Cerpen : Cinta Lukisan

Nama Pena : nOor 23

“Oops! Sorry.. Saya nak cepat ni.. Maaf ye???” ‘Isy, macam manalah aku boleh terlanggar mamat ni?? Malunya….’
“Awak ni buta ke ha?? Saya yang besar ni awak boleh rempuh je???” ‘Mak ai! Mamat ni! Kurang asam betul!’
“Excuse me sir! I’ve already ask for your forgiveness.. you are so arrogant!” ‘ha! Kan aku dah speaking…’
“Oh, nak speaking? Well, you are so brave. Don’t you know who I am? Huh!”
“I’m so sorry sir! I don’t know who you are…” Belum sempat pun lelaki itu membalas, Nur Tiara terlebih dahulu memintas.
“Plus, I don’t care who you are even you are the prince of the country. Got it? Good! Excuse me!” Nur Tiara berjalan meninggalkan lelaki tersebut yang dalam keadaan menahan marah… Merah wajahnya apabila Nur Tiara membidas kata-katanya dihadapan teman-temannya…
“Damn it! How dare she….! Urgh!!!”
“Sabar la Riq… Perempuan memang macam tu.. Saja nak jual mahal. Nanti mesti melutut kat kaki kau punya!” Razwan, kawan Tengku Muhammad Islah Zafriq bersuara.
” Argh!! Pape pun, dia dah malukan aku. Tengok la apa yang akan aku buat kat dia nanti!” Islah Zafriq mengepal penumbuknya.

“Apa?!! Kau dah gila ke! Kau tahu tak dia tu siapa???!” Bergema rumah sewa itu dengan jerkahan Qazriana Fatiha.
“Tak! Aku tak kenal dia. Kenapa? Dia tu anak pemilik kampus ni ke??” Wajah selamba Nur Tiara menyebabkan Qazriana Fatiha membesarkan matanya yang memang sedia besar.
“Dia tu anak Tan Sri Engku Zainal, pemilik syarikat Light Holdings. Tan Sri Zainal pun ada syarikat dekat London taw.”
“Yeke? Wah, takutnya aku! Hahaha… Ingat aku takut sangat? Yang kaya tu bapak dia. Bukannya dia. Kereta dia pun duit bapak dia kot? Elleh, nak berlagak konon! Pirrrah!” Nur Tiara masih menayangkan muka seposennya.
“Kau tak takut ke kalau dia upah orang culik kau ke? Ha, kan kau yang susah nanti?” Semakin bingung Qazriana Fatiha dengan gelagat temannya yang seorang ini.
“Apa yang nak susahnya? Nanti, aku karate diorang sampai lembik, then, aku panggil pihak media, menyatakan ‘Anak pemilik Syarikat Light Holdings mengupah samseng jalanan menculik Nur Tiara.’ Reputasi diorang jugak yang tercemar.” Qazriana Fatiha kehabisan idea untuk membidas kata-kata gadis pemegang tali hitam dalam taek-won-do serta pemain pedang yang tangkas itu. Kalau berdebat dengan Nur Tiarayang juara berbahas serta English Debate itu, tentunya dia yang akan kalah.
“Weyh Teha, kau boleh tolong aku tak?” Nur Tiara membuat muka simpati. Hanya dia seorang yang panggil Qazriana Fatiha dengan panggilan ‘Teha’. Kerana katanya dia suka dengan sebutannya. ‘Teha, teha, teha.’ Yang lain memanggil Qazriana Fatiha dengan panggilan biasa.
“Ni mesti kau ada masalah. Cuba kau ceritakan kat aku apa masalah kau.” Sememangnya Qazriana Fatiha merupakan seorang yang prihatin. Dia ibarat ibu kepada Nur Tiara. Sikapnya itu yang menyenangkannya memandangkan dia ketandusan kasih sayang kedua ibu bapanya.
“Aku minta tolong kau jangan besarkan mata kau. Dah macam Pontianak aku tengok. Karang tak pasal, aku sakit jantung tengok muka kau mengalahkan ‘The Queen of Vampire’… hehehe.” Nur Tiara sudah berlari sepuluh kaki dari tempat Qazriana Fatiha. Kalau dia berlama lagi, pasti ‘cubitan ketam’ akan singgah di tubuhnya. ‘Waduh! Bisa sungguh!’ Qazriana Fatiha membeliakkan matanya sambil berlari mengejar Nur Tiara yang sudah berlari keluar.
“Tengok! Dia buat lagi muka Pontianak dia tu. Hahaha!” Nur Tiara masih sempat mengusik Qazriana Fatiha yang kelihatan mengah mengejar Nur Tiara.

DI DEWAN PAMERAN SENI………………..

“Riq, you tengok apa tu? Khusyuknya.” Seorang gadis seusianya memeluknya. Langsung tiada rasa malu walaupun mereka tengah berada di khalayak sekarang ini. Islah Zafriq hanya membiarkan perempuan itu dengan sikapnya. Tumpuannya hanya tertumpu pada sebuah lukisan yang menarik minatnya. Sebuah lukisan yang menggambarkan pemandangan di lautan dan di langit senja itu terlukisnya sepasang mata yang bugar tetapi seperti ada duka di sebaliknya. ‘Macam pernah tengok mata ni.’ Dia memejamkan matanya membanyangkan sepasang mata indah itu. ‘Akanku lukis mata ini selepas ini.’ Sekasar-kasar Islah Zafriq, dia merupakan seorang pemuda berjiwa seni. Dia pandai melukis potret orang dan pemandangan yang hanya akan difahami jikalau menghalusinya secara dalam. Sehingga sekarang masih tiada orang yang memahami maksud lukisan yang dilukisnya 2 tahun lalu. Setiap tahun pasti akan dipamerkan lukisan itu. Kerana itu permintaan Engku Zainal. Sesiapa yang memahami lukisan itu, bermakna insan itu memahami perangai anaknya juga perasaan anaknya.
Islah Zafriq mencari nama pena pelukis itu. Matanya beralih ke penjuru lukisan itu. ‘HEART of LIGHT? Cahaya Hati?’
“Riq, I laparla. Jom pergi makan kat restoran depan tu nak?” Gadis yang bernama Ariassa itu mula merengek. Islah Zafriq berasa rimas. Dia merenung perempuan itu dengan pandangan mata yang tajam.
“Kalau you nak makan, pergi jelah. I nak stay over here!” Bentak Islah Zafriq. Gadis itu berlalu dengan berang. Bukannya dia pernah menabur cinta dan janji kepada perempuan itu tetapi, Ariassa sahaja yang ingin mendekati Islah Zafriq. Bukannya dia tidak tahu semua perempuan yang mendekatinya hanya inginkan duitnya sahaja.. Hatinya masih belum terbuka untuk menerima sesiapa untuk dijadikan permaisuri hatinya. Dia merenung kembali lukisan tadi. Sepasang mata itu menambat hatinya. ‘HEART of LIGHT, akanku cari pemilik lukisan ini.. Juga sepasang mata yang indah ini.’ Getus hatinya.

Sementara itu, di sudut yang lain berdirinya seorang gadis berusia 21 tahun sedang menghalusi sebuah lukisan yang difikirnya unik dan rumit. ‘Apa maksud lukisan ini? Ada hujan, awan, sungai. Suasananya kelam, awannya mendung. Tapi, kenapa ada matahari di sebalik awan dan pelangi di sebalik hujan? Sungainya pula kelihatannya mengalir tenang tapi ada kepala buaya yang muncul? Apa ertinya?’ Berkerut dahinya memikirkan maksud lukisan itu.
“Kau tidak akan faham maksud lukisan itu. Dah 2 tahun, tak siapa yang faham apa yang nak disampaikan.” Kedengaran suara seorang lelaki dari arah belakangnya. Nada suara itu tenang tetapi persis ingin mencari gaduh. Dia menoleh ke belakang.
“Kau?!” Serentak dua suara bergabung. Semua mata memandang ke arah mereka. Nur Tiara terkejut apabila melihat lelaki yang dirempuhnya kelmarin berada di belakangnya. Islah Zafriq terpana apabila melihat sepasang mata Nur Tiara. ‘Apakah mata ini adalah mata yang ada di lukisan ‘HEART of LIGHT?’
“Apa tengok-tengok? Kau ada hutang ke dengan aku? Kalau ada, bayar la sekarang. Kalau tak ada, jangan tenung lama-lama, nanti kau jatuh hati dengan aku pula.” Kata-kata Nur Tiara mencetuskan tawa di mulut Islah Zafriq. Ketawa sinis.
“Siapalah yang nakkan singa betina macam kau ni? Singa jantan pun tak nak tahu? Kera hutan je yang nak kat kau.” Islah Zafriq masih dengan sisa tawanya.
“Baguslah macam tu. Sekurang-kurangnya, masih ada yang sudi dengan aku. Tak macam kau, jangan kata manusia, binatang, tumbuhan dan semua ciptaan ALLAH tak sudi dengan kau.” Nur Tiara membalas spontan.
“Kurang asam kau!” Islah Zafriq membentak. Nur Tiara hanya tersenyum sinis. Sudah sedia jawapan untuk lelaki ini.
“Memanglah aku kurang asam dah aku kurang makan asam. Kau makan asam, kan? Setahu aku, hanya orang mengandung yang suka sangat makan masam. Kau mengandung ke?” Nur Tiara tersenyum sinis. Dikerlingnya wajah Islah Zafriq yang merah padam.
“Tak guna kau! Kau belum tahu lagi siapa aku!” Dia menjerkah. Tidak dipedulinya mata-mata yang melihat pertelingkahan mereka.
“Aku tahu siapa kau. Kau adalah Tengku Muhammad Islah Zafriq bin Tan Sri Engku Zainal. Kau budak jurusan perniagaan. Mak kau bernama Puan Sri Irfah Mastura. Ayah kau adalah tokoh korporat dunia. Jutawan muda sewaktu dia berumur 25 tahun. Mempunyai syarikat di Malaysia, Light Holdings juga syarikat di London. Buat pengetahuan kau, Tuan Islah, yang kayanya adalah ayah kau bukannya kau. Aku tahu kau adalah pewaris syarikat Light Holdings. Apa kerana alasan itu kau mahu bangga dan mencanang ke seluruh dunia atas apa yang kau miliki? Boleh kau bawa mati seluruh harta itu kelak? Boleh? Apa kerana gelaran Tengku yang berada di pangkal nama kau membuatkan kau takabur? Lupakah kau bahawa mak kau bukan dari keturunan Sharifah? Bukan keturunan diraja? Lupakah kau? Dari percakapan kau tadi, aku rasa lukisan ‘SHADOW MAN’ ini adalah karya kau… Siapa kata aku tak faham maksud lukisan ini?” Nur Tiara merenung tajam mata Islah Zafriq seraya menoleh kembali ke arah lukisan itu. Dia menarik nafas dan memulakan bicaranya.

“Suasana lukisan ini kelam menandakan hidup pelukis yang tidak menentu. Awan yang mendung menandakan hati pelukis yang sentiasa gundah gulana. Matahari di sebalik awan bermaksud masih ada ceria di hati pelukis. Pelangi di sebalik hujan bermaksud masih ada harapan pelukis untuk mewarnakan corak hidupnya dan buaya di sebalik sungai yang mengalir tenang, bermaksud masih ada ketegasan dan kekerasan hati pelukis dari mendekati kasih sayang seorang insan. Betul tak tafsiran aku, Islah Zafriq?” Matanya tertancap pula ke arah Islah Zafriq. Direnung dalam mata lelaki itu. ‘Pasti ada duka di sebalik kekerasannya selama ini.’ Getus hati Nur Tiara. Nur Tiara mengukir senyuman. Kali ini senyuman itu lahir tulus ikhlas dari lubuk hatinya. Tiada lagi senyuman sinis seperti selalu. Nur Tiara mengorak langkah dan berlalu pergi. Hatinya puas.
“Riq, itulah satu-satunya perempuan yang berani bertentang mata dengan kau dan mengeluarkan hujah dengan tepat. Yang berani melawan setiap perkataan yang kau ucapkan. Yang langsung tidak goyah meski dia tahu kau seorang pewaris sebuah syarikat terkemuka. Dialah insan yang selayaknya dijadikan teman dunia akhirat.” Adam, teman rumah Islah Zafriq mengeluarkan kata-kata. Dia mendengar setiap pertelingkahan di antara Islah Zafriq dan Nur Tiara sewaktu sedang melihat sebuah lukisan Monalisa.. Dia adalah teman baik Islah Zafriq di saat suka dan duka. Tidak pernah sekali pun dia meminta wang dari Islah Zafriq meski dia bukanlah dari kalangan yang berada. Adam bukan seperti teman-teman Islah Zafriq yang lain seperti Razwan dan Ariassa yang sentiasa mengikis duit Islah Zafriq, yang selalu berseronok dengannya dan yang pasti akan meninggalkan Islah Zafriq keseorangan jika dia ditimpa kesusahan.
Islah Zafriq menoleh ke arah temannya itu. Dia tersenyum. Dia yakin mata yang dilihatnya di lukisan ‘HEART of LIGHT’ itu adalah sepasang mata Nur Tiara. Ianya persis sekali. Islah Zafriq menepuk bahu Adam.
” Aku mula mencintai dia, Dam.” ‘Benar telahan Nur Tiara, aku akan jatuh hati dengan dia jika aku tenung mata dia. ‘Akulah kera hutan itu.. Bukan lagi akan tapi memang dah jatuh hati pun.’ Adam terlopong. Baru 2 hari takkan dah ada rasa cinta? Tapi, tak mustahil.
“Aku mencintai dia melalui sepasang mata di lukisan yang terpamer hujung sana. Aku yakin, pelukisnya adalah dia. Mata itu persis dengan mata dia.” ‘Hah?! Biar betul kawan aku ni? Takkan jatuh cinta melalui lukisan kot? Lagi tak masuk akal. Tapi, tak mustahil.’
“Habis tu, kau nak buat apa sekarang? Nak suruh aku tolong kau? Boleh. No hal. Aku kenal kawan serumah budak tu. Nama dia tu Qazriana Fatiha. Budak tadi, aku tak tahulah. Fatiha tu course engineering. Budak tadi tu course bahasa.” Adam malu mengakui bahawa dia sudah jatuh cinta dengan Qazriana Fatiha. Sikap gadis itu yang sangat prihatin dengan sikap Nur Tiara telah menawan hatinya.
“Kau memang kawan aku dunia akhirat. Esok, kau boleh bawa aku jumpa dengan dia?” ‘Yes!!! Aku ada alasan nak jumpa dengan dia. Terima kasih, Riq!” Jerit batin Adam. Pantas dia mengangguk setuju.
Keesokan harinya di rumah sewa Nur Tiara dan Qazriana Fatiha…….

Islah Zafriq terduduk di atas sofa. Penjelasan Qazriana Fatiha mengejutkannya. Adam cuba menenangkannya. Qazriana menghulurkan air suam kepada mereka berdua. Dia melabuhkan punggungnya di sofa bertentangan dengan Islah Zafriq.
“Dia dah berhenti. Dia dah tak study kat sini lagi. Dia kena balik kampong. Adik dia sakit. Ibu bapa dia meninggal sebab kemalangan. Dialah ibu dan bapa buat adik dia, Tasha. Selama Yara belajar kat sini, adik dia duduk dengan jirannya. Tapi, sekarang jiran dia dah pindah. Adik dia pula sakit. Yara kata dia nak kerja nak dapatkan duit untuk rawatan adik dia. Dia hidup sebatang kara, Riq.” Terang Qazriana Fatiha. Yara adalah panggilan untuk Nur Tiara.
“Habis tu macam mana dengan pelajaran dia?” Islah Zafriq bertanya. Lesap terus segala ego yang bermukin di hatinya selama ini.
“Dia Cuma nak tumpukan perhatian merawat adiknya. Dia tak nak kehilangan adiknya lagi.”
“Boleh awak bagikan alamat Nur Tiara?” Adam cuba membantu Islah Zafriq yang kelihatan terkedu. Qazriana Fatiha terdiam. Dia sudah berjanji dengan temannya agar tidak memberikan alamat Nur Tiara kepada sesiapapun.
“Bolehlah. Saya benar-benar ikhlas mencintainya.” Qazriana Fatiha berfikir. ‘Maafkan aku, Yara. Aku terpaksa berikan alamat kau. Mana tahu dia boleh menolong kau.’ Dia menuliskan alamat Nur Tiara di atas sekeping kertas. Islah Zafriq dan Adam berlalu keluar setelah mengucapkan terima kasih.

“Esok, aku nak balik rumah aku jumpa mak ayah aku. Aku nak tunjuk mata yang aku lukis ni dekat diorang.” Islah Zafriq mngunjukkan lukisan mata yang dilukisnya di atas ribanya. Adam memandu kereta perlahan.
“Esok petang juga aku nak pergi ke kampung Nur.” Adam mengangguk. Sudah diagak hasrat hati temannya itu.

Esok, di banglo milik Engku Zainal dan Puan Sri Irfah Mastura….

“Mak, ayah. Riq rasa, Riq dah ada pilihan hati. Ini dia matanya.” Islah Zafriq menunjukkan lukisan sepasang mata.
“Cantik mata dia. Apa nama dia?” Tanya Puan Sri Irfah Mastura.
“Nur Tiara, mak. Ayah, ini lukisan yang selalu dipamerkan 2 tahun lalu.” Engku Zainal terkejut. Lukisan ini sepatutnya tidak boleh dibawa balik melainkan sudah ada orang yang dapat merungkaikan maksudnya. Apakah…..???
“Siapa yang dah terjemahkan maksud lukisan ini, Riq?”
“Seorang gadis yang cantik dan manis.” Ujar Islah Zafriq dengan perasaan yang berbunga bahagia. Engku Zainal terdiam. Sepatutnya, gadis yang dapat menterjemahkan maksud lukisan ini yang dijadikan permaisuri hati anaknya. Tapi, apa dayanya? Sudah itu kehendak anak sulungnya ini.
“Dia adalah pemilik sepasang mata itu.” Islah Zafriq merenung mata di lukisan yang dipegang Puan Sri Irfah Mastura. Pengakuannya menyebabkan mereka tergamam. Engku Zainal memanjatkan kesyukuran. Dia tersenyum.
“Bawalah dia ke mari. Perkenalkanlah dia dengan kami.” Usulan Engku Zainal membuatkan Islah Zafriq tertunduk.
“Riq akan bawa dia pulang tapi bukan hari ini kerana…..” Islah Zafriq menerangkan satu persatu masalah yang menimpa Nur Tiara. Kedua suami isteri itu beristighfar panjang. Simpati atas musibah yang menimpa Nur Tiara. Engku Zainal bangun dari duduk lalu mendapatkan sbuah buku cek di dalam lacinya.
“Nah, ini cek bernilai RM30,000.00. Bantulah Tiara dan adiknya.” Bagi Engku Zainal, duit bukanlah masalah baginya. Dia ikhlas membantu. Islah Zafriq tersenyum. Dia menggelengkan kepalanya tanda menolak pemberian tersebut. Masih segar di pendengarannya kata-kata Qazriana Fatiha.
‘Satu saja sikap Nur Tiara yang membuatkan aku kagum dengan dia. Dia tidak suka dibantu melainkan dia sendiri yang berusaha mendapatkannya.’
Engku Zainal dan Puan Sri Irfah Mastura tergamam. Tidak pernah sekali pun anak sulungnya menolak pemberian mereka. Islah Zafriq sudah jauh berubah. Dahulunya dia selalu baran tetapi, sekarang kelihatan tenang. Dahulunya, dia tidak akan pernah berceriata tentang perempuan. Tetapi sekarang, matanya tampak bersinar ketika bercerita tentang Nur Tiara. ‘Semoga kau tidak terbelenggu dengan kisah silam, nak.’ Getus hati Puan Sri Irfah Mastura.

Di Kampung Nur Tiara…..

Nur Tiara sedang bermenung di atas pelantar rumahnya. Tasha sedang berehat di dalam bilik. Adiknya menghidap penyakit jantung berlubang. Fikirannya terimbau pada kisah lalu.

“MAK CIK, mana ibu dan ayah?” Seorang gadis berusia 15 tahun bertanyakan ibunya. Dilihat adiknya yang sedang tidur.
“Tiara, ibu dan ayah kamu sudah meninggal, nak. Mereka dilanggar kereta.” Pengakuan jujur itu merentap perasaan Nur Tiara. Dia ingin meraung tetapi terdengar kata-kata ibunya suatu ketika dahulu.
‘Janganlah menangis andai musibah menimpa. Itu ertinya, ALLAH sayangkan kita. Janganlah menangis andai nyawa orang yang tersayang diambil ALLAH kerana itu hak-NYA. Kita hanya peminjam dan sewajarnya memulangkan apa yang menjadi milik-NYA. Tidak mengapa bersedih kerana itu lumrah fitrah sebuah perasaan, sayang.’
Air matanya menitis. “Tasha, akak akan jaga adik. ALLAH lebih sayangkan mereka, adikku.” Dibelai rambut adiknya penuh kasih sayang. Terbayang wajah kedua ibu bapanya.
Nur Tiara tersedar dari lamunan apabila suara seorang lelaki memberi salam. Dia menoleh ke belakang. Dia terkejut apabila melihat seorang pemuda yang berusia 23 tahun tersenyum padanya. Segera dia mengesat air mata yang mengalir. Tidak pernah dia mengalirkan air mata di hadapan sesiapa melainkan di hadapan Qazriana Fatiha.
” Saya datang sini atas nama persahabatan bukan permusuhan.” Ujar pemuda tersebut.
“Siapa yang memberitahu awak, saya disini?” Nur Tiara kembali melihat pemandangan sawah yang terbentang luas dihadapan.
“Qazriana Fatiha. Dia dah ceritakan segalanya tentang awak termasuk penyakit adik awak, Tasha. Apa khabar awak dan Tasha?”
“Baik, Alhamdulillah.” Ringkas jawapan Nur Tiara.
“Saya datang ingin membantu.” Ucapan tulus ikhlas itu membuatkan Nur Tiara tersenyum.
“Pertolongan apa yang bisa awak hulurkan untuk kami, Islah? Wang ringgit? Kami bukan pengemis yang mengemis duit di jalanan.” Jawapan itu ibarat tangan yang menampar wajah Islah Zafriq. Tetapi, dia masih mengukir senyuman.
“Saya membantu awak bukan dengan menghulur wang ringgit tetapi dengan tulang empat kerat saya. Saya akan tolong awak bekerja. Malah, saya juga akan turun padang.” Jawapan itu mencetuskan tawa di bibir Nur Tiara.
“Inikah lelaki ego dan panas baran yang kami kenal dahulu?” Islah Zafriq tersenyum dan melabuhkan punggungnya di sebelah Nur Tiara. Turut menikmati pemandangan menghijau yang terbentang dihadapan.
“Awak nak dengar satu cerita mengapa saya boleh berubah sedemikian?”
“Tak!”
“Walaupun awak kata tidak, saya tetap akan ceritakan supaya awak faham keadaan saya. Dahulu, saya punya seorang adik bernama Syarifah Iszora. Dia merupakan adik bongsu saya. Kami hanya dua beradik. Saya sayang adik saya. Teramat sayang. Suatu hari, Zora ajak saya pergi ke Time Square. Sewaktu kami sedang berseronok, seorang perempuan menolak dia. Dia terjatuh ke tengah jalan. Saya cuba membantu tapi, saya diasak oleh orang ramai. Apabila saya ke hadapan, saya melihat Zora dilanggar sebuah kereta. Depan mata saya dia menangis. Saya masih ingat kata-katanya. ‘Zora sayang abang. Abang jangan sedih ya?’ Saya nak bawa Zora ke hospital tapi Zora tak bagi. Dia tersenyum. Air mata dia mengalir. Dia genggam tangan saya kuat. Seolah-olah lepas ni, saya akan kehilangan dia selamanya. Ternyata benar, kepala dia terkulai. Tangan dia longgar. Dia sempat mengucap dan dia meninggal di pangkuan saya. Saya mula takut untuk berkasih dengan sesiapa. Saya takut untuk kehilangan. Saya tak sanggup nak terima kepedihan di hati. Awak nak tahu, siapa perempuan yang tolak adik saya tu? Dia ialah Zila, kawan baik Zora. Zila cemburu dengan Zora kerana Zora sering mendapat perhatian di sekolah. Sebulan lepas tu, sya dapati Zila mati akibat kemalangan. Bayangan Zora sering menghantui mimpi saya. Saya terlalu sayangkan dia…..” Air mata mengalir dari tubir mata Islah Zafriq. Tiada ego yang menjadi benteng. Dia juga seorang insan yang punya perasaan walaupun dia adalah seorang lelaki. Nur Tiara menunduk. Tidak disangka lelaki sekasar Islah Zafriq punya pengalaman yang pahit. Dia juga punya kisah silam yang pahit. Tetapi, dia masih boleh mengawal perasaannya. Itulah sebabnya ALLAH jadikan perempuan yang melahirkan anak kerana perempuan lebih matang dalam mengawal perasaan bila menghadapi sesuatu musibah.
“Saya kehilangan kedua ibu bapa saya ketika saya masih haus akan kasih sayang mereka. Saya ingin meraung tapi, memandangkan saya masih punya seorang adik, saya harus pikul amanah itu sebaik mungkin.” Ujar Nur Tiara sayu.
“Dahla. Tak usah cakap fasal ni lagi. Kita bincang fasal kerja yang kita nak buat ni. Saya boleh melukis untuk tambah pendapatan. Awak?” Nur Tiara terharu dengan kesungguhan Islah Zafriq. Dia menggelengkan kepalanya.
“Tak tahu.”
“Kalau abang nak tahu, akak boleh cakap bahasa Mandarin, Jepun, Perancis, Italy, English dan Melayu.” Tasha mencelah dari belakang.
“Tasha, kenapa bangun? Tasha kan tak sihat?” Nur Tiara membelai kepala adiknya yang ditutupi oleh sehelai jilbab.
“Tasha bosanla kak. Siapa abang ni? Pakwe akak ek?” Tekaan Tasha membuatkan Islah Zafriq tersenyum.
“Hisy, tak ada lah. Dia ni kawan sekuliah akak. Dah, pergi masuk bilik rehat.” Arahan Nur Tiara segera dipatuhinya.
“Awak nak tidur mana malam ni?” Mata Nur Tiara kembali beralih ke arah Islah Zafriq.
“Saya tidur sini malam ni.” Jawapan itu membuatkan Nur Tiara terlopong. ‘Biar betul mamat ni.’.
“Akak…” Tasha memanggil. Nur Tiara segera berpaling menghadap adiknya itu.
“Ni geran tanah milik Mak Yam. Dia dah pindah ke K.L. Dia serahkan tanah dan rumah tu untuk kita.” Mak Yam adalah jiran mereka yang menjaga mereka setelah ibu bapa mereka meninggal dunia dahulu. Mak Yam tidak mempunyai zuriat dan menganggap Nur Tiara dan Tasha sebagai anaknya sendiri. Namun, apakan dayanya dia terpaksa mengikut suaminya berpindah ke K.L.
“Alhamdulillah.” Hanya ucapan itu yang meniti di bibir Nur Tiara.
“Bolehlah saya tidur di rumah awak ni. Awak dengan Tasha staylah kat rumah Mak Yam. Sana lagi selesa. Saya dah tahu apa yang kita perlu buat. Awak mengajar bahasa, saya menjual lukisan. Kita bina khemah. Boleh saya gunakan rumah awak sebagai studio lukisan?” Nur Tiara hanya mengangguk.

3 hari kemudian….

Nur Tiara sibuk mengajar di khemah tuisyennya. Ramai penduduk kampung yang belajar dengannya. Ada juga anak orang berada. Nur Tiara menetapkan yuran sebulan RM 30. Kampungnya sudah moden. Penduduk di kampungnya bukanlah daif Cuma sesetengah sahaja.
Manakala Islah Zafriq berulang-alik dari kampus ke kampung Nur Tiara. Duit minyak bukan lagi masalah. Dia ingin membantu meringankan beban yang ditanggung Nur Tiara. Lukisan yang dijualnya di sebuah pusat penjualan seni mendapat sambutan para VIP…

Beberapa bulan kemudian….

“Islah, tolong saya… Tasha…..” Islah Zafriq yang sedang berbual-bual dengan Adam bergegas ke keretanya apabila mendengar suara cemas Nur Tiara di talian.
“Nur, kenapa ni? Ok, Islah ke sana sekarang..” Islah memandu pada had kelajuan 170km/j.
Setelah 20 minit berlalu, kereta Toyota Harrier milik Islah Zafriq terdampar di halaman rumah Nur Tiara. Islah Zafriq meluru keluar. Dia berlari mendapatkan Nur Tiara yang sedang memangku adiknya.
“Nur..”
“Tasha, bertahan dik…” Nur Tiara mengesat darah yang keluar dari hidung dan mulut Tasha.
“Kita bawa dia ke hospital..” Ujar Islah Zafriq.

Setelah 15 minit..

Islah Zafriq dan Nur Tiara menunggu di hadapan bilik pembedahan. Nur menangis. Sungguh, dia tidak sanggup kehilangan Tasha. Nur terlena di atas kerusi menunggu..
“Tiara..” Ibunya memanggil. Ibunya berpakaian serba putih. Dia melihat ayahnya turut hadir.
“Tasha! Ibu, mana Tasha nak pergi?”
“Akan ada orang membela nasibmu, nak. Sudah sampai seruan Tasha. Janganlah tangisi pemergiannya.”
“Akak…” Tasha bersalaman dengan Nur Tiara. Dia tersenyum..
“Nur.. Bangun.” Islah Zafriq mengejutkannya dari mimpi yang pilu itu.
“Is, Tasha dah..” Islah Zafriq mengangguk.
“Sabarlah.”

Setahun berlalu…

Nur Tiara dan Islah Zafriq selamat membina sebuah masjid. Ikatan perkahwinan menjanjikan kebahagiaan abadi buatnya.
Nur Tiara merenung lukisan matanya yang dilukis Islah Zafriq suatu ketika dahulu. Dia tersenyum. Ada hikmah disebalik semua penderitaan yang dilaluinya. Islah Zafriq memeluk pinggang isterinya.

“Sayang termenungkan apa tu? Mata tu ya? Nak tahu? Sebuah dendam berakhir dengan kasih, cinta abang buat Nur.” Nur Tiara mengerutkan dahinya. Tidak mengerti maksud bicara suaminya.
“Dulu abang berdendam dengan sayang. Sekarang berakhir dengan cinta abang pada Nur. Nur.. Cahaya hati abang.. Jom, jumpa dengan Teha dan Adam.” Islah Zafriq dan Nur Tiara bergandingan keluar menemui rakan mereka yang selamat diijabkabulkan tahun lalu.
Semalam derita..
Hari ini bahagia..
Semoga kasih yang terjalin mengikat cinta abadi selamanya.. pequeyamo parasiempre.. Sayangku selamanya…

-tamat-

p/s: Sya penulis baru.. Tlg comment ek? Terma ksh sudi membaca.. Assalam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: