Novel : Dr.Cinta 14

Nama Pena : dyadila @ dia adila

Dia berjalan ke kiri..kembali ke kanan kemudian ke kiri balik. “ini memang dah tahap melampau…memang melampau..” tangan digenggam. Jari dipatahkan satu persatu. Kalau boleh terjun tingkat 88 KLCC ni dah lama dia terjun. Ehhh mana bolehlah gilo ko apo? Dah tak ada iman?.

Mazliana menarik getah ikat belacan di tangannya, rambut diikat tinggi ala-ala ahli sumo nak beradu tenaga. Lengan T-Shirt hitamnya ditarik hingga ke siku. Dari tadi dia tak senang menunggu bos besar dan bos yang kononnya sedang bermesyuarat. Haiiii ni jalan aku redah kang, aku juga yang malu.

“apa bos kau buat lama-lama dekat dalam bilik tu Mimi?”

“entah makan pulut kuning kot” mulutnya disengit kekanan. Sendaloka hari raya pula minah ni. Kang aku tertampar 12 kali tanpa henti berselang lima saat baru tahu. “kau jangan sampai aku cincang halus mulut tu buat goreng berempah, nak?” syamin pantas menutup mulutnya dengan tangan. Alamak Mazliana Haji Nordin marah!!.

Pen ditangan diletak ke tepi “kenapa kau cari dia?” soalan lazim dari syamin.

“saja aku nak jumpa bakal ‘suami’ aku tak boleh?” Mazliana duduk kembali di kerusi. Macam ayam nak bertelur.

“Amin.. akupun dapatlah makan nasi minyak” memang kawan kurang asam garam betul syamin ni. Tak nampak ke muka aku tengah serabut ni, lagi nak bikin panas.

“cakaplah kenapa kau nak jumpa Tengku Iskandar ni?” Syamin tak putus asa. Dia buat muka minta belas ehsan. Hishh jangan harap aku nak cakap pada internet bergerak ni, kalau aku buka cerita bos besar lamar aku jadi tunang dia. Boleh bertabur gigi dia dekat atas meja ni kang. Baik ambil langkah berdiam diri jauhi bahaya.

“ada masalah sikit, dia nak minta tolong aku dah noktah, sebarang soalan lagi tidak dilayan, harap maaf” jawapan menyahut seruan mencegah lebih baik dari mengubati. Syamin mencebik geram.

Dia kembali duduk di depan Syamin yang asyik dari tadi menganalisis muka cantiknya. bukan dia tak tahu mata kawannya itu tak lepas dari memberi isyarat supaya dia bertenang. Masalahnya sekarang perasaan, emosi, hati, jiwa hahh.. apa lagi yang ada dalam badan ni dah tak tenang. Rasa macam nak meletop.

Nasib baik aku bukan keturunan Tun Teja kalau tidak dah lama aku lipat Bos besar tu jadi kecik macam kotak mancis. Suka hati jiwa raga dia angkat aku jadi tunang tanpa minta persetujuanpun. Dia ingat Mazliana haji Nordin ni apa, ikan kembong sekilo 7 ringgit dekat pasar tani ke?. Memang nak kena sumbat dengan sambal belacan mamat berdua ni.

“ehhh Maz buat apa dekat sini nak jumpa Is ek?” suara Tengku Mazlan kedengaran ceria. Senyum sampai ke telinga orang tua ni. Ohhh!! My calon bapak mentua.

“emm nampak gayanya macam tulah Ayah engku, nak jumpa ayah engku nanti takut ada yang marah pulak” ewahhh bersenda guraulah pulak, plastik sampah betul kau mazliana.

“Maz sihat?”

“Sihat, Ayah engku macamana?”

“sihat, nanti kalau senang datanglah rumah Mak engku asyik tanya pasal Maz dah penat si Iskandar menjawab” ramah Tengku Mazlan.

Baiknya bakal bapak mentua aku ni kenapalah anak dia tak mewarisi genetik baik ni, mesti ada something tak kena ni. Cacat kot bos besar ni. Hehehe..memang hubungan dia dengan keluarga Iskandar rapat sejak peristiwa rancangan malam pertemuan tu. Selalu jugalah Mak engku telifon dan selalu jugalah dia menipu. Eiii tambah dosa aku je bos besar ni.

Mazliana membalas dengan senyuman seolah-olah bahagia akan menjelma, macam berada dekat taman bungalah kononnya. Tapi senyumannya mati apabila melihat lelaki berkemeja biru dan bertali leher rona yang sama keluar dari bilik. Hahhh mangkuk nilah yang dia cari. Satu isyarat mengancam keselamatan sedunia dituju khas. Lelaki itu buat bodoh masih asyik dengan perbincangan dengan mamat mana entah.

Pintu bilik dirempuh tanpa bagi salam. Ditutup kasar. Dilihat Zikri turut sama di situ sedikit terkejut. Lama wajah mazliana dipandang. Macam marah.

“apa cerita ni bos besar? Jangan kata bos dah tukar jawatan jadi pengurus Raja Lawak pulak” marah Mazliana sebaik saja Tengku Iskandar duduk ditempatnya. Biasalah Bos..

Zikri berdiri di depan Mazliana, jari telunjuk diletakkan ke bibir “syhhhhh….Maz janganlah cakap kuat sangat” Mazliana menjelir lidah. “suara saya sejak lahir memang macam ni, apa pulak dosa saya sampai saya kena jadi tunang Bos Besar ni?” Iskandar masih lagi tenang duduk di kerusi empuknya. Dia tersenyum. mengamuk juga minah ni ingatkan suka jadi tunang orang kaya.

“kan awak suka, bertunang dengan seorang putera yang kaya raya, bukan itu ke impian awak selama ini?” Mazliana mengetap bibir. Ehhh ada juga yang makan selipar terbang ni. “bila masa pula itu impian saya?” mana pula dia tahu ni ? siapa yang bocor rahsia? Syamin? Ayah? kak Lin?.

“memanglah saya nak putera yang kaya raya tapi putera tu bukannya bos besar yang besar kepala” bulat mata Iskandar mendengar kata-kata luhur dari mulut Mazliana. “baik bertunang dengan Pak Mat hujung simpang yang jual pisang goreng hari-hari boleh makan pisang goreng” sempat dia berbisik perlahan. Zikri tersenyum mendengar kata-kata Mazliana.

“awak dah sain kontrak Mazliana” perlahan Tengku Iskandar sambil menarik keluar fail merah dari laci.

“apa pulak kaitan kontrak dalam cerita kita ni? Jangan nak buat cerita cinta kontraklah pulak dekat sini bos besar oiiikk..orang dah biasa sangat buat cerita macam tu, penonton dah bosan”

Iskandar mengeleng perlahan memang sesuai nama kelibut itu dengan Mazliana. mulut tak boleh nak diam. “awak tengok syarat 19” Fail merah bertukar tangan. Mazliana mencebik namun matanya tetap membaca isi fail.

19= sebarang keputusan adalah bergantung kepada Tengku Iskandar, dan keputusan adalah dibuat tanpa rundingan dua pihak.

Laju matanya dilarikan ke arah tengku Iskandar yang mengangkat kening ke arahnya. “bila masa pulak ada syarat macam ni? Ini dah kes penipuan bersiri. Saya diberi tugas hanya untuk malam itu saja, itupun untuk menutup mata Mak Engku, tapi ini bila pulak buat Filem the Movie ni ada sambungan episod??” dia bertanya geram. Matanya tajam merenung ke arah Iskandar yang tenang di kerusi sambil bersandar selesa. Kurang prinsip perlembangan betul bos besar ni. Ni kalau tanya rukun negara mesti tak lepas.

“saya tak setuju!!!…Ingat bertunang ni macam main pondok-pondok masa kecik-kecik ke? Ini soal masa depan saya, saya tak nak kawin dengan bos besar faham tak?” jeritnya sambil melepaskan Fail merah ke meja. Bergema satu MM holding. Itulah kau Maz, dulu tak nak baca betul-betul main redah. Sekarang siapa dah buta kayu? Kau juga…

Tengku Iskandar tersenyum “siapa pula kata nak kawin dengan awak?” Mazliana terkedu, perlahan air liur ditelan terasa pahit. Mukanya kemerahan, kenyataan yang memalukan.

“bos besar ni sejak bila pulak pandai buat lawak antarabangsa ni? Habis tu semalam tu bos besar mimpilah?”marahnya masih belum reda.

“saya Cuma nak ambil awak jadi tunang saya bukan isteri” jelasnya tanpa ada rasa bersalah telah memalukan seorang wanita yang baik hati macam aku. Ehhh bukan baiklah tapi kategori yang boleh diterima lagi buat calon menantu.

Matanya tepat memandang wajah selamba milik Tengku Iskandar, memanglah spesies mamalia berdarah putih. Jantung aku macam nak meletop dengan cadangan mamat ni boleh pulak dia tayang muka tak ada perasaan.

“bos besar ni kenapa? Ingat saya ikan kembong dekat pasar tujuh ringgit sekilo ke? Suka-suka nak buat keputusan sendiri”, hah kan dah keluar suara hati aku. ni belum suara kepala siku, mesti duduk hospital seminggu makan bubur nasi.

Iskandar bangun, langkahnya diatur menuju ke arah wanita yang bakal menjadi tunangnya sikit masa lagi. Memang dia dah bersedia dengan serangan Mazliana dan memang itulah jangkaannya sebaik saja dia memberitahu niatnya semalam. zikri hanya bertindak sebagai pemerhati.

Kini jarak mereka hanya sedepa, rapat, mata Tengku Iskandar kekal menikam tajam wajah wanita yang bertocang tinggi di depannya. Memang setiap kali mereka berjumpa itulah gaya familiar yang dibawa Mazliana. entah kemana perginya wajah ayu ketika makan malam dulu dia pun tak tahu. Hakikatnya inilah sebenarnya Mazliana Haji Nordin.

“saya tak setuju” jerit Mazliana lagi.

“ada saya kisah?” bulat mata Mazliana mendengar jawapan pendek tanpa tanda baca Tengku Iskandar.

“masalahnya yang nak dijadikan mangsa sekarang saya, tak kiralah Bos besar kisah ke tak saya tetap tak setuju walau apa sekalipun yang berlaku” putusnya. Kalau tengku Iskandar Tengku Mazlan ni biskut dah lama kena telan.

“senang saja kalau awak tak nak macam yang kita dah janjikan awak akan bayar 3 kali ganda bayaran yang telah saya berikan” ugut Iskandar. Dia tersenyum.

Wajah Mazliana berkerut. Hah?!!3 kali ganda? Mana nak cari duit?.

Masalah mazlianaaaa…….

***

Dari pintu dapur dia meneliti siapa yang menyertai rombongan malam ini. kalau ikutkan hati dia dah lari ikut tingkap tapi sebabkan tektik tu dah dijalankan sebanyak dua kali jadi secara rasminya tingkap semua ditutup dan dikunci rapat dengan mangga oleh empunya rumah Haji Nordin.

“emmm bolehlah kita buat sekali dengan majlis Azlin nanti” bisik puan Maznah. bisik ke? Kalau bisik volume mesti cover line. Ini boleh satu taman dengan macam nak buat pengumuman raya.

“patutlah selama ni kita carikan dia buat tak peduli buat tak layan, rupanya dalam diam dah ada pilihan..” giliran Haji Nordin pula masuk Forum.

“samalah dengan anak kita ni Iskandar ni, macam-macam alasan rupanya dia dah jumpa bidadari Haji Nordin” ketawa mereka bersatu lagi.

Mazliana mencebik, wajah Zikri yang tersenyum manis menyakitkan hati. Memang mangkuk. Kalau tak fikirkan dia dilahirkan dalam keluarga yang cukup didikan dah lama dia halau rombongan merisik terkejut itu. Sekali lagi wajah mak dan ayahnya dipandang. Bahagianya.

“maaflah Tengku saya tak tahu yang anak dara saya ni berkawan dengan anak Tengku, tapi kami ni orang biasa kalau nak bandingkan dengan Tengku jauh sangat” terusik hati Mazliana mendengar kata-kata ayahnya. Tetiba rasa macam nak nangislah pulak..alaaa Haji Nordin ni kenapa masuk slot tangkap leleh pulak. “tapi anak dara saya ni banyak kelemahan, kalau nak masak tu memang masak air bolehlah” hah?!!! Ketawa mereka bersatu. Mazliana mencebik. Hishhh ini kes memalukan diri sendiri ni. Apalah ayah ni.

“tak apalah Haji, mata kita ni sejuk bila tengok Mazliana tu, tak tahulah kenapa. Tiba-tiba kita rasa sayang dekat anak tuan haji ni” balas Mak Engku. Mazliana terkedu. Dia tunduk memandang lantai dapur. Baiknya Mak Engku.

“tak apa Mak cik saya pilih Mazliana bukan untuk dia jadi chef dekat rumah” sampuk Tengku Iskandar. Hampir mengalir airmata darah dengar ayat Bos besar. kalau ada Yusuf Haslam mesti dan ganti Awielah dalam filem daun semalu.

“Maz mana air tak sampai lagi ni” kedengaran suara Puan Maznah kuat dari ruang tamu.

Di dapur Mazliana dapat menangkap gelak tawa mereka yang hangat berbincang apa lagi kalau bukan mengata aku. Kedenganran sesekali Maknya tersasul memanggil panggilan Tengku walaupun sudah beberapa kali Tengku Mariam menegur, ‘panggil Cik Yam dengan cik Lan, baru mesra’. Kononnyalah mesra aku dekat dapur ni dah tak boleh nak terima kenyataan.

Maz mengaru kepalanya rambut yang kusut dilurut dengan tangan “memang nak cari pasal mamat ni” dia mengigit bibir. Lantas senyuman mekar tiba-tiba. Cili padi merah menyala di dalam peti ais dicapai. Sasaran dikenalpasti Tengku Iskandar dan Zikri alif.

Mazliana tersenyum sambil membawa air dah kuih muih yang sudah disiapkan sejak petang tadi.”jemputlah minum Mak engku Ayah engku”, sengaja muka dimaniskan.

Zikri tersenyum sambil mengangkat ibu jarinya ke arah Iskandar, Iskandar pula buat muka blur. Mazliana menyimpan ketawa. Senyum ekk, lepas ni jangan harap. Wajah tak boleh nak terima kenyataan bos besarnya pula dipandang. Mata mereka bertembung. Sempat jelingan maut dihadiahkan tanda protes. Dia tersenyum sinis.

Mereka menikmati hidangan yang dihidang. Sempat Mak engku melurut rambutnya perlahan. Mazliana tersenyum. senyuman ikhlas untuk Mak engku dan ayah engku, senyuman plastik ditujukan kepada Zikri dan Iskandar.

Senyuman manis Zikri mati, wajahnya kemerahan. Iskandar mengangkat kening. Zikri beralih pandang ke arah Mazliana. lidahnya terasa terbakar. Pedas!! Air apa ni?. Tapi soalan itu hanya dimainkan dengan bahasa isyarat dia tahu Mazliana tersenyum. kini giliran Iskandar, dengan gaya macho dan menawan ala-ala model bos besar mengangkat gelas, Zikri dan Mazliana menanti dengan sabar.

“pedas!!!” jerit Iskandar kuat..tapi tak keluar suara. Mazliana sempat mengangkat ibu jarinya tanda bagus. Padan muka. Iskandar dan Zikri berpandangan.

“kenapa Iskandar? Tak sedap ke air tu?” Tanya Puan Maznah lembut.

“ehh tak adalah sedap sangat..” perli Iskandar dia seboleh-boleh menahan rasa.

“kenapa muka merah ni Is? Zik?” tegur Mak Engku.

“tak ada apalah Mak Engku, panas kot?”

“panas??!” Ayah Engku mengeleng perlahan. Macam-macam budak ni. Mazliana menahan ketawa. Haii lepas ni boleh buasirlah kau Zikri and you too bos besar.

****

Majlis pertunangan berjalan serba sederhana. Tapi berita pertunangannya menjadi perbualan Mana taknya, masuk berita CNN versi taman Indah. Anak Hj Nordin bertunang dengan anak tengku. Boleh jatuh semua gigi palsu mak senah, Mak Jenap wartawan hiburan sensasi. Dari seminggu sebelum bertunang dah tercanang satu taman nama dia. Apa yang pasti AKU TERPAKSA!!!!!!!!!

Hahh menjeritlah sampai benua afrikapun tak akan ada yang dengar dah masa ni. Apalah nak jadi kau ni Mazliana Hj Nordin. Dia melihat sekali lagi wajahnya di cermin. Baju dah memang cantik tahap diva malangnya muka memang ala-ala tak boleh terima kenyataan.

“weiii apa tengok cermin lama-lama tu dah cantik dah”

Wajah syamin yang menjenguk masuk dipandang sekilas. Hahhh datang jugak mangkuk ni, memang nak kena.

“aduhhh!! Sakitlah” balingan bantal berbentuk hati tepat kena dekat muka. Hah ambik kau.

“kau memang nak kena bunuh dengan akukan, sebab kau tahu aku tak akan jadi pembunuh dengan niat kau boleh senyum lagi waktu ni kan” apa jenis punya kawan memang mamalia berdarah sejuk betul. Boleh pulak buat muka tak bersalah.

Syamin berlagak tenang duduk di birai katl yang terhias cantik, dia sendiri terkejut dengan cadangan bosnya. Kalau bukan sebab penerangan panjang lebar encik Zikri dah lama kena lipat bos sebab buat kawan baik dia macam tu. Sekali lagi senyuman iklan gigi terlayar diwajahnya.

“kau dah terimakan?”

“kalau ikutkan aku dah rasa bersalah sangat sebab tak pasal-pasal aku terpaksa menipu mak dan ayah aku, kau tengoklah macamana tersenyum lebarnya Haji Nordin dengan Puan Maznah dekat luar tu” intonasi suaranya sudah berbeza dari tadi.

Syamin mengosok bahu temannya lembut. Cantik Mazliana hari ni. Sekali lagi pujian terluah dalam hatinya.

“alaaa kau jangan nak lebih-lebihlah, aku tahu apa rancangan Bos Besar dengan kau, pandailah kau berlakon konon-konon jadi mangsa dengan akukan” perlahan bahu Mazliana ditampar. Mazliana tersengih macam kerang busuk. Laaa dah tahu ke? Hishhh macam ada skadal je bos besar dengan syamin ni tak ada rahsia langsung.

“aku memang terpaksalah, kau ingat boleh ke aku terima mamat muka skema pilihan keluarga aku tu, seram bulu roma aku. Sekurang-kurangnya lamaran Tengku Iskandar ni boleh jugalah tutup mulut mak dengan ayah aku”

Syamin tersenyum”hahh…aku dah agak dah kalau tidak tak akan kau senang-senang nak terimakan, lepas ni mesti kuciwa jiwa si mamat skema tu” ketawa mereka bersatu. Terbayang wajah kamal.

“hishh tak baik betullah kau ni, tapi aku rasa bersalah pulak tipu Mak engku dengan ayah engku, memang nasiblah dapat anak macam bos kau tu, mental betul”

“alaaa..mental-mentalpun akan jadi ‘tunang’ kau juga…”

“tunang dalam kurungan terpaksa ok..”

“yalah tu…” Syamin mencebik namun dalam hatinya terdetik juga kalaulah semua ini betul-betul membawa Maz ke pelamin seronok juga.

“hah..kau jangan nak berangan tahap melebih ek.. muka kau tu dah memperlihatkan angan-angan negatif yang tak boleh diterima kamus hidup aku”

“hishhh kau ni tahu je apa aku fikir, ehh Maz kau pakai ilmu apa ek sampai Tengku Iskandar Tengku Mazlan boleh terima syarat kau tu”

“ilmu alam…” ketawa kuat Mazliana kedengaran. Pantas mulutnya ditutup tapi sisa tawanya tak dapat disembunyikan. “aku ngantuklah lambat lagi ke?” rungutnya. Memang mata dah tak boleh nak buka ni. Macam dah ada bintang buat bulatan dekat atas kepala.

“ehhh kau jangan buat gila, sikit lagi sampailah rombongan mana ada masa nak tidur lagi, dah cantik-cantik macam ni mana pulak nak tidur”

“emm Yalah, ehh mimi kau buat apa dekat sini? Pergilah tolong dekat dapur tu”

“Mak kau suruh aku temankan kau, mungkin dia takut kot kau terjun tingkap lagi” ketawa syamin bergema. Sempat juga bina ayat mengenakan aku.

“dah tak payah nak teman-teman. aku bukan budak 3 tahun, kau keluarlah nanti kalau dah sampai rombongan baru kau masuk, lagipun aku nak bertenang ni” halau Mazliana. tak tenteram jiwalah jawabnya kalau minah rambut kena racun lalang ni ada dalam bilik. Sejak bila pulak rambut si mimi ni perang diapun tak tahu. Dah jadi hamba fesyen kawan aku ni.

“hoooiikkk kau halau aku ek?”

“bukan halau Cuma jemput keluar je, ehhh bila pula rambut kau tukar warna ni?” soalan itu terluah juga.

“ehhh cantik tak? Aku tukar demi untuk majlis pertunangan kau tahu tak”

“emmm cantiklah, sama macam rumput baru lepas kena racun dekat kebun Tok wan aku” senyuman Syamin mati. Mazliana ketawa kuat sempat dia menyambut bantal yang dibaling Syamin nasib baik tak kena muka. Ketawanya bersambung lagi walaupun bayang Syamin sudah menghilang di balik pintu. aduhh lambatnya….

(“_-)…..

“hishh buat malu betullah budak ni” kedengaran suara Puan Maznah menerjah masuk kedalam telinga. Dia menarik bantal rapat ke sisi.

“Maz bangunlah..Maz!!!” sedikit kuat panggilan itu sambil menampar bahunya. Hishh siap pulak yang dok menganggu ketenteraman awam ni. Tak nampak ke aku tengah tidur?

“Mazliana Haji Nordin!!…” satu jeritan dekat di telinga membuatkan dia meloncat bangun. Duduk tegak, kaku matanya memandang orang di sekeliling. Wajah Mak Engku yang tersenyum dipandang.

“ehh buat apa ramai-ramai dalam bilik ni? Ada kenduri ke?” ucapnya dalam mamai. Otaknya mula kembali beroperasi secara normal. Alamak!!!!!…..

Ketawa Haji nordin masih bergema di ruang tamu, Mazliana mencebik. Tak pasal-pasal jadi perbualan hangat pulak kisah hidupnya hari ni. Nasib baik Kak Ida tak jadi balik kalau ada alamatnya lagilah jadi mangsa keadaan aku hari ni. Kak Lin pun ketawa tak agak-agak petang tadi. Menjadi-jadi kuatnya.

“bertuah betul anak awak ni tahu tak Haji Nordin, mana tidaknya dia sedap peluk bantal lagi, nasib baik tak keluar air liur basi” usik puan Maznah. Malu juga dia tadi tapi melihat aksi tenang Tengku Mariam yang tersenyum melihat perangai anak manjanya membuatkan dia turut tersenyum.

“orang ngantuklah ayah, dahlah lambat sangat nak berpantun berkerat-kerat buat apa?” luahnya tak puas hati. Dia menjeling tajam Azlin yang tak habis lagi ketawa. Hai.. ada juga yang kena sumbat dengan majalah ni.

“nasib baik adik sayang akak ni tidur, kalau buatnya terjun tingkap tak ke hijau muka mak nanti” usik Azlin lagi. Bukan senang nak kenakan anak manja Haji Nordin ni.

“nasib baik adik sayang akak ni terjun tingkap dari Maz ter’call’ Dr.Johan cakap dekat dia yang akak tak jadi kawin dengan dia nak??!” tawa Azlin mati. Dia mencebik.

“apa kaitan dengan abang johan pulak?”

“hahh…tahu takut, gelaklah lagi kalau nak rasa lawak tak berapa serius Mazliana Haji Nordin” ucapnya serius. Azlin menjelir lidah.

“hahh dah jangan nak macam anjing dengan kucing pulak… dua-dua nak jadi bini orang dah, cuba jangan nak perangai macam budak-budak”

Haji Nordin tersenyum mendengar kata-kata isterinya. Anak-anaknya dah besar, mereka akan bersuami dan akan meninggalkan rumah. Mungkin dia akan kehilangan keriuhan keluarga ini sikit masa lagi. Ada kesayuan terselit di benak hatinya.

“ayah Lin nanti dah besar nak jadi Doktor, nanti boleh selamat orang sakit”

“Ida Nak belajar rajin-rajin Ida pun nak jadi Doktor macam Kak Lin”

“bagus anak ayah…nak jadi Doktor kena belajar rajin-rajin, hahh anak ayah yang comel ni nak jadi apa?”

“emm adik tak nak jadi Doktor adik takut darah eiiii…nanti cucuk orang, orang mati.. takutkan ayah..”

“habis Maz nak jadi apa?” tanya si ayah.

“adik nak jadi puteri kawin dengan anak raja” ketawa mereka bersatu.

Haji Nordin tersenyum. Impiannya nak anak-anaknya bahagiapun sudah tercapai. Senang hatinya. Mazliana sudah ada tempat untuk mengadu kalaulah ditakdirkan dia pergi segalanya diterima dengan hati terbuka. Dia tahu anaknya akan bahagia.

“haii ayah ni senyum sorang-sorang ni kenapa?” tanya Mazliana dan Azlin serentak. memeluk bahu kiri dan kanan Haji Nordin

“ayah senyum bila anak ayah semua tersenyum..” ringkas jawapannya tapi cukup membuatkan mereka di situ turut tersenyum. ayah memang lelaki terbaik dalam hati maz. Bisik Mazliana sambil mencium pipi ayahnya.

****

Zikri meneliti album yang berada diatas meja. Album berbentuk hati berwarna merah.”cantik…comel je” Mak Engku memuji bakal menantunya.

“haii puji melambung nampak Mak Engku?” usik Zikri. Iskandar mencebik di sebalik majalah Usahawan yang dibaca. Dia tak berminat untuk meneliti album yang ditunjuk mamanya. Dari tadi tengok benda yang sama.

“mama rasa tak salah Is pilih dia, mama tengok budaknya baik betul. Mama suka cara dia layan Puan Maznah dengan Haji Nordin”

“kalau macam tu boleh terus satukan ajalah Mak Engku” Majalah Usahawan terbang tepat melekat di dada Zikri. Dia ketawa. Tahu Iskandar marah dengannya.

“emm betul juga kata Zikri tu buat apa kita tunggu sampai dua tahun, duit bukan masalah. Mama pun tak faham kenapa agaknya Mazliana minta sampai 2 tahun”

“dia banyak lagi benda nak buat mama,cita-cita dia tak tercapai lagi” terang Iskandar. Padahal dia yang mengugut Mazliana supaya mengutarakan cadangan itu. Kalau ikutkan mamanya esokpun boleh majlis berlangsung.

Zikri tersenyum, menipu lagi Si Iskandar ni.

“zikri pulak macamana?”

“dia nak suruh mama tolong carikan” Iskandar pulak yang menjawab. Tengku Mariam tersenyum. Zikri cuak. Bulat matanya memandang ke arah Iskandar. Cishh mentang-mentang kau dah lepas nak kenakan aku pulak ek.

“Nak Mak Engku carikan ke Zik?” tanya wanita itu dengan senyuman melebar. Mungkin dah terbayang calon-calon yang menjadi pilihan.

“ehhh tak apalah Mak Engku, Zik rasa belum masanya lagi biarlah Iskandar lepas dulu”

“apa pulak kalau nak buat sekalipun tak ada masalahnya”

Zikri tersenyum sambil mengaru kepalahnya, cuba mencari alasan yang terbaik, wajah selamba iskandar dipandang. Iskandar tersenyum, tahupun kau kalut dulu masa aku kena tak pulak tersenyum kambing macam tu.

“mama Zik tu dan ada calon Cuma tunggu masa dan ketika yang sesuai untuk kenalkan dengan mama” Iskandar berkata perlahan.

Tengku Mariam tersenyum wajah kedua anak terunanya dipandang.

“mama tak kisah bilapun bawa je, janji anak mama dua orang ni bahagia mama akan sentiasa sokong siapa pun pilihan Zikri atau Iskandar”

Mereka sama-sama tersenyum. Iskandar cuba memproses ayat mamanya, macamana perasaan mama kalau dia tahu yang semua ini adalah lakonan semata-mata?.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: