Cerpen : Natijah Dendam

Nama Pena : batu jalanan

“aku terima nikahnya Nurarizah Binti Muhammad Yunus dengan mas kawin 80 ringgit tunai” lafaz Firdaus dengan sekali nafas.

Kini sahlah Nurarizah menjadi isteri yang halal bagi diri Firdaus. Senyuman penuh kegembiraan terukir di bibir Firdaus apabila mengenangkan cita-citanya untuk menikahi wanita yang di cintainya tercapai begitu juga dengan perasaan Iza.

Ketika bersalaman dengan suami yang baru di nikahi Iza, setitis air matanya jatuh ke tapak tangan Firdaus. Pilu terasa di dalam hati Iza apabila cita-citanya tercapai jua walau jiwanya merana.

Ketika tiba masa untuk bersalam dengan ibu mentuanya, terasa kedinginan yang terpancar di wajah mak Firdaus.

“Assalamualaikum, mak” kata Iza sopan. Belum sempat Iza mahu mencium tangan ibu mentuanya, ibu mentuanya telah terlebih dulu melarikan tangannya.
“kau jangan ingat kau dah kawin dengan anak aku, aku akan terima kau sebagai menantu” marah mak Firdaus kepada Iza.
“saya tahu tu mak, saya tahu” desis hati Iza sambil melemparkan senyuman kepada ibu mentuanya. Firdaus yang berdiri tidak jauh dari Iza di tatap sayu.

***

“masuklah” kata Firdaus kepada Iza.
Rumah banglo yang tersegam indah di tatap lama oleh Iza. Kini dia terpaksa tinggal bersama dengan ibu mentuanya yang benci akan dirinya yang tidak standart dengan hidup mereka. Namun bagi Iza, dia tidak kisah semua itu baginya ini adalah peluang keemasan untuk dia merosakkan keluarga ini.
“ni bilik kita. Awak masuklah dulu nanti saya datang” kata Firdaus sambil mengangkat beg mereka masuk ke bilik.
“wah, besarnya” desis hati Iza sambil menyentuh lembut selimut yang tersedia di katil itu.

Selepas sembahyang isyak di surau, Firdaus terus pulang ke rumahnya. Sebelum masuk ke biliknya, dia memberi salam terlebih dahulu sebagai tanda hormat kepada isterinya sebelum membuka tirai perkahwinan mereka.

“assalamualaikum, isteriku” kata Firdaus lembut.
“waalaikumussalam” jawap Iza

Firdaus menghampiri rapat isterinya lalu mengusap lembut rambut isterinya sambil membaca beberapa surah seperti yang perlu di buat oleh setiap suami kepada isteri yang baru di nikahinya. Setelah itu Firdaus mencium lembut kepala isterinya namun belum sempat Firdaus mencium pipi isterinya, Iza terlebih dahulu mengelak.

“maaf” sepatah saja perkataan yang keluar dari mulut Iza.
“tak apa. Saya faham” kata Firdaus sambil tersenyum melihat isterinya.
Iza kemudiannya bangun dan menggambil bantal serta selimut di dalam almari lalu baring di lantai.
“eh,kenapa awak baring kat bawah?” soal Firdaus hairan
“saya tak biasa tidur kat atas” kata Iza dalih
“tapi bawah tak selesa. Nanti awak sakit belakang lak. Siapa yang susah? Saya juga” kata Firdaus cuba menceriakan suasana.
“saya dah biasa. Lagipun saya tidur atas kapet. Selesa sangat” kata Iza pula
“ok…tapi kalau awak sakit belakang jangan salahkan saya” kata Firdaus sambil baring di atas katil

***
“eh,kenapa badan aku terasa hangat je ni?” soal Iza dalam hati apabila dia terjaga dari tidurnya yang lena.
Setelah membuka matanya, dia terkejut melihat Firdaus sedang baring di sebelahnya sambil memeluk erat tubuhnya.
“ahhh” jerit Iza lalu menolak badan Firdaus.
“aduh” kata Firdaus apabila kepalanya terhantuk di kaki katil
“kenapa awak tolak saya ni?” soal Firdaus buat-buat tidak faham
“saya nak kejutkan awak, bangun, solat” kata Iza tanpa memberitahu sebab sebenar dia menolak Firdaus.

Setelah solat subuh, mereka pun turun untuk bersarapan bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain. Melihat saja mak Firdaus yang telah sedia menanti mereka, Iza sepantas kilat menggenggam tangan Firdaus sambil berpura-pura kelihat mesra.

“hai, tak kan baru je kawin dah tak ingat family yang duk tercongot kat sini?” perli mak Firdaus.
“assalamualaikum, mak. Maaf tadi terlambat bangun. Abang Us nilah” kata Iza sambil mencubit lembut badan Firdaus.
“eh,apa pula saya?” kata Firdaus tersenyum sambil menggosok badannya yang di cubit Iza.
Mak Firdaus yang memerhatikan tingkah-laku mereka hanya menjeling tajam perilaku mereka. Ingin marah namun anak kesayangannya, Firdaus ada di hadapannya.
“along, nanti ambil angah kat airport. Dia balik hari ni” pinta mak Firdaus
“baiklah mak” kata Firdaus ringkas

***

Di dalam kereta, Firdaus dan Iza lebih banyak mendiamkan diri. Sepatah yang di tanya Firdaus, sepatah jugalah Iza menjawab.

“hai, along” sapa seorang pemuda dari jauh
“hai, angah” kata Firdaus sambil memeluk adiknya.
Asryaf yang terperanjat melihat Iza di sebelah abangnya, memandang Iza lama kerana ingin mencari kepastian bahawa Iza di depannya adalah Iza yang sama yang di kenalinya dulu.
“along. Siapa ni?” soal Asryaf hairan
“isteri abang. Nurarizah namanya” jawap Firdaus sambil tersenyum memandang Iza yang berdiri terpaku melihat Asryaf.

***

“abang nak pergi kerja ni. Sayang bantulah apa yang patut kat rumah” kata Firdaus sambil memakai kasut.
“sayang? Abang? Apa kena dengan suami aku ni?” soal Iza dalam hati yang hairan dengan panggilan baru mereka.
“baiklah. Errr,abang” kata Iza ragu-ragu lalu bersalam dengan Firdaus
Firdaus yang ingin menguncup pipi Iza dihalang Iza kerana dia tidak sanggup menerima ciuman dari seseorang yang tak di cintainya.

Setelah Firdaus hilang dari pandangan matanya, dia pun berlalu masuk ke rumah. Belum sempat Iza naik ke tangga untuk ke biliknya, dia ternampak Asryaf berdiri sambil memandang tajam ke arahnya. Iza yang perasan akan kelakuan Asryaf hanya tersenyum sinis sambil meneruskan langkah ke biliknya.

***

“hoi, keluar. Apa kau ingat kau duduk kat dalam rumah ni kau boleh jadi permaisuri? Cepat! pergi buat kerja” marah mak Firdaus dari luar bilik Iza.
Iza yang baru sahaja mengemas biliknya hanya menurut perintah ibu mentuanya.
“tak apa. Hari ni, hari mak. Esok lusa hari saya pula” desis hati Iza.

Seharian Iza mengemas rumah banglo yang besar itu dari luar hinggalah ke dalam rumah. Asryaf pula hanya memerhatikan saja Iza membuat kerja, tidak langsung terniat di hatinya untuk menolong Iza malah di sepahkan lagi tempat yang perlu Iza bersihkan.

“pin,pin” kedengaran bunyi kereta Firdaus di luar rumah. Iza yang sedang menyiapkan makanan, cepat-cepat membersihkan dirinya. Tidak mahu Firdaus melihatnya dalam keadaan selekeh.

“assalamualaikum. Macam mana isteri abang hari ni?” soal Firdaus ramah.
“waalaikummussalam. Macam biasa je. A…bang nak makan? Saya dah sediakan” tanya Iza sambil mengambil beg kerja Firdaus
“oh,patutlah bau sedap je kat luar tadi. Tak apalah abang nak mandi dulu” kata Firdaus lalu naik ke atas bersama dengan Iza.

Ketika di meja makan, Firdaus mula bersuara.

“angah dah dapat ke kerja kat sini?” soal Firdaus kepada adiknya
“belum” jawap Asryaf ringkas
“baguslah macam tu. Tadi Iza cadangkan along untuk bagi angah kerja kat tempat abang. Tak payah angah susah-susah nak cari kerja dah” kata Firdaus
Asryaf yang tidak suka dengan cadangan itu hanya memandang tajam ke arah Iza yang duduk di sebelah abangnya. Iza yang perasan dengan kelakuan Asryaf hanya meneruskan suapannya.
“eloklah macam tu. Lagipun itu syarikat arwah bapa angah juga. Bolehlah kamu berdua uruskan bersama-sama” sokong mak Firdaus
“tapi…” kata Asryaf tersekat apabila terlihat senyuman penuh sinis yang dilemparkan Iza kepadanya.
“tapi kenapa?” soal Iza pura-pura prihatin
“tak ada apa-apa”marah Asryaf dalam hati

Ketika Iza sedang asyik membaca buku di anjung rumah, tiba-tiba lengannya di tarik kasar ke belakang rumah.

“awak nak apa ni?” soal Iza marah setelah tangannya di lepaskan
” kau ni kenapa ha? Sesedap rasa kau je nak aturkan hidup aku” marah Asryaf
“eh,oklah. Kalau awak duduk kat rumah pun bukannya awak buat apa-apa. BUAYA TROPICAL” bidas Iza pula
“owh,kau masih ingat rupanya nama aku. Ingatkan kau dah lupa” sindir Asryaf
“aku tak akan lupa dan aku tak mungkin lupa. Lebih-lebih lagi apa yang cuba kau buat pada aku dulu”marah Iza
“heh, relax. Aku tak sempat pun nak buat apa-apa kat kau sebab budak tak guna tu” kata Asryaf marah
“bukan dia yang tak guna tapi kau” kata Iza sambil menolak badan Asryaf dan terus pergi dari situ.
“kau ingat Iza, kalau dulu mungkin budak si Ewan tu ada bersama kau tapi tidak sekarang. Kau sendirian, sendirian di rumah ni dan aku boleh buat apa-apa saja yang aku suka” kata Asryaf mengugut.

***

Telah 2 minggu Iza tinggal di rumah itu. Setiap hari pasti sahaja dia didera membuat kerja itu dan ini dan sepanjang tempoh itu jugalah dia terpaksa hidup dalam keluarga yang sangat dia benci. Sehinggakan satu hari baru dia sedar akan misinya yang tertangguh selama dia hidup di rumah itu.

“kring,kring” telefon bimbit Iza berbunyi minta di angkat. Melihat nama si pemanggil, hatinya berbunga riang.
“assalamualaikum. Hai,lama tak dengar khabar. Kau apa cerita sekarang ni?” soal Iza kepada si pemanggil.
“waalaikumussalam. Aku biasa-biasa je. Eh, ni aku nak tanya sikit, kau bila nak datang pejabat? Bos dah mula rindu kat kau tu. Susahlah kerja kalau kau tak ada” rungut Syakirah.
“kau cakap jelah kat bos. Lepas habis cuti nanti aku masuklah pejabat. Bukan lama pun” cadang Iza.
“aku tahulah tak lama lagi kau habis cuti tapi pejabat ni dah tunggang-langgang bila kau tak ada” rungut Syakirah lagi.
“em,tengoklah macam mana” kata Iza antara dengar dan tidak
“Iza…dia dah pergi dah pun. Tak baik kalau kau teruskan cadangan kau tu” pelahan saja suara Syakirah apabila mengubah topik yang lebih sensitif.
“kau cakap senang Syakirah tapi hati aku yang tanggung. Jiwa aku yang parah, bukan kau, bukan keluarga ni” kata Iza sebak
“entahlah Iza, aku dah tak tahu nak cakap apa. Aku doakan yang kau gembira dengan apa yang kau buat sekarang ni. Aku tak nak kau menyesal di kemudian hari” kata Syakirah mengingat.
“apa yang paling aku sesal ialah bila dendam ku tidak terbalas. Aku nak mereka rasa apa yang aku rasa” kata Iza lagi
“tak apalah. Assalamualaikum” kata Syakirah ingin menutup perbualan
“waalaikumussalam. Jangan lupa kirim salam kat semua kawan-kawan pejabat kita” pinta Iza
“InsyaAllah” kata Syakirah lalu memutuskan talian

Iza yang tidak dapat lagi menahan air matanya, menangis di hujung katil sambil menekup mukanya ke bantal supaya tiada siapa yang dengar suara tangisannya.

***

“pang” kedengaran bunyi pinggan pecah di dapur.
Sepantas itu jugalah ibu mentua Iza berlari ke dapur. Melihat saja pinggan kaca miliknya telah di pecahkan Iza, dia terus meluru ke arah Iza untuk menamparnya. Namun belum sempat tangan ibu mentua Iza singgah di pipi Iza, Iza terlebih dulu menahannya. Marah dengan tindakkan Iza, tangan sebelahnya pula di hayunkan namun sempat di tahan Iza.

“kenapa mak benci sangat dengan saya” soal Iza sopan
“benci? Ha, memang aku benci kau. Berapa banyak lagi duit yang kau nak kikis dari anak aku?” soal mak Firdaus nyaring
“duit? Itu ke yang mak fikir selama ni?” soal Iza atas soalan mak Firdaus
“habis tu apa yang kau nak? Harta? Ha..nasib baik kau mandul,jika tidak..” sindir mak Firdaus
“mandul? Maksud mak?” soal Iza hairan
“aku tahu selama ni korang tak pernah pun tidur bersama” sinis sekali ayat yang keluar dari mulut mak Firdaus
“dari mana mak tahu?” soal Iza lagi.
“dari anak akulah. Katanya kau tak pernah bagi dia sentuh tubuh kau dan apa lagi sebabnya kalau bukan mandul. Ha,nasib baik kau mandul. Sekurang-kurangnya keturunan aku bukanlah dari keluarga kau. Boleh juga aku kahwinkan anak aku dengan perempuan yang sama darjat dengan aku” sindir mak Firdaus lagi
Pelahan-lahan tangan mak Firdaus dilepaskan.
“mandul? Tak nak anak? Hem…” desis hati Iza sambil merancang agenda dendamnya.

***

Ketika Iza sedang mandi untuk membersihkan dirinya, kedengaran bunyi bising di luar. Tidak sempat untuk memakai baju, Iza hanya memakai tuala untuk menutup tubuhnya.

“apa yang abang bising-bising ni?” soal Iza hairan melihat suaminya terlonjat-lonjat di atas katil.
“lipas. Lipas kat kaki sayang” kata Firdaus cemas
Mendengar saja perkataa lipas, Iza turut melompat naik ke atas katil. Tanpa dia sedari, Iza tertarik baju melayu Firdaus lalu mereka terjatuh di atas katil yang empuk. Badan Firdaus menidih badan Iza, lama sekali mata mereka bertaut dan sedikit demi sedikit bibir Firdaus mendekati bibir Iza. Setitis air mata Iza jatuh dari kelopak matanya namun Firdaus tidak perasan akannya. Walaupun hatinya menjadi lebih parah namun demi dendam dia terpaksa melakukannya juga.

***

“tak guna” marah mak Firdaus setelah menampar Iza
Iza yang sedang memegang cerek yang panas tidak dapat mengelak tamparan dari ibu mentuanya,.
“perempuan murahan” marah mak Firdaus lagi.
Mendidih api amarah Iza apabila dia dituduh sebegitu, sudahlah kesan sakit akibat tamparan tadi tidak hilang lagi kini dia di gelar pula perempuan murahan.

Akibat tidak dapat menahan marahnya lagi, Iza dengan sengaja melepaskan cerek yang panas lalu terkena kaki ibu mentuanya. Ibu mentuanya yang marah dengan tindakkan Iza terus sahaja menyambar pisau yang berdekatan lalu menghalakannya kea rah Iza. Iza yang terperanjat melihat reaksi ibu mentuanya terus berlari keluar dari dapur.

Maka berlakulah adegan kerja mengejar antara ibu mentua dengan menantu. Iza ke kiri, ibu mentuanya ke kiri bila Iza ke kanan, ibu mentuanya ke kanan.

Namun malang tidak berbau, ketika di tangga mak Firdaus tiba-tiba sahaja terkelincir lalu terjatuh. Melihat saja keadaan ibu mentuanya yang tidak sedarkan diri, Iza terus sahaja menelefon ambulans. Darah yang keluar dari perut ibu mentuanya akibat terhunus pisau tadi membuatkan Iza tergamam sebentar. Memori penyebab dia jadi begini bermain satu persatu di dalam kotak fikirannya sehinggakan terasa tubuhnya lemah untuk berdiri lalu dia jatuh terduduk dan tanpa dia sedari air matanya mengalir keluar walau tiada tangisan dari mulutnya.

***

“Iza, mak macam mana?” soal Firdaus cemas
“tak tahu. Mak masih ada kat dalam” pelahan saja suara Iza
“macam mana mak boleh jadi begini?” soal Firdaus lagi
“abang tahukan mak tak suka Iza kahwin dengan abang dari dulu lagi tapi abang kata tak apa. Abang lihatlah, hari ni mak tiba-tiba sahaja serang Iza dengan pisau. Tak pasal-pasal pisau tu sendiri yang tikam mak” kata Iza sambil berpura-pura menangis
“sayang..” pelahan saja suara Firdaus. “abang minta maaf. Abang janji semua ni tak akan berlaku lagi” kata Firdaus sambil memeluk isterinya.

***

Sejak peristiwa tempoh hari, hidup Iza terasa sedikit aman. Tiada siapa mahu memarahinya dan tiada siapa yang mahu memerintahnya sejak ibu mentuanya di sahkan lumpuh sebelah badan. Walaupun begitu, Iza tidaklah bersenang-lenang di rumah itu. Apa yang boleh dia bantu,dia bantu mengikut kemampuannya tanpa di paksa.

Sedang Iza menggosok baju kerjanya, Syasha anak bongsu dalam keluarga Firdaus datang menghampirinya.

“hai Syasha tak tidur lagi ke?” soal Iza.
“belum. Akak nak tanya sikit boleh?” soal Syasha ragu-ragu
“tanyalah. Apa benda?” jawap Iza ringkas
“betul ke akak kahwin dengan abang long sebab harta?” bicara Syasha terus terang
“dari mana Syasha dengar semua ni?” soal Iza atas soalan Syasha
“dari mama” kata Syasha
Iza hanya terdiam mendengar perkataan mama yang keluar dari mulut Syasha. Dia sedikit terkilan dengan sikap ibu mentuanya yang tak habis-habis memandangnya sebagai orang yang tamakkan harta walaupun dalam keadaan maut hampir menjemputnya.
“jadi betullah akak kawin dengan abang long sebab harta dan betullah akak ni perempuan murahan yang mak selalu sebut-sebutkan”
“cukup! Pergi dari sini” marah Iza sambil jarinya menuding ke arah luar bilik
“bohsia” kata Syasha perlahan namun dapat ditangkap oleh pendengaran Iza.

***

Setelah bersalaman dengan Firdaus yang menghantarnya ke pejabat, Iza terus sahaja ke meja Syakirah.

“Assalamulaikum. Eh, mana nombor telefon mafia tu?” soal Iza garang
“kau nak buat apa dengan nombor mereka?” soal Syakirah hairan
“bukan urusan kau. Cepat bagi” ugut Iza
Dalam keterpaksaan Syakirah menghulurkan juga kad telefon mafia yang di maksudkan Iza itu.
“kau jangan main-main dengan mereka. Mereka tu bukanlah calang-calang orang” kata Syakirah mengingat
“aku tahulah. Kau tak payah risau” kata Iza apabila melihat muka kawannya yang risau dengan kelakuan Iza.

Duduk saja di tempatnya, Iza terus mendail nombor yang tertera di kad itu.
“hello”

“ya. Saya ada kerja sikit nak bagi kau”

“baiklah. Kita jumpa nanti” kata Iza lalu menamatkan panggilan

***

Telah beberapa bulan berlalu. Sedikit demi sedikit rancangan Iza semakin berjaya. Sehinggakan pada suatu hari ketika Iza sedang asyik memasak, Asryaf menghampiri Iza.

“eh,abang dah balik. Tak dengar salam pun” kata Iza apabila terasa pinggangnya di peluk erat.
Iza yang pelik apabila tiada ucapan balas dari suaminya malah terasa badannya dicium rakus terus memalingkan badannya.
“kau” jerit Iza lalu menolak badan Asryaf
“kenapa sayang?” soal Asryaf sinis
“pergi dari sini. Jangan dekat dengan aku” marah Iza sambil cuba menjauhkan diri dari Asryaf
“kenapa? Awak nak duit? Saya boleh bagi. Cakap je berapa” kata Asryaf sambil mengejar Iza.
“duit?” desis hati Iza marah. Tanpa dia sedari kakinya tersandung di kaki kerusi lalu kepalanya terhentak ke meja.
Dia yang tidak sempat bangun,terus di terpa Asryaf. Akibat masih pening dengan hentakkan tadi, dia tidak dapat melawan apabila Asryaf mengoyakkan bajunya. Belum sempat Asryaf membuka seluarnya, satu tumbukan tepat mengena mukanya.
“kurang ajar” marah Firdaus
“kau tahu tak dia kakak ipar kau sendiri?” soal Firdaus nyaring
“maaf bang. Maaf” pinta Asryaf apabila badannya semakin lemah akibat menerima tumbukkan bertubi-tubi dari abang longnya.
“tak guna. Anak beranak sama je” desis hati Iza
Firdaus kemudiannya menyarungkan baju kemejanya ke badan Iza sebelum membawanya ke bilik.

Pada keesokkan hari,Asryaf di tangkap atas tuduhan cubaan merogol. Maka bertambah sakit hati ibu mentua Iza terhadap Iza. Pelbagai sumpah seranah di lemparkan kepada Iza namun tiada siapa yang dengar.

***

“hello” kata Iza kepada si pemanggil

“mulakan rancangan malam ni juga” kata Iza lalu menamatkan perbualan.

Pelahan-lahan Iza masuk ke biliknya dan kemudian dia mematikan telefon suaminya. Ketika Firdaus keluar dari bilik air, kelihatan Iza sedang duduk di atas katil menunggunya sambil mengenakan pakaian tidur yang nipis. Iza kemudiannya menghampiri rapat Firdaus yang baru sahaja selesai mandi. Firdaus yang tidak mengetahui agenda sebenar Iza terus memeluk tubuh isterinya lalu di baringkan di atas katil. Sekali lagi, luka di hati Iza menjadi parah kerana dendam dia sanggup melakukannya.

Pada masa yang sama.

“mana abang ni? Kenapa dia off telefon?” desis hati Syasha yang kelihatan cemas
“awak nak lari ke mana lagi?” soal pemuda yang tiba-tiba sahaja muncul di hadapan Syasha.
“plz. Jangan buat saya begini. Tolong”rayu Syasha.
“awak pernah kata yang awak cintakan sayakan? Jangan risau,kita main ringan-ringan je” kata pemuda itu sambil menghampiri Syasha rapat.
“abang!” jerit Syasha kuat.

Keesokkan harinya, kelihatan Syasha terbaring lemah di hadapan pintu rumah. Firdaus yang terkejut melihat adiknya terkulai layu terus menggangkatnya masuk ke rumah. Sedikit percikkan air ke muka Syasha dapat menyedarkannya. Namun peristiwa semalam, sukar untuk dia lupakan. Telah beberapa hari,tidur Syasha tidak pernah tenteram.

***

“kring,kring” telefon di ruang tamu berbunyi. Hendak atau tidak terpaksa Iza menggangkatnya kerana hanya dia yang paling hampir di situ.

“hello” kata si pemanggil
“siapa di sana?” soal Iza
“kau tak perlu tahu aku siapa”
“apa yang kau nak” soal Iza hairan dengan sikap si pemanggil
“aku nak ingatkan bahawa segala rancangan kau telah pun aku ketahui”
“cis” marah Iza sambil menghentak kasar telefonnya.

“aku perlu selesaikan hari ni juga rancanganku. Ya.hari ni sebelum lebih banyak lagi orang yang tahu” bicara Iza dalam hati.

Dia kemudiannya pergi ke bilik ibu mentuanya, dengan pelahan-lahan dia membuka pintu bilik itu.

“assalamualaikum mak” kata Iza sopan sambil menutup pintu bilik itu
“keluar. Keluar” marah mak Firdaus tidak berapa jelas
“kenapa mak benci sangat dengan saya? Oh, ya..sebab duit bukan? Ya Allah, mak.. Pada saat macam ni pun mak masih ingat saya nak duit mak ke?” soal Iza sindir
“mak. Mak tak sedar ke kedatangan saya ke rumah NERAKA ni hanya di sebabkan satu sebab” kata Iza sambil menekankan ayat neraka.
“mak ingat Ewan? Muhammad Shah Ewan. Pembunuh suami mak” kata Iza lagi
“kalau mak nak tahu..dialah tunang Iza. Kekasih dunia dan akhirat Iza tapi…mak kejam! Kejam! Mak sengaja upah pembunuh untuk bunuh dia semata-mata untuk menuntut bela” kata Iza sambil menahan air matanya.
Dia kemudiannya berjalan ke belakang katil ibu mentuanya lalu berdiri di tingkap berdekatan.
“mak. Mak nak tahu sesuatu tak? Iza dah mengandungkan cucu mak. Tak lama lagi, mak akan dapat keturunan dari seorang tunang pembunuh” kata Iza bohong sambil mengusap lembut perutnya.

Tiba-tiba sahaja, badan mak Firdaus tersentak seperti terkena angin amar. Iza yang terperanjat dengan keadaan mak mentuanya segera berlari untuk menelefon ambulans namun tidak sempat ambulans datang ke rumahnya. Ibu mentuanya terlebih dahulu pergi menyahut panggilan Ilahi. Iza yang terkilan dengan peristiwa yang baru berlaku sebentar tadi tidak menyangka niatnya untuk menceritakan hal sebenar kenapa dia masuk ke dalam keluarga ini dan kemudian terus pergi selama-lamanya menjadi perkara yang sebaliknya.

Telah sebulan berlalu sejak kematian ibu mentuanya, kini tiada apa-apa lagi yang Iza boleh buat di rumah itu lalu dia balik ke kampungnya setelah mendapat kebenaran suaminya. Namun kepulangannya ke kampung mengambil masa yang lama sehinggakan Firdaus terpaksa menjemputnya. Alangkah terperanjatnya hati Firdaus apabila sampai sahaja di kampung Iza, maknya memberitahu yang dia tidak pernah balik ke sini.

“mak tahu ke mana Iza pergi?” soal Firdaus kepada ibu mentuanya
“entahlah Us. Rasanya Iza ke kampung bekas tunangnya, Ewan” jawap mak Iza jujur
“Ewan?” soal Firdaus terperanjat
“adakah Ewan yang di maksudkan mak Iza adalah orang yang sama yang membunuh bapa ku?” soal Firdaus dalam hati.

***

4 tahun berlalu. Kini Firdaus membina hidup baru tanpa bantuan sesiapa. Walaupun terasa kehilangan isteri tercintanya namun kerana keazaman yang kuat bahawa mereka akan bertemu jua suatu hari nanti membuatkan Firdaus tabah melalui hidupnya yang kian malap dari hari ke hari.

“maaf pak cik” kata budak lelaki comel apabila tertumpahkan air minumannya yang terkena seluar Firdaus
“tak apa” kata Firdaus ramah
“Ikhwan buat apa tu?” soal wanita yang tiba-tiba sahaja muncul di celah-celah orang ramai
Firdaus kemudiannya memalingkan muka ke arah wanita itu. Seketika mereka terperanjat, setelah hampir 5 tahun tidak bersua muka akhirnya mereka di takdirkan berjumpa dalam keadaan yang tak mereka sangkakan.
“Iza” sepatah saja kata yang keluar dari mulut Firdaus
“Ikhwan, mari sini. Jom balik” kata Iza sambil menarik lembut tangan Ikhwan
“tunggu sekejap, Iza” kata Firdaus sambil menarik tangan Iza
Tanpa memandang wajah Firdaus, Iza hanya berdiri kaku di situ.
“kenapa sayang lari dari abang? Siapa Ewan? Dia ke pembunuh ayah abang dulu?” soal Firdaus bertubi-tubi
“jadi abang pun tuduh Ewan pembunuh?” soal Iza marah
“jika tidak sayang ceritalah pada abang apa yang berlaku sebenarnya” pinta Firdaus

Ketika di kedai makan, Ikhwan memandang pelik melihat ibu dan pak cik yang baru di kenalinya hanya duduk mendiamkan diri. Tidak bercakap, tidak juga menjamu selera yang terhidang di depan mata.

“siapa tu? Anak abang ke?” soal Firdaus memulakan bicara
“tak. Dia anak saudara Iza” jawap Iza pantas
Firdaus kemudiannya memandang Ikhwan yang sedang asyik meminum air kegemarannya, terasa ada hubungan di antara mereka namun dia tidak pasti dengan perasaannya lebih-lebih lagi apabila Iza membuat kenyataan yang Ikhwan bukan anaknya.
“so..kenapa sayang lari dari abang selama ni?” soal Firdaus ingin tahu
“Iza tak lari cuma Iza berpendapat bahawa dah tiada apa-apa yang Iza boleh buat jika terus bersama abang”
“maksud Iza?” soal Firdaus hairan
“abang, perkahwinan kita adalah satu kesilapan. Iza tak pernah cintakan abang selama ni” bicara Iza terus terang.
“kalau begitu kenapa sayang terima pinangan abang? Sudi kahwin dengan abang?” soal Firdaus yang pilu dengan kenyataan Iza.
“sebab Ewan. Bekas tunang Iza yang mati di bunuh”
“apa maksud sayang? Abang tak faham”tanya Firdaus lagi
“abang mesti dah tahukan yang Ewan adalah pembunuh ayah abang yang paling disyaki namun dia telah di bebaskan tidak lama kemudiannya”
“ya, abang tahu tu tapi apa kena mengena dengan hubungan kita?”
“kalau abang nak tahu, mak abanglah yang telah mengupah pembunuh untuk membunuh Ewan pada hari perkahwinan kami” bicara Iza sambil menahan air matanya dari tumpah
“saya tahu Ewan adalah suspek yang paling disyaki namun saya kenal dia, dia bukan begitu orangnya sebab tu polis membebaskan dia dalam kawalan”bicara Iza lagi
“tapi…mak abang. Mak abang” kata Iza tersekat apabila matanya tidak dapat menahan air matanya dari mengalir keluar.
“maafkan abang, Iza. abang tak tahu” kata Firdaus lalu memeluk tubuh isterinya.
“sudahlah abang. Sampai setakat ni saja hubungan kita. Saya berharap agar kita tak berjumpa lagi di lain hari” kata Iza yang ingin pergi dari situ.
“tapi abang perlukan Iza di sisi abang. Abang dah tiada sesiapa lagi di dunia ni. Mak dah meninggal, Asryaf pula akan lebih lama tinggal di penjara kerana banyak kesalahan yang dilakukan tanpa pengetahuan abang. Syasha pula perangainya dah semakin menjadi-jadi. Dia dah semakin liar dengan kehidupan sosialnya. Tolonglah Iza, jangan tinggalkan abang lagi” rayu Firdaus
“maafkan Iza” kata Iza sambil berlalu pergi meninggalkan Firdaus seorang diri.
“abang tak tahu apa yang telah Iza lakukan. Kalau abang tahu, pasti sahaja abang tak akan menerima Iza lagi walaupun hati ini penuh dengan cinta untuk abang” desis hati Iza.

***

“ibu. Kenapa dengan ibu?” soal Ikhwan apabila melihat ibunya menangis
“tak ada apa-apa anakku, Muhammad Ikhwan Bin Tengku Firdaus” kata Iza sambil memandu laju membelah jalan raya yang lenggang dengan kenderaaan. Kini Iza dapat merasai sendiri keperitan natijah dendam. Perasaannya lebih parah dari sebelum ini namun tiada siapa yang tahu.

p/s:maaf sebab trlalu bnyak ksalahn tatabhasa,pnggunaan ayt dn istilh..klu ada ayt yg xkena 2..jngn lupe tegur2lh kan..🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: