Cerpen : Cinta Bukan Milik Kita

Nama Pena : ease37

Aku terus laju membelah kegelapan malam.Gerimis yang mengganas tidak langsung menunjukkan tanda untuk reda.Ikut hatiku malas rasanya nak drive tengah-tengah malam,tambah dengan kesejukan yang menyelimuti diriku.Tapi aku kena pulang juga,kerana ayah ada urusan kerja awal pagi esok.Kadang-kadang rasa menyesal jugak tolak offer dari ayah yang ingin membelikan sebuah kereta kepadaku sebagai hadiah kejayaan cemerlang dalam SPM.Tapi itulah aku,pemilik nama Muhammad Huzaifah Dato Hisham,yang sudah terdidik dengan kehidupan penuh kesederhanaan.Anak kampung katakan.

“Kesian atuk dengan Johan,abis rosak plan nak pegi memancing pagi esok.Ayah pun satu,dah tau cuti,off lah hanset tu,takde lah orang pejabat tu nak kacau”
Habis semua orang menjadi mangsa cemuhanku.Apa taknya,aku ngan Johan jarang-jarang balik kampung,masing-masing sibuk kat U.Atuk pulak selalu sibuk.Baru ada peluang nak bersama time cuti ni.Aku dengan Johan rapat dengan atuk kerana dari kecik kami tinggal kat kampung.Maklum la parent kami masing-masing selalu outstation.Jadi kami dihantar bersekolah di kampung,jarang sangat pulang ke KL.

………………….

“Ah sudah,ni yang aku tak berapa suka ni.Sape pulak yang jalan time-time ni.Johan,masin betul mulut kau”
teringat aku cerita Johan malam tadi,tak sangka jadi betul-betul.

Aku menekan pedal minyak,melepasi kelibat manusia yang berjalan tadi.Namun bebola mataku tetap nakal untuk memandang kelibat manusia yang kuyup itu.Terlintas rasa belas di benak ku.

“Kalau hantu macamana?Tapi kalau orang macamana?”

Aku akui yang aku agak penakut,tapi situasi ini tiba-tiba datang satu aura keberanian,mungkin sifat belas yang aku warisi dari genetik ibuku memberi kekuatan kepadaku

“Ni kalau aku cerita kat Johan,mati pun dia takkan percaya citer aku neh”

Aku terus menekan pedal minyak dan reverse semula kereta mewah milik ayahku ini.Sekarang aku berada betul-betul sebaris dengan kelibat itu.Aku menurunkan cermin kereta.Dalam keadaan hujan yang begitu lebat,aku tak dapat melihat dengan jelas mukanya tapi aku tahu dia seorang perempuan walaupun rambutnya agak pendek.

“Awak,masuk lah..hujan lebat ni”

Dia hanya membisu,tidak sedikitpun memalingkan untuk menampakkan raut wajahnya.Sebaliknya dia meneruskan aturan langkahnya yang lesu.Aku terpinga-pinga.Ketakutan aku tadi tiba-tiba bertukar menjadi bahang yang membakar diri.Hawa sejuk seolah-olah tidak dirasai lagi.Satu lagi perangai buruk aku,cukup mudah naik darah kalau orang buat tak tahu time aku bercakap.Lebih-lebih perempuan.kerana tu kat kampus,aku tak ramai kawan perempuan jauh nak ada teman wanita.
Aku menekan lagi pedal minyak,sekali lagi aku berada sebaris dengan perempuan tadi.Kali ini langkahnya terhenti lagi.

“Kalau ye pun nak tunjuk ego,esok-esok je lah.Saya bukannya nak mengorat awak.Lagipun sekarang ni dah pukul 3 pagi.Hujan pulak tu.Awak nak naik ke tak nak?” suaraku agak tinggi.

Pintu keretaku dibuka.Aku menghulurkan tuala aku yang berada di tempat duduk belakang.

“Maaf la,tuala ni saya dah guna”.Dia menyambut lemah,tanpa memalingkan langsung mukanya kepadaku.

Aku meneruskan perjalanan.Tapi suasana dalam kereta agak suram.Hanya ditemani alunan limpahan rahmat Tuhan kepada ciptaanNYA.Aku memandangnya,dirinya terlalu comot.Aku tidak dapat agak apa sebenarnya berlaku kepadanya.Pertanyaanku langsung tidak berbalas.Aku meneruskan perjalanan.

………………..

Tiba di Kuala Lumpur,hampir subuh barangkali.sudah ada manusia yang keluar mencari rezeki.Kagum aku melihat mereka.Sesungguhnya rezeki Allah swt tak memilih sesiapa.Siapa yang kuat berusaha,maka hasilnya pun lebih untuk mereka.

“Turunkan saya di depan tu”tiba-tiba dia bersuara.

Aku menghentikan keretaku dihadapan sebuah rumah.Dari segi saiz langsung tidak kalah dengan banglo mewah milik keluargaku.

“Terima kasih”hanya itulah dua ayat yang sempat aku dengar dari mulut dia.Buat kali pertama aku dapat melihat paras rupanya.Wajahnya lembut disebalik rambut yang tidak terurus itu.Dia terus berlalu masuk kedalam rumah tanpa menoleh kebelakang lagi

Aku sempat melihat nombor rumah gadis tersebut sebelum meneruskan perjalananku.Sampai sahaja di perkarangan rumah,ayah sudah menunggu.Ibu berada disisi ayah,melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.Tapi aku pelik,kenapa hanya ayah yang berpakaian segak.Ibu tidak ikutkah?Ibu memegang jawatan sebagai S/U syarikat milik ayah.Lebih selesa untuk berurusan kata ayah.Ayah dengan ibu memang cukup romantik.Dalam usia hampir mencecah separuh abad,mereka tetap seperti baru kawin.Satu yang aku hormat dengan ayahku,sesibuk manapun dia dengan urusan dunia,tidak pernah dia cuba merenggangkan diri dengan khaliq yang maha kuasa.Aku selalu menadah syukur dikurniakan ibubapa yang tidak buta dengan kemewahan dunia.

“Ayah bagi ibu cuti tanpa gaji,nanti Zai tolong tengok-tengokkan isteri kesayangan ayah ni,kalau dia nakal,repot sama ayah tau”kata ayah sambil tersengih.Sempat lagi dia mengusik ibu,walaupun dia dah terkejar-kejar untuk bertolak ke Johor Bahru.Hilangnya ayah dari pandangan,ibu meneruskan tugasnya di dapur.Aku terus ke kamar untuk melunaskan hutangku kepadaNYA sebagai salah satu kewajipanku sebagai seorang Muslim.

Selesai solat,aku merebahkan badan,namun mataku tidak terlelap,sebaliknya terbayang wajah gadis tadi.dirinya masih tertanya-tanya apa sebenar yang telah berlaku kepada gadis tadi.Akhirnya aku akur dengan tubuhku yang menuntutku memenuhi permintaannya untuk berehat.

………………..

“Zai,sejak bila kau ada peminat perempuan ni?”usik halim,roomateku.
“Sape pulak yang berani minat kat aku ni?”
“Berani tak berani.Habis ni apa?kau nak aku bukak dan baca kuat-kuat dalam kelas nanti?”halim tersengih sambil menunjukkan sepucuk surat kepadaku
“Mana kau dapat surat tu?”aku mula berkerut dahi
“Malu la tu..sepupu aku,Nora yang bagi.Katanya roomate dia yang suruh bagi kat kau”
“Sepupu kau kenal aku?”
“Kalau dah jadi ketua kerohanian minggu suaikenal,sape tak kenal.Kau nak ke tak nak ni?Aku kena pegi jumpa encik Madi ni.Ada problem dengan pendaftaran paper aku.”
“Dah kau tak bagi kat aku,bak sini”

………………..

Kepada pemilik nama Muhammad Huzaifah,

Maaf kerana tidak menghargai pertemuan pertama malam itu.Warkah ini diutuskan sebagai salam perkenalan dan sebagai ucapan terima kasih atas pertolongan awak.Ya,mungkin dah hampir 2 bulan sejak pertemuan malam itu,tetapi harap awak sudi menerima penghargaan ini.

Langsung tidak sangka doa saya dimakbulkan untuk bertemu semula dengan awak.Dari minggu pertama saya disini hingga saat saya mengutuskan surat ini,saya mengekori kelibat awak.Ternyata tnggapan buruk saya tentang awak adalah salah.Sejak malam itu saya cukup benci insan bergelar lelaki,tapi kebencian itu dikikis dek perilaku yang terpampang pada setiap perlakuan awak.Tapi hati ini masih diburu kebimbangan dan ketakutan.

Saya ingin mengenali awak.Ikhlas ingin mengenali awak.Jika awak tidak keberatan saya ingin bertemu awak.
Saya perlukan awak untuk selamatkan saya.Tolong saya.

salam perkenalan,
Aisyah Hanim Abdullah

………………..

“Maafkan aku,aku tidak dapat tunaikan permintaanmu untuk bertemu”aku berbisik sendirian.
Kenapa denganku walhal aku diperlukan.
“Tidak,kenapa perlu aku,sedangkan dia boleh minta bantuan dengan sahabat sejantina dengannya.Ini boleh menimbulkan fitnah.Maafkan aku,aku akan cuba membantumu sedaya mampuku”

………………..

Perjalanan hidupku diteruskan.Hubunganku dengan insan bernama Aisyah Hanim semakin rapat,walau hanya denga perutusan warkah.Halim dan Nora lah yang menjadi posmen,namun berjumpa tidak pernah sejak malam itu,bermakna sudah hampir setahun kami begini.Kadang-kadang hati ini berbisik ingin bertemu dengan gadis itu.seolah ada sesuatu antara kami.Tapi aku kena lawan jugak.Bimbang diri yang lemah ini terjerumus ke lembah zina.Aku berpegang pada ayat-ayat Allah “jangan kamu menghampiri zina”.Lagipun dari segi luaran,ternyata Aisyah Hanim bukan selera aku.Luarannya tidak seindah nama.

Aku melangkah dengan perasaan bercampur baur.Perjuanganku di sini selama 4 tahun sudah tamat saat ku melangkah keluar dari dewan peperiksaan tadi.Aku cuma ingin release segala yang bersarang dalam fikiranku.Sasaranku adalah kampung.Johan pasti mempunyai agenda yang sama denganku.Aku mempercepatkan langkahku.Perjalananku tiba-tiba terhenti melihat kelibat dua orang perempuan di bangku menghadap tasik.Aku kenal seorang daripadanya,Nora,sepupu Halim.Tapi kelibat seorang perempuan yang anggun bertudung labuh merah jambu di sebelahnya menarik perhatianku.Mungkin kerana taste aku dengan perempuan yang bertudung labuh.

Aku bergerak kearah mereka

“Assalamualaikum” sapaku
“Waalaikumussalam warahmatullah”
“Nora tak balik lagi?bukan ke last paper abih petang semalam?”
“Nora tunggu abang Halim.Tiket bas habis,jadi terpaksa tumpang dia”
“Tumpang abang Halim bermakna Nora tumpang abang la kan?”aku tersenyum memandang Nora
“Eer…eh,abang kenal tak sape sebelah Nora ni”Nora cuba menukar topik sebagai tindakan untuk cover malu
“Nora tak kenalkan,mana abang nak kenal”
“Ni la Aisyah Hanim,yang abang Halim selalu duk pass surat kat abang, mesti kenal kan?”

Aku terkedu.dia bukan perempuan yang aku tumpangkan malam itu.Perempuan bertudung labuh dihadapanku ini terlalu sempurna dibanding dengan perempuan yang berpakaian sendat,dengan jeans ketat dan rambut yang dibiar terbuka tanpa segan silu,yang aku tumpangkan malam itu.

“Sudah lama saya tunggu awak,banyak kali saya ajak jumpa” dia mula menuturkan kata
“Kenapa…kenapa awak jadi macamni?”
“Salahkah saya jadi macamni?”lembut alunan suara Aisyah Hanim menutur kata.
“Abang,kalau orang dah suka,orang akan buat apa je.Lagipun abang Halim cakap abang ni minat kat perempuan tudung labuh kan”sampuk Nora
“Jadi awak buat semua ni kerana saya?Awak tukar penampilan awak kerana saya?”
“Ya,kenapa?Awak tak suka?”

Aku menggelengkan kepala

“Kamu sudah salah Aisyah Hanim”
“Apa salah saya?”
“Niat kamu awal-awal lagi sudah salah.Kamu tidak sepatutnya meletakkan saya sebagai sebab untuk kamu berubah”
“Tapi saya ikhlas”
“Tidak!Ikhlas hanya kerana Allah swt bukan kerana saya.”
“Tapi….”
“Sudah,banyak lagi perlu kamu belajar,dan saya rasa belum terlambat untuk kamu perbetulakan niat kamu”
“Tapi saya cintakan awak”
“Tidak Aisyah Hanim.Cinta awak perlu ditujukan kepadaNYA,bukan kepada saya.”
“Salahkah saya menyintai awak?” dia tiba-tiba meninggikan suaranya.

Aku menarik nafas panjang
“Jika saya ditakdirkanNYA untuk awak,maka itulah pilihanNYA,dan jika saya tidak ditakdirkan bersama awak,maka itu juga pilihanNYA.Kita kena redha ketentuanNYA.Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.InsyaALLAH jika awak ikhlas berubah kerana keredhaanNYA,maka awak akan ditemukan jodoh yang baik untuk awak,percayalah”

“Wau..aku terkejut.ustazah siot..”kata-kata nakal yang diiringi dengan gelak hilai bak orang hilang akal

Aku melihat kepada air muka Aisyah Hanim yang tiba-tiba berubah

“Hadi,kau dari mana ni?Baru habis paper ek?”lembut ku menyapa sahabat sepasukanku dalam pasukan bolasepak
“Zai,zai..aku tahu la taste kau budak tudung labuh,tapi kesian kau zai.kau buta”
“Hadi kenapa ni?”aku kurang senang dengan gelagat Hadi.sememangnya aku tak berapa rapat dengan Hadi sejak dalam team lagi,kerana band kapten yang selama ini menjadi miliknya bertukar tangan kepadaku
“Nora,jom balik..”Aisyah Hanim ternyata kurang senang dengan kelibat Hadi,Amri dan Salim.
“Eh rilek lu..sejak bila kau malu-malu dengan kami ni sayang?hahaha”Amri menyekat pergerakan Aisyah Hanim
“Sayang,malam ni free tak?kami dah lama tak rasa kehangatan tubuhmu yang cantik tu.Mesti sayang ingat lagi kan malam tu.hahaha”

Aku memandang Aisyah Hanim penuh persoalan.Dia mengalihkan pandangannya dari mataku

“Apa kau nak lagi?Kamu semua tak puas lagi ke setan?”
“Woo,setan..sape setan?kau setan Amri?kau ke setan Salim?hahaha”
“Dah puas dengan kami kau cari yang lain.Cari yang alim pulak tu.Gile taste kau syah..hahaha”

Aku makin tidak faham

“Zai,untuk pengetahuan kau,perempuan tudung labuh kat depan kau ni,bekas makwe aku,dah kena tebuk dah pun,kau nak tahu sape yang tebuk?aku lah..hahaha..eh silap kami.Perempuan camni kau nak buat bini zai?eh kalau kau jadi suami dia,kau dah jadi orang ke berapa ntah yang sentuh dia.Hahaha.Malang betul nasib kau Zai”
“Kamu semua gila..gila..”Aisyah Hanim berlari meninggalkan kami
“Syah..tunggu..abang?”Nora memandangku kebingungan.Dia membuka langkah mengejar Aisyah Hanim

Aku terus memandang dua gadis yang berlari semakin jauh meninggalkanku.Aku mengalihkan pandangan kepada Hadi,Amri dan Salim

“Apa yang kamu mahu lagi dari dia?tak puas lagi dengan apa yang kamu buat ni?”
“Apa yang kau tahu?Aku sekarang tengah tunggu tarikh perbicaraan atas kesalahan merogol.Perempuan bodoh tu berani mencabar aku.Berani dia buat report polis,dan kalau kau nak tahu,video dia ada dengan aku,kalau kau nak sekarang jugak aku boleh bluetooth kat kau Zai..hahaha”

Hadi betul-betul menaikkan amarahku mendorongku menghayunkan satu tumbukan padu tepat ke muka Hadi.Tindakanku seperti dijangka mencetuskan satu suasana yang kelam kabut.aku hanya menumpukan kepada Hadi,langsung tidak menghiraukan tumbukan dan tendangan yang singgah di tubuhku kepunyaan Salim dan Amri.Amarahku dilepas kepada Hadi yang meronta-meronta cuba bangun.Aku diluar sedar sehingga ku rasakan ada yang menarikku keluar dari pergelutan itu.Halim menarikku,dan beberapa sahabatku cuba menenangkan keadaan.Amri dan Salim mengangkat Hadi dan melarikan diri sebaik sahaja melihat dari jauh kelibat Ustaz Rosli dan Ustaz Bahar,kerana mereka tahu,pastinya ustaz akan menyebelahiku.

………………..

“Zai,cuba kau cite sape yang berani buat kau macamni sampai lebam-lebam ni”Johan membebel mengalahkan nenek aku.Sepupu aku ni memang panas baran.
“Dah la,aku dah lanyak dia.Aku tak nak bagi can kat kau..hehe” saja aku mengusik Johan,tangan aku tak putus-putus menabur makanan kepada ayam dan itik atuk ni.Mau aku dengan Johan kena marah dengan atuk kalau dia tau ayam itik dia ni tak makan
“Zai..oo Zai”nenek menjerit dari dalam rumah
“Apa nek?”
“Ni telepon kau bunyi ni”
“Nenek jawab laa,Zai nak bagi makan ni”
“Pandai la pulak nenek kau jawab telepon ni,banyak songeh la,cepat lah”

Aku dan johan tersengih.
“Nenek ni betul-betul tak up to date laa” aku mengomel sambil tersenyum

1 MISSED CALL

Aku menekan butang telefonku

-Halim-

Kenapa halim call?Aku mendail semula nombor Halim

………………..

Aku hanya melihat wajah Aisyah Hanim yang pucat,lena di atas katil.aku sudah mendapat jawapan untuk soalanku tentang dia malam tu.Tetapi,langsung tidak ku sangka gadis kecil molek yang sedang asyik diulit lena ini sanggup membuat cubaan yang dilarang oleh agama.Jika tidak kerana Nora,mungkin jasad ini tidak dapat diselamatkan lagi.Cecair yang aku selalu guna untuk rendam bajuku yang kotor menjadi santapannya.Pendeknya akal fikiran manusia bila dikuasai oleh nafsu syaitan.Tiba-tiba tanganku dicuit lembut.Aku berpaling,melihat wajah encik Abdullah,ayah Aisyah Hanim

“Pakcik ada sesuatu ingin dibincangkan dengan Zai”
“Ada apa pakcik?”
“Pakcik ingin minta tolong dengan Zai”
“InsyaALLAH,Zai cuba sedaya upaya.Apa dia pakcik”
“Terima Aisyah sebagai isteri Zai”

aku terdiam seribu bahasa

“Pakcik tahu berat permintaan pakcik,tapi Zai kena tahu,betapa semangat Aisyah untuk hidup bergantung kepada Zai.Sejak peristiwa dia diperkosa,hidupnya tak seceria dulu.Tapi sejak masuk ke U,pakcik tengok dia dah lain.Dia kembali ceria.Paling pakcik gembira saat dia minta isteri pakcik mengajarnya cara solat dengan betul,pakcik sendiri yang mengajar Al-Quran kepadanya setiap kali kami ada waktu bersama.”
“Tapi pakcik….”
“Kenapa Zai?Kerana Aisyah sudah tidak suci?Zai,dia perlukan Zai untuk membimbingnya kembali ke pangkal jalan.Memang pakcik akui,pakcik gagal mendidiknya,dan bukan niat pakcik untuk melepaskan tanggungjawab pakcik terhadapnya.Tapi pakcik hanya mahukan yang terbaik untuknya”

Aku terdiam lagi

“Zai,beginilah..Zai kawin dengan Aisyah,dan jika Zai sudah bertemu pilihan hati,Zai kawin lagi,pakcik akan tanggung perkahwinan kedua Zai nanti”
“Pakcik ingat kawin ni macam tukar baju ke?Ini soal hati dan perasaan,dan ini juga soal tanggungjawab.Mampukah Zai untuk memegang amanah untuk berpoligami kelak?Dan jika ingin berkahwin sekalipun,paling tidak Zai kena ada RM 10,000”
“Zai,yang wajib hanya mas kawin,hantaran itu hak Zai untuk beri berapapun kepada isteri Zai kelak”
“Tapi mentaliti masyarakat tak dapat diubah pakcik”
“Pakcik tahu,mungkin pakcik yang terhegeh-hegeh,macam perigi mencari timba”
“Pakcik,bukan macam tu.Sedangkan Siti Khadijah yang memulakan merisik Rasulullah SAW,sebelum Rasulullah SAW hantar rombongan meminang.Tiada salahnya pakcik meminta saya kahwin dengan Aisyah.Tapi beri saya masa pakcik”
“Pakcik tunggu jawapan dari Zai”

Aku bingung,apa kata ibubapaku nanti.aku perlu memohon pertolonganNYA,kerana DIA yang maha mengetahui.

………………..

“Zai tahu apa yang ayah kagum dengan Zai?”
“Apa ayah?”aku memandang wajah ayahku
“Pengorbanan Zai.Jika ayah di pihak Zai,ayah mungkin tak mampu memilih jalan seperti Zai”
“Semua ini petunjuk dariNYA,ayah juga yang selalu mengajar Zai,apapun terjadi,letakkan DIA di tempat pertama”

Ayah memelukku.

“Ayah,inilah hasil didikan agamamu kepadaku.Terima kasih ayah”bisik hati kecilku
Ibu hanya tersenyum memerhatikanku

“Zai,terima kasih sayang”ibu memeluk kemudian mengucup ubun-ubunku
“Kenapa ibu?”
“Kerana sudi membela nasib kaum hawa”
“Ibu redha?”
“Ibu redha sepenuh hati ibu,dunia akhirat.Kau hebat nak”

…………………

“Aku terima nikahnya Aisyah Hanim Binti Abdullah dengan mas kahwinnya…….”

Sekali lafaz sahaja,aku sudah sah menjadi imam kepada makmumku bernama Aisyah Hanim Binti Abdullah.Majlis perkahwinanku kali ini hanya sekadar di masjid tanpa kehadiran permaisuriku yang masih terlantar di hospital.Walimatul urus akan diadakan setelah isteriku keluar dari hospital kelak.Teringatku ucapan terima kasih ibu sebelum majlis akad nikah tadi.Inilah salah satu hikmah perkahwinan yang aku pertama kali pelajari semasa di tingkatan 5 dulu.

…………………..

“Awak..”
“Ada apa?”
“Maafkan saya”
“Untuk apa?”
“Kerana awak terpaksa kawin dengan saya”
“Jadi kenapa?”
“Awak penah kata perempuan yang baik untuk lelaki yang baik”
“Jadi?”
“Saya perempuan jahat”
“Jadi saya ni lelaki baik?”
“Saya tak layak untuk awak”
“Saya pernah kata,jika niat kamu untuk berubah kerana ALLAH SWT.InsyaALLAH DIA akan bantumu,kamu adalah perempuan terbaik yang telah ditakdirkanNYA untuk saya.Hidayah ALLAH SWT ada dimana-mana”
“Saya janji akan jadi yang terbaik buat awak sebagai seorang isteri”
“Jadi,kamu akan patuh segala arahan saya?”
“Ya,selagi termampu”
“Bagus..hehehe”aku tersenyum nakal
“Apa awak senyum-senyum ni?”
“Arahan pertama,jangan guna bahasa awak saya..tapi abang-sayang”
“Emm..malulah”
“Tengok belum apa-apa dah derhaka?”aku mengusik
“Maafkan syah abang”Aisyah Hanim tersipu malu
“Abang tak nak guna nama syah.Abang nak panggil sayang Hanim boleh?”
“Suka hati abang lah.”Aisyah Hanim mengukir senyum disebalik wajahnya yang pucat itu
“Eeh,nanti dulu,ada abang cakap abang dah maafkan Hanim?”
“Abang..abang tak maafkan syah…err Hanim lagi ke?”
“Tak”aku menarik muka
“Apa hanim kena buat untuk tebus dosa Hanim pada abang?”
“Sanggup buat apa saja untuk abang?”

Aisyah Hanim mengangguk.Aku merapatkan bibirku ke telinganya

“Apa? 20 orang?abang ingat Hanim ni apa?”Aisyah Hanim meninggikan suara spontan

“Shyyh..tolong perlahankan suara,ini hospital”suara jururawat memarahi kami

“Padan muka sayang”aku tersengih
Aisyah Hanim menarik manja pipiku dan diiringi ketawa kecil

“aku akan menolongmu untuk mencari hidayahNYA”

*PERCUBAAN PERTAMA-MINTA TUNJUK AJAR DARI SEMUA SAHABAT PEMBACA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: