Cerpen : kisah suami aku

Nama Pena : ruby raudah

TERINGAT AKU KETIKA KEDIL DAHULU, Emak selalu berpesan kalau nak cari suami cari macam ayah. Hati baik biarpun gaji tak besar. Tanggungjawab amanah biarpun sibuk. Aku diam sahaja mendengar nasihat emak namun dalam hati langsung tidak mengiakannya. Ah! Taknak lah..Kalau boleh aku berhendakkan suami kaya, punya kereta, rumah sebiji. Atap rumah tak mainlah bersambung dengan atap jiran, duit penuh.. tepuk aje bunyi syiling emas…dan macam-macam lagi. Aduhai…itu dulu ketika aku berumur belasan tahun. Masih dialam sekolah yang sememangynya tidak pernah merasa lagi asam garam hidup sebenar. Aku meningkat dewasa dan sedikit kesal kerana angan-angan untuk mendapat lelaki kaya masih wujud berketul dalam hati.
Kini, gadis yang berangan dahulu telah remaja. Kemudiannya bergelar wanita.

Dimulakan cerita, Aku berkenalan dengan seorang lelaki. Namanya Faez Ahmad b Ahmad Farhan. Orangnya manis. Berjumpa secara tidak sengaja di sebuah Majlis rumah terbuka kawan menjadi dasar pengenalan kami. Dua bulan berkenalan kami sepakat mengikat tali pertunangan. Penat aku berkira-kira untuk menerima dia. Kami berkenalan hanya dua bulan! Tetapi aku seperti yakin telah mengenal hati budinya. Faez baik, orangnya rajin berusaha, suka bekerja, memahami dan banyak lagi yang boleh aku senaraikan. Cuma satu sahaja yang aku masih kurang ‘mesra’ tentang dirinya. Pekerjaan Faez! Halal kerjanya Cuma kerja Faez sedikit lain. Dia anak kapal. Kerja apa pun bahaya kata org tapi kerja Faez sememangnya bahaya. Bermain dengan ombak.

Suka, cinta punya pasal kami menikah. Sepersalinan putih berlian dan biru lembut menjadi warna rasmi. Tak dapat aku gambarkan hari tersebut. Memang ketika itu aku sang permaisuri, Faez si Raja. Sejuta orng kononye mamuji aku dan suami bak pinang dibelah-belah…Paling aku gembira bila terdengar suara-suara di belakang tabir dapur memuji keuntungan aku menikahi laki seperti Faez. “…Udahla gaji besar, muka cantik, kerja bagus. Akak dengar cerita semua dah ada..kereta, rumah…Untung anak kak Yam tu kan. Basuh kaki ajelah lepas kawin ni…” Aku tersnyum. Basuh kaki? Mungkin benar juga. Tiba-tiba aku teringat emak. Aku pandang emak dari jauh. Riak berseri seorang ibu menjadi tuan rumah kenduri anaknya sangat jelas.
“…Emak tak larang Iya kahwin. Cuma jangan pandang pada harta yang Faez ada tapi lihat pada kebahagian yang Iya akan dapat …”Tiba-tiba mataku terasa basah. Aku pandang Ez, mampukah dia memberi kebahagian?

Bulan pertama bergelar pengantin baru cukup menjanjikan kemanisan berbanding pahit. Kalau ada bergaduh, hanya manja-manja sahaja. Cukup pantas Faez memujuk. Kemahuanku semua dituruti. Aku bukan lagi permaisuri tapi seperti maharani! Dua minggu kemudian Faez kembali bertugas. Kali ini tak lama dia diatas kapal. Hanya sebulan setengah. Tapi memang terasa sunyi.Cuma peluang tersebut aku ambil untuk pulang kerumah emak. Mungkin masih terbiasa sewaktu alam bujang dahulu. Free aje masaku terus balik kerumah.. Bila Faez balik, terasa diriku seperti budak-budak. Melompat riang. Seperti setahun tak jumpa. Abangku dah balik!

Faez cuti sebulan setengah. Banyak masa kami hbiskan bersama. Kemana sahaja pasti berdua. Macam kembar tak rasmi. Sekejap sangat masa. Suamiku kembali bertugas. Kali ini perginya lama. Tiga bulan. Sewaktu dia menyatakan akan pergi selama tiga bulan aku tersentak. Tidak percaya kan ditinggalkan selama demikian, even hakikatnya masa kami bercinta aku telah pernah merasai.
“Janganlah kerja lama sangat…Tinggal Iya sorang-sorang..”lirih suaraku. Faez senyum lembut. “Sekejap aje tu…sayang tidor 90 malam dulu sorang-sorang…Malam ke 91 abang datang…”guraunya. Aku tarik muka kelat. Oraang serius dia gurau. Pandai ngelat!
“Hei…dah lah hodoh…buat muka macm tu…lagi hodoh…”usiknya. Aku menjeling. Sudah lah nak tinggalkan orang, pastu mengutuk. Buruk benar perangai. Desis ku dalam hati.
“Kutuk abanglah tu dalam hati…” Aik! Seperti tahu aje aku mengutuk dia. Hatiku tersenyum manis.
“Meh sini meh sayang…Muka sayang ni masam aje. Cuba senyum. Abang pun x nak tinggalkan isteri abang ni kalau boleh tapi terpaksa..”Aku berjalan kearahnya melihat Faez menghulurkan tangan. Aku duduk di sisinya. Kepala ku tepat ku labuhkan di atas bahunya.
“Bawaklah Iya…”bisikku. Faez ketawa. Rambutku diulas dengan lembut.
“Okey…esok kita beli beg besar ea…”bisiknya
“utk apa?”
“utk seludup iyalah. harap-harap muat..”katanya sebelum tertawa. Aku ikut ketawa lalu mencubit pehanya.

ADUHAI….hati ni memang gembira. Tak sangka berberitakan gembira. Aku bakal bergelar si mama, Faez papa. Aku hamil dua bulan. Tidak sabar rasanya untuk memberitahu Faez tapi… Aku terdiam. Masih lama lagi Faez akan pulang, lagi dua bulan. Malam itu aku cuba menghubunginya namun gagal. Pasti dia ditengah laut. Lama aku duduk di ruang tamu sorang-sorang. Buat kali pertama, baru aku sedar akan kata-kata emak. Tak sangka begini sakitnya. Aku usap perutku. Ada nyawa! Kalau boleh biarlah Faez yang menjadi orang pertama yg tahu…Kalau boleh.

Berita kehamilanku menyebabkan Faez tidak dapat tidur semalaman.Memang indah bila bercerita tentang masa depan anak kami nanti. Aku tersenyum bila Faez ingin itu, ini…Aku teringt peristiwa yang lebih melucukan, sewaktu aku menjemput dia di tempat kerja Faez memandangku seperti lain macam sahaja. Matanya tidak lepas memadang tubuhku. “Abang pandang-pandang kenapa? Nak kena cubit mata tu?” gurauku
“Pandang isteri pesalahnya…”laju dia menjawab. Aku jadi ‘lain’ bila dipandang lama. Sudahlah sedang memandu, tiba-tiba fokus ku hilang. Sesekali aku kerling pada Faez. “Sayang Nampak lain” ucapnya. Lantas tangannya memegang lenganku. Aku hamper melatah!
“Lengan tak besar..tapi sayang Nampak gemuk la…”tuturnya bersahaja. Amboi, dasar tak ada insurans.
“abang pun Nampak gemuk” aku menjawab laju. Hahahah! Beria-ia dia ketawa. “Tapi sayang memang Nampak gemuk tau…” Aku biarkan dia. Biarlah dia berteka-teki kegemukkan aku ni. Kejap lagi pasti dia menjerit suka dengan kegemukan ini. Faez..Faez!

Tiga bulan Faez cuti, ketika kandungan ku berusia lima bulan lebih. Sedikit besar. Aku menjadi sensitive. Sentiasa tidak menentu emosi. Awal-awal Faez bercuti semuanya ok. Namun dihujung-hujng cuti Faez aku menjadi bukan aku. Cepat marah dan menangis. Kadang-kadang bukak aje mulut Faez berkisar kerjanya, mataku sudah bertakung dengan air mata. Faez tidak jadi bercerita, teus menukar topic bercerita perihal anak kami. Saat itu terasa aku seperti anak sulungnya. Betul-betul dimanjakan. Faez habis bercuti. Dia akan kembali ke laut. Empat bulan! Kali ini beria-ia aku menangis. Entah mengapa aku terlalu sedih. Mungkin aku terfikir Faez akan pulang ketika usia kandungan ku lebih 9bulan. Ketika itu mungkin aku sudah bersalin seorang diri. Semuanya seorang.
Ah! Pergilah engkau Faez…Ada atau tidak aku dah biasa seorang diri. Hati hitam berkata. Aku pejam mata. Sewaktu menghantar Faez berangkat pergi aku kucup lama tangannya. Menitis air mata di jari-jarinya. Faez mengesat air mataku. “Isteri abang nak jadi mama dah kan. Kena kuat sayang. Jangan nangis..”Bisiknya lalu mengucup pipiku, dahiku. Aku tersenyum kelat. Tapi air mata ini tetap mengalir. Tangis ku sedikit reda bila Faez mengusap perutku dan meletakkan kepalanya. “shuttt…ttt! Ni perjanjian kita tau baby…Jangan kasi mama dengar. Baby, Jangan nakal dalam perut mama ni…kalau tak, anak papa keluar nanti papa belasah tau..”Aku ketawa tapi hati menangis.

Test di klinik, menunjukkan kandungan ku selamat. Aku terjatuh tadi sewaktu menyapu rumah. Nasib baik jatuh ku sikit, aku sempat berpaut pada tingkap. Aku berjalan pulang. Entah macma mana, lalu aku di hadapan kedai barangan bayi. Aku usap perutku. Seperti terdengar suara baby mahukan baju tergantung. Aduhai sebenarnya aku yang suka melihat tapi menyalahkan baby. Aku ketawa seorang diri. Aku masuk ke dalam kedai. Memilih beberapa helai baju walaupun sebenarnya telah banyak ku beli dengan Faez.
“Sorang aje akak?” Tanya promoter di tepiku. Aku senyum lembut. “Pilihlah baju baby ni kak. Tgh ada less sekarang ni kak…”Aku melayan dia bercoleteh. “Akak datang sorang ke? Mana suami?”Tiba-tiba aku jadi sedih. Perlu ke dia bertanya. Huh! Muda-muda dah sibuk rumah tangga orang. Omelku tidak senang. “Biasalah kak…suami zaman sekarang ni. Mana nak teman kita bila benda-benda macam ni..”ucap budak perempuan itu lagi. Aku jadi panas telinga mendengar perkataan ‘kita’. “Adik pernah kahwin?” lurus soalanku padanya. Dia tersipu-sipu mengeleng. “Laaa…akak ingat dah kahwin. Ingat adik cakap dari pengalaman sendiri…’ promoter itu merah padam mukanya. Puas hatiku! Perlukah dia menyakitkan hati bakal ibuku sepertiku. Macamlah suami kami ini jahat-jahat sangat…Kau tahu tak? Suami aku pergi berkerja, aku pun sanggup bersabar yang kau sedap aje mengata…! Huh! Aku mendengus.

Aku betul-betul merindui Faez. Masa mandi tadi aku menangis sambil mengusap perutku. Bercakap macam-macm dengan baby. “…bila besaar jangan jadi macam ayah tau..kerja kat darat banyak tapi nak juga pergi cari kerja laut…bila besar jangan kerja jauh-jauh. Kesian mama..” aku kesat air mataku. Aku tersentak bila pintu bilik diketuk emak. Emak datang dan duduk ditepi katil. Cepat-cepat aku mengesat air mata yang masih bersisa. “Aik! Tak manis selalu menangis time hamil ni…nanti anak ikut keluar nanti…”ucap ibu. Aku tersenyum. Malu menangis depan emak. Kalau depan Faez tidak, sebaliknya aku tarik bajunya dan tepat ku labuhkan muka ku kedadanya. Segala cecair yang keluar dari rongga muka ku habis melekat di baju Faez. Kalau depan Faez….Aduh! Faez lagi… Aku mengesat mataku. “Mak…Iya sedih..Nape mulut cik ity tu jahat. Ada dia cakap Ez banyak bini. Semua tempat dia pergi ada bini. Iya tahu dia gurau tapi bila Iya fikir mungkin betul…”ujarku perlahan. Emak tersenyum. Dipegangnya tanganku lalu di urut perlahan. “Hai dah sarat-sarat macam ni baru nak fikir?” ucap mak. Aku tersentak! Baru nak fikir??? Mean selama ni tepat lah…. “Mungkin betul kata mak…bahagia Iya dapat ni lebih kurang daripada harta iya dapat….’lirih nadaku. Emak menggeleng. Di usapnya tanganku… “Hei…tak baik berburuk sangka dengan suami. Dia tengah berkorban tinggal segalanya nk cari rezeki untuk Iya…Iya pun sekarang berkorban ditinggalkan dengan zuriat dia. Jadi kenapa nak biar diri dikuasai benda tak betul?” aku diam. Biarkan emak bercakap lagi. “Emak tak pernah larang Iya berkahwin..biarlah apapun kerja suami Iya asalkan Iya yakin dengan dia. Iya…Kesetiaan, kepercayaan dan kasih sayang tiang perhubungan suami isteri..”Aku tunduk lemah. Setitis lagi air mata. Kali ini air mata jauh daripada sudut dalam hati mendengar ungkapan emak. Itulah resepi kebahagian emak dan ayah.
Aku bukak tingkap. Angin malam memang menyejukkan. Harum dan segar baunya. Ku usap perut ku yang tegang membesar. Beberapa minggu lagi aku diramal akan bersalin. Semua persiapan telah siap. Hospital telah ditempah, itu telah ada, ini telah ada…tinggal masanya lagi. Cuma yang tak ada hanya Faez. Apalah cerita lelaki itu, menyepi sungguh. Bila difikir kadang-kadang aku termakan cerita karut masyarakat. Orang kapal ke, tentera laut ke…jahat-jahat fitrahnya. Singgah darat mana, buat bini baru. Sampai tanah air baru dicari bini sebenar…! Itu kata orang. Tapi padaku lain. Faez selalu tunduk bangkit bersolat. Cukup waktu dahinya tak lepas solat. Aku bangga. Kadang-kadang aku tak sangka tahap sensitive dia pada solat sebegitu tinggi. “Abang ni kerjanya atas air…bila-bila masa boleh tenggelam, bila-bila masa boleh dilambung ombak. Kalau abang lupa tuhan siapa nak tolong abang time abang susah nanti. Jeritlah macam mana pun..tak tersampai halikopter sekelip mata…” Aku pejam mata. Membayangkan Faez. Aku akan tersenyum setiap kali Faez pulang ke darat. Rambutnya panjang, mukanya hitam sedikit…kulitnya kering…huhuhu Akulah yang akan mengskrupkan badannya, mukanya… Abangg… Kata Dr Fadzilah Kamsah, kalau kita rindu orang..kita cakap pada angin. Angin akan sampaikan insyallah, Aku memandang bulan kosong didada langit.. Angin sepoi-sepoi mengusap leher dan menampar muka.

“Bismillahirohmanirrohim… Angin sampaikan pada suamiku…Katakan. Aku rindu dan cinta padanya. Selamat pergi dan pulang”

Pagi itu aku terdetik untuk membuka emel ku. Sudah lama aku tidak melihatnya. Kali terakhirpun sewaktu Faez ada dirumah. Tiba-tiba aku tertarik akan satu emel. Pengirimnya suami tercinta. Tarikhnya, sebelum dia berangkat pergi. Setengah jam aku menghantar dia ke pelabuhan. Aku baca kisah yang dihantanya. Kisah pengorbanan para wanita shuhadah. Aku tertarik sebuah cerita…
…Dalam bahang terik mata hari di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang, Nabi Ibrahim, menunggang unta bersama Siti Hajar. Perjalanan agak sukar, namun hal itu tidak memberi kesan kepada mereka. Yang lebih diharapkannya ialah ketabahan hati untuk meninggalkan Siti Hajar dan bayinya di bumi gersang itu.Sepanjang perjalanan, dikuatkan hatinya untuk terus bertawakal. Dia yakin, Allah tidak akan menganiaya hamba-Nya. Pasti ada hikmah di sebalik perintah itu. Selepas kira-kira enam bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah.Nabi Ibrahim memilih sebuah lembah di tengah-tengah padang pasir. Nabi Ibrahim turun dari untanya dan mengikat tali unta di sebatang pokok tamar.

Bahang sinaran matahari bukan kepalang. Tekaknya yang dari tadi kehausan, sedikit pun tidak diendahkannya. Yang difikirkannya, bagaimanakah cara memberitahu isterinya mengenai perintah Allah itu. Sepanjang perjalanan lidahnya seolah-olah kelu untuk berkata-kata.Selepas Siti Hajar diturunkan, tanpa berlengah lagi Nabi Ibrahim bersiap sedia untuk pergi. Apabila Siti Hajar melihat perlakuan suaminya, yang bergegas-gegas mahu pergi, ditariknya jubah suaminya sambil merayu-rayu:

“Wahai suamiku, apakah aku akan ditinggalkan bersama anakmu di sini?”Tanpa memandang wajah isterinya, Nabi Ibrahim hanya mampu menganggukkan kepala. “Oh… kiranya kerana dosaku menyebabkan engkau bertindak begini, ampunkanlah aku. Aku tidak sanggup ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang ini.”

Nabi Ibrahim menjawab: “Tidak wahai isteriku, bukan kerana dosamu…”

Siti Hajar bertanya lagi: “Kalau bukan kerana dosaku, bagaimana dengan anak ini… Anak ini tidak tahu apa-apa. Tergamakkah engkau meninggalkannya?” Kepiluan dan kesedihan Nabi Ibrahim, hanya Allah yang tahu. Katanya: “Tidak, bukan itu maksudku. Tapi apa dayaku… ketahuilah, ini semua adalah perintah Allah.”Apabila disebut perintah Allah, Siti Hajar terdiam. Kelu lidahnya untuk terus merayu. Terbayang olehnya penderitaan yang bakal dihadapi sendirian nanti. Dia yakin kalau tidak kerana perintah Allah, masakan sanggup suaminya meninggalkan dia serta anaknya di situ.Siti Hajar sedaya upaya menguatkan pergantungan dan pertolongan kepada Allah. Namun hatinya masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah itu? Ketika gelodak hatinya semakin memuncak, dengan rahmat Allah, disingkapkan penglihatan Siti Hajar ke suatu masa akan datang. Digambarkan tempat itu nantinya akan didatangi oleh manusia dari serata pelosok dunia, yang berduyun-duyun datang untuk membesarkan Allah.

Melihat peristiwa itu, terpujuklah hatinya. Cinta dengan Allah, dengan menegakkan agama-Nya, perlukan pengorbanan. Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti Hajar berkata kepada suaminya: “Jika benar ia adalah perintah Allah, tinggalkanlah kami di sini. Aku reda ditinggalkan.” Suara Siti Hajar mantap sambil mengesat air matanya. Ditabahkan hatinya dengan berkata: “Mengenai keselamatan kami, serahkanlah urusan itu kepada Allah. Pasti Dia akan membela kami. Masakan Dia menganiaya kami yang lemah ini.”

Siti Hajar menggenggam tangan suaminya. Kemudian dikucupnya, minta reda di atas segala perbuatannya selama mereka bersama. “Doakanlah agar datang pembelaan Allah kepada kami,” kata Siti Hajar.

Nabi Ibrahim terharu dan bersyukur. Isterinya, Siti Hajar memang wanita terpilih. Dia segera mengangkat tangannya untuk berdoa: “Ya Tuhan kami. Aku tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan. Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka daripada buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu.”

Menitis air matanya mendoakan keselamatan anak dan isteri yang dicintai. Hati suami mana yang sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang pasir tandus yang sejauh enam bulan perjalanan dari tempat tinggalnya. Namun atas keyakinan padu pada janji Allah, ditunaikan juga perintah Allah walaupun risiko yang bakal dihadapi adalah besar.

Selesai berdoa, tanpa menoleh ke arah isteri dan anaknya, Nabi Ibrahim terus meninggalkan tempat itu dengan menyerahkan mereka terus kepada Allah. Tinggallah Siti Hajar bersama anaknya yang masih merah dalam pelukannya. Diiringi pemergian suaminya dengan linangan air mata dan syukur. Ditabahkan hati untuk menerima segala kemungkinan yang berlaku.

Tidak lama selepas pemergian Nabi Ibrahim, bekalan makanan dan minuman pun habis. Air susunya juga kering sama sekali.

Anaknya Ismail menangis kehausan. Siti Hajar hampir buntu. Di mana hendak diusahakannya air di tengah padang pasir yang kering kontang itu? Sedang dia mencari-cari sumber air, dilihatnya dari jauh seperti ada air bertakung. Dia berlari ke arah sumber air itu. Tetapi apa yang dilihatnya hanyalah fatamorgana.

Namun Siti Hajar tidak berputus asa. Dari tempat lain, dia ternampak seolah-olah di tempat di mana anaknya diletakkan memancar sumber mata air. Dia pun segera berlari ke arah anaknya. Tetapi sungguh malang, yang dilihatnya adalah fatamorgana. Tanpa disedari dia berulang-alik sebanyak tujuh kali antara dua bukit, Safa dan Marwa untuk mencari sumber air. Tubuhnya keletihan berlari ke sana ke mari mencari sumber air, namun tiada tanda-tanda dia akan mendapat air. Sedangkan anak yang kehausan itu terus menangis sambil menghentak-hentakkan kakinya ke bumi. Tiba-tiba dengan rahmat Allah, sedang Siti Hajar mencari-cari air, terpancutlah air dari dalam bumi di hujung kaki anaknya Ismail. Pada waktu itu gembiranya hati Siti Hajar bukan kepalang. Dia pun mengambil air itu dan terkeluar dari mulutnya, “Zami, zami, zami..” yang bermaksud, berkumpullah, kumpullah. Seolah-olah dia berkata kepada air itu, “Berkumpullah untuk anakku.” Habis sahaja kisah tersebut aku melihat sedikit catatan Faez..
Isteriku,
Abang tak minta Sayang jadi seperti Siti Hajar kerana abang bukan selayak Saidina Ibrahim. Cukup Sayang menjadi Nur Safiya b Ibrahim yang penuh dengan kesabaran… -ez-
Air mataku menitis deras. Tiba-tiba terasa diri ni sangat berdosa. Dosa yang berat kerana meragui pengorbanan sang suami. Ampuni aku ya Allah!
Kandungan ku cukup masanya..Petang sewaktu aku habis solat asar, perit rasa perutku. Memulas-mulas. Tiba-tiba aku rasa basah. Ku sangkakan aku terkencing namun rupa-rupanya air ketuban ku pecah. Melaung aku menjerit memanggil emak. Ayah yang berada di masjid dipanggil pulang oleh anak jiran sebelah. Namun sampai di hospital aku tidak terus bersalin. Kata doctor pintu rahimku masih kecil. Ingin sahaja aku menarik rambut doctor tersebut. Berani dia katakan masa bersalinku belum tiba sedangkan aku sangat sakit. Nanti aku mengadu pada suamiku! Suami…? Ya..baru aku teringat. Saat ini aku hanya inginkan Ez. Dimanakah ez ku??? Tiba-tiba sakit tersebut hilang bila mengenangkan samada aku sempat atau tidak berjumpa dengannya. Manalah tahu…oh tuhan!

Jam 11 malam aku sakit yang teramat. Nyilu sungguh rasanya. Menjerit aku memanggil doktor. Ibu membacakan beberapa doa. Bawah pehaku di letakkan sekeping kertas mengandungi beberapa ayat. Kata ibu senang supaya aku bersalin. Aku seperti hilang arah. Mataku kabur. Dahi memecah peluh. Aku tidak ingat apa lagi…saat itu hanya tubuhku disorong masuk ke dalam bilik pembedahan. “ez..ikut Iya ez…”bisikku sebelum tubuh dan roh hilang berpisah kemana.

‘ALLAHUAKBAR…Allahuakbar…”aku buka mata perlahan-lahan. Terlihat aku susuk tubuh seorang laki memangku seorang anak kecil di tepi tingkap. Cahaya tingkap menganggu pandangan mataku. Aku biarkan. Mungkin aku berhalunasi. Membayangkan Faez mengazankan baby ku. Aku menekan locengku memanggil nurse supaya dibawa babyku. Aku kepingin untuk melihat dan membelainya.

“Sayang dah bagun…eh, kenapa dipanggil nurse? Abang kan ada..” aku tersentak. Lantas ku toleh pada bayangan tadi. Ini betul-betul bukan cobaan…! Aku mengetap bibir. Dahi ku kerut menahan sebak. Ah! Benteng air mataku pecah..Aku pegang perut ku yang terasa kempis bila melihat sekujur anak kecil dalam dakapan Faez. Maha suci Allah…Baby ku selamat. Faez selamat. AKu tidak mampu berkata apa. Hanya mengharaf Faez datang kearahku. Dan Faez seakan mengerti. Dia datang padaku dan dihulur sikecil. Aku pandang baby… Merah mukanya, kepalanya lembut, rambutnya lebat dan hitam, bibirnya merah tapi semuanya kecil. Aku peluk baby perlahan-lahan. Harum! Faez hanya senyum. Dia duduk lalu merangkul diriku dari belakang. “Thank kiu …I miss u so much n luv u so much sayangku…”ucapnya mengucup rambutku. Sekali lagi aku menangis bahagia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: