja mengusik Alia.
“Alia, bila kau nak kenalkan kita orang dengan ex-husband kau tu. Dah lama tak jumpa cikgu Syah,” Imah bersuara teruja.
“Yelah, tentu semakin hensem. Aku ingat lagi, masa kat sekolah dulu, ramai betul pelajar perempuan nak mengorat cikgu Syah tu. Siapa nama cikgu perempuan tu, ala, yang crazy kat cikgu Syah tu, siapa ye….” Imah garu kepala yang tidak gatal. Kemudian tangannya mengusap perut yang semakin membesar itu.
“Cikgu Salmah,” Alia menjawab lambat.
“Aihhhhh… kau masih ingat? Owhhhhh… tentu kau cemburu bila dapat tahu Cikgu Salmah sukakan Dr.Syah tu. Hahaahhaa” Maziah pula ketawa. Alia muncung mulutnya.
“Mana ada. Aku ingat kat dia pasal dia pernah marahkan aku. Sebab aku rapat dengan Pengetua. Lepas tu, dia memang benci sangat kat aku. Tak tahu kenapa?” Alia menghirup air minumannya pula.
“Memanglah. Kadangkala, cikgu Syah tu, nampak sangat suka kat kau. Lagi pun, kau ramai peminat kat sekolah dulu,” Imah tersenyum.
“Peminat konon. Seksa hidup aku, asyik kena kejar je,” Alia berdengus. Mereka yang lain ketawa.
“Sekarang kau panggil Dr.Syah tu dengan panggilan apa?” Alia angkat muka mendengar soalan dari Ros. Dia menggaru kepalanya sambil berfikir.
“Entah. Aku pun tak perasan.” Alia jungkit bahu. Kemudian termenung memikirkan perkara itu. Beberapa ketika kemudian, Alia tersentak apabila telefon bimbitnya berbunyi.
“Assalammualaikum,” Ucapnya sopan. Rakan-rakannya yang lain memandang hairan kearahnya bila nadanya berubah lembut.
“Waalaikumsalam. Alia kat mana ni?” Suara dihujung talian bertanya. Ros memasang telinga kemudian tersenyum.
“Kat KFC.” Jawabnya sambil menolak muka Ros yang tersengih memandangnya. Mereka yang lain bertanya, namun Alia hanya buat muka tak tahu.
“KFC kat mana, abang kat Wisma Satok ni.” Syah bersuara perlahan.
“Dekatlah. Kita orang kat depan tu je,” Alia garu kepala. Tabiat yang sukar dibuang bila dia merasa malu.
“Ok. Kejap lagi abang sampai. Tunggu ye,” Syah menamatkan perbualan. Alia memandang sepi telefon bimbitnya.
“Kenapa Alia, dia nak jumpa ke?” Soal Maziah teruja. Begitu juga mereka yang lain. Alia angguk kepala. Lima minit kemudian, Alia tersenyum bila matanya menangkap sesusuk tubuh yang amat dikenalinya. Langkah kaki yang teratur dan tenang itu membuatkan dadanya berdebar kencang. Senyum dibibir Syah juga membuat Alia hampir pengsan.
“Assalammualaikum,” Syah tersenyum. Wajah-wajah bekas pelajarnya dipandang satu persatu. Mereka tersenyum. Sungguh tak sangka 8 tahun kemudian mereka berjumpa lagi.
“Waalaikumsalam. Duduklah,” Serentak mereka menjawab. Alia tersenyum cuma.
“Masih ingat saya lagi?” Syah bertanya lucu. Mereka yang lain angguk kepala.
“Mana boleh lupa. Cikgu yang terhangat dipasaran,” Ros menjawab mewakili mereka yang lain. Syah tergelak.
“Ros…masih tak berubah,” Ros tersipu malu.
“Cikgu masih ingat kat saya?” Ucapnya bangga. Syah angguk kepala. Kerana hubungannya dengan Alia, maka semua yang berkaitan dengan Alia menjadi sebahagian dari hidupnya. Alia suka bercerita tentang meraka semua.
“Imah, Maziah dan Sara. Betulkan?” Mereka angguk kepala.
“Alia bagi tau kita orang, cikgu dah bekerja sekarang. Doktor ye?” Sara ingin mengetahui perkembangan bekas guru sandaran mereka itu.
“Alia bercerita tentang saya? Dia cerita perkara yang baik atau perkara buruk?” Syah memandang Alia yang terbatuk mendengar kata-kata dari mulut lelaki itu. Dia menjeling tajam ke arah Syah.
“Tentulah yang baik. Cikgu…ehhh..salah pulak. Nak panggil apa ye?” Imah mengusap perutnya.
“Apa-apa je, saya tak kisah,” Syah tersenyum.
“Wah!!!! Imah, kahwin tak jemput saya ye? Berapa bulan usia kandungan kamu tu?” Syah tersenyum memandang Imah yang tersipu malu.
“Lima bulan.” Jawabnya perlahan. Mereka yang lain tersengih melihat Imah tertunduk malu. Mereka bercerita tentang perkembangan masing-masing. Peluang yang ada digunakan sepenuhnya oleh Syah untuk menatap wajah Alia. Alia pula merasa tidak selesa kerana Syah asyik merenungnya.
“Kalau cikgu berkenan, pergilah masuk meminang. Alia masih single tu,” Imah sengaja menyakat Alia. Dia perasan mata Syah tidak lari dari merenung Alia. Renungan yang membawa maksud yang mendalam. Alia tersentak mendengar cadangan Imah itu. Syah tersenyum.
“Apa yang kau merepek ni Imah.” Alia menjeling tajam wajah Imah yang tersenyum itu. Syah tersenyum. Memang, kalau ikutkan hatinya, memang dia ingin melamar Alia menjadi suri hatinya. Namun dia tidak mahu terburu-buru. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Dia ingin hubungan mereka kekal sehingga ke akhir hayat.
“Manalah dia sudi nak kahwin dengan saya. Saya tak sesuai untuk dia.” Ucap Syah lemah sambil tersenyum. Alia merasakan jantungnya berhenti berdegup. ’Katakan saja, abang tak dapat lupakan isteri dan anak abang,’ Alia berkata dalam hati. Dia terluka dengan ucapan yang keluar dari mulut Syah. Syah merenung wajah yang berubah muram itu.
“Errrrr… aku nak balik. Dah lama kat luar ni. Nanti bising pulak abang aku kat rumah tu,” Alia mengemas makanannya.
“Masih awal lagi ni.” Maziah genggam tangan Alia. Alia seperti ingin menangis.
“Kenapa ni? Tunggulah sekejap.” Ros juga menghalang Alia dari beredar. Syah melihat dengan rasa bersalah.
“Sorry. Kalau saya menyebabkan Alia terasa hati. Takpelah, biar saya yang pergi. Lagipun, saya dah janji nak jumpa kawan saya. Ok semua, bye.” Syah berdiri dan sedia untuk beredar. Alia hanya memandang Syah beredar. Beberapa langkah kemudian Syah menoleh. Alia tunduk memndang lantai.
“Kejarlah. Alia, kasian dia.” Sara menepuk bahu Alia. Alia geleng kepala.
“Maaf. Aku rasa sedih sangat tadi. Tak tahu kenapa?” Alia duduk kembali.
“Hati aku sakit bila dia cakap macam tu.” Alia mengesat airmatanya. Kemudian dia ketawa.
“Bodoh betul. Kenapa pulak aku menangis.” Mereka yang lain hanya memerhati Alia mengesat air matanya.
“Sebenarnya, aku yang tak sesuai untuk dia. Dia memang tak pernah ada perasaan cinta kat aku. Cuma aku saja yang perasan sendiri,” Ucapnya sambil ketawa. Mereka yang lain merenung wajah muram itu dengan perasaan pelik.
********************************

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: