Novel : Janji 26

Nama Pena : dr.rock

Menghitung hari, Detik Demi Detik,
Masa ku nanti apakah ada,Jalan cerita kisah yang panjang
menghitung hari!

Itu kata Kris Dayanti..Lain dengan versi otai aku.Aku pun menghitung hari juga, tapi tak sempat la nak kira setiap saat.Kalau setiap saat duduk pandang jam, tak jalan la kerja.Macammana nak habis kerja,angau memanjang.Tengok jam je, teringatkan Adam.Hehe.

1 Januari datang juga.Mak menyambut tahun baru sekaligus dengan menantu.Tarikh pernikahan Nurin Rusyaida dan Muhammad Adam Lutfi, menyaksikan penyatuan hati.Dan doa aku agar ikatan yang akan terbina kekal selamanya.Bukan setakat ucapan bahagia ke anak cucu je.Kalau doakan sampai anak cucu, macam kurang sesuai je bunyinya.

Kalau takdir tak beranak, memang tak bahagia la rumah tangga.Nak pula yang ucap tu lebih dari 40 orang, tak lama lepas tu say bye..bye la dekat rumahtangga.Nauzubiillah, minta-minta dijauhkan dari benda macam ni jadi pada kami nanti.Amin.
—————————————————–
“Ida, akak jeles ni.Ada ke patut Ida menikah dulu dari akak.Kena bagi pampasan dekat akak.Ni kira melangkah bendul juga ni”,keluh Kak Ain ketika sibuk membantuku mengemas barang-barang untuk dibawa pulang hari esok.

Mulut Kak Ain sama naik dengan tangannya yang lincah menyusun barang-barang hantaran dalam kotak didepannya.Macam-macam rungutan kedengaran.Tapi kerja tetap jalan.Ni yang aku sayang dengan Kak Ain ni.

“Ala..akak ni.Tak payah nak dengki-dengki.Bukan lama dah hari akak pula…Kalau tak sabar sangat, ajak la Nizam nikah lari”,balasku bersahaja sambil ketawa.

Kak Ain menjengilkan mata kearah aku.Geram la tu.

“Ada ke patut nak suruh akak kahwin lari?Tak patut..Kalau la akak buat macam tu, duduk dekat muzium la akak tak lama lagi.Jadi monumen dah, batu belah batu bertangkup la katakan”.

Kata-kata Kak Ain mengundang ketawa aku.Faham benar aku dengan ketegasan ayah Kak Ain.Garangnya boleh tahan, siapa yang berani melawan.Dah ditetapkan tarikh kenduri Kak Ain dan Nizam cuti sekolah bulan Mac,jangan la nak pujuk diawalkan.Silap haribulan, ada yang menikah dekat pejabat kadi jawabnya.

Kak Ain pula anak sulung, lagi la Pak Karim meradang kalau ada yang buat hal.Kalau Kak Ain tu macam perempuan zaman dulu yang tak ada komitmen, kenduri 7 hari 7 malam la jawabnya.Grand bebeno!

“Yang Ida dok sengih-sengih sorang-sorang ni kenapa?Teringatkan Adam la tu.Payah betul kalau dah mabuk cendawan ni kan?”.

Soalan Kak Ain mematikan senyuman di bibir.

“Tak ada la.Teringatkan ayah akak la.Mujur family Ida nak buat yang simple-simple je.Kalau tidak, kejang-kejang la badan nak berkenduri punya pasal.Bukan raja sehari dah jadinya, raja seminggu lak.Naik taraf.”,balasku sambil ketawa.

Kak Ain menggigit bibir.Aku tahu Kak Ain ni bukan jenis manusia yang suka glamour berlebihan ni.Tapi bila ayah dia dah plan ala pernikahan anak raja, nak tak nak kena terima jugalah.Apa nak buat.

“Tak yah la cakap pasal kenduri akak Ain.Baik kita bincang pasal kenduri Ain.Tak lama dah pun.Adam ada bagitahu Ain nak honeymoon ke mana?”,ujar Kak Ain, mengalihkan topik yang tadinya berkisar soal dirinya.

Aku menggelengkan kepala, menidakkan pertanyaan Kak Ain.Tak ada pula Adam maklumkan aku bab-bab honeymoon ni.Aku pun malas nak bertanya, karang dikatakan aku over pula.Tak kisah la pergi ke bulan ke, makan madu ke, yang penting aku dah bersama dengan dia.Tapi kalau dia nak madukan aku,no-no aku tak sanggup.

“Isk Adam ni, berahsia pula.Dia tak ada bagi hint apa-apa dekat Ida ke?.

“Hint..tak ada pula, just dia minta no passport Ida je aritu.Ada urusan seri paduka baginda katanya”.

“Dia nak p oversea la tu.Nak pergi mana, Ida buat je la macam suprise bila dia bagitahu nanti.Adam..Adam,kenapa la Ida yang dapat ye..Dah tu pula, romantik tak ingat tempat pula.Rugi akak tak tackle dia sebelum Ida masuk dulu”,ujar Kak Ain dengan ketawanya yang kuat.

Ada niat nak rampas Adam dari aku pula tu.Tak patut betul la.Terkejut punya pasal dengan kata-kata Kak Ain, aku hadiahkan cubitan ala kerengga dekat peha dia.Mengeringai Kak Ain sebab sakit.

“Sakit la Ida.Akak gurau jelah.Seribu kali handsome Adam tu, Nizam juga dalam hati akak ni tahu tak.Tak payah risau la, akak tak akan rampas dia dari Ida.Cuma ada satu pesanan Adam yang dia minta akak sampaikan”,tambah Kak Ain sambil menahan sakit akibat cubitan aku.

“Apa dia?”,soalku penuh minat.Macam-macam hal la.Entah-entah Kak Ain yang buat-buat cerita ni.

“Ni pesanan Encik Adam.Kata dekat Ida,boleh make-up bagi cantik.Just jangan make-up beriya sangat.Aku tak nak nikah dengan opera cina.Sekian, terima kasih”.

Pesanan Kak Ain tersemat kemas di fikiran.Jangan risau la, opera Cina tak akan masuk wayang punya awal-awal tahun baru ni.Hehe.
—————————————–
Bilik aku dah dihias cantik.Warna krim dan ungu jadi pilihan mak dan Angah.Tak payah aku describe lebih-lebih, semuanya dah lengkap tersedia di depan mata.Dan dengan menikahnya aku, Adik Mulut Laser aku dengan rasminya kena pindah keluar.Kesian dia.

“Ida, mak suruh cuba baju pengantin tu.Kalau tak muat kena otter cepat-cepat.Mana la tahu kot-kot naik badan sebab menanggung rindu.Makan sebab nak hilangkan stress ada larangan mak”,ujar Kak Long di muka pintu.

Aku tersengih mendengar kata-katanya.Maklum benar Kak Long dengan perangai aku yang satu tu.Makan pelahap tahap naga kalau aku stress dengan kerja-kerja yang bertimbun.Tapi kalai bab angau ni, aku boleh handle lagi.

“Haha.Mana ada makan-makan la Kak Long.Nak jadi mrs.somebody kenalah jaga badan cantik-cantik.Ida ada program diet la .Dah sebulan lebih dah.Mujur tak jadi perempuan ngetop je lagi”,gurauku sambil membetulkan bunga hiasan di tepi katil.

Kak Long tergelak mendengar kata-kata aku.Kak Long dah duduk di birai katil.Rania, dah bersemayam atas katil.Tak mudah lagi belai-belai rambut bagai.Macam dia pula nak menikah.

“Kak Adik nak jadi macam Cik Ida juga mama.Boleh pakai baju cantik-cantik, boleh duduk bilik cantik sorang-sorang.Tak payah duduk dengan adik lagi”.

Ulasan Rania mengundang ledakan tawa kami.Panggilan Kak Adik tu bertukar lepas Kak Long selamat bersalin.Rela..tak rela, Rania kena jugalah terima hakikat yang dia tak boleh dipanggil adik lagi.
————————————————-
Aku menyarungkan baju yang dah siap ditempah ke badan.Baju warna putih dengan labucinya warna keemasan jadi pilihan untuk acara pernikahan aku.Beratnya boleh tahan, sesak jugalah aku nak bernafas dibuatnya.

Bila aku merungut.Kak Long cepat-cepat memarahi aku.Kata Kak Long sekali-sekala melaram apa salahnya.Salah memang tak salah, tapi vogue sangat la pula.

“Ala..kenapa yang berat ni mak pilih.Tak selesa la Kak Long.Mak memang la suka.Ida yang pakai ni menderita tahu tak?”,gumam aku geram.

“Ala pakai jelah.Mak dulu tak ada baju macam ni.So, Ida la yang kena pakai.”,gurau Kak Long sambil ketawa.

Aku geram dengan gelagatnya.Tapi apa nak buat, baju dah pun siap ditempah.Nak tak nak, esok-esok kena jugalah aku menyarungkan baju ni.Aduh, ni kes paksa rela dah.Tapi salah aku juga, yang lepaskan semua bab nikah kahwin dekat mak sapa suruh.Patutnya ucap terima kasih, ni dok bising lak.

“Ida..ida, bawa-bawa bersyukur deyh!”.
————————————————
“Salam Ida.Selamat pengantin baru.Maaf tak dapat datang kenduri, busy.Lagipun Amal tak sanggup nak tengok Ida bergandingan dengan orang lain.Apa-apa pun, moga menjadi isteri dan ibu yang mithali”.

Sms dari Amal aku terima malam sebelum menjelangkan kenduri aku.Aku maklum kad nikah dah dikirim ke semua kenalan aku termasuk la Amal.Jadi tanggungjawab aku untuk menjemput.Datang atau tidak, terserah dia.

Memandangkan tangan dan kaki aku penuh dengan inai, Nurul yang membacakan untuk aku.Sayu juga membacanya, tapi apa nak buat.Dah bukan takdir aku dengan dia.Nak tak nak, kita sebagai hamba kena terima hakikat jodoh dan pertemuan tu di tangan Dia.

Dan sudah tulis di Luh Mahfuz, aku adalah rusuk kiranya Adam.Dan Adam yang akan menjadi memimpinku dalam melayari alam rumahtangga.Amal, bukanlah terbaik untuk aku dan sebaliknya.

Aku faham maksud kata-kata Amal.Dan doakan saat ini, moga dia dipertemukan dengan bidadari yang lebih sempurna dari aku.Amin.
———————————————————
“Mak, mana ada pengantin turun dapur pagi-pagi ari nikah.Ni bukan jadi raja sehari dah.Bibik pagi, baru jadi isteri”,rungut aku bila emak menyampaikan satu pesanan aneh pagi ini.

Pesanan Adam yang mahukan aku memasak lauk pengantin untuknya.Bukan semua lauk pengantin, Cuma dia mahukan ikan patin masak tempoyak air tangan aku.Macam-macam perangai la Encik Adam ni.

“Ala, masak jelah.Bukannya susah mana pun.Macam tak biasa je Ida.Mak dah siapkan semua bahan-bahan pun dekat dapur tu.Tinggal masuk dalam periuk je.”,pujuk emak sekali lagi.

Malas-malas aku bangun dari katil.Malam tadi, dah tidur lewat.Tak pasal-pasal aku kena buka mata seawal jam 7 ni.Emak tersenyum girang melihat kepatuhan aku.
“Macam ni la anak mak.Confirm Adam sayang punya.Kalau kena jauh dengan Ida nanti, terkenang-kenang dia pada Ida”,tambah emak sambil beriringan berjalan ke dapur.

Yelah tu.Sayang ke, terkenang-kenang ke.Yang aku tahu, benda ni tak pernah buat dek orang.Aku je yang mencemar dulu pengantin sehari melayan karenah bakal suami.Memang boleh cerita dekat anak cucu la perangai Adam ni esok-esok.Menguji kesabaran aku betul.Huhu.
————————————————
Adam bersila di depan abah.Tak sekilas pun memandang aku dibelakangnya.Mungkin berdebar nak sambut akad barangkali.Mudah-mudahan berjalan lancar la hendaknya.

“Aku terima nikahnya Nurin Rusyaida binti Abdul Rashid dengan mas kahwinnya RM 22.50 dibayar tunai“.

Ijab yang dihulur abah disambut penuh yakin oleh Adam.Aku mengucap syukur atas penyaksian termaterinya ikatan suami isteri yang terbina antara kami.Dengan sekali lafaz, aku jadi milik mutlak Muhammad Adam Lutfi.

Selesai bacaan doa, Adam berpaling ke belakang bagi upacara membatalkan air sembahyang.Aku mengangkat wajah memandangnya.Ada raut terkejut di muka Adam.Takkan la aku berubah jadi opera cina pula di hari bahagia ni.

“Ida, cantik sangat hari ni.Tak sangka perempuan cantik ni dah jadi isteri abang”,bisik Adam perlahan bila aku mengucup tangannya.

Aku tersenyum mendengar pujiannya.Bangga aku dibuatnya.Cuma masih ada satu pertanyaan yang mengasak fikiran aku.Dan aku tengah cari masa yang sesuai untuk bertanya soal itu.
————————————————
Aneka masakan yang terhidang di meja ketika upacara makan beradap.Dan pilihan Adam tak lain tak bukan ikan patin masak tempoyak Versi pengantin.

Bila aku berbisik bertanyakan permintaan peliknya, Adam tersenyum lebar.Ada rahsia di sebalik senyumannya itu.

“Masa dekat Indon, Ida tak pernah pun ajak abang makan gulai tempoyak ni.Dengki betul dengan Hazim dok puji-puji masakan Ida.So, sekarang ni abang memang dah yakin 100% dengan kebolehan Ida.Complete pakej isteri sejati ni.Turun dapur masa jadi raja sehari lagi”,gurau Adam perlahan sambil tersenyum manis.

Kembang rasa hati mendengarkan pujian dari Adam.Tapi paling aku tak sangka pandai juga nak berdengki-dengki bab makan ni.Dia sendiri yang jual mahal masa aku buat majlis, pastu minta gati rugi hari nikah.Memang pelik tapi benar perangainya.Apa-apa pun, yang pelik dan kurang benar tu suami aku juga.Terima jelah Puan Ida oi!
———————————————-
Penat juga jadi pengantin ni rupanya.Al-maklum la jadi puas perhatian.Nama pun raja, so ramai la rakyat jelata yang nak berjumpa.Tak menang tangan jadinya.

Ramai kenalan ketika kami menuntut di Indonesia yang hadir.Kak Zira tak terkecuali.Ramai yang tak menyangka kami akan bertemu jodoh akhirnya.Sampai-sampai ada yang mengatakan aku jampi Adam dalam masakan aku.

Tolong sikit ye.Aku tak pernah buat perangai pelik-pelik ni.Kalau Adam jampi gula-gula tu memang betul.Siap mengaku dengan beraninya lagi.Tak kurang juga yang mengusik aku.Katanya Adam memang dah tak sabar-sabar nak menjodohkan anaknya dengan anak Kak Zira.Jadi, aku kena siap-siaplah mengandung.

“Tak dapat kahwin, jadi besan pun jadilah”,tempelak Kak Ina.

Adam sekadar tersengih mendengar gurauannya.Aku terasa juga dengan kata-katanya.Tapi bila difikirkan tak ada faedahnya nak berperasaan begitu, aku turut ketawa hingga mengundang muka pelik Adam.

Makin menjadi-jadi Kak Ina mengusik bila ada hantaran dari Adam yang mengundang kontroversi.Bukan hantaran dari Adam sebenarnya tapi aku yang beli sendiri.

Set Johnson Baby yang dirias cantik sebagai hantaran yang membuatkan aku tak senang duduk.

Kata mereka.Kalau ya nakkan anak,jangan la bagi tak sabar-sabar.Anak tak keluar lagi, dah buat preparation.9 Bulan tu bukannya pejam celik mata terus ada.

Muka Adam merona kemerahan.Malu mendengarkan kata-kata mereka.Padahal kulit aku yang sensitif ni membuatkan aku menjadikannya sebagai hantaran aku.Sekali Adam yang kena pula.

“Dah..Ida.Tak payah nak bela-bela suami Ida ni.Just get ready nak berjaga malam ye?”,tempelak mereka lagi aku mahu menjelaskan hal yang sebenar.

Isk, tak ada benda lain nak dibuat gurauan.Malu aku dibuatnya.Masak aku dan Adam dikenakan mereka.Waduh..waduh, negeri deyh!
——————————————————
Adam menghulurkan voucher 4 hari 3 malam di Bali kepada aku usai kami solat sunat.Terkejut dengan hadiah yang tak disangka-sangka.Memang aku fikirkan bumi Indonesia bila Kak Ain mengatakan destinasi honeymoon kami di luar negara kelmarin.

Pada fikiran aku, mungkin Adam nak mengembalikan memori lama perkenalan kami.Tapi tak ada yang manis pun nak dikenang.Hehe.

“Pergi dengan abang, confirm mak bagi punya.Kesian dekat Ida, 6 tahun dok sana tak boleh g Bali.Ada larangan keras mak ye?Kenapa mak tak bagi ye Ida?’,soal Adam.

“Jangan pergi..banyak maksiat tempat gitu!”,ujar aku dengan slang ala-ala ceramah mak.

“Dia takut Ida melencong buat benda pelik-pelik la tu.Ida kan nakal zaman muda-muda dulu.Abang pun takut dengan perangai Ida tahu tak?”,gurau Adam lagi.

Aku mencebikan bibir.Macam-macam la.Padahal, hati aku dah berdebar-debar tak tentu arah dah.Takut weh, 1st night la katakan.Teringatkan gurauan kawan-kawan Adam tadi lagi la seram sejuk aku dibuatnya.

“La..kenapa diam je.Mana Ida yang abang kenal dulu.Ida takut dengan abang ye?Sejak dari kita nikah tadi, Ida tak panggil abang pun walaupun sekali.Tangan pun dah seram sejuk ni..Jangan risau la sayang, abang tak makan orang!”,ujar Adam sambil meraih jari-jemari aku kedalam genggaman tanganya.

Aku serba tak kena dibuatnya.Sedikit sebanyak ketakutan aku makin menjadi-jadi dengan reaksi mesra dari Adam saat ini.

“Eh.tak panggil lagi ye.Bukan ke dah panggil sekali ke aritu,.3 in 1..mas, akang dan abang”,soalku dalam getaran suara yang dah tak mampu aku kawal lagi.

Adam menggelangkan kepala.Melihat aku yang gugup, makin kuat genggaman tangannya.Makin menjadi-jadi reaksi mesranya.Sesak nafas weh.

“Kalau boleh la kan, abang nak panggilan lagi special dari abang.Sebab abang tu biasa sangat dah.Nak panggilan yang tak pernah ada lagi!”,rayu Adam dengan mukanya yang nakal.

“Mas dengan Akang tu Ida selalu dah panggil masa dekat fakultas dulu.Kalau guna panggilan tu sama taraf je abang dengan supir angkot tu.Tak malu la abang.Nak yang lagi special boleh?”,tambah Adam lagi.

Panggilan apa yang lebih special ye.Darling..isk, kena kutuk dengan akak-akak aku pula nanti.Kalau panggil bro, rock kapak pula.Kalau panggil honey, macam nak minta bermadu cepat-cepat je gayanya.Gasak betul nak cari panggilan dia ni.Huhu.

“Ada tak panggilan special untuk abang ni sayang.Kalau abang nak panggil Ida Nurin lepas ni.So, special sikit.Tak ada orang yang guna panggilan tu lagi.Ida pun kena kreatif juga la”,jelas Adam lagi sambil menghadiahkan kucupan di dahi aku.

Fuh…makin mendebarkan malam sepi ni.Dalam kekalutan aku mengawal rasa takut menghadapi malam pertama ni, ada juga idea mengarut yang check in di kepala.

“Ida dah jumpa panggilan special untuk abang.Just for my beloved husband.Are you ready?”,soal aku dengan nada suara nakal yang aku cuba bangkitkan.

Adam menganggukkan kepala.

“Lepas ni, Ida akan panggil abang pelik dari orang lain.Tapi special punya.B..A..Y..A..N..G.Ok tak?”,ejaku sambil tersenyum nakal.

Adam terpinga-pinga dengan panggilan tersebut.Tak lama kemudian dia ketawa girang.

“Bayang…bang sayang ye Ida?Ingatkan perli abang tadi.Boleh la, abang pun dah gila bayang dengan Nurin ni…Kalau macam tu, Nurin jadi Nuyang la”,tambah Adam dengan nada gurauannya.

Isk..Isk.dengan aku sekali jadi gabungan nama versi Indonesia.Mentang-mentang jumpa dekat sana, panggilan pun tempias dari bumi seberang akhirnya.

“Ida pun dah gila bayang dengan abang tahu tak.Tak kisah la, apa-apa pun, Ida nak abang sayang Ida selamanya.Nurin sayang abang!”,luahku akan rasa hati ni.

Tangan Adam kejap di bahuku, mata kami saling bertentangan.Dan hati kami mengakui rasa yang sama.

“Ya Allah, terima kasih akan anugerah terindah ini.Kekalkan ikatan ini dengan rasa cinta selamanya”.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: