Novel : Sesuci kasih seorang isteri 18

Nama Pena : kak tyea

Sofea berdiri di muka pintu dengan senyuman melebar di bibir. Aku sendiri yang terkaku. Berat kaki hendak melangkah, berat lagi hati hendak mengalah.
“Jemputlah masuk, bang.” Suaranya yang lembut terdampar di hadapan pintu hatiku semata, tidak ku bukakan langsung pintunya.
Inilah rumahnya. Rumahnya sendiri. Semasa dalam perjalanan tadi baru aku menelefon meminta alamat. Sofea tidak marah malah menunjukkan perasaan teruja tanpa berkias.
“Duduk seorang aje, memanglah sunyi.” Komennya lagi sambil merenungku.
Rumah yang aku kira sebagai terlalu mewah dan luas untuk didiami oleh hanya seorang manusia. Hampir menyamai dua buah rumah biasa.
Kami bergerak ke ruang tamu yang dihias dengan gaya moden kontemperari ala inggeris. Terdapat tiga set sofa berasingan yang masing-masing ku kira melambangkan tetamu yang berbeza.
Secara keseluruhannya, rumah ini memang layak untuk wanita korporat sepertinya cuma kurang sesuai kerana dia tinggal bersendirian.
“Abang duduklah dulu. Biar saya ambilkan minuman di dapur.”
“Tak ada maid ke?.”
Sofea segera mengukir senyum. Lebih manis daripada tadi namun seperti tadi, aku tidak tergugah sama sekali. Jiwaku yang rusuh menidakkan semua perkara yang dilakukannya.
Baru sahaja aku mahu menjangkaukan tangan mencapai surat khabar di bawah meja, sofea sudah kembali bersama dulang berisi cawan di tangan. Aku lekas-lekas menegakkan tubuh.
“Saya harap abang suka minum kopi.”
“Hurmm..”
“Ini the finest coffee from Turki. Ayah told me that any corporate man will drink it till the last drop.”
“He told you that?.” Soalku. Dalam nada separa berniat mahu mengejek.
Sofea terangguk-angguk. “As I know, my hubby is a corporate one, I hope he was right.”
“Hurrmm..rasanya saya yang bukan lelaki korporat.”
Keningnya bertaut dua.
“What does that means?.”
Naïf!!!!!
“You know what, sofea? I never drink coffee for all my life. I hate coffee and I’m allergy to it.” Tegasku penuh emosi. Aku mahu dia tahu banyak benda yang tidak diketahuinya tentang diriku. Lelaki yang diingininya sungguh-sungguh ini.
“Abang tak suka? Tak apa, saya buatkan abang minuman yang lain.” Dia bingkas berdiri.
“Sofea, kamu tahu ke abang suka minum apa?.” Provokku lalu menghentikan langkahnya yang diatur kemas tetapi laju itu.
“Abang, if you don’t mind, please tell me what is it.”
“Hot chocolate.”
Sekejapan, wajahnya bertambah ceria. Aku senyum dalam hati. Hanya Alishah dan mama yang tahu apa yang aku mahu sebagai minumanku selain Mak Kiah.

Menjelang pukul sebelas, kami masih lagi menonton televisyen saluran Astro. Fikiranku tidak tenteram mengenangkan ‘misi’ ku yang perlu aku langsaikan malam ini juga.
Tidak pernah aku merasa seperti menjadi pembunuh upahan begini. Tugas yang mesti diselesaikan dan ada orang menantikan keputusan tindakanku. Lulus atau gagal. Bukan hidup atau mati.
“Abang.” Sofea tiba-tiba menyandarkan kepala jatuh ke bahuku. Kerana terlalu tersentap, aku terkaku di sisinya.
Tangannya tiba-tiba menjalar ke tanganku. Diusap-usapnya.
“Err…I want to call my wife first. She must be worry.” Dalihku lantas bergerak menjauh.
Aku memilih untuk keluar ke beranda. Membiarkan diriku disapa angin malam yang sejuk tetapi masih menenangkan. Lama aku berdiri di situ sambil menimbang-nimbangkan kewajaran untuk menelefon Alishah di lewat malam begini.
Apa pula yang hendak aku cakap kalau dia bertanya aku di mana sekarang?
Office? Ish, kurang logik pula. Hospital? Siapa yang sakit?
“Abang?.”
Dalam terkejut, aku segera mendail nombor telefon bimbit Alishah. Membuatkan Sofea berundur dan masuk semula ke dalam ruang menonton.
“Assalamualaikum, bang.” Suaranya tenang, aku pula yang tergagap.
“Err..err..waalaikumsalam. sayang dah tidur ke?.”
Kedengaran hembusan nafasnya yang teratur. Terasa begitu dekat kami saat ini namun hakikatnya aku bersama orang lain. Aku cuba membayangkan raut wajahnya setiap kali aku merenungnya sebelum tidur. Dia akan mengerdipkan mata dengan perlahan, senyuman di bibirnya tidak terlalu mekar tetapi paling menggoda dan hembusan nafasnya yang mengenai wajahku begitu mendamaikan.
“Abang okey kan? Tak apa-apa kan?.”
“Ya, abang okey cuma ada sesuatu yang nak diselesaikan kat sini.” Tak tersebut aku hendak menyelesaikan apa.
“Syukurlah abang okey.” Alishah menarik nafas. “Isha harap abang dapat selesaikan kerja abang tu. Kalau dah sudah nanti, abang baliklah rumah. Isha tunggu abang.”
“Err..tak..tak payah tunggu abang, dear. I’ll be late for sure. Nanti sayang penat pula tunggu abang. It’s okay. I got the key. Bila siap nanti, abang akan balik rumah kita.”
“Alhamdulillah. Eh, abang niat nak balik rumah mama ke kalau tak sempat balik rumah kita?.”
Aduh, kantoi…
“Hurmm…cadangnya aje.”
“Oh, macam tu. If you feel like want to stay there, we’ll just be fine right here. Mak Kiah ada. Cuma abang tolong inform Isha lah kalau abang jadi nak stay kat Bukit Antarabangsa.”
Urusan paling sukar, akan menjadi paling mudah bila berhadapan dengan Alishah. Dia senantiasa membukakan peluang dan ruang untuk aku melakukan apa saja yang akan memudahkan diriku.
Alishah tidak suka membantah-bantah keputusanku, bahkan cadanganku pun dia tidak akan pertikaikan. Dia suka memudahkan orang lain. Ah, aku memang yang paling beruntung sekali bisa menjadi suaminya.
“Thanks, dear. Sayang tidurlah. Nanti mengantuk pula tak cukup tidur. Salam sayang for my cute baby. Salam cinta untuk isteri abang, Alishah.” Usikku dan dia tertawa manja di hujung talian. Aku menahan debaran dalam dada.
“Assalamualaikum, bang. Good night. Sleep tight.”
“Waalaikumsalam. I love my wife. I love my baby. I love Alishah with all my heart.”
Dapat aku bayangkan senyumannya mendengarkan madah rayuku namun apalah gunanya kalau aku akan menduakan cintanya sebentar lagi?
Seketika aku berteleku di kerusi kayu yang tersedia di beranda. Duduk diam sambil merenung kelam malam. Malam yang hitam pekat, gelap gelita dan menakutkan. Tetapi apakan daya.
Malam ini jadi penentu. Kalau aku mengambil tindakan bodoh dengan meninggalkan Sofea, anak saudaraku akan mati dan kedua orang tuaku akan kecewa seterusnya memecahkan rahsia kepada Alishah. Itu yang aku paling takuti. Melihat wajah kecewa Alishah.
“Abang?.”
Ya Allah…berikan aku petunjukMu…berikan aku kekuatanMu…
Sofea datang mendekat. Dia sudah bertukar pakaian. Aku cuba merenungnya dalam pakaian tidur yang begitu tipis lagi jarang. Senyuman berkembang mekar di kelopak bibirnya.
“Jangan keluar. Saya akan masuk.” Tegahku apabila kakinya mengorak langkah hendak memunculkan diri di beranda.
Walau dirinya bukan kecintaanku, dia tetap isteri..tanggungjawab seorang suami..dan aku tidak ingin berkongsi dengan mana-mana lelaki lain melihat tubuhnya begini.

Saat terjaga seawal jam 5 pagi, aku terus keluar ke beranda. Sekali lagi. Sebelum dan selepas melukakan hati Alishah, aku tetap di sini. Sofea masih lena diulit mimpi.
Lama aku memerhatikan dirinya yang begitu menggoda semalam. Aku berdosa kerana membayangkan Alishah dalam penyatuan kami semalam. Sama sekali aku tidak boleh bernafas setiap kali menyedari wanita manja di sisiku semalam adalah Sofea, isteri keduaku.
Aku jadi kaku dan termangu walaupun dipujuk rayu dengan penuh manja oleh Sofea. Fikiranku cuba menghadirkan Alishah dan aku akhirnya jadi sama seperti sepatutnya.
Mujur aku ada membawa sebotol minyak wangi Christian Dior milik Alishah. Dalam Sofea erat memelukku, aku mencapai botol kecil itu dan mencalitkan sedikit wangian ke tubuhnya. Dan dengan itu, aku membayangkan dialah Alishah.
“Maafkan aku.”
Tanpa sedarku ada air mata yang mengalir menuruni pipi. Entahlah, aku benar-benar merasakan diriku terlalu lemah ibarat perempuan kali ini. Macam anak dara kahwin paksa.
Duduk beberapa minit sambil menenangkan diri, aku mengambil keputusan untuk segera pulang ke rumah. Bukankah Alishah menyangka aku di pejabat?

“Abang?.”
“Sayang?.”
Dia terus bangun selepas meletakkan kitab suci Al-quran di hujung katil. Masih lengkap bertelekung, dia datang kepadaku dengan wajah berseri-seri.
“Isha rindu dengan abang. Syukurlah abang dah balik.” Ucapnya sebaik tubuhnya ku raih ke dalam pelukan. Aku terkesan ada sisa air mata di pipinya.
“Kerja abang baru selesai. Sayang tunggu abang balik ke?.”
“Hurmm…tunggu dalam hati.”
“Janganlah menyusahkan diri lain kali. Sayang pun kena tidur cukup-cukup. Nanti sakit, susah pula.” Bukan niat untuk memarahi tapi sekadar mempamerkan rasa menyayangi.
Alishah terangguk-angguk. Batal wudhunya apabila aku tanpa tertahan lagi mendaratkan bibir ke seluruh mukanya.
“Sayang?.” Keinginanku yang satu datang menyapa.
“Isha tanggalkan telekung dulu ya.”
“Alah…”
“Tak apa. Tak lama mana.”
Dia ketawa manja. Apabila dia sudah bersedia, tiba-tiba sahaja mataku tertancap pada pintu bilik mandi. Mandi?
“Are you sure you are okay, honey?,” sapanya apabila tiba-tiba sahaja aku menghentikan langkah.
“Abang nak mandi dululah. Wait for me, dear.” Aku bingkas bangun mencapai tuala di dalam almari pakaian sebelum meluru masuk ke bilik mandi. Sempat ku kenyitkan mata kiri pada Alishah yang masih membisu di atas katil.
Ya, aku perlu membersihkan segala kekotoran yang sudah terlekat di tubuhku semalam. Aku tidak ingin kekotoran itu menyentuh walau sedikit pun tubuh isteri kecintaanku satu-satunya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: