Novel : Diulit Dosa Cinta 13

Nama Pena : awin awina

BAB 13

Peristiwa semalam banyak memberi kesan ke atas diriku. Aku banyak mengelamun, berkhayal, termenung … sudah menjadi hobi aku sekarang. Jiwaku benar – benar tidak tenteram. Teringatkan kata – kata Zaqrie, hatiku terguris pilu. Sungguhkah kemaafan yang dipintanya atau sengaja ingin mempermainkan perasaanku. Runsing fikiranku memikirkannya. Tak daya aku bersemuka dengannya lagi. Gusar jiwa ini yang akan merana nanti.

Aku perlu pergi jauh … jauh . Ah! sampai bila aku harus lari dari kenyatan ini. Sampai bila aku mesti mengelak sedangkan bukan aku yang bersalah. Aku tidak harus memberi peluang lagi kepada lelaki itu. Dia yang membuat dosa, aku pulak yang kena tanggung. Aduh! letih aku memikirkan hal ini. Sedangkan dia senang bersuka ria dan berfoya – foya sesuka hati, aku kat sini yang makan hati. Arrgghh! Teruk benar lamunan aku ni.

Sampaikan Salina pun perasan akan perubahan diriku. Sepatah yang ditanya, sepatah jua aku menjawab. Aku hanya berpura – pura gembira didepannya sedangkan jiwa dan rohku terseksa.

Malam tadi aku ada menyatakan hasratku untuk berhenti kerja, namun mendapat bangkangan keras dari Salina. Dia tidak mahu aku berputus asa dan mudah mengalah. Aku perlu bersemangat dan berfikiran positif. Teguran demi teguran darinya akhirnya menyedarkan aku tentang realiti kehidupan yang penuh berliku ini.

Walaupun aku tidak menceritakan hal yang sebenar, tetapi Salina amat menghormati pendirianku. Nasihatnya aku ambil iktibar. Perjalanan hidupku masih jauh katanya. Aku perlu menghargai dan menikmati setiap detik, setiap saat…setiap nafas kehidupan ini sebaik mungkin. Jangan dipersia –siakan masa yang dianugerahi tuhan kepadaku. Kata – katanya begitu meresapi ke jiwaku.

Malam itu, aku bangun dan bertahajud. Menadah tangan memohon pada Ilahi agar diberikan aku kekuatan dan dilindungi dari kejahatan orang. Aku menangis …dan terus menangis di sejadah itu.

******************************************

Pagi ini aku rasa lebih bersemangat dan segar sekali. Bersiap untuk menjalani rutin kerjaku. Mengenakan sut pejabat dan solekan tipis. Tas tangan dan kasut sedondon dengan warna seluarku , warna hitam. Kemeja lengan panjang sengaja ku pilih warna merah, agar tampak garang dan berani.

Aku ingin melupakan peristiwa semalam. Kenangan hitam yang mengugat ketenteramanku selama ini telah ku padam dari kamus hidupku. Mulai hari ini aku menjadi Adawiya yang baru dengan azam yang baru.

Langkahku kemas menuju ke bilik pejabat. Semua mata memandang ke arahku seolah makhluk asing yang sedang memasuki pejabat mereka. Lain benar ke aku hari ni? Mungkin warna baju ku kot. Jarang sekali aku memakai baju berwarna terang seperti ini. Argh! Pedulikan.

Gembira. Itulah reaksi wajahku pagi ini. Aku tak mahu sedih – sedih lagi. Tak mahu membazirkan airmataku kerana lelaki yang tak guna tu.

Melabuhkan punggung ke kerusi dan menekan butang ‘on’ pada komputer. Beberapa dokumen di atas meja di susun mengikut keutamaan.

Kelihatan Ikram melemparkan senyumannya ke arahku menerusi dinding cermin sewaktu melintasi bilik pejabatku. Ikram yang sentiasa murah dengan senyuman. Tak pernah kedekut pun!

Aku membalas senyuman itu.

Beberapa ketika Salina pula menyusul …terpacul di muka pintu bilikku. Emm…ada gosip baru la tu. Dia duduk mengadapku. Pen dan kertas berlapikkan fail diletakkan di atas meja. Konon – konon ada urusan la…nanti kata tak de kerja pulak.

“Kau pergi kerja naik apa pagi tadi” aku memulakan bicara. Pelik juga …dua – tiga hari ni, Salina tidak lagi menumpangku.

“Ala..Si Midi amik aku. Kita orang ada hal sikit”. Emm…lain macam je bunyi.

“Ah!!…biarlah. Lupakan” Salina mengelak dari di soal lagi.

“Aku datang ni nak cerita pasal CEO baru kita tu”. Aku pulak yang tak suka.

“Sungguh tak sangka lelaki yang hensem maut yang aku usha masa malam ‘dinner’ tempoh hari, rupanya memang anak dato’ laa..” ceritanya lagi sambil mengaru – garu kepalanya yang tidak gatal.

Aku cuma tersenyum mengangguk. Berpura – pura memberi tumpuan pada skrin komputer. Malas nak dengar cerita pasal lelaki itu.

Aku jadi pendengar aje cukup.

“Kau rasakan, dia tu okey ke tidak. Tapi nampak dari gayanya yang ‘macho’ tu macam okey je kan..tak sombong pun. Tersenyum jer…mesti ramai yang tergoda” Salina memasang angan – angan. Mata Salina berkelip – kelip bagaikan bermimpi putera kayangan yang turun dari langit.

Angau dah kawan aku ni.

“Dah la tu Sal. Layak ke kita ni nak bergandingan dengannya. Dia tu kan CEO kat syarikat ni. Entah – entah sebelah mata pun tak pandang kita” tukasku, masih menumpukan perhatian pada paparan di skrin komputer.

“hisy! Belum cuba belum tau weh. Kalau aku tu memang ler rasanya tak layak bebenor tetapi….kalau kau! aku rasa cam ada harapan lah. Kau tak nak cuba ke?”

Pecah tawaku mendengarkan cadangan Salina. Tak ingin aku!

Deringan telefon nyaring bergema di atas mejaku.

“Ya, saya”

“Sekarang…okey”
Aku bingkas bangun, mengambil beberapa fail peribadi termasuk fail diriku seperti yang dipinta oleh Zaqrie di talian sebentar tadi.

Aku mula ragu dengan permintaannya itu. Nak buat apa?. Namun segeraku tepis andaian jahat yang mula meracuni fikiranku.

Aku bergegas ke bilik pejabatnya di tingkat atas bersebelahan dengan pejabat dato’ dan meninggalkan Salina yang terpinga – pinga.

Daun pintu diketuk.

Kedengaran suara dari dalam mengarahkan aku masuk. Dengan perasaan yang bercampur – baur aku melangkah masuk, melihat dirinya sudah terpacak berdiri dengan senyuman yang cukup menawan. Wahai hati ..tenang lah dikau.

“Ini fail yang dipinta En. Zaqrie”. Aku menghulurkan fail tersebut kepadanya.

“Terima kasih. Duduk”

Dia diam. Mengambil salah satu fail. Meneliti fail itu dan menyelak satu persatu isi kandungannya. Kemudian mencatat beberapa maklumat di atas kertas. Fail itu ditutup. Aik! Takkan tengok satu fail je. Buat penat aku je bawa yang lain. Tapi ragu laa…fail tu macam kenal je. Fail peribadi aku tu?

“So…setelah saya teliti dan kaji latar belakang awak. Saya rasa awak adalah calon yang sesuai untuk menjadi setiusaha saya sementara menunggu setiausaha yang baru. Kiranya awak sebagai Eksekutif HR juga memerangkap setiausaha saya. Saya akan maklumkan pada dato’ nanti” tutur Zaqrie dengan nada serius.

Oh! please… memang dia ni sengaja nak mendera aku. Aku buat – buat tenang.

“Okey” komenku spontan. Memandang wajahnya tanpa reaksi.

Mudahnya! Ingat tadi nak membantah. Zaqrie mengulum senyuman. Emm…nampaknya dia begitu tenang sekali. Baiklah … aku nak uji lagi. Tercetus idea nakal Zaqrie untuk menduga Adawiya.

Zaqrie bangun dari tempat duduk, melangkah setapak ke depan kemudian melabuhkan punggungnya di hujung meja, berhadapan denganku. Merenung wajahku sedalam – dalamnya. Aku membalas renungannya itu. Entah mengapa aku langsung tidak berperasaan ketika berhadapan dengannya. Debaran hatiku masih terkawal. Dia tersenyum mekar.

“Emm…mulai esok saya nak awak pastikan jadual mesyuarat saya dikemaskini dari masa ke semasa. Mengingatkan saya tentang laporan, kontrak, tender atau apa saja yang perlu saya semak dan tandatangani”

“Okey” balasku ringkas sambil tangan mencatat arahannya di buku nota.

“Awak juga kena pastikan bilik saya sentiasa bersih dan kemas”

“Okey”

“Jangan usik apa – apa yang ada di atas meja saya. Biarkan saja”

“Okey”

“Tolong siram bunga – bunga saya setiap pagi”

“Okey”. Huh! Mat bunga rupanya. Adawiya melihat deretan bunga – bunga di dalam pot kecil yang tersusun di tepi jendela.

“Lepas tu buatkan saya kopi pekat kurang gula setiap pagi”

“Okey”

“Pastikan bilik saya di vakum seminggu 2 kali”

“Okey”

“Dan ciuman sayang dari awak setiap hari”

“Okey”. Sepantas kilat Zaqrie mencium pipiku. Aku terpinga – pinga. Apa yang berlaku ni? Akalku tidak dapat memproses tindakan Zaqrie yang spontan itu.

Berderai tawanya melihatkan wajahku sudah kemerahan. Aku menahan malu. Memegang pipiku yang ada kesan ciumannya. Aku mengetap bibir. Nak marah pun dah tak guna. Memang jahat betul lelaki ni. Tak tahu malu. Suka mengambil kesempatan ke atas diriku yang lemah.

“Haa..itu lah. Khayal lagi!…bila saya tanya semuanya okey..okey ..okey. Jawab tak guna akal. Fikiran melayang entah ke mana. .sayang …sayang” ujarnya dengan tawa yang masih bersisa.

Aku bangun. Tak larat nak layan karenah Zaqrie yang macam – macam. Bergegas keluar dari biliknya, namun langkahku terhenti tatkala tanganku ditarik olehnya. Aku menyentap semula tanganku, tetapi tenaga tangannya yang sasa itu lebih kuat menggenggam tanganku. Aku memalingkan muka ke arah lain.

Zaqrie meramas jemariku. ” Ingat! Jangan lupa ‘task’ yang terakhir tu ya ..sayang. Saya nak hari – hari tau”. Tawanya berderai lagi.

Aku menarik tanganku dan keluar dengan tergesa – gesa. Dari jauh sayup kedengaran gelak tawa Zaqrie dan ungkapan manisnya masih bergema di gegedang telingaku. Aku menekup telinga. Tidak mahu dengar lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: