Cerpen : Cintaku Untukmu

Nama Pena : Eyda_Suzeda

“Hana!!!”jerit Syuhada tiba-tiba. Dia kelihatan begitu teruja memandang telefon bimbitnya.

“Hoi… kau ni pehal, Syu? Terkejut aku!”marah Hana apabila kerana terkejut mendengar jeritan sahabatnya itu. Syuhada melangkah mendekati Hana yang sedang study di meja belajarnya.

“Hana… tengoklah mesej ni! Cuba teka siapa yang bagi?”Syuhada menghulurkan telefon bimbitnya kepada Hana. Terbuntang mata gadis itu apabila membaca mesej yang diterima oleh Syuhada.

“Oh my god!! Imposibble… betul ke ni? Hasrul??? Senior yang kau puja dari minggu orentasi tu ke? Dia bagi mesej kat kau?”tanya Hana bagaikan tidak percaya. Syuhada bersorak kegirangan.

“Yess! Memang dia… tak percaya kan?? Aku pun rasa macam mimpi je bila dia tiba-tiba mesej aku… entah dari mana dia dapat nombor aku tapi tak apalah… asalkan dia kenal aku,”kata Syuhada. Hana turut teruja apabila melihat Syuhada begitu girang menerima sms daripada pujaan hatinya itu. Dia tahu sudah lama Syuhada menyimpan perasaan terhadap Hasrul cuma gadis itu tidak berani hendak meluahkannya.

“Peh… seronoknya kau! Habis tu kau tak reply ke? Dia ajak kau join program tu hujung minggu ni… tapi yang aku pelik… kenapa dia tiba-tiba nak jemput kau ek? Aku tak dijemput pun?”Hana menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Syuhada tersenyum nakal.

“Dia hanya jemput student yang single je… kau tu dah berpunya… jangan lupa kat abang botak kau tu ya? Dia kan tak bagi kau pergi program macam ni… dia takut kau menggatal,”usik Syuhada. Hana mencubit lengan sahabatnya itu.

“Banyaklah kau! Aku tengah serius ni… kau tak terfikir ke apa yang aku fikir ni?”tanya Hana. Syuhada terdiam seketika. Dia merenung semula mesej yang diberi oleh Hasrul sebentar tadi.

“Entahlah, Hana… tapi dia dah jemput aku pun aku dah rasa happy sangat… walaupun sebenarnya aku ni perasan je… aku kan ahli kelab dia… mestilah dia jemput aku,”kata Syuhada. Hana mengerutkan dahinya.

“Apa pulak? Aku pun ahli kelab dia juga… kenapa aku tak dijemput pun? Ini tidak adil!”protes Hana. Syuhada tersenyum manis.

“Maybe aku ni ahli yang paling special sekali… sebab tulah dia jemput aku sorang je,”balas Syuhada sengaja hendak membakar hati Hana.

“Eee… benci! Benci!”Hana berpura-pura merajuk. Syuhada ketawa besar.

“Tak apalah… nanti kau ikut aku ya? Mesti ramai yang join majlis ni… dia tak perasan pun kalau kau ikut sekali… lagipun kau kan ahli kelab tu juga? Apa salahnya? Hujung minggu ni jangan lupa tau,”pesan Syuhada. Hana tersenyum puas hati.

“Set! Aku tak lupa punya,”balas Hana. Syuhada melangkah menuju ke katilnya. Dia membaca semula mesej daripada Hasrul itu.

BAIKLAH… TRME KSIH ABG… NTI SYU DTG YE…

Syuhada membalas mesej lelaki itu. Kemudian, dia tersenyum sendirian. Sungguh indah perasaan yang dirasainya ketika ini. Dia tidak sabar hendak menunggu hujung minggu ini.
* * * * * *

“Yes! Dia jadi nak datang program nanti,”Hasrul tersenyum puas hati. Arif menggelengkan kepalanya.
“Kau jangan nak main-mainkan dia, Rul… dia budak baik tau… aku kenal dia sejak sekolak menengah lagi… kalau kau setakat nak berkawan dengan dia tak apalah tapi jangan nak main-mainkan perasaan dia… aku dah warning awal-awal ni… cukuplah kau ada Zara sorang… jangan nak pasang banyak-banyak,”pesan Arif. Hasrul mencampak telefon bimbitnya ke atas katil.

“Kau ingat Zara tu setia ke dengan aku? Dah berapa kali aku nampak dia main kayu tiga kat belakang aku… depan aku cakap sayang cinta tapi kat belakang aku… dia buat \’taik\’ rupanya,”kata Hasrul. Arif melangkah mendekati Hasrul.

“Apa kena mengena dia main kayu tiga kat belakang kau dengan Syuhada? Ni urusan kau dengan Zara… kenapa nak libatkan budak Syuhada tu pulak?”tanya Arif tidak puas hati. Hasrul menepuk bahu sahabatnya itu.

“Aku tahu Syuhada tu syok kat aku… dah berapa kali aku tangkap mata dia selalu curi-curi pandang kat aku… tak salahkan kalau aku nak kenal dengan dia?”balas Hasrul. Arif tahu Hasrul mempunyai agenda yang lain.

“Tapi aku rasa Syuhada tu bukan jenis perempuan yang kau minat… kenapa dia juga yang kau pilih? Bukan tak ada perempuan lain yang kau boleh \’usha\’,”Arif masih tidak puas hati.

“Aku tak memilik, okey? Apa jenis perempuan pun aku terima… aku tengok Syuhada tu special sikit… cun pun boleh tahan… sudahlah, Arif! Kau jangan banyak songeh… tahulah apa yang patut aku buat,”kata Hasrul dan melangkah ke meja belajarnya.

“Ingat, Rul… jangan main-mainkan perasaan dia. Aku kenal Syu dah lama… aku tahu dia jenis yang macammana… dia bukan jenis perempuan yang kau pernah kenal… dia dari keturunan yang baik-baik… aku tahu kau ada makna lain nak kenal dengan dia,”ujar Arif dan terus melangkah keluar dari bilik. Dia tidak mahu bertegang leher dengan sahabatnya itu. Hasrul tersenyum penuh makna.

“Nur Syuhada… salam perkenalan,”ucap Hasrul perlahan. Dia merenung bingkai gambar yang berada di meja belajarnya itu. Gambarnya bersama dengan Zara itu ditatap penuh dendam.

“Aku akan ajar kau erti cinta yang sebenar, Zara!”
* * * * * *

Syuhada menghayun langkah menuju ke kafe. Hana sudah menantinya di sana untuk pulang ke bilik bersama- sama. Semasa Syuhada berjalan di hadapan perpustakaan, tiba-tiba dia terdengar suara orang memanggilnya.
Tidak semena-mena jantung Syuhada berdegup kencang. Hasrul sedang melangkah mendekatinya.

“Adoi… lajunya awak jalan! Semput saya dibuatnya,”kata Hasrul sambil tercungap-cungap. Syuhada tersenyum lebar.

“Ada apa abang nak jumpa Syu ni?”tanya Syuhada perlahan. Hasrul memandang ke dalam anak mata gadis yang berada dihadapannya itu. Cantik!

“Ermm… Syu janji tau datang program hujung minggu ni… abang tunggu Syu ya?”kata Hasrul. Syuhada mengangguk perlahan. Getaran didada semakin menggila.

“InsyaALLAH… nanti Syu datang ya? Tapi boleh tak kalau Syu bawa kawan Syu sekali?”tanya Syuhada.

“Oh… tak ada masalah! Syu boleh bawa sesiapapun… abang tak kisah,”jawab Hasrul. Syuhada tersenyum lebar. \’Cantik juga dia ni… manisnya dia senyum,\’bisik hati Hasrul. Leka pula dia menatap wajah putih kemerah-merahan dihadapannya itu.

“Err… abang, kalau dah tak ada apa-apa lagi Syu pergi dulu ya? Kawan Syu dah tunggu kat kafe,”beritahu Syuhada. Berdebar hatinya apabila Hasrul menatap wajahnya sedemikian rupa. Hasrul tersentak apabila terdengar Syuhada bersuara. Dia menggosok tengkuknya perlahan.

“Baiklah, Syu… nanti kalau ada apa-apa hal Syu mesej abang ya?”pesan Hasrul. Syuhada menganggukkan kepalanya dan segera melarikan pandangan. Tidak sanggup lagi dia hendak memandang wajah yang semakin mendapat tempat dihatinya itu.

“Assalamualaikum,”ucap Syuhada dan segera berlalu. Hasrul menjawab salam gadis itu. Dia memerhatikan Syuhada melangkah pergi sehinggalah gadis itu hilang dari pandangan matanya. \’Kenapa dengan aku ni? Takkan aku dah tangkap cintan dengan dia pula?\’bisik hati Hasrul. Dia ketawa kecil. Kemudian, dia terus melangkah masuk semula ke dalam perpustakaan. Tanpa disedari, ada sepasang mata yang memandang pertemuan tersebut dengan perasaan yang sebal. Timbul rasa cemburu apabila melihat Hasrul begitu asyik berbicara dengan gadis itu. Zara benar-benar geram!
* * * * * *

“Terima kasih kepada semua ahli kelab yang sudi datang ke program pada malam ini… saya selaku president dalam kelab ini berasa amat teruja melihat feedback dari awak semua… saya harap kelab ini akan terus dapat meningkatkan prestasi universiti kita… seperti yang kita sedia maklum… bulan depan akan ada competition yang besar untuk kelab kita ni… saya akan pilih sepuluh orang yang mampu memberi sepenuh idea dan pendapat untuk kita mendapat tempat sehingga ke peringkat final… program ini diadakan untuk kita semua saling mengenali dengan lebih rapat agar tidak tercipta jurang untuk kita berkerjasama antara satu sama lain… enjoy yourself… program malam ni untuk kita semua… sekian, terima kasih…,”ucap Hasrul dan terus menamatkan ucapannya. Tepukan bergema di dalam dewan tersebut.

“Handsome nye abang kau hari ni, Syu…,”bisik Hana perlahan. Syuhada tersenyum lebar.

“Dia memang selalu handsome… ramai juga yang datang malam ni ek?”Syuhada memandang keadaan sekeliling. Masing-masing sedang leka berbual. Masa untuk menjamu selera yang paling dinanti-nantikan oleh semua pelajar. Syuhada dan Hana melangkah ke arah meja yang dipenuhi oleh makanan. Tapi, meja tersebut sudah dikeremuni oleh ramai pelajar.

“Adoi… macammana kita nak makan ni? Ramainya orang!”keluh Hana. Syuhada hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba dia terasa ada seseorang mencuit bahunya. Hasrul!

“Nah…,”Hasrul menghulurkan sepinggan makanan untuk Syuhada. Hana tersengih-sengih memandang sahabatnya itu.

“Eh, buat susah-susah je abang ni! Tak apalah,”kata Syuhada sambil menahan malu.

“Apa yang susahnya? Abang tahu keadaan mesti jadi macam ni punya… sebab tulah abang awal-awal lagi dah simpankan makanan untuk Syu… tapi maaf sebab abang tak sempat nak ambilkan makanan untuk kawan Syu ni,”ujar Hasrul sambil tersenyum pada Hana.

“Tak apa… saya boleh kongsi dengan Syu… dia ni makan tak banyak mana pun… tengoklah badan dia yang kecil molek ni… takkan boleh habis punya makanan banyak-banyak macam ni,”kata Hana dan terus mencapai makanan yang dihulur oleh Hasrul.

“Terima kasihlah, abang… Ermmm, abang dah makan tak?”tanya Syuhada. Hana sudah menghilang entah ke mana. Tinggallah dia bersama dengan Hasrul.

“Abang tak makan lagi… tapi untuk AJK memang ada makanan khas kat dalam VIP room… Syu jangan risaulah ya? Syu okey tak ni?”tanya Hasrul pula/

“Ermm? Syu okey je… kenapa abang tanya macam tu? Syu nampak tak okey ke?”soal Syuhada sambil memegang pipinya. Hasrul tersenyum.

“Syu nampak pucat je… takut dengan abang ke?”usik Hasrul. Syuhada ketawa kecil.

“Abang tak makan orang kan? Buat apa Syu nak takut,”balas Syuhada. Mereka ketawa mesra. Memang selesa berbual dengan gadis seperti Syuhada… dia bukan saja sopan tapi pandai mengambil hati. Hasrul terlupa dengan niat sebenarnya pada malam itu. Tapi, tiba-tiba Zara datang mendekati mereka. Zara benar-benar berang melihat kemesraan mereka.

“Hoi, perempuan!”Zara menolak Syuhada ke belakang. Syuhada terjelepok di atas lantai. Hasrul tergamam!

“Zara! Apa you buat ni?”marah Hasrul. Dia cuba hendak mendekati Syuhada tapi Zara menghalang.

“You jangan nak buat gila, Rul! Kenapa you nampak mesra sangat dengan perempuan ni? I girlfriend you tau!”kata Zara. Keadaan menjadi tegang. Mereka menjadi tumpuan orang ramai. Syuhada cuba hendak bangun tapi Zara dengan pantas menampar pipi gadis itu. Berpinar matanya buat seketika.

“Kau siapa? Kau ingat kau layak nak dekati Hasrul?!”tengking Zara. Hasrul menarik lengan Zara agar menjauhi Syuhada.

“You jangan nak halang I! Perempuan ni kena diajar… dia ingat dia tu siapa? You milik I, Rul! Dia tak boleh goda you… jangan harap!”kata Zara. Dia cuba mendekati Syuhada tapi Hasrul menghalang lagi.

“I said enough!!! Kau jangan nak lebih-lebih, Zara! Kau tu yang main gila kat belakang aku… aku dengan perempuan ni tak ada apa-apa… aku memang sengaja nak gunakan dia untuk cemburukan kau… aku dah tak tahan dengan sikap kau… aku tahu kau pasang kayu tiga kat belakang aku!”Hasrul sudah tidak dapat menahan sabar. Tapi, dia tidak tahu kata-katanya itu telah mengecewakan hati Syuhada.

“Please… kalau you try nak cemburukan I… gunalah perempuan yang hebat sikit… setakat perempuan kampung ni you nak guna… tolonglah,”ujar Zara sengaja hendak memperlekehkan Syuhada.

“Tapi you cemburu juga kan?”balas Hasrul puas hati. Dia memandang ke arah Syuhada. Gadis itu sedang menangis! Barulah Hasrul tersedar yang dia telah terlepas kata…

“Syu…,”Hasrul cuba mendekat Syuhada tapi Hana segera menghalang.

“Cukuplah! Jangan nak kacau Syu lagi… kalau niat kau cuma nak main-mainkan dia… baik kau lupakan je hasrat hati kau tu! Kau tak nampak betapa gembiranya dia bila terima mesej dari kau… kau tak nampak betapa bahagianya dia bila kau bercakap dengan dia… kau tak tahu betapa besarnya perasaan dia pada kau… tapi kau buat dia macam sampah! Kau memang lelaki tak guna!”tengking Hana. Hasrul tergamam.

“Dahlah, Hana… jom kita pergi dari sini,”kata Syuhada dan menarik lengan Hana agar beredar dari situ.

“Syu… maafkan abang,”ucap Hasrul. Dia berasa bersalah pada gadis itu.

“Tak apa,abang… sepatutnya dari awal lagi Syu sedar diri… Syu tak layak dengan lelaki seperti abang… abang terlalu hebat untuk Syu… terima kasih sebab sudi layan Syu dengan baik walaupun abang sekadar gunakan Syu untuk hubungan abang… Syu terima dengan redha… abang janganlah risau… Syu dah maafkan abang,”kata Syuhada dan mula mengorak langkah untuk pergi.

“Syu… abang cintakan Syu!”jerit Hasrul. Zara menarik lengan Hasrul.

“Apa yang you cakap ni?”marah Zara. Hasrul menepis tangan gadis itu.

“I\’m so sorry… hati aku dah berubah pada Syuhada… dia kenal apa erti cinta sebenar… aku tak perlukan kecantikan kau… aku tak perlukan kemewahan kau… aku cuma perlukan cinta yang jujur dan ikhlas… dan aku nampak semua tu dalam mata Syuhada… dia cintakan aku bukan kerana aku President kelab ataupun kerana aku best student… tapi dia cintakan aku kerana aku Hasrul Mohamad… maaf, Zara… dah tak ada lagi cinta dalam hati aku buat kau… aku dah berikan cinta aku pada Syuhada sejak kali pertama aku bertentang mata dengan dia,”kata Hasrul menjelaskan perkara sebenar. Syuhada tergamam. Zara benar-benar sakit hati dan malu. Dia terus meninggalkan dewan tersebut. Hasrul mendekati Syuhada. Air mata gadis itu bergenang mendengar pengakuan daripada Hasrul.

“Abang cintakan Syu… sepenuh hati abang,”ucap Hasrul. Syuhada mengesat air matanya. Hasrul menggenggam jemari gadis itu. Hana tersenyum gembira.

“Andai abang dapat ulang semula masa… abang nak buang apa yang terjadi pada hari ni,”kata Hasrul tapi segera dibidas oleh Syuhada.

“Jangan abang! Syu nak hari ni terus kekal kerana hari ni baru Syu tahu perasaan sebenar abang pada Syu… terima kasih abang, terima kasih kerana terima Syu dalam hati abang,”kata Syuhada.

“Cintaku hanya untukmu,”ucap Hasrul penuh romantis. Mereka tersenyum bahagia. Semua pelajar bersorak kegirangan. Semoga bahagia akan sentiasa menjadi milik mereka… kekal abadi buat selamanya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: