Cerpen : Kerana Setitis Air Mata,Kasih Tercipta

Nama Pena : Ada_Adawatul

Najiha memasuki Restoran Tanjung Kasih.dia kemudiannya mengambil tempat duduk.Seorang pelayan lelaki menghampiri lalu mengambil pesanan Najiha.Selesai mengambil pesanan,pelayan tersebut berlalu pergi.
“Jiha!Jiha!”Kedengaran suara seorang lagi gadis yang berambut ‘ponytail’ memanggil Najiha.Najiha menoleh ke arah suara itu.Dia tersenyum dan bangun dari duduknya.”Assalamualaikum,Jiha?How are you?”Gadis itu memeluk erat Najiha.”Waalaikumsalam,I’m fine,thank you.How about you?You look prettier now,Bella,”ujar Najiha sambil meleraikan pelukannya.Najiha dan Bella duduk berhadapan.”Rindunya kat kau,”ujar Najiha yang baru sahaja manamatkan pelajarannya dalam jurusan medical di Russia.Lima tahun dia di sana.”How’s Russia?”soal Bella ,tidak sabar.”Best…Sejuk…Bangunan pulak semua cantik-cantik….”Najiha yang bakal bergelar doktor menceritakan pengalamannya di tanah orang kepada Bella yang cuma berpeluang melanjutkan pelajaran di UKM.
“Astaghfirullah…aku lupalah…aku ada appointment dengan Dr.Zudin.Sorry,Bel.Lain kali kita jumpa lagi ok?”Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Bella,Najiha memandu kereta BMW nya ke lokasi temu janji dengan Dr.Zudin.
—————————————

Deringan telefon memecah keheningan pagi Ahad.Selepas melihat nama pemanggil di skrin telefon,Najiha menjawab panggilan tersebut.
“Hello?”
“Hello,Jiha?Good morning!Wake up!Wake up!Jom jalan-jalan keliling KL jom!”
“Keliling KL?Mmmmmm….OK!Aku pun boring duduk rumah sorang-s orang ni….So,pukul berapa?Naik kereta sape?”
“Dua jam lagi….Naik kereta aku….Ok?Bye!”
Talian diputuskan.
————————————-

Pin!Pin!Hon kereta milik Bella kedengaran di hadapan rumah.Najiha menjenguk ke luar tingkap biliknya yang terletak di tingkat atas rumah banglo dua tingkat itu.Najiha kaget melihat dua orang jejaka tampan keluar dari perut kereta Perdana itu dan kemudiannya disusuli oleh Bella.Najiha menarik nafas dalam bagi menenangkan dirinya .Najiha kelihatan anggun dengan dres labuh berwarna krim yang amat sesuai dengan kulitnya yang putih melepak dan dipadankan dengan seluar jeans putih,bertudung krim bercorak disimpul ringkas.Dia mencapai beg tangan lalu berlari anak menuruni tangga.Sejurus sahaja selepas membuka pintu ,terpacul wajah Bella diapit oleh dua orang jejaka.”Assalamualaikum,Jiha?Surprise!” “Waalaikumsalam….Surprise?”Mendatar suara Najiha.”Yep…Surprise!”Ujar Bella.Najiha mengukir senyum pada kedua-dua jejaka itu.Mereka membalas senyuman manis tersebut.”Jiha,ini Firas,my boyfriend and yang ni plak,Faiz.Diorang ni kembar tak seiras….”Jiha menyambut salam perkenalan mereka dengan sebuah senyuman.
———————————-

Sewaktu sedang menikmati makan tengahari di Restoran Pizza Hut,hanya Bella dan Firas sahaja yang rancak berbual manakala Faiz dan Najiha leka melayan perasaan masing-masing.Bella yang menyedari kesunyian di antara Faiz dan Najiha berkata dengan suara yang sengaja ditinggikan sedikit,
“Kenapalah jiran kita kat sebelah ni sunyi sangat kan,Fir?”
Firas yang cuba menahan ketawa Cuma mengangguk mengiakan kata-kata Bella tadi.Faiz dan Najiha tersentak lantas memandang satu sama lain.Faiz menghadiahkan sebuah senyuman kepada Najiha.’Cantik,comel,lembut,perfect!’Bisik Faiz dalam hati.
Najiha membalas senyuman tersebut lalu turut berbisik dalam hati,’Handsome,gentleman,smart,macho!’
“Awak dah kerja?”Faiz bersuara.
“Belum.Awak pulak?”Najiha menyoal kembali.
“Saya pulak kerja sebagai pengurus di syarikat ayah saya.”
“Wow,nice job!”
“Thanks.”
Pandangan Najiha dan Faiz bertaut seketika dan kemudian disusuli dengan senyuman.
Senyuman yang penuh makna.
——————————-

Sampul surat yang dipegangnya dibuka perlahan-lahan.Isinya dibaca dengan penuh teliti.Satu ucapan syukur ke hadrat Ilahi diucap.Pantas tangannya mencapai telefon dan menelefon Bella.
“Assalamualaikum,Bel?”
“Waalaikumsalam,Jiha.Ada apa hal?”
“Bel,boleh kita jumpa tak?Aku ada sesuatu nak tunjuk kat kau.”
“Hmmmm…..OK!Tapi ada syarat….”
“Syarat?Apa dia?Belanja kau makan?Oklah..”
“Bukan!Tapi Faiz ngan darling aku pun kena ada.Amacam?”
“……………….OKla,Okla….Nanti aku call Faiz,bagitau dia pasal benda ni…Puas hati?”
“Puas!Ha,macam tulah!Nak jumpa kat mane?”
“Kat Tasik Putrajaya,dalam masa sejam lagi,ok?Bye,Assalamualaikum”
Najiha memutuskan talian dan mendail pula nombor Faiz.
“Assalamualaikum?”
Jiha terpana seketika mendengar nada suara Faiz yang penuh budi bahasa dan telah mencairkan hati wanitanya.
“Hello?Jiha?Are you okay?”
Jiha tersentak.”Saya ok.err…Sebenarnya,saya nak jumpa awak,untuk kongsi something.Boleh?”Jiha berkata dengan suara yang terketar-ketar.
“Boleh!Saya pun dah lama tak jumpa awak….”
Senyuman penuh makna terukir di bibir merahnya.
————————————–

“Assalamualaikum?”sapa Faiz tatkala melihat Najiha yang sedang termenung sendirian di atas bangku kayu menghadap Tasik Putrajaya.Najiha mendongak mencari wajah yang ditunggunya.”Waalaikumsalam,yang lain mane?””Yang lain on the way la tu.Tadi diorang kata nak tengok kedai hadiah kejap.Jiha dah lame ke tunggu kat sini?,”tanya Faiz sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah Najiha.Najiha sempat memberikan senyuman kepada Faiz sebelum menjawab pertanyaan tadi,”Tak delah lame sangat.”
Tidak lama kemudian,Bella dan Firas tiba.”Ok,kita start meeting kite,”Jiha memulakan bicara.Jiha mengeluarkan sepucuk surat dari beg tangannya.Surat itu kemudiannya diserahkan kepada Bella untuk dibaca bersama Faiz dan Firas.Sebaik sahaja surat tersebut habis dibaca,Bella terus memeluk Najiha dengan erat.
“Jiha!Tahniah!You’ll become a doctor!”
Firas bangun lalu mengucapkan tahniah kepada Najiha.Kini,Faiz pula yang bangun dan menghulurkan tangan kanan sambil berkata,
“Tahniah,Dr.Najiha!”
Jiha menyambut salam Faiz dengan ukiran senyuman yang paling manis untuk dihadiahkan buat Faiz.
“Thanks,Iz.”
————————————-

“So,macam mana Bel?Kau jadi tak pindah rumah aku?”
“Jadi,lagipun housemate aku kata dia nak duduk kat rumah tu dengan husband dia.Insya-Allah,lusa aku angkut barang-barang aku ke sini.Ok?,”ujar Shaza.”Ok!Aku happy sangat-sangat aku ada kawan kat rumah ni.Lagipun,buat apalah rumah besar-besar tapi penghuninya sorang je,”kata Najiha lalu menghirup jus oren di hadapannya.
———————————–

“Nilah bilik kau,cantik tak?Aku kemas bilik ni pun sebab kau nak pindah sini.Kalau tak,alamatnye bersawanglah bilik ni.Lagi satu,kalau kau ada masalah atau takut-takut ke,bilik aku kat depan tu je”
“Yelah,doctor.Saya akan ikut semua pesan doctor.Sekarang,saya nak susun ‘ubat’, doctor nak tolong?,”usik Bella.
’Doktor?Tu kan panggilan Faiz untuk aku waktu kat tasik hari tu.Faiz….,’hati Najiha berbicara sendirian.Berkerut dahi Bella tatkala melihat Najiha yang sedang termenung sambil tersenyum penuh makna.
“Aku tak pernah tengok kau senyum sampai macam ni.Senyum tak ingat dunia.Aku taulah hobi kau senyum,tapi,ni angau namanya.Ada apa-apa ke?”
Najiha tersentak.”Terus-terang aku cakap,Bel.Aku rasa hidup aku bahagia sangat sejak kau kenalkan aku dengan Faiz.”
“Aku dah agak dah.Kau dengan Faiz tu mesti ngam punye.Korang dah declare ke belum?”
“Declare?Bella,aku sendiri tak tahu yang aku ni sebenarnya bertepuk sebelah tangan atau tak.”
“Kalau macam tu,kau rapatkanlah lagi hubungan kau dengan dia.Kau ajak lah dia keluar tengik wayang ke,main bowling ke,or whatever…”
“Tapi………Faiz tu dah ada kekasih hati ke belum?Aku takut…”
“Jiha,Faiz tu single lagi la.Kau jangan risau…”
————————————

Mereka berjalan beriringan bagai sepasang kekasih di taman bunga.Suasana sunyi sepi.Faiz memberanikan diri untuk memulakan bicara.
“Jiha,Jiha suka bunga apa?”
“Hmm….Biasanya kalau perempuan mesti dikaitkan dengan bunga ros.Saya lain .Saya suka bunga lili.Cantik…Boleh terus sejukkan hati saya kalau hati saya tengah panas waktu tu.”
“Maknanya lepas ni,kalau awak marah,saya bagi bunga lili je lah.”Faiz mengusik.
Jiha ketawa kecil mendengar usikan jejaka idaman dalam diamnya itu.
Pertemuan pada hari itu telah membawa kepada pertemuan yang selalu.
———————————-

Di rumah,Najiha dan Bella sedang bersantai di taman mini yang terletak di halaman rumahnya.Maklumlah,hari Ahad.Masing-masing ingin melepaskan lelah selepas hampir seminggu bekerja.
“Jiha,aku nak cakap something boleh?”Bella bersuara.
“Cakap je la.”
“Pasal Faiz.”
Buntang mata Najiha mendengar nama Faiz disebut.”Faiz?Kenapa dengan dia?”
“Macam ni,semalam,waktu aku keluar dengan Firas,Firas ada report kat aku pasal Faiz kat rumah.Dia kata Faiz sekarang suke senyum sorang-sorang.Kadang-kadang sampai tersasul sebut nama kau….Parah….,”ujar Bella beria-ia.
“Ha?Biar betul?Setahu aku,aku tak buat apa-apa pun.Cuma,kadang-kadang lepas kerja,aku keluar jalan-jalan kat taman bunga,makan-makan,lepas tu balik.Sebab tulah kau tengok aku balik lambat.”
Sebuah senyuman terukir di bibir Bella.”Jiha,inilah masanya.”
Najiha hairan.”Masa untuk apa?”
“Kau tak bertepuk sebelah tangan,Jiha.”
“What do you mean?”Najiha mengangkat sebelah keningnya.
“I’ll make sure that Faiz will express his feelings towards you on your birthday celebration this Sunday.”Bella menyambung lagi,”Yang penting,kau ajak Faiz sekali.Understand?”Najiha terpana.
“Dah,jom.Kita pergi cari dres untuk kau pakai malam tu.”Bella menarik tangan Najiha yang hanya menurut.Dia tahu,jika dibantah,pasti akhirnya dia juga yang harus mengalah.
——————————-

“Assalamualaikum,Faiz.”Najiha bersuara sebaik sahaja panggilan diangkat.
“Waalaikumsalam,Jiha,”jawab Faiz.
“Faiz,saya sebenarnya nak jemput awak datang ke birthday celebration saya besok.Awak boleh datang?”
“Ok.I promise.I’ll be there.”
“Terima kasih.Kita jumpa besok.Assalamualaikum?”
——————————–

“Bella,Jiha mana?Puas aku panjangkan leher mencari dia merata tempat.Tak nampak pun,”ujar Faiz yang segak memakai kemeja biru lembut sambil matanya meliar mencari kelibat Najiha.
“Amboi,gatalnya!Jiha kat ataslah,kejap lagi dia turunlah tu.Kau mesti ternganga tengok Jiha.Kalah Miss Universe.”Faiz memuncungkan bibirnya.’Gatal?’”Ha,panjang umur dia!Tu!Tengah turun tangga.Tengoklah puas-puas.”
Kesemua mata tetamu yang ada di majlis itu tidak berkelip memandang gadis yang berdres labuh berwarna biru lembut menuruni tangga seperti Cinderella.
“Assalamualaikum?”Ucap Najiha sebaik sahaja menghampiri Faiz,Bella dan Firas.
“Wa…Waalaikumsalam,tu…tuan puteri…,”jawab Faiz dengan suara yang tersekat-sekat.Najiha menghadiahkan sebuah senyuman kepada Faiz.
“Korang dah makan?”
“Melihat wajah tuan puteri sahaja sudah membuatkan patik kenyang.”
Bella mencelah,”Wah,bagai pinang dibelah dualah!Matching!Oops!Kami lapar lagi la.Jom,Fir!Korang borak-boraklah,ye?” Kemudian,Bella dan Firas beriringan ke ruang makanan.
Kini,tinggallah Najiha dan Faiz di taman mini di halaman rumah Najiha.Suasana sunyi antara mereka.Yang kedengaran hanyalah bunyi cengkerik menyanyi di tengah malam.Tiba-tiba,Faiz menghulurkan sejambak bunga lili merah jambu kepada Najiha dan berkata,”Selamat hari jadi,Jiha.”Najiha menyambut bunga lili itu dengan senyuman di bibir.
“Terima kasih,Iz.Untuk pengetahuan awak,awaklah lelaki pertama yang tahu bunga kegemaran saya dan awak jugalah lelaki pertama yang bagi bunga kegemaran saya pada saya.”
“Wow,untungnya saya….dan kalau boleh,saya nak jadi lelaki pertama yang bertakhta di hati awak.”Serentak dengan itu,pandangan mereka bertaut.
Najiha mengalihkan pandangannya.Seakan tidak percaya.Faiz melamarnya untuk menjadi kekasih hatinya.Impian menjadi kenyataan.
Perlahan,Najiha menutur katanya,”Lepas ni,saya akan pastikan awak sahaja yang ada di hati saya.”
“Saya janji,satu hari nanti,saya akan jadikan awak sebagai permaisuri yang akan saya sayangi selama-lamanya.”Tenang Faiz melafazkan janji tersebut.
“Saya pula janji akan menjadi permaisuri awak yang terbaik dan paling setia.”
Malam itu merupakan malam yang paling indah buat Najiha.Janji dua insan telah ditabur dan akan ditunaikan.
—————————

“Doktor,sekarang doktor ada temujanji dengan seseorang.”
“Ok.Panggil dia masuk.”
Jururawat itu berlalu keluar lalu memanggil orang yang dimaksudkan.Seketika kemudian,muncul seorang lelaki tampan yang tegap di muka pintu.Najiha berdiri dan mempersilakan lelaki itu duduk.Sebaik sahaja mereka berdua melabuhkan punggung di kerusi,lelaki tersebut berkata dengan suara yang selamba,”Adiya Najiha binti Afiq Anuar,lahir pada 13 Januari 1986 dan menjadi yatim piatu ketika berada di tahun pertama belajar di Russia.”
Najiha kaget apabila satu-persatu butir dirinya keluar daripada mulut lelaki yang tidak tahu asal-usulnya itu.Najiha memberanikan diri untuk bersuara.
“Maaf,encik.Boleh saya tahu encik ni siapa dan dari mana encik tahu tentang butir-butir diri saya?”
Lelaki tersebut tersenyum sinis.”Cepat betul kau lupakan aku,Jiha.Siang malam aku fikirkan kaudan kau pulak langsung tak ingatkan aku.”
Jantung Najiha bagai direntap.’Syah!Syed Syahmin!Ya Allah,kenapa aku perlu berdepan lagi dengan manusia ini?’Najiha beristighfar dalam hati.
“Syah,apa lagi yang kau nak?Takkan kau masih tak puas dengan separuh daripada harta peninggalan yang arwah ayah dan mama aku wasiatkan untuk kau?Tolonglah,Syah!Jangan musnahkan hidup aku,”rayu Najiha dengan air mata sudah mengalir di pipi mulusnya.
“Aku bukannya nak musnahkan hidup kau.Aku cuma nak sampaikan wasiat kedua.Menurut peguam ayah kau,wasiat ini lambat diumumkan sebab ayah kau nak tunggu sampai kau habis belajar.Now,this is the time.Bacalah.”Syah mengeluarkan sepucuk kertas dari kocek bajunya dan menghulurkannya kepada Najiha dengan senyuman sinis masih terukir di bibir.
Jiha menyambut kertas tersebut lalu membacanya.Selesai membaca,dia beristighfar berkali-kali.Dirasakan kini hidupnya sudah tiada manisnya lagi.Najiha memandang Syah.
“Syah,jampi apa yang kau dah gunakan pada arwah?Arwah percayakan kau lebih daripada anak sendiri.Malangnya arwah tak tahu kau ni hipokrit!Tak pernah terlintas kat fikiran aku untuk jadi isteri kau!Wasiat ni takkan terjadi kalau kau tak jampi arwah,kan?Keluar!Hipokrit!Tak guna!”Suara Najiha meninggi.Dia berdiri mengarahkan jari telunjuknya ke arah pintu.”Kau keluar sekarang!Lelaki jahanam!”
Syah bangun sambil tersenyum puas.”Ok,ok!Aku keluar tapi kau ingat tau,tak lama lagi kau akan jadi milik aku.Just be ready.Goodbye and havw a nice day,darling.”
Ketawa Syah bergema sehinggalah pintu ditutup.
Najiha terduduk lemah.Dia benar-benar tidak berdaya mengahadapi ujian Yang Maha Esa ini.
——————————–

Najiha cuma mendiamkan diri dari tadi.Nasi berlaukkan ikan bawal masak merah kegemarannya tidak disentuh.Bella hairan dengan perubahan sikap rakannya pada malam itu.Bella berhenti makan.
“Jiha,kenapa ni?Aku dah masakkan lauk favourite kau.Tak sedap ke?Kau langsung tak sentuh nasi kau tu.Kau tak sihat ke?”
“Aku sihat cuma…”Kata-kata Najiha terhenti.Air matanya bertakung lalu berderai turun.Kini,dia sudah terduduk di atas dek menahan derita yang begitu besar.Bella memegang bahu gadis itu.”Jiha,kenapa ni?Kau ada masalah ke?Ceritalah…”
“Bel…..”Bergetar suara Najiha.Menahan sebak.”Pagi tadi,Syed Syahmin datang klinik aku…….Dia tunjukkan….surat wasiat arwah ayah dan mama……..Dalam surat tu……aku diwasiatkan ….kahwin dengan lelaki tu…….”
Berkerut dahi Bella mendengar luahan Najiha.Lembut dia menarik Najiha ke atas kerusi semula.”Siapa Syed Syahmin?”

“Anak tunggal kepada kawan baik arwah ayah.Dia dah curi kepercayaan ayah dan mama daripada aku.Dalam wasiat pertama…..Seluruh harta ayah dibahagi dua antara aku dengan dia……Aku tak kisah sangat pasal harta tapi………kenapa sampai aku kena kahwin dengan dia?!Faiz…….Faiz macam mana?Dia tak boleh tahu!Dia tak boleh tahu!”Najiha menjerit.Melepaskan segala pilu yang menyelubungi jiwa.
—————————–

Pertemuan pada malam itu dirasakan begitu berbeza berbanding pertemuan-pertemuan sebelumnya.Mereka seperti orang asing.Kebiasaannya,pertemuan mereka pasti akan dipenuhi dengan gelak tawa.Tapi,berbeza dengan malam itu.Faiz benar-benar merasakan kelainan pada Najiha.Najiha lebih banyak termenung.
“Jiha,Jiha….”Lamunan Najiha terhenti.Dia memandang Faiz.Sudah cukup bersediakah dia memberitahu berita itu kepada lelaki yang amat dicitainya?Sudah cukup bersediakah lelaki itu mendengar dan meneriam berita itu?
“Iz,…….saya minta maaf.Saya tak sanggup nak katakan semua ni…….tapi saya terpaksa.”Air mata Najiha sudah mula bertakung.Hanya menunggu masa untuk berderai jatuh.
Dahi Faiz berkerut seribu.”What do you mean?”
“Cukuplah hubungan hubungan kita sampai sini saja,Iz.”Air mata yang bertakung tadi jatuh jua.Faiz mentap wajah gadis di hadapannya itu dalam-dalam.Mencari kepastian.Ternyata melalui air mata yang mengalir sudah cukup membuatkan dia percaya dengan apa yang dilafazkan Najiha sebentar tadi.
“Apa alasannya?Macam mana dengan janji saya pada awak dan janji awak pada saya dulu?Awak dah lupa?”
Najiha kaku.Lelaki itu terlalu mencintainya.Dia juga begitu.Terbayang-bayang wajah Syah yang sudah merampas kebahagiannya bersama Faiz.Namun,kerana kasih pada ayah dan mamanya,harus dituruti wasiat tersebut.Yang pentig,dia harus merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan Faiz.Faiz tidak boleh terlibat!
“Iz,lupakan jelah janji-janji tu……tapi saya tak nak awak fikir saya perempuan yang suka permainkan perasaan lelaki.Saya bukan perempuan macam tu!Anggaplah kita tak ada jodoh……Saya bukan untuk awak”Serentak dengan itu,Najiha berlalu meninggalkan Faiz yang masih tidak dapat menerima kenyataan.Hubungan bahagianya bersama Najiha hanya mampu bertahan selama empat bulan.Apa pun,dia yakin,Najiha melakukan semua ini bukan untuk suka-suka.Tapi kerana terpaksa.Faiz menjerit ke arah Najiha yang semakin jauh meninggalkannya.
“Jiha!Walaupun awak bencikan saya,tolonglah ingat yang saya terlalu cintakan awak!Cinta saya terhadap awak tak kan pernah berubah!”
Najiha yang mendengar luahan tersebut cuma menahan sebak.’Aku juga menyintaimu,Faiz!Tapi,aku bukan untukmu!’
—————————-

Sudah dua minggu Najiha terlantar di atas katil.Dia benar-benar merasakan kehidupannya sudah tidak bermakna lagi.Kadang-kadang,dia merasakan lebih baik mati berbanding meneruskan hidupnya.
Bella memasuki kamar Najiha dengan manatang dulang berisi semangkuk bubur,segalas air suam dan dua biji panadol.Dia meletakkan dulang tersebut di atas meja bersebelahan katil Najiha.Bella mengambil tempat di sebelah Najiha.
“Jiha,makan sikit ya?”Bella menyenduk sedikit bubur dari dalam mangkuk lalu disuakan ke mulut Najiha.
“Bel……Faiz mana?Aku rindu dia…..Kau rasa dia rindu aku tak?”Najiha bersuara.Antara dengar dan tidak.Bella memandang Najiha.Sayu.Lemah.Sunyi.
“Firas kata……dia pergi Australia.Nak cari ketenangan dan lapangkan fikiran.Tapi dia tak bagi tahu pulak bila dia nak balik Malaysia balik.”
Air mata Najiha gugur.Dia benar-benar terseksa.Syah,bakal suaminya,telah menghancurkan kebahagiaannya.Kebahagiaan yang tidak pernah dirasai sebelum ini.Kebahagiaan yang hampir menjadi miliknya.Dan,dia yakin.Dia tidak mungkin dapat merasai sekali lagi kebahagiaan selepas bergelar isteri Syah.
——————————

Malam ini,Najiha bakal menjadi isteri kepada lelaki yang tidak pernah dicintainya.Najiha kelihatan begitu manis dengan jubah moden berwarna putih dan gadis bertudung itu kelihatan bagai bidadari dari kayangan di kala Bella yang menyoleknya menyarungkan sebuah tiara di kepalanya.Cuma…….Ada satu perkara yang kurang pada gadis itu.Senyuman yang sentiasa terukir di wajahnya langsung tidak kelihatan.
Dengan hanya sekali lafaz,Adiya Najiha Afiq Anuar sah menjadi isteri kepada Syed Syahmin Syed Amin.Impian Najiha untuk mendengar lafaz nikah itu dilafazkan oleh Faiz lebur.Perlahan-lahan,air matanya berlinangan.Bella yang berada di sisi mengesat lembut air matanya.
Dibisikkan sesuatu ke telinga Najiha,”Janganlah menangis,Jiha.Kau kena tabah,macam dulu.Cuba terima Syah sebagai suami kau.Berdoalah supaya kau kan bahagia di samping Syah.”Najiha memeluk Bella erat.Tiada yang salah pada kata-kata Bella tadi.
Ketika Syah sedang menyarungkan cincin di jari manis Najiha,Najiha merasakan pandangannya kabur.Akhirnya,dia rebah ke dalam dakapan Syah.
—————————–

Perlahan Najiha cuba membuka matanya.Dia memerhati sekeliling.Cuba memastikan di mana dia berada.Najiha terpandang seorang lelaki yang sedang lena di atas sebuah sofa berdekatan katilnya.Syah.Suaminya.
Syah tersedar dari lenanya.Dia menggeliat sedikit.Matanya terus tertumpu pada Najiha.Terukir sebuah senyuman di bibirnya.
“Jiha dah sedar.Alhamdulillah.Akhirnya Jiha dah sedar.Dah tiga hari Jiha koma tau.Abang risau,Jiha.”
Dahi Najiha berkerut.Dia cuba bersuara.”Macam mana Jiha boleh koma?”
“Doktor cakap,Jiha koma sebab tenaga Jiha kurang sangat.Letihlah jadinya.”Syah mengusap lembut kepala Jiha lalu mengucupnya.Najiha rimas.Namun,hendak ditepis,tidak berdaya.Lagipun,dia tak nak menjadi isteri yang derhaka.
————————–

Sudah genap seminggu Najiha pulang dari hospital.Dia sedang duduk termenung sendirian di atas katil.Sepanjang seminggu dia di rumah bersama Syah,Syah menjaganya dengan begitu rapi.Dia juga sama sekali tidak dibenarkan membuat sebarang pekerjaan.
“Jiha tak boleh buat satu pun kerja.Jiha kena rehat banyak-banyak.Abang tak nak Jiha sakit lagi.”
Itulah kata-kata Syah ketika dia cuba untuk membasuh pinggan.Najiha tertanya-tanya sendirian.’Dia ni ikhlas ke tak?Ke saja je berlakon untuk buatkan aku jatuh hati kat dia?Hish…Tolonglah!’
Tiba-tiba,pintu diketuk dari luar.Najiha tersentak.Dia segera baring dan pura-pura lena.
‘Alamak!Tak sempat nak selimutlah pulak!Lantaklah!Yang penting aku tak menghadap muka dia.’
Pintu dibuka perlahan.Syah berjalan ke arah Najiha.Dia merenung keadaan Najiha.Simpati melihat Najiha tidak dilitupi selimut.Apatah lagi,hari sudah larut malam.Perlahan-lahan,dia menyelimuti Najiha.Syah merenung Najiha lagi.Dibelainya rambut halu Najiha.Syah berbicara sendirian.
“Jiha,abang tahu,sampai sekarang Jiha masih tak dapat terima abang.Jiha mesti fikir abang ni jahat.Abang minta maaf.Abang terpaksa buat semua ni sebab abang nak Jiha jadi milik abang sorang.Abang sayangkan Jiha melebihi segalanya.Sejak pertama kali kita dipertemukan oleh mak dan ayah dulu,mimpi abang sentiasa dihiasi dengan wajah Jiha.Sejak tu jugak,abang berazam untuk dapatkan Jiha dengan apa cara sekalipun.Sekarang,Jiha dah jadi milik abang.Abang janji abang takkan sia-siakan Jiha.Abang janji abang akan jadi suami yang terbaik untuk Jiha.Abang janji.”
Syah mengucup dahi Najiha.Najiha dapat merasakan setitik air yang hangat jatuh di dahinya.
‘Biar betul!Dia menangis?Ya Allah,ampunkan hamba-Mu ini!Hamba tidak tahu bahawa suami hamba begitu menyayangi hamba!Ampunkan hamba-Mu ini ,Ya Allah!’
Najiha membuka matanya.Segera dia duduk dan memeluk Syah erat.Syah tersentak.
“Abang,ampunkan Jiha!Jiha banyak berdosa pada abang!Selama ni Jiha rafu-ragu dengan kasih sayang abang.Jiha tak percayakan abang.Jiha menyusahkan abang.Hukumlah Jiha,abang!Hukum Jiha!”Najiha menangis.Pelukannya terhadap Syah semakin erat.
“Sudahlah,Jiha.Abang tak kisah pun.Lagipun,semua ni salah abang.Apa kata,kita cipta balik kasih antara kita,”ujar Syah perlahan.
——————————–

Kini,setelah tiga tahun melayari hidup dengan suami tercinta,kehidupan Najiha semakin bahagia.Diserikan lagi dengan sepasang cahaya mata kembar yang sudah menjangkau usia dua tahun.
Kerana setitis air mata dari suaminya,kini,tiada sesiapa yang dapat meruntuhkan kasih yang tercipta antara mereka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: