Cerpen : Melodi Rindu

Nama Pena : Hariatul Hafidzah binti Mahmad Khory

Danial masih setia di mejanya. Tugasan TITAS perlu disiapkan segera. Timbunan tugasan yang diterima pada minggu ini mengundang rasa malasnya.

Tiit.tiit… tiit.tiit.. telefon selularnya berbunyi.

” Salam. SMK Setia Jaya akan mengadakan Majlis Perjumpaan Semula sesi 94-99 pada bulan hadapan. Sebarang pertanyaan dapatlah dirujuk kepada saya”
Satu mesej dari Azrul, satu-satunya rakan sekelasnya di sekolah menengah masih dihubungi.

Seusai Penilaian Menengah Rendah, Danial berpeluang pengajiannya di sebuah sekolah berasrama penuh di utara tanah air. Hampir sedekad lamanya tidak bertemu teman sepermainan. Rasa rindu menjengah sanubarinya.

“Bagus juga. Lagipun, bulan hadapan dah start cuti.”
Danial tersenyum sendirian. Menarik laci mejanya. Mengeluarkan dompetnya dan menatap sekeping gambar yang telah sekian lama bermukim di situ.
* * * *
“Assalamualaikum.. Hari ini kita ada rakan baru . Mari Ima, perkenalkan diri kamu..”
Senyuman Pn Intan menjemput seorang gadis genit ke kelas barunya.

” Assalamualaikum kawan-kawan. Nama saya Nurul Ima Shanaz bin Zahari. Saya berasal dari Johor. Sebelum ini saya bersekolah di SMK Parit Jawa..”
Wajahnya pucat tak berdarah. Namun sepasang mata bundar itu memancarkan keberanian yang cuba diciptanya.

Ima tertunduk menahan malu. Puluhan mata yang tidak dikenali tertumpu ke arahnya. Gadis kecil itu mengangkat wajahnya perlahan-lahan. Mengawal emosi yang kurang stabil.
Senyuman manis dihadiahkan.. Sungguh manis..

” Arghh..betapa aku rindukan dia!!!”
Danial kerinduan. Detik pertama Ima Shanaz muncul dalam hidupnya terlakar kemas di kotak memorinya.

Danial tersenyum sendirian. Gambar Ima yang berada dalam simpanannya dicuri-curi tangkap ketika majlis Khatam AlQuran di sekolahnya. Ima tampak manis berbaju kurung hijau disesuaikan dengan tudung bercorak dengan warna senada. Kalau dia tahu, tentu teruk aku diamuknya.

Berkurun lama kurahsiakan
Cintaku padamu
Hanya kerna kau ratu laksana
Di singgahsanaDi tasik ini, di pohon cemara
Yang teguh meninggi
Bagai harapanku kepadamu
Sekian lama..

Lagu Rahsia Pohon Cemara sayup-sayup kedengaran di corong radio.
“Ima.. andainya kau tahu..”
Cinta pertama memang sukar dilupakan. Denial tenggelam dalam angannya. Mengimpikan munculnya seraut wajah yang dirinduinya sekian lama. Mengimbas kembali zaman kenakalannya.

“Masihkah ada pertemuan kedua buat kita Ima??”
Pertanyaan tanpa jawapan. Kesamaran tanpa sekelumit kepastian.

” Danny, apa istimewanya sangat budak tu. Kawan kau dari zaman tok kadok lagi. Dah lama tak pernah jumpa pulak tu. Entah-entah dia dah kahwin pun. Si Intan tu bukannya tak cun. Satu kelas tau dia memang syok giler kat kau.. aku terserempak dengan dia kat pasar malam tadi. Sempat lagi die kirim salam kat kau. Eee, sabar je laa.. Kenapalah dia tak minat kat aku..”

Bebelan Firas menyinggahi pelupuk telinga. Lahiriahnya, Intan memang cantik. Malah Danial sepatutnya berbangga kerana gadis yang meminatinya itu digilai ramai. Andai dia menerima , sudah tentu dia menjadi terkenal malah jejaka-jejaka ‘gantang’ yang lain pasti mencemburuinya. Denial ketawa kecil.

” Kalau kau nak, pikatlah dia. Kena caranya , mungkin dia terima kau. Jangan risau, aku tak kacau line. Cukuplah cinta Ima Shanaz sahaja yang memenuhi ruang hati aku ni, Firas. Aku dah tak mahu mencari yang lain..”

” Yakin je kau ni. Kalau dia dah kahwin macam mana? Kau tak fikir ke semua tu?”
Firas pesimis. Denial terlalu obsess dengan cinta pertamanya. Itu sahaja yang dapat dijelaskan tentang teman baiknya itu.

” Segalanya bukan urusan kita , Fir. Sekarang , aku bercinta dengan buku-buku dan tugasan kita yang bertimbun ni. Lepas dah dapat ijazah nanti , baru aku nak fikirkan semua ni. Yang penting sekarang, aku nak belajar betul-betul , nak balas jasa mak ayah aku. Mereka dah banyak berkorban untuk aku. Tentang Ima , aku tak terlalu mengharap. Cukuplah engkau tahu, sedari aku kenal dia, hingga saat ini , hati aku yakin bahawa kami memang ditakdirkan untuk bersama. Cuma belum sampai waktunya.”

Denial tersenyum menatap wajah gadisnya. Biarpun hanya sekeping gambar usang , gambar itu cukup disayanginya. Satu-satunya gambar Ima dalam simpanannya. Melakar sebuah impian yang tak pasti.. mendamba secebis kenangan nan sunyi.

” Assalamualaikum wbt. Maaf kerana mengganggu masa kalian. Terus kepada agenda utama perjumpaan kita. Pagi tadi, Pn Rahayu telah menghubungi saya dan memaklumkan tentang kunjungan pelajar UKM ke kolej kita. InsyaAllah pada minggu hadapan. Saya harap semua MPP dapat memberi kerjasama agar kita dapat memberi layanan terbaik kepada mereka.”

Danial mengangguk lemah. Tugasan-tugasan yang terbengkalai di kamarnya bermain-main di mata. Walau bagaimanapun, tugas tetap tugas. Amanah yang dipertanggungjawabkan harus dipikul sebaik mungkin.
” Orang yang bersabar, pasti akan beroleh kejayaan biarpun bertangguh.”
Kata-kata keramat ayahanda tercinta yang tertekap kemas di dadanya.

Denial menatap secarik kertas yang diberi padanya. Tertera nombor MPP UKM yang perlu dihubungi untuk bahagian sambutan. NURUL.. Berkomunikasi dengan wanita adalah masalah besar baginya.

“Salam saudari Nurul.. Saya Danial dari USM. Bagaimana dengan urusan program rehlah ilmiah ke USM. Perlukan sebarang bantuan? “

Ringkas mesej yang dikirim. Nurul Ima Shanaz tersenyum.

” Salam.. Terima kasih atas perhatian saudara. Setakat ini, alhamdulillah , tidak ada masalah. InsyaAllah , saya akan hubungi saudara jika perlukan bantuan..”

Tenang Ima mengirimkan balasan pesanan ringkas yang diterima. DANIAL.. namanya seperti??….
” Argh, aku terlalu melayan jiwa remajaku. Masih ada banyak Danial di Malaysia ni. Tapi, aku ingin sangat bertemu dengan dia…”
Ima tenggelam dalam kenangan silamnya. Detik-detik manis di alam persekolahan. Zaman kanak-kanak yang penuh keindahan.

Teringat pesanan Kak Wardah dalam usrahnya minggu lepas ;
“Jangan menjadi wanita akhir zaman yang menyumbang kepada kelalaian lelaki “

Ya Allah ,
Kau tetapkan imanku..
Kau berilah padaku kekuatan..
Agarku bisa menempuh dugaan yang mendatang

Ya Muqallibal Qulub
Kau tenangkanlah hatiku dengan cintaMu
Kau rindukanlah aku akan kasih sayangMu
Hanya Kau yang kudamba satu-satunya

Ya Ghafiruzzanbi
Kau berilah keampunan pada jiwaku
Yang masih berkrisis
Lantaran fitnah hati yang bertandang

Sesungguhnya,
Jiwa kotor ini..
Masih merindui cinta insani
Yang pernah menjengah hidupnya suatu ketika dahulu

Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui akan sesuatu..

Ya Allah Ya Tuhanku
Ar-Rahman wa Ar-Rahiim..
Andai wujud cinta insani buatku..
Izinkan ia hadir dari insan yang mencintaiMu

Kudambakan cintaMu
Kuimpikan berdampingan denganMu
Kurindukan pertemuan denganMu

Amin Ya Rabbal Alamin

“Ima , anti ok x ? Masih ingatkan dia ? Banyakkan zikir pada Allah , muraqabatillah.. Moga anti bertemu ketenangan yang dicari “
” Terima kasih Huda.”
Tubuh Huda dipeluk erat. Rakan sebiliknya sejak semester pertama.. Sahabat terbaiknya di situ. Huda tahu tentang Danial. Seseorang yang sangat istimewa kepada sahabatnya itu.
“Kalau dia jodoh anti , kalian pasti bertemu kembali. Kalau tidak di dunia , di syurga nanti.”

“Danial.. sungguh bertuah dirimu.. dicintai insan seistimewa Nurul Ima Shanaz. Aku harap kau tidak akan sia-siakannya.”

Sepasang mata milik Huda bergenang. Dia mengagumi kesetiaan temannya itu. Biarpun dirinya menjadi siulan rakan sekampus , namun cintanya tetap utuh. Jauh di sudut hatinya, dia ingin mengenali insan yang bergelar Danial. Ingin mengkhabarkan peri cintanya Ima padanya.

” Macam mana persiapan ke USM ? Urusan Ima , bagaimana persiapan ke USM ? Semuanya ok ? Lusa kan kita ke sana ? “
Huda melontarkan soalan. Memecah keheningan suasana.

” Setakat ni , alhamdulillah. Semua urusan dah selesai. Pukul 8 kita kena ada kat depan blok tau. Em , pagi esok ana kena hubungi Danial untuk maklumkan kedatangan kita. Tak lah mereka tertunggu-tunggu nanti. “
Ima menjelaskan dengan tenang.melindungi resah hatinya yang berbolak-balik dari semalam. Mimpi yang bertandang dalam tidurnya benar-benar menggugat ketenteraman jiwanya. Dipatuk ular ??
“Kata orang tua-tua , alamat dah nak kahwin . Boleh percaya ke ? Aku belum bersedia.. lagipun Danial…….”
“Arghh.. Banyak perkara lagi yang perlu diuruskan. Apa yang pasti aku tetap yakin akan janjiNya. Wanita yang baik pasangannya lelaki yang baik. Kudamba RedhaMu Ilahi.Kutagih janjiMu Ya Rabbi.. “
* * * *
” Assalamualaikum. Rombongan Rehlah Ilmiah UKM akan tiba di USM 1 jam dari sekarang. Syukran. Wassalam “
Ringkas mesej yang diterima. Danial berdebar-debar. Debaran yang luar biasa. Sudah tiga hari dia didatangi mimpi aneh. Kelibat seseorang. Seorang wanita persis wajah yang dirinduinya.
” ‘alaiki salam. Ahlan wasahlan ila USM. =).”

Barisan MPP USM berkumpul di perkarangan astaka. Rombongan UKM baru memasuki pintu utama kampus. Jalinan silaturrahim yang terjalin antara dua IPTA tersohor tanah air akan lebih berwarna-warni. Perkongsian ilmiah , pertukaran budaya dan percambahan kenalan. Itulah yang akan berlaku.

“Assalamualaikum. Anti Nurul ? Nurul Ima Shanaz bin Zahari ?”
Lancar mulut Danial menitip bicara sebaik sahaja melihat kelibat insan yang mendatangi mimpinya. Wajah yang tak pernah luput dari ingatannya. Yang kininya tampak ayu dan begitu terjaga.
Ima kaget. Insan itu dikenalinya. Padangannya ditundukkan. Butiran manik-manik jernih menyapa pipi mulusnya. Hatinya berzikir. Menginsafi kebesaran Yang Esa. Betapa hebatnya percaturan Allah dalam kehidupan hambaNya.
” Ima Shanaz , sudikah saudari menjadi sayap kiri perjuangan saya. Memurnikan jalinan yang bakal terjalin dengan ikatan yang jauh lebih mulia. Sudilah saudari menjadi isteriku..”
Danial tidak teragak-agak mengungkap kata. Saatnya telah tiba. Mawar yang dirinduinya telah hadir di depan mata dan dia tidak sanggup kehilangannya lagi. Dan yang lebih utama , dia bersedia untuk membuka satu lembaran baru dalam hidupnya.

“Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99disimpan disisiNya,hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia.. dengan kasih sayang itulah makhluk saling berkasih sayang.. saat ini , sinar kasih itu telah menyapa hatiku.. “

Hanya kiriman mesej dikirimkan menggantikan kekeluan lidahnya. Kecintaannya pada Yang Satu makin berbunga.

Kudamba RedhaMu Ilahi.CINTA ALLAH tak mengecewakan. Cinta yang sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: