Cerpen : Kalau itu cinta sejati

Nama Pena : Mia_hana

Kata orang, cinta itu bersifat universal… yang mana meluas untuk didalami… yang mana rumit untuk dirasai… ia datang tanpa di sedari… ia pergi tanpa diiringi… Mungkin itulah yang dinamakan cinta… Cinta yang mana bisa membahagiakan dan yang mana boleh menghancurkan…tapi cinta sejati itu cinta yang datang tanpa ia disedari dan tak kan pergi walau ingin diiringi atau diracuni… Heliza Nur Amani tahu akan hakikat itu sejelasnya, tahu yang sekiranya dia terus membelai dan membajai rasa itu, dirinya akhirnya akan mati… Cintanya pada Mohd. Aidil Hakimi Mohd. Asri itu perlu segera di cantas dari hatinya kerana cintanya itu hanyalah satu yang sia-sia untuk di korbankan lagi… seperti mana cintanya pada Rafique Alias dahulu…

“Heliza, saya rasa… antara kita terlalu banyak bezanya… terlalu banyak halangan dan cabaran yang telah menunjukkan yang kita tidak dapat bersama…”

Kata-kata Rafique itu ibarat menghempaskan hati sang gadis itu ke batu, seperti mengoyakkannya sehingga ia menjadi cebisan-cebisan yang kecil.

Heliza tahu yang apa di rasainya mengenai perhubungan ini pasti akan berakhir begitu sahaja. Akal telah pun menyatakan kewarasannya di saat hatinya mula berkocak buat pertama kalinya untuk insan yang bernama lelaki untuk di cintai… tapi, di sebabkan nalurinya yang ingin menyayangi dan melangkah ke alam perhubungan yang baru, dia telah membutakan mata akalnya untuk merasai sebuah perasaan yang tidak jelas di permukaannya…

“tapi… apa salah saya? Saya ada buat salah ke? Maafkan………”

Belum sempat Heliza menghabiskan ayatnya, Rafique terlebih dahulu bangun dan memotong bicara si gadis itu…
“tak usahlah awak mintak maaf… segala yang dah terjadi, dah pun terjadi… kalau ada jodoh, adalah kita, kalau tidak…. Selamat tinggal…”

Rafique berlalu begitu sahaja, meninggalkan gadis itu termangu-mangu dalam kehujanan, memendam rasa kepedihan hati apabila di tinggalkan begitu sahaja… Heliza memandang kelibat Rafique… semakin lama semakin kabur kerana tubir matanya mula di genangi air mata, Ya Allah, adakah ini ujian yang Kau ingin turunkan padaku? Kuatkanlah hati hamba-Mu ini, Ya Allah… desis hatinya… malam itu Heliza menghamburkan kesedihannya kerana diperlakukan sebegitu… dan yang lebih memedihkan hatinya, Rafique itu langsung tidak berterus-terang mengenai isu perpisahan mereka sebaliknya hanya meletakkan semua kesalahan itu pada dirinya seorang padahal dia tahu lelaki itu memutuskan hubungan dengannya disebabkan oleh perempuan lain… Gadis itu bukannya bodoh cuma dia hanya menginginkan sebuah kejujuran yang tidak ada pada lelaki yang bernama Rafique Alias…

” wei, assignment Dr. Haslina awak dah siap ke?”
Seorang gadis kurus tinggi dan berambut panjang lurus menepuk bahu Heliza… Dia segera membetulkan kedudukannya di sisi gadis itu sambil meletakkan failnya dengan cermat..

“oit, Becky… terkejut saya laaaaa. Hem, hampir siap la kot, just nak edit jer bahagian penutupnya… bila Dr. nak ek??? Esok kan???”

Gadis kurus tinggi itu hanya tersenyum, tersenyum sambil memerhatikan telatah Heliza yang cepat sangat melatah.

” yup. Ehhh, Lizzz, jom pergi makan yukkk, lapar bangat nieeee.. hari nie saya tak breakfast pun.”
Kedua-duanya berjalan menuju ke Café Aman sambil berbual-bual mengenai kuliah yang telah dihadiri oleh mereka sebentar tadi. Tak sampai 15 minit, makanan mereka sudah pun siap, hanya menunggu masa untuk dimakan sahaja… baru sahaja 4 suapan masuk ke dalam mulut Heliza, tiba-tiba dirinya terpaku… menjadi kelu secara tiba-tiba… tangannya seolah-olah menjadi beku manakala otaknya seperti tepu untuk mencerna apa yang sedang di bualkan oleh Becky…

“Heliza, awak tak nak bagitahu ke kat die? Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia di ambil orang… huhuhu…”

Rebecca atau lebih mesra dikenali Becky oleh Heliza sengaja berkata sedemikian apabila menyedari kehadiran jejaka itu di cafe tersebut sekali gus telah menjawab segala persoalan ‘kebekuan’ dan ‘ketepuan’ yang dialami oleh sahabat baiknya pada saat itu …

” bagitahu ape and sape? Ape la awak nie, melalut tak sudah…”

Becky hanya tergelak, tahu yang Heliza sering mengelak daripada membicarakan hal itu. Dia tahu yang sahabatnya itu menyimpan perasaan terhadap jejaka yang bernama Mohd. Aidil Hakimi Mohd. Asri, seorang lelaki yang memiliki personaliti yang menarik dan berkarisma selain dianugerahkan dengan rupa paras yang sangat memikat hati…

Dia tahu yang Heliza semestinya menidakkan perasaannya itu terhadap Aidil kerana Aidil itu mempunyai ramai peminat. Tapi dia langsung tidak berasa bahawa mereka berdua itu berasal daripada 2 dunia yang berbeza,sebaliknya mereka sangat sepadan apabila digandingkan bersama, bagai pinang di belah dua… itu orang tua-tua katala….

“ala, buat-buat tak tahu pulak, hemm, berapa lama lagi awak nak senyap nie? Ikut hari nie dah hampir 4 semesta dah tau, dia pulak sem depan dah nak grade….. baik bagitahu jerrrr…. Rugi tau melepassss…”

“buat ape nak bagitahu die, nanti keadaan jadi rumit plakkk, ala, saya nie bukannya hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong…”

Becky hanya mendengar kata-kata Heliza sambil menggeleng-geleng kepalanya sementara dia memerhati tindak tanduk Aidil yang sedang melihat-lihat mereka. Mata mereka bertaut dan sebuah senyuman manis diukir Aidil untuk mempamerkan keramahannya terhadap mereka walaupun Heliza langsung tidak melihat ke arah pemuda itu…

‘Ya Allah, mengapa perasaan ini hadir lagi? Mengapa perasaan ini makin berbeda dan kuat kukuh dalam hati aku walaupun sudah lama aku ingin mencantasnya daripada rumpun hatiku? Mengapa perasaan ini terdetik rasa yang sangat janggal dan mesra terhadapnya meskipun aku baru sahaja mengenalinya??? Ya Tuhanku, perasaan ini tidak pernah aku alami seumur hidup aku, bahkan bila aku bersama Rafique sekalipun, perasaan ini tidak terasa asingnya… tapi mengapa pula kali ini ia hadir membawa insan yang terlalu mustahil untuk aku sayangi dan cintai??? Bantulah aku Ya Allah…’

Doa itu… setiap kali selepas solat, Heliza selalu mengadu pada Allah S.W.T mengenai rasa hatinya… baginya, petunjuk dari Allah itu adalah sesuatu yang dapat membimbingnya ke jalan yang benar, dan setiap kali itulah, dia berzikir dan bermunajat kepada Allah untuk memastikan dirinya berada di landasan yang benar…

Heliza sendiri akui yang pertama kali dia bertemu dengan jejaka itu, apabila mata mereka saling bertaut, dia sendiri berasakan bahawa ada satu perasaan halus yang sangat mesra, berbeza dan sangat mendalam berkaitan dirinya dan diri Aidil datang menerjah dirinya. Seolah-olah di antara dia dan Aidil, terdapat satu ikatan atau hubungan yang mengaitkan mereka terhadap sesuatu yang dia sendiri tidak dapat pastikan ataupun rungkaikan. Seolah-olah mereka ada sesuatu yang sama yang tidak terdapat pada orang lain… perasaan itu, langsung tidak pernah hadir sewaktu dia menyayangi Rafique…

Aidil meletakkan helmetnya di atas meja, pakaian seragam polis di longgarkannya. Wajah gadis itu bermain di layar matanya. Mata hazel gadis seakan-akan kacukan Arab-Melayu itu sering kali menghantui kehidupannya selama 5 semesta di Universiti Sains Malaysia. Dia tidak dapat melarikan dirinya daripada bayangan gadis itu walaupun pertembungan yang wujud di antara mereka sangat sedikit. Dengan lemah, dia duduk di birai katil sambil meraup wajahnya, lelaki itu tahu yang ada satu perasaan halus yang datang menerjah hatinya sejak dia ditakdirkan bertemu dengan gadis itu di Dewan Tun Syed Putera. Dia tahu kelembutan dan kesantunan gadis itu telah mengingatkannya terhadap Natrah, gadis pertama yang berjaya mencuri hatinya dahulu… tapi, di sebabkan oleh gadis itu telah mempunyai cinta hatinya maka cintanya telah di tolak. Aidil tahu rasa itu amat menyakitkan dan memeritkan hati… dan dia yakin bahawa tempat Natrah itu tak kan ada sesiapa pun yang dapat ambil sehinggalah 2 tahun yang lalu…

” wei, aidil… sabtu nie ko nak join tak aku pi tengok wayang kat Queensbay??? Jom la, release tension sikit…”

Helmi yang baru sahaja selesai mandi melangkah menghampiri almari pakainannya sambil mengesat rambutnya yang basah… dia melihat Aidil berkerut muka. Barangkali Aidil penat dengan program SUKSIS yang akan dia pengerusikan ahad ini… huhuhu, kesian ko, ye, Aidil…

“hemm, aku kena pergi konkos la ari tue, ada hal yang aku kena settlekan… ko je la yang pergi ek….”

“wei, tak best la… ala, tak kan ko tak leh nak settlekan esok? Kan esok ko free… jom la teman aku…”

Hem, ada betulnya kata si Helmi nie… nanti esok petang aku pergi ke konkos ambil borang tue, boleh la relax sikit hujung minggu nie… desis hati Aidil…

“okla….. tapi ko kena ikut aku pergi ambik barang dan mic tue esok, tak larat aku nak mengangkut sorang…”
Helmi hanya tersenyum mendengarkan kata-kata rakan baiknya itu… dia tahu yang Aidil pasti tidak akan menghampakan dirinya…

Petang itu, Heliza Nur Amani terpaksa bergegas ke konkos untuk menemani Becky mengambil barangnya di sana. Panggilan telefon daripada Becky sebentar tadi telah menyebabkan Heliza bergegas ke sana. Tiba-tiba….

‘bukkkk!!!’

” aouch….”

Terdengar jeritan kecil di ruang pejalan kaki itu. Heliza terduduk di atas tangga sambil memegang kakinya yang terseliuh sementara Aidil pula meleraikan pegangan tangannya di kedua-dua bahu gadis itu daripada mengelakkan gadis itu terjatuh…

” awak ok k? boleh berjalan tak nie?”

Heliza tidak mempedulikan teguran kasihan itu sebaliknya dia mengurut kakinya yang telah terseliuh…
Aidil segera merendahkan kedudukannya berhadapan dengan Heliza sambil memungut buku-buku yang bertaburan di atas lantai.

Heliza kaget melihat Aidil di hadapannya sehinggakan rasa sakit yang sangat ngilu rasanya seolah-olah hilang daripada deria rasanya…

“kalau ye pun terkejut, tak kan la buku nie awak tak nak ambik…”

Seloroh Aidil sambil tersenyum… sesungguhnya dia sendiri pun terkejut bagaimana dirinya begitu santai menyapa gadis itu semesranya padahal dia tidak pernah berbicara dengannya…
Pipi gadis itu mula merona merah dan perlahan-lahan dia mencuba untuk berdiri tetapi malangnya gagal bahkan tubuh gadis itu di sambut oleh Aidil yang telah pun berdiri di sebelahnya. Perlahan-lahan Heliza melangkah sambil di pimpin erat oleh Aidil.

Sesungguhnya peristiwa hari itu langsung tidak dapat dilupai oleh Heliza meskipun dia kini telah pun bekerja di sebuah syarikat ternama di ibu kota. Memang betul, insiden dia terseliuh itu telah menyebabkan hatinya tetap tidak dapat melupakan Aidil walau hakikatnya dia perlu memadamkan segala kenangannya bersama jejaka itu kerana itu tidak berbaloi… antara dia dan Aidil, itu sesuatu yang sangat mustahil untuk berputik… dan selepas insiden itu, dia langsung tidak bertemu atau lebih tepat lagi mengelak daripada bertemu Aidil dek kerana malu dan mahu membuang perasaan itu sehabisnya…

Kata Becky, mungkin dia agak bodoh kerana melepaskan peluang untuk mencipta bahagia untuk dirinya… mungkin betul apa yang di katakan oleh gadis kelabit itu, mungkin dia telah melepaskan sesuatu yang sangat berharga dalam kehidupannya… sebagaimana yang dikatakan oleh Becky sewaktu mereka menerima pengijazahan 2 tahun yang lalu…

” Heliza, kenapa awak tak bagitahu tentang perasaan awak terhadap Aidil??? Saya rasa awak bukannya bertepuk sebelah tangan… dia pun sukakan awak…”

Ujar Becky selepas kami bergambar bersama-sama…aku tahu mungkin dia itu juga berperasaan seperti aku tetapi aku tidaklah mahu menjadi seorang gadis yang terlalu cepat membuat kesimpulan tanpa mendengar atau melihat sesuatu yang dapat menzahirkan perkara itu adalah benar dan tulen… aku tidak mahu menjadi seorang wanita seolah-olah membodohkan dirinya hanya di sebabkan sesuatu yang tidak pasti… kerana bagi aku kini, selagi tiada kata-kata yang di ucapkan, selagi itulah ia hanya kekal sebegitu…

“becky, andai betul la saya dan Aidil itu memang saling menyukai dan menyayangi, semua itu pasti akan berlaku jua… tapi sekarang tiada tanda yang semua itu akan berlaku… kadang-kadang menidakkan sesuatu yang hanya membuatkan hati kita gembira tanpa tahu kesahihannya akan dapat membantu kita daripada terjerumus daripada lembah maksiat… jadi, saya patut bergembira dengan keadaan sekarang kerana semua yang berlaku dulu mungkin hanyalah ujian bagi saya untuk memperkuatkan emosi saya…”

Becky hanya berdiam diri apabila mendengarkan bicaraku… mungkin dia tidak begitu menyangka aku tidak lagi menaruh harapan terhadap Aidil lagi walaupun hati aku sendiri tidak dapat melupakannya…

” tapi. Bagaimana kalau perasaan itu cinta??? Bagaimana harus kamu selesaikannya tanpa menyakiti hati kamu sendiri?”

” becky, kalau perasaan itu adalah cinta, maka ia tetap akan jadi cinta… dan kalau itu cinta sejati, Insya-Allah, jodoh antara kami akan berpanjangan… kalau itu cinta sejati, kami akan bertemu jua… mungkin suatu hari… sebab ajal, maut, pertemuan dan perpisahan itu semuanya di tangan Allah… “
Heliza teringat kembali coretan pada kertas yang di tulis Aidil sewaktu ‘insiden memalukan’ itu…

Kalau itu Cinta sejati,
Ia kan tetap datang menghampiri,
Meskipun berjuta kali di tepis,
Agar luka di hati dapat di ubati,
Dari duri yang merodok sanubari…

Kalau itu cinta sejati,
Ia kan tetap menghantui,
Bayangan cinta akan terus bermain,
Mencari sinar yang hakiki…
Mencari pemilik hati yang sejati…

Kalau itu cinta sejati,
dambakanlah pada Illahi,
Kerana Dia pemilik yang hakiki,
Agar sentiasa bertumbuh rasa iman di hati…
Kerana iman itu asas diri yang sejati…

Puisi itu, tidak sempat Heliza pulangkan pada Aidil kerana tiada kesempatan untuk mereka bertentang mata. Puisi itu, terselit di buku tatkala bukunya di kutip oleh Aidil… kata-kata di dalam puisi itulah yang telah menjadikan Heliza tabah untuk menghadapi segala cabaran khususnya berkaitan cinta… kerana kata-kata itu amat menyentuh hatinya… terasa begitu dekat sekali dengan si penulis puisi ini… mungkin kerana mereka pernah mengalami hal yang sama…

Tiba-tiba…

” Cik Heliza, Encik Adam nak jumpa di biliknya sekarang…”

Ida, setiausaha majikan ku itu melemparkan senyuman yang manis… kalau tak silap aku, hari ini aku akan diperkenalkan dengan pegawai pemasaran daripada Syarikat Bersatu Sdn. Bhd untuk usaha sama kami…

” ah, Heliza, sila duduk…. Saya nak kenalkan awak dengan rakan sekerja awak, kenalkan ini…. Rafique Alias… dia akan bekerjasama dengan awak untuk projek akan datang…”

Sebaik sahaja Heliza mendengar nama itu, hatinya dipagut perit… rasa sakit datang kembali…tetapi dia hanya berselamba sahaja… ya, gadis itu perlu bersahaja dan menunjukkan yang dia langsung tidak tergugat dengan peristiwa semalam… dia lihat, Rafique tergamam apabila melihat dirinya… mungkin kerana dia terkejut dengan penampilan baru Heliza yang sangat memikat hati… arghhhh, bodoh betul aku lepaskan Heliza pergi dulu…. tak pe… tak pe… aku boleh usha dia lagi nie… Desis hati kecil Rafique…

Heliza akui yang dia rasa agak rimas dengan sikap Rafique yang sangat mengongkong dirinya seolah-olah dia itu masih lagi bergelar kekasih lelaki itu… seperti sering melakukan sesuatu yang kononnya dapat menawan hatinya untuk menerima lelaki itu kembali dalam hidupnya tetapi Heliza sudah lama membuangnya daripada kamus hidupnya… Kiriman bunga, kad serta ajakan untuk makan bersama sering diberi dan diutarakan oleh Rafique tetapi semua itu hanya dipandang sepi oleh Heliza walaupun kedatangan jejaka itu sering dinantikan oleh semua pekerja wanita di syarikatnya… memang lumrah hidup, lelaki yang kacak dan berduit seperti Rafique tentu sahaja memikat hati wanita di sekelilingnya tetapi tidak Heliza…

” Heliza, jom kita pergi lunch sama-sama? Saya dah tempah lunch kita kat hotel Greensbass… jom la…, sayang…”

Heliza yang sedang mengemaskan mejanya untuk makan tengah hari tiba-tiba terkaku… ‘sayang?’ gila ke apa lelaki nie panggil aku macam tue… Rafique yang sedang memegang kerusi itu tersenyum apabila melihat reaksi Heliza itu tadi. Fikirnya perkataan ‘sayang’ itu dapat mencairkan ego Heliza itu namun sangkaannya meleset apabila Heliza tekad untuk menolak ajakannya tanpa diplomasi..

Heliza menuju ke lif dan menekan butang untuk turun ke tingkat bawah. Sementara menunggu, Rafique masih lagi memujuk dia untuk menerima ajakannya tadi sehinggalah mereka sampai ke tingkat bawah. Rimas dengan kehadiran Rafique di sisi, Heliza berjalan dengan pantas dan meninggalkannya ke belakang, tetapi dapat diikuti oleh lelaki itu.. tiba-tiba…

“bukkkkk”

“aouchhh!!!”

Heliza terduduk sambil mengusap kakinya yang terseliuh. Dalam hatinya, ingin saja dia memarahi gerangan yang melanggarnya tetapi….

“awak ok k? boleh berjalan tak nie?”

Heliza terkaku… suara Rafique yang memaki-maki orang yang melanggar Heliza itu semakin jauh daripada pendengarannya… dalam hidupnya, suara itu hanya satu… pemilik suara itu hanya seorang dan dia sangat mengenali suara itu… dan dia adalah…

“awak boleh bangun tak nie?”

Ujar Aidil sambil cuba untuk membantu Heliza bangun tetapi tangannya ditepis oleh Rafique yang sejak dari tadi duduk di antara mereka. Heliza cuba bangun tetapi dia rebah kembali namun sempat di sambut oleh Aidil. Rafique yang tergamam dengan tindakan Aidil lantas memegang lengan Heliza sambil cuba untuk menepis pegangan Aidil pada gadis itu.

“Rafique, apa awak buat nie? Berkasar dengan orang yang awak tak kenali?…”

Kata Heliza sambil meleraikan pegangan tangan Rafique pada lengannya… Lelaki itu terkejut dengan tindakan gadis itu sementara Aidil hanya melihat adegan itu denganhati yang beku… sesungguhnya dia langsung tidak menyangka bahawa dia akan bertemu lagi denga gadis yang selama ini mencuri hatinya. Aidil akui yang dia sendiri telah melakukan sesuatu yang sangat merugikan hidupnya dengan hanya melepaskan gadis yang telah berjaya mencuri hatinya. Tapi, apabila melihatkan di sisi gadis itu ada seorang lelaki yang kacak, hatinya di rundum pilu… mungkin saja dia telah melepaskan sesuatu yang sangat berharga dalam hidupnya…

“saya rasa sekarang nie masa yang sangat sesuai untuk saya bagitahu awak sesuatu… sebelum tue, biar saya kenalkan awak yang jejaka ini ialah Mohd. Aidil Hakimi, tunang saya…”

Seraya Heliza memaut mesra lengan sasa Aidil dan tersenyum manis apabila memandang jejaka yang dia cintai itu. Sesungguhnya dia sendiri terkejut dengan pertemuan yang tidak disangka-sangka itu… mungkin Allah telah menentukan bahawa perjalanan hidup mereka tidak hanya ternokhtah di universiti sahaja.

“ha??? Tapi, selama nie, Liza tak pernah pun bagitahu saya?”

“perlu ke saya bagitahu awak hal personal saya? Saya rasa tak kan, jadi sekarang awak dah tahu situasi sebenarnya saya… jadi, antara kita sejak dulu memang tak ada apa-apa lagi… harap awak faham… k, jom abang, kita pergi lunch…”

Aidil yang terkejut dengan kenyataan itu tetap berlagak selamba meskipun hatinya terkejut… ahhh, dah dia kata macam tue, baik aku layan jer… huuhu.. desis hati Aidil, girang…

“k la, jom sayang, nanti abang lewat nie, abang ada perjumpaan dengan ketua abang pukul 2.30 nanti..”

Aidil berlagak ramah dan bersikap gentleman sambil membukakan pintu keretanya untuk Heliza… Gadis itu pada mulanya enggan masuk ke dalam kereta Aidil tetapi bila mengenangkan Rafique masih di situ, dia pun akur dengan arahan ‘tunangnya’…

” maaf la tadi, sebenarnya saya…..”

“tak mengapa, saya faham… awak nak jauhkan diri awak daripada kekasih awak… rajuk kan…”

Aidil masih bisa tersenyum walaupun dia sedang memandu. Setelah hampir 20 minit memandu, dia akhirnya berhenti di restaurant kegemarannya iaitu Restaurant Seri Nara…

Setelah selesai memesan hidangan, mereka masing-masing mula menggelabah… kelu dan beku untuk berkata-kata bila berhadapan dengan orang yang bertakhta di hati…

“tadi tue, ex-boyfriend saya masa saya form 5 dulu…”

“ooo, kenapa awak nak larikan diri? Merajuk k?”

Aidil membetulkan lengan bajunya sambil memerhati Heliza. Heliza tahu sejak mereka masuk ke restaurant itu, banyak mata yang memandang mereka. Mungkin kerana karisma dan kekacakan yang ada pada Aidil telah mencairkan hati mereka….

“mana ada, saya tak nak balik kat dia sebab saya tunggu orang…”

“awak tunggu siapa? Kalau boleh saya tahu…”

“tunggu cinta sejati saya…”

Aidil tersenyum mendengar jawapan Heliza… mungkin perkataan itu agak kelakar untuk keluar daripada mulut gadis yang ayu dan Muslimah itu… hari itu, dengan kejadian yang tak di sangka-sangka, Heliza dan Aidil menjadi semakin rapat. Mungkin betul kata Becky dulu, cinta yang hadir antara mereka, walaupun mereka diamkan dalam hati, kalau itu takdirnya jodoh mereka, insya-Allah pasti akan bertaut kembali….

24 Mac 2015….

“aku nikahkan dikau, Mohd. Aidil Hakimi Bin Mohd. Asri dengan Heliza Nur Amani Binti Rashad dengan emas kahwinnya RM 20 tunai…”

“sah??”

“sah!!!!”

Dengan sahutan jawapan itu, akhirnya hari ini aku bergelar seorang isteri terhadap seorang lalaki yang sangat aku cintai, lelaki yang merupakan cinta sejati yang aku cari-cari dan tunggu selama ini. Saat suamiku mengucup dahi dengan kasihnya, deraian air mata mengalir jua di pipi, tanda mengsyukuri ketetapan yang telah ditentukan oleh Illahi…

Selepas tetamu semua pulang, aku membantu ibuku membasuh pinggan mangkuk di dapur walaupun ditegah oleh ibuku… tiba-tiba, aku terasa ada tangan yang sasa merangkul pinggang ku dan membawaku rapat ke dadanya yang bidang…

“ishhh, abang nie…. Nanti orang tengok la, malu…”

Aidil hanya tersenyum tetapi dia tidak jua meleraikan rangkulannya…desiran hangat nafasnya terasa di pipiku…sesungguhnya aku berasa sangat bahagia dengan apa yang dikurniakan Allah terhadapku kini… memiliki lelaki yang aku cintai di sisi…

“sayang ingat tak kertas yang terselit pada buku sayang dulu waktu sayang terseliuh kat konkos tue?”
Aku mula mengingati dan perlahan-lahan aku mengangguk, mestinya kertas yang di maksudkan oleh Aidil itu adalah puisi yang telah membuat aku tabah dalam menjalani hidup meskipun hati aku ketika itu terlalu parah mencintai Aidil…

“ooo, puisi tue kan, ingat.. kenapa bang?”

“sebenarnya, abang sengaja selitkan kertas tue untuk sayang baca dan tahu isi hati abang pada sayang… tapi mana tahu, sampai abang grade pun, abang tak jumpa sayang sampailah hari tue…”

Heliza terkesima, tidak menyangka yang Aidil sebenarnya telah lama menyimpan perasaan terhadap dirinya… Maha Suci Allah… memang benar kata orang, kalau itu cinta sejati, sejauh, sedalam, setinggi mana pun dia lari, pengakhirannya mereka akan ketemu kembali… kerana jodoh mereka sudah pun tertulis di Lut Mahfus….

Kalau itu cinta sejati,… mereka pasti akan bertemu kembali… Meskipun jauh berbatu mereka terjauhi, meskipun betapa dalam mereka rasai, cinta itu tetap di hati kerana ia cinta sejati…………

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: