Cerpen : Insaf…jap eh!

Nama Pena : dr.rock

Rancangan TV di depan mata aku tak menarik perhatian aku.Muzik-muzik yang menemui penonton dan peminat muzik tanahair aku jeling sekilas.Tak menarik dan aku sendiri tak tertarik dengan program sedemikian rupa petang ni.Selalunya ada Nabilah dan Dania yang menemani aku.Tapi memandangkan pengulas tak bertauliah tu takde, hilang mood aku nak meraikan petang yang bahagia ni.

Aku melangkah ke tingkap rumah.Menunggu kelibat keduanya muncul di depan mata.Tapi malangnya hilang entah ke mana pula.Penat berdiri, aku duduk kembali.Bosan rasanya bila keseorangan di rumah.Nak berjalan keluar, takut semua orang pandang pelik pula.Hari petang yang mendung nak hujan begini, ada hamba Allah yang pakai spek mata hitam buat lawatan ke taman perumahan aku nih.Silap haribulan, kena gelak je.

Semua gara-gara sakit mata yang menyerang di saat seminggu sebelum exam menjelma.Kalau dulu-dulu, berharap jugalah nak sakit sebab nak berehat.Tapi bila masuk tahun ke-4 ni, sentiasa berdoa agar sihat sepanjang masa.Banyak sangat pancaroba dia.Macam-macam kerja sekolah kena settlekan dan amat menguji kesabaran.

2 hari lepas, mata aku gatal-gatal tiba-tiba.Tak lama lepas, berair dan berubah jadi merah.Menjelma lah macam-macam spekulasi dek penyakit mata aku ni.Sabar jelah dengan karenah diaorang yang tak habis-habis mengenakan aku ni.

“Kau sekodeng siapa weh sampai boleh sakit mata macam ni?”.

Soalan Nabil aku balas dengan gelengan kepala.Takde kerja apa, nak sekodeng orang.Macam tak tahu je dengan kehidupan maha sibuk yang mencengkam sekarang ni.

“Ala, kau main-main mata dengan Dr.Nazrin kan?Kalau kau tak mengakui pun, kitaorang dah tahu la?”,tempelak Dania pula.

Tergamam aku dibuatnya.Bukannya diaorang tak tahu Dr.Nazrin tu pensyarah kitaorang.Sseuka hati gembira je gosipkan aku dengan pensyarah ngetop tu.Tak sesuai langsung nak aku nak bergandingan dengan dia.

“Ala,kalau aku sekodeng dia pun, tak salah kan.Dah la single-mingle, handsome pula tu.Bangga aku kalau betul-betul la dia pilih aku.Rugi la korang masuk carta dia”,balasku selamba.

Dania terkejutnya bukan main.Mati-mati dia ingatkan aku ada hubungan istimewa dengan Dr.Nazrin.Sampai peluk cium aku sebab gembira sangat.Memang lurus lagi bendul hamba Allah yang satu ni.Kus semangat aku nak melayannya.

Kalau penerimaan Dania sebegitu, lain pula dengan Nabil.Al-maklum la dah jadi isteri orang dan perangai gila-gilanya lebih dari aku, Nabil lebih bijak membaca kelakuan aku.Sampai-sampai dia ingatkan aku bab dosa dan kesalahan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan.Insaf aku dibuatnya.

Dan gara-gara keinsafan tu juga, aku menurut saranan mereka agar aku ke klinik.Dan kerana risiko sakit mata aku yang boleh berjangkit pada orang lain ni, aku terlantar di rumah seorang diri.Mujur juga ada gossip terbaru yang masuk,boleh jugalah aku jadi mamarazi tak bertauliah seketika.Tak sabar rasanya nak berkongsi cerita dengan housemate aku nih.Tapi apa nak buat, tak muncul-muncul lagi depan mata.Simpan jelah gossip terbaru ni sampai jadi pekasam.Adeh.

———————————————–

“Huyo, macam Zorro dah aku tengok kau hari demi hari.Kalau macam ni la rupa kau, boleh la kau minta kerja pak guard kat hospital tu.Ada juga kerja part time.Dengan mata kau yang merah tu, confirm hantu-hantu kat spital tu pun tak berani nak kacau orang.Sebab ada hantu lagi otai dari dia orang”,gurau Nabil sambil ketawa kuat.

Aku mencebikkan mulut mendengar kata-katanya.Ada je ide nak mengenakan aku.Mentang-mentang aku pakai cermin mata hitam, siap panggil aku Zorro lagi.Siap suruh kerja Pak Guard lagi.Kalau ada masa lebih, boleh juga nak mencuba nasib.Ni masa berkejaran dengan aku.

“Mana la si Dania ni pergi.Tak balik-balik lagi.Perut aku ni dah bergendang macam dekat kenduri dah dibuatnya.Tapi baying dia pun tak nampak lagi.Kalau kita makan dulu tak boleh ke?”,soalku pada Nabil yang sedang asyik membelek Majalah Mingguan Wanita di tangannya.

Kepalanya diangkat, matanya tepat memandangku.Dan gelengan kepalanya membuatkan aku mengeluh sendiri.Sabarlah wahai perut, sekejap lagi aku sumbat kau sampai meletop!

Aku berjalan mundar-mandir di ruang tamu.Nak menonton TV, tak menarik di pandangan mata.Semuanya kelam dan gelap gelita.Nak buka spek, ada pula isteri orang yang berjangkit jap lagi.Memang ada bakat jadi pengawal keselamatan dah ni.

“Kau cuba call dia.Kalau dah pukul 8 dia tak balik-balik ni, aku rasa dia dah makan dekat luar.Kalau bab makan ni, Dania mana la boleh lupa.Dia lupa dekat kita adalah”,usulku pada Nabil.

Majalah ditangannya diletakkan di atas meja kopi.Handphone dicapai.Belum sempat, Nabil mendail nombor Dania, ada sms yang masuk.Aku mengarahkan Nabil membaca pesanan dari Dania segera.

“Salam.Housemate ku, makan la dulu.Aku nak join usrah arini.Kepada kawan-kawanku, marilah kita tinggalkan tabiat buruk kita yang sekian lama bertapak dalam diri.Sama-samalah muhasabah diri.Wassalam”.

Aku pandang Nabil, Nabil pandang aku.Aku tak percaya, Nabil pun sama.Apa mimpi cik Kak ni nak join usrah bagai?Padahal dialah paling liat sekali bab-bab menginsafkan diri ni.Cempedak dah berubah jadi nangka ke nangka dah jadi cempedak ni?Pelik..pelik.

——————————————

“Aku ada benda nak story kat korang ni.Gossip paling hangat hari ni.Korang nak dengar tak?”soalku pada Nabilah dan Dania ketika kami menikmati sarapan pagi..

Nabilah menganggukkan kepala, suka betul bab-bab bergosip ni.Aku yang sememangnya penat menyimpan gossip ni, apa lagi.Terus la buka sesi mengata-ngata ni.Kalau orang tengok aku kepoh macam ni, kena cop Nani Mulut Murat Tercabut Ekor la gamaknya.

“Kisahnya bermula begini.Aku bangun je dari tidur pagi semalam,tup tup aku dengar bising-bising dekat luar rumah.Baran la aku bila ada hamba Allah dok terpekik-pekik depan rumah kita.Aku dah ready dengan jurus mulut tak berinsurans dah masa ni.Bila aku nak keluar rumah, aku nampak ada orang gaduh-gaduh depan rumah.Terkejut aku bila tengok muka dia weh.Kalau kau orang bijak bestari, kau tekalah siapa hamba Allah tu?”,soalku kepada mereka.

Siap ada teka-teki sempena hari ke-3 aku bercuti sakit ni.Harap-harap, hari ni takde lagi la adegan serang-menyerang gila bayang macam semalam tu hendaknya.

“Loh, siapa ke orangnya?Kau nak main berteka-teki macam ni, kau simpan jelah cerita kau ni sampai sudah.Aku malas nak masuk pertandingan teka manusia yang takde hadiah macam ni”,balas Nabilah geram.

Aku tersengih mendengarkan kata-kata Nabilah.Dah kena sedebik.Aku pun satu, dah tahu dia orang nak cepat, pergi melengahkan masa buat apa.Padan muka aku.Nasib..nasib.

“Ha, kau taknak teka ke Dania?Sebagai hadiah dia, aku join usrah Ustazah Rahmah yang kau dok promote tu”,gurauku sambil tersengih nakal.

Pertanyaan aku membuatkan senyuman Dania melebar.Akhirnya, dapat juga aku tackle hati Dania yang tak keruan sejak semalam.Balik je dari usrah tu, Dania terus menonong masuk bilik.Belum sempat aku dan Nabilah bertanya, aluanan ayat suci Al-Quran kedengaran hingga ke ruang tamu.Tersentap juga hati aku dibuat dek perubahan Dania nih.

“Aku rasa aku tahu siapa.Uncle Rahman ke?.

Jawapan berupa soalan dari Dania memang tepat.Muka Dania gembira betul.Nabilah mencebikkan bibir dengan reaksi Dania.Nampak gayanya aku kena curi masa la mengekor Dania join usrah lepas nih.Sesekali menginsafkan diri apa salahnya.

“Terkejut bukan main aku bila nampak Uncle Rahmah tengah sabarkan seoarang perempuan muda ni.Auntie Nab mengamuk macam hantu dah masa tu.Aku pun melintah la telinga dengan dia orang gaduh pasal apa.Rupa-rupanya, perempuan muda tu isteri baru dia.Dorang nikah dekat sempadan weh.Terkejut aku dibuatnya”,ceritaku penuh semangat.

Nabilah menggelangkan kepala mendengar kata-kata aku.Tak percaya dengan apa yang melanda semalam.

“Uisyh,gatal juga Uncle Rahman tu.Auntie Nab yang sebaik-baik manusia tu pun dia ada niat nak madukan.Apa jenis suami la dia tu”,balas Nabilah geram.

Aku mengangkat bahu.Aku pun tak sangka Uncle Rahman boleh buta menilai kebaikan Auntie Nab yang baik bukan main.Cakap pun bukan main lembut lagi, tup2 menikah lagi satu dekat sempadan.Kus semangat, mujur tak jatuh pengsan je Auntie Nab menerima berita begitu.

“Cop..cop, jangan-jangan isteri baru dia tu perempuan seksi yang kita nampak hari tu tak.Kalau perempuan tu, entah jampi mandrem apa la dia baca dekat Uncle Rahman sampai boleh menikah dengan dia?”,ulas Nabilah lagi.

Dania takde respon dengan cerita kami yang makin hangat dan hangit dek peristiwa yang berlaku sebelumnya.Pelik aku dengan perubahan Dania.Padahal dialah dulu yang sibuk nak menyiasat itu ini berkenaan Uncle Rahman sebelumnya.Sampai-sampai, ambil pakej penyiasat tak bertauliah kali pertama bertembung dengan mereka sebelumnya.

“Aku rasa kita tak payah la kita masuk campur urusan dia orang.Ustazah semalam kata, mengata orang ni sama dengan makan daging orang.Aku dah kenyang sekarang ni, so aku tak mahu la join korang makan daging.Aku pergi dulu na, Assalamualaikum”.

Ucapan Dania menyentakkan aku.Nabilah pantas berlalu, mengejar langkah Dania yang jauh meninggalkan meja makan.Sudah, insaf aku dibuatnya.

————————————————–

Banyak juga ragam jiran-jiran yang masuk dalam kepala sejak aku bercuti sakit ni.Belum habis kisah Auntie Nab yang bermadu, ada pula kisah janda muda yang mewarisi harta Datuk berjuta-juta.Bila mata aku dah hilang merah ni, rajin juga aku merayap dekat restoran tak jauh dari rumah.Gara-gara malas nak memasak, tiap hari aku jadi pengungjung setia.

Macam-macam cerita la yang aku dengar.Ada yang tak masuk akal tapi akal aku ni tetap juga nak terima.Yang logik tu tak usah kata lah, semuanya aku dah simpan rapi dalam kepala.Paling aku ingat pasal Dr.Nazrin yang budak-budak ni gosipkan dengan aku tu.

Dalam diam, Dr.Nazrin ni ada hubungan istimewa dengan junior aku.Siap berpimpin tangan lagi mengalahkan pengantin baru.Punya takut orang buat spekulasi pasal hubungan cintan-cintun dia dekat hospital, dating dekat luar tu.Tapi maaf la Dr.Nazrin,gelagat anda telah diperhatikan dek aku.Lepas ni, meletup la gosip tu sekembalinya aku ke hospital esok hari.Tunggu!Haha.

——————.————————-

Aku melangkah lambat-lambat masuk ke kelas agama yang telah 3 hari di hadiri Dania.Kalau tak disebabkan aku rajin nak berteka-teki hari tu, tak sampai aku ke sini.Bila aku beralasan mata aku masih sakit, Dania memarahi aku.Siap dengan ceramah perdana lagi tu.Maunya tak cair tahi telinga dibuatnya.

“Sakit tu kifarah dosa-dosa kau.Bab-bab mengata,tak mudah lagi suka.Sekali nak pergi usrah, macam-macam alasan keluar.Macammana la hidup nak berkat, kalau benda-benda baik dalam kepala tak melekat”.

Nak tak nak, sampai juga aku ke sini.Tak sempat nak bercerita soal Dr.Nazrin, sekali lagi Dania menempelak aku dengan kata-katanya yang sama tempoh hari.

“Aku rasa kita tak payah la kita masuk campur urusan dia orang.Ustazah semalam kata, mengata orang ni sama dengan makan daging orang.Kita ni macam elok sangat je, nak bercerita pasal keburukan orang.Cermin dulu baik buruk kita, baru buka mulut nak berkata-kata”.

Akhirnya aku mendiamkan diri.Rahsia demi rahsia la jadinya semua kisah benar depan mata aku nih.

——————————————-

Sejak Dania rajin ke usrah ni,boleh tahan jugalah berubahnya dia.Kalau dulu, punya liat kalau nak suruh dia solat, sekarang ni dia yang jadi imam.Kalau ada kesempatan, TV jadi hiburan tapi sekarang ni makin rajin dia baca Al-Quran.Memang soleh betul dia sekarang ni.

Mula-mula dia berubah tu, aku tak percaya juga la.Siap ingatkan dia praktis berlakon drama lagi.Tapi bila dia konsisten dengan akhlak mulia tu, aku dengan Nabilah pun diam je.Takkan orang nak berubah jadi baik, nak jadi CIK TAN yang tak habis-habis menghasut manusia.Tempias dari perubahan dia, boleh dikatakan sedikit sebanyak mengubah aku juga.

—————————————————

“Ustazah tinggalkan dengan kata hikmah ni.Sama-sama kita fikirkan sejenak.Wanita sayap kiri sebuah perjuangan.Kerana kekuatan Siti Khadijah, Nabi Muhammad terus bangkit menyebarkan dakwah.Kerana kasihnya Fatimah, Saidina Ali bergelar Karamallahu Wajhah.Tapi di mana letaknya kita sebgai wanita hari ini?Mengajak ke jalan syurga atau menjerumus ke neraka.Sama-sama kita fikirkan.Wallahu’alam.Assalamualaikum wbt”.

Ceramah dari Ustazah Rahmah dah pun tamat.Tapi Dania tak juga datang.Solo aku datang ke sini hari ni.Nabilah pula balik ke rumah mak mentuanya.Sms tak berbalas, telefon tak berangkat.Mana dia hilang pun aku tak tahu.

Nak kata dia sibuk, tak ada pula dia bercerita.Pelik bin ajaib betul dengan kehilangannya tiba-tiba ni.Pelik tak pelik, aku kena soal siasat balik rumah sekejap lagi.Aku nak interview dia macammana ye?Ala wartawan..ada polis atau ala teruramah dekat TV tu?Ah, gasak la.Balik rumah lagi bagus.

———————————————–

Dania dah ada di rumah ketika aku pulang.Dia tersenyum menyambut kepulangan aku.Macam ada udang disebalik mee dari raut muka dia.Apa ke kisahnya la cik kak seorang ni agaknya?

“Sorry tak dapat join tadi.Azri jumpa aku.Pastu dia bagitahu good news dekat aku weh.Happy sangat sampai aku lupa dengan janji aku dekat kau tadi.Kau jangan marah aku ye?”,rayu Dania dengan muka 20 posennya.

Aku menjelingnya geram.Padahal, dia la manusia yang paling semangat suruh aku mengikuti kelas agama sebelumnya.Sejak hati dia tak betul 2 minggu yang lalu, memang insaf betul dia.Macam-macam perubahan drastik jadi pada dia.Tak pernah hayat dia bangun malam solat sunat, tiba-tiba kejutkan aku solat Tahajud tiap malam.Naik bengong jugalah aku dibuatnya.

“Manusia perlukan perubahan weh.Nak jadi manusia yang beruntung, kenalah hari ni lebih baik dari hari semalam.Kalau tak sampai bila nak jadi manusia yang sama kan?”.

Itu penegasan dari Dania bila aku mempersoalkan tindakannya.Tak cukup dengan bangun malam, dia dah stop gosip-bergosip ni.So, segala cerita yang kemas dalam simpanan aku tu, terus jadi rahsia la.Baru aku nak buka mulut bercerita, aku dah kena sigung dengan tangan dia.Insaf jugalah aku sikit-sikit.

Waktu aku nak bercerita dengan Nabilah kes Dr.Nazrin sebelum ni, Dania macam berminat nak tahu.Tapi bila ada phone call dari insan misteri tu, dia terus masuk bilik.Pastu menangis tak keruan.Bila kami bertanya, dia Cuma menggelengkan kepala.Mula-mula tu, aku ingatkan dia ada masalah dengan Azri, tapi bukan masalah tu yang membuatkan dia berubah sedemikian rupa.Entah la,pelik..pelik.

—————————————————–

“Aku ade berita gempak nak cerita kat korang ni.Ada yang baik ada yang buruk.Korang nak dengar yang mana dulu?”,soal Dania kepada kami.

Aku dan Nabilah saling berpandangan.Pelik dengan perubahan Dania yang tak lagi menyandang gelaran ratu airmata bermula semalam.Kalau tidak, balik-balik je terus terperap dalam bilik.Entah apa masalahnya pun aku tak tahu.

“Ikut kau la weh.Kitaorang layan je 2-2.Tapi aku rasa better good news dulu la”,balas Nabilah.

Aku mengganggukkan kepala,menyatakan persetujuan keputusan Nabilah.Dani tersengih melihat reaksi kami.

“Aku punye result dah keluar.Alhamdulillah, lulus semunya.Tak ada yang sangkut pun.And bad news tak lain tak bukan pasal ada kaitan dengan Cik Nani kita ni!”,tambah Dania lagi.

Aku menjengilkan mata mendengar kata-katanya.Asal nama aku dikaitkan sama niyh?

“Tadi aku jumpa Dr.Nazrin weh.Dia bercinta-cintun dengan junior kita tu.Yang rambut kerinting, muka ala-ala Yasmin Hani tu.Aku dok sibuk la follow dia, sekali dia perasan weh.Yang tak boleh tahan tu, dengan muka bangganya dia kenalkan perempuan tu as bakal isteri dia.Nampak gayanya peluang kau tertutup rapat la Nani.Bawa-bawa bersabar na!”.

Aku tersengih mendengar kata-kata Dania.Lah, kalau bab tu pun aku dah tahu.Tak ada masa je nak bercerita sebelumnya.Akhirnya, peluang nak bergosip sampai juga.Tapi, tak elok pula aku babitkan si Dania yang dah insaf dalam bab Dr.Nazrin dengan skandalnya niyh.

“Ha, Nani.Pasal cerita Dr.Nazrin aritu, kisah apa lak?telinga aku ni dah berdesing dah sekian lama tak dengar gossip.Kau tak nak share dengan aku ke?Tak baik simpan sendiri-sendiri je!”,balas Dania lagi bila aku sekadar mengangkat bahu bila dia bertanya soal Dr.Nazrin lagi.

“Lebih kurang macam cerita kau la.Tapi aku dah agak lama dah pasal dia tu.Biar lantak la dia, aku pun tak ingin dengan mamat jambu macam tu”.

“betul..betu..betul.Dah la jambu, pasti bajet pandai pula tu.Kalau tak sebab dia la, aku tak jadi ratu airmata hari tu.Ada ke patut dia kata nak failkan aku punya exam.Salah aku sikit je, dia nak balas dendam sampai segitunya dekat aku.Menyampah betul aku.Ha, jap..jap, pasal Auntie Nab tu apa progress dia.Kau tahu tak pasal madu dia datang lagi dekat sebelah semalam?”,soal Dania lagi.

Aku menggelengkan kepala dengan gelagat Dania.Ingatkan dunia dah berakhir, rupanya Dania tetap Dania yang sama.Sabar jelah aku.

“Weh, tak elok mengata orang.Macam kita ni dah cukup baik je nak bercerita hal orang.Bawa-bawa la cermin diri dulu.Kau nak makan daging orang pula ke Dania?”,perliku.

Dania terdiam seketika.Tapi tak lama.Dah itulah Dania yang sebenarnya.

“Astaghfirullahalazim.Tak baik betul ye mengtaa orang.Tapi kan, kalau kan,kita kan, tak kan, ambil kan,tahu kan, hal orang ni kan, Tak baikkan?So, meh aku story cite jiran kita yang terchenta tu.Korang nak tahu tak ni?”,soal Dania penuh semangat.

Aduhai, nilah cik Dania.Kepoh dan kecoh sepanjang waktu.Aku menggelengkan kepala dengan gelagatnya.Ingatkan insaf sudah,rupa-rupanya hangat-hangat tahi ayam je.Cik Dania, si mamarazzi dah kembali.Nampak gayanya kelas agama sepi la dengan muka dia lepas nih.Mana tak sepi, lupa jalan pergi sudey.Sibuk dengan kerja mamarazzi tak bergaji dia tu.Atoi, kawanku Dania,bila la kita nak insaf betul-betul ye?Tepuk dada tanya iman.Kalau tepuk si Dania, tanya gosip.Insaf ke tak ye?Tapi kalau tak dengar, tak guna pula nikmat telinga.Layan jelah!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: