Novel : Gila Kau 31

Nama Pena : Dia Adila @ Dyadila

Airmata masih lagi belum kering, dari pagi hingga sekarang dia masih belum menjamah apa-apa walaupun segelas air. Hatinya sakit. Mahligai yang dibina baru beberapa bulan sudah mula hilang sinarnya. Dapat dirasakan hubungannya dengan Johan semakin jauh.

“kenapa abang macam ni?”

“kenapa pulak?” Johan menanggalkan kemejanya lalu dicampak ke atas katil. Tuala dicapai dan disangkutkan ke bahu.

“abang dah banyak berubah”

“hishhh kau ni kalau tak membebel tak boleh ke? Dahlah aku nak mandi”

“tapi abang macam….”

“diam..aku kata”

Johan sudah mengangkat tangannya. Maya terpaku, bukan pertama kali Johan mengangkat tangan ke tubuhnya malah dia sendiri sudah tidak mengenali suaminya. Bukan kasih sayang yang diberi tapi sepak terajang. Kemana cintanya selama ini? Kalau dulu panggilan abang tak pernah lekang dari bibir suaminya, kini lelaki itu lebih senang ber’kau’dan ‘aku’.

Bunyi curahan air di bilik air menyakinkan Maya untuk bertindak lebih berani. Satu- persatu poket seluar milik suaminya di seluk. Cuba mencari sesuatu, Nokia N90 itu dikeluarkan. Matanya masih mengawasi suaminya yang masih di dalam bilik air. Debaran kencang cuba diredakan. Nafas ditarik perlahan-lahan. Peti Inbox mesej dibuka.

‘syg you jgn nkl2 ek’

‘syg u tdr ingt I k’

‘Syg U jgn nkl2 dgn isteri bodoh u tu’

‘I Luv U’

‘I miss your kiss’

Setiap ayat dalam sistem pesanan ringkas yang meniti di ruang skrin menikam jantungnya. Mengalir bersama air mata yang tak mungkin di tahan-tahan. Sesaat dia terkedu dengan barisan mesej yang dibaca. Tiba-tiba dia seperti hilang segalanya. Johan melangkah keluar dari bilik air sambil mengelap rambutnya dengan tuala kecil ditangan. Langkahnya mati apabila melihat telifon bimbitnya di tangan Maya. Panahan mata Maya juga menyatakan yang isterinya sudah mengetahui segalanya. Dia berpura-pura tenang walauoun hatinya berkocak resah.

“apa maksud abang dengan mesej-mesej ni semua?”

“mesej apa?”

“mesej perempuan gila dalam telifon abang tu” maya sudah menjerit kuat. Cuba melepaskan segala yang terbuku di hatinya

“kau baca mesej aku?”

“siapa perempuan tu? Baik abang cakap?”

“apa kau cakap ni aku tak faham” Johan cuba berdalih, dia berdiri memandang wajah Maya.

“abang jangan ingat saya bodoh… siapa perempuan tu abang, baik abang berterus terang” kini suaranya mula perlahan. Mungkin hatinya juga sudah tawar untuk menyemai kasih dengan Johan. Dia duduk di birai katil sambil tunduk memandang permaidani. Tak mampu rasanya mahu mendengar pengakuan suaminya.

Merah mukanya menahan marah, desakan Maya membuatkan dia semakin tercabar. Kalau tadi isterinya itu menjerit-jerit tapi kini Maya sudah duduk di birai katil. Renungan itu membuatkan dia mula rasa tertekan.

“siapa dia abang?”

“apa awak merepek ni, sudahlah saya nak keluar” Johan menyarungkan T shirt biru tuanya. Renungan Maya tidak diendahkan.

“abang jawab soalan saya dulu”

“kau ni kalau tak membebel tak boleh ke? Pening kepala aku tahu tak?”

“siapa dia?” Maya masih dengan soalannya. Hanya satu jawapan yang diinginkan dari suaminya. Cuma satu. Matanya memandang tepat ke anak mata Johan, kini mata mereka lebih memainkan peranan.

“dia kekasih saya..saya cintakan dia dari dulu lagi” Maya terjelepuk di permaidani. Kata-kata Johan membuatkan sekelilingnya terasa gelap.

“dari dulu? Jadi apa makna perkahwinan kita? Apa erti kata-kata cinta abang selama ni?” Johan terdiam. Bukan dia tak pernah menyintai Maya, malah dalam hatinya masih ada nama isterinya itu. Namun apakan daya kini di hatinya sudah diduduki oleh seorang wanita. Dia tak mampu berbohong lagi.

Maya diam. Mungkin betul kata kawan-kawannya, Johan mengahwininya kerana duit. Mungkin mahligai yang dibina semuanya atas dasar kemewahan yang selama ini menjadi buruan lelaki-lelaki seperti johan.

“kenapa abang buat Maya macam ni? Apa salah Maya?”

“salahnya kau bayang tanya, kau suka masuk campur urusan aku” tengking Johan

“apa maknanya saya isteri abang kalau saya tak boleh bersuara? Maya rasa mungkin hubungan kita ni sampai di sini dan akhirnya Maya kenal cinta abang yang selama ini Maya banggakan” Johan terdiam. Lidahnya kelu. Tersentuh hatinya mendengar kata-kata yang terungkap sebentar tadi.

“suka hati kaulah” akhirnya Johan membuat keputusan. Airmata yang di tahan-tahan tadi mengalir dengan sendiri tanpa di paksa.

Johan meninggalkan bilik mereka tanpa kata. Membiarkan isterinya berdepan sendiri dengan mainan perasaan yang di ciptanya. Janjinya untuk berjumpa dengan wanita tercintanya lebih penting.

“percayalah, Jo cintakan Maya sepenuh hati, kalau orang kata cinta boleh membuatkan seseorang menjadi gila, mungkin sekarang ni Jo dah gila”

“hish ada pulak cakap macam tu?”

“kenapa Maya tak percayakan Jo?”

“kepercayaan maya adalah bila Jo dah bergelar suami dan saat itu sedikitpun maya tak akan mengatakan tidak, tapi kalau Jo musnahkan kepercayaan itu Jo akan hilang sepenuhnya mungkin dalam sekelip mata”

Kata-kata yang diungkapkan satu ketika dulu yang sering dijadikan pegangannya kini terimbas kembali. Kalau dulu janji sumpah Johan dianggap penguat cinta mereka tapi kini itu semua hanyalah lakonan.

“sampai hati abang buat Maya macam ni.. apa salah maya?” dalam sendu terselit sejuta kesalan yang tak mampu ditanggung. Cinta johan sangat rapuh, akan datang dan pergi begitu saja.

Telifon bimbitnya dipegang. Satu persatu nombor di tekan. Mungkin hatinya sudah menemui kata putus, kata yang tak akan mungkin berpaling lagi.

***

“mama berkenan betul dengan budak Anita tu..cantik bijak, lagipun bukan orang lain” Lokman memandang ke arah mamanya. Dia tahu mamanya tak akan penat memadankan dia dengan mana-mana calon yang disukainya. Tapi apa yang mamanya tak tahu dia sudah ada pilihan hati malam hatinya semakin mengila bila teringatkan wanita itu.

“Mama cantik bukan menjamin yang Man akan bahagia”

“jadi Man nak yang tak cantik? Cacat macam tu?” Datin Maznah mula berang mendengar alasan anaknya.

“bukan itu maksud Man tapi kalau dah jodoh nak buat macamana, terima sajalah dengan hati terbuka”

“kau jangan nak buat gila Man, kau tahukan mama tak akan terima perempuan entah apa-apa jadi menantu mama” sudah banyak kali ugutan itu bermain di bibir mamanya , malah dia sendiri sudah hafal dengan dialog itu. Tapi seperti biasa dia akan tersenyum dan terus tersenyum.

“yang nak kawin tu bukan mamakan… so kenalah dengan apa yang Man nak”

“kalau betul kau cakap macam tu kau jangan marah kalau mama gunakan cara mama” sekali lagi datin Maznah mengugut anak bujangnya. Wajah wanita itu terbayang di mindanya. Hah anaknya mesti dah kena guna-guna dengan budak tu. Kurang ajar.

“dahlah mama macam serius pula, Man main-main mama betul-betul pula” ketawanya kedengaran. Ugutan mamanya itu sedikitpun tidak berbekas di hatinya.

“tapi Anita tu macam suka je dekat anak mama ni”

“emmm Man dengan Nita tu kawan je mama tak lebih dari itu.

“Mula-mula kawanlah nanti barulah rapat”

Lokman menggeleng perlahan. Mamanya kalau dilawan nanti lain pula yang jadi, baik dia terus berdiam diri. Malas memperbesarkan apa yang dirasakan remeh. Kalaulah mama tahu hati man kini dah dimiliki mungkin mama tak akan cakap macam tu. Andai muncul bidadari sekalipun mungkin Man tak akan berpaling sebab hati ni dah dipaku oleh panahan mata hazel milik Intan azura.

“lagipun si Anita tu dah ada speciallah Mama”

“special? Hishhh mana Man tahu? Setahu Mama dia memang sukakan Man dari dulu lagi lagipun Datin Murnipun dah bincang dengan Mama”

“Man nampak sendiri mama dia dengan sorang lelaki ni bukan main melekat lagi…” teringat aksi pasangan kekasih itu di Hotel Angkasa kelmarin. Mesra.
“emmm itu mungkin klien dia, atau saudara dia ke” datin Maznah membela bakal menantu pilihannya.

“mama Nita tu bukan orang lain dua pupu Man juga…tak akanlah Man tak kenal saudara dia” datin Maznah diam. Cuba menangkap ata-kata anaknya.

“tak percayalah, nanti mama tanya dia”

“suka hati Mamalah” Lokman berkata malas. Mamanya bukan boleh dilawan kalau lebih-lebih nanti tak pasal-pasal dapat title ‘anak derhaka’.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: