Cerpen : Kisah kita berdua

Nama Pena : Akko_Mikotyra

“Kring!!!!” Jam loceng kepunyaannya mengejutkannya dari tidur. Nur menggosok-gosok matanya sambil mencapai jam loceng di atas meja bersebelahan dengan katilnya. Matanya terbuka besar setelah melihat angka yang ditunjukkan oleh jarum jam itu. Pukul 7.30 pagi.

“Aduh! Mati la kali ini aku kena sembelih dengan bos. Jangan dia sembelih aku buat raya korban sudah.” Tu lah. Sapa suruh excited sangat tengok perlawanan bola. Chelsea vs Manchester United. Terpekik terlolong tengah-tengah malam semata-mata hendak menyokong Chelsea. Rasa-rasalah, jirannya yang jaraknya 40 buah rumah dari rumahnya pun boleh mendengar suara merdunya ala-ala Ning Baizura itu. Pintu rumahnya juga sempat digegar oleh jiran-jiran bersebelahan dengan rumahnya. Dah macam gempa bumi berskala 7.3 SR la plak.Pe hal entah diorang ni gegar-gegarkan rumah aku. Ingat ni lagu menggegar dunia ke.

Dia bergegas mencapai tuala yang disangkutkan di belakang pintu dan masuk ke bilik air. Dia hanya mandi kerbau sahaja.

“Alah, selama ni pun aku mandi kerbau jugak. Tu yang bos selalu ugut nak sembelih aku. Katanya aku macam lembu. Ada ke patut?” dia sempat membebel sendirian di dalam bilik air. Setelah siap mandi, dia keluar dan membuka almari pakaiannya. Dia mengambil baju yang telah digosoknya malam tadi sebelum perlawanan bermula. Baju kurung berwarna ungu yang bersulam di bahagian tangan amat cantik digayakan oleh Nur. Dirinya yang tinggi menampakkan lagi kerampingan badannya. Dia memakai tudung yang berwarna ungu, senada dengan bajunya. Nur hanya memakai celak, dan secalit gincu bagi menghias wajahnya. Dia membelek-belek dirinya dihadapan cermin.

“Wah! Cantik juga aku ni. Sikit hari lagi, memang Nasha Aziz tak dapat job lah jadi model. Aku pulak yang ganti tempat dia. Nur aziz. Hurmm, sedap jugak nama tu. Pandai-pandai.”dia ketawa sendirian. Setelah membetulkan sedikit tudungnya agak tampak kemas, dia bergegas turun ke bawah. Dia mengambil kasut 3 inci yang berwarna ungu dan memakainya. Setelah mengunci pintu rumah dan pintu pagar, kereta Viva SE berwarna putih itu, meluncur di atas jalan raya.
**********************************************

“Selamat pagi tuan”ucap Zira, teman sepejabat Nur. Tuan Najmi tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Pemuda yang mengekori Tuan Najmi sejak masuk tadi pun tersenyum padanya.

“Selamat pagi. Nur mana?”soal Tuan Najmi. Setiausahanya itu mesti datang lewat lagi. Ni mesti kes bola.

“Lewat tuan”balas Zira. Tuan Najmi menggelengkan kepalanya.

“Perhatian. Saya nak kamu semua berkumpul disini sekejap.”arahnya. Pekerja-pekerjanya berkumpul disekitar meja Zira seperti yang diarahkan.

“Baiklah. Saya nak perkenalkan anak lelaki bongsu saya ni. Namanya Aris. Mulai hari ini, dia akan jadi pembantu saya. Kalau saya pergi outstation, dialah yang akan mengambil alih tugas saya. Faham” Mereka semua menganggukkan kepala. Selepas sesi suai kenal tamat, mereka kembali membuat kerja masing-masing.

“Zira. Kalau Nur datang, suruh dia masuk bilik saya.”arah Tuan Najmi. Zira menganggukkan kepalanya. Seraya itu, Tuan Najmi dan anaknya beredar dari situ, masuk ke biliknya. Selang beberapa minit, Nur tiba dihadapan meja Zira dengan nafas yang tercungap-cungap.
“Asal kau lambat?”soal Zira. Dia mengambil begnya, dan menarik zip beg itu. Dia kemudiannya mengeluarkan sebotol air mineral. Zira menghulurkan botol itu kepada Nur. Nur menyambutnya dan duduk di kerusinya. Mejanya hanya bersebelahan dengan meja Zira.

“Thanks.”ucapnya. Tradisi membawa air mineral dari rumah ini memang diamalkan oleh Zira sejak mula dia masuk kerja. Katanya, air di syarikat ini tidak sebersih air dirumahnya. Air dirumahnya sahih di sisi undang-undang. Apa-apa je lah Zira ooi..

“Malam tadi ada lawan bola lah. Aku, apa lagi. Macam biasa lah. Nsib baik Chelsea menang”jawabnya setelah dia meneguk air mineral itu sehingga tinggal setengah ‘Dah agak dah’ desis hati Zira

“Kau tahu Nur. Tadi kan, Tuan Najmi bawa anak lelaki bongsu dia tu yang baru balik dari UK. Hensem gila. Aku pakal je dah ada Danny tu. Kalau tak, dah lama aku tackle dia”ujar Zira bersungguh-sungguh

“UK? Ulu kinta eah?”Sejurus itu, satu cubitan hinggap di lengan kirinya. Nur menggosok-gosok lengannya, sakit. Zira menjelingnya, tajam.

“Tuan suruh kau masuk bilik dia sekarang. Memang kau akan di sembelihlah untuk hari raya korban tahun ni.”Zira ketawa terbahak-bahak. Nur pula bingkas bangun menuju ke bilik Tuan Najmi. Malas hendak melayan Zira. Dia berhenti di hadapan pitu Tuan Najmi. Dia menadah tagan berdoa. Selepas mengaminkan doanya, dia menghembus kiri dan kanan dirinya. Dia kemudian memegang tombol pintu dan memulasnya. Ada dua mata yang sedang memandangnya. Dia menapak masuk perlahan-lahan ke dalam bilik itu.

“Awal awak sampai hari ni. Asal tak datang pukul 10.00 terus. Lagi awal.”perli Tuan Najmi. Bos ni pandai pulak main perli-perli. Ingat dia seorang je yang boleh perli. Nanti bila aku perli kang, menangis berlagu-lagu melutut kat depan aku.

“10.00 pagi ke 10.00 malam, tuan?”balasnya pula. Tuan Najmi membesarkan matanya. Padan muka kau Najmi. Tulah, siapa suruh kau perli budak tu. Nak tunjuk terror sangat. Amek kau dua bijik. Aris ketawa kecil. Tidak disangka gadis dihadapannya itu mampu mengalahkan ayahnya yang merupakan seorang yang garang dan amat digeruni pekerjanya.

“Tengok bola lagi?”soal Tuan Najmi kembali.

“Macam mana tuan tahu? Tuan skodeng saya eah. Tak baik tuan buat macam tu. Haram. Nanti tuan tak dapat keberkatan dari Allah. Sebut bersama saya tuan. Keberkatan. Kaf, ba, ro, kaf, alif, ta, nun. Keberkatan, ye tuan.”dia meniru aksi mak Adif di dalam drama dunia baru. Tangannya membuat pelbagai gaya. Serupa seperti Ustazah Siti Nor bayah. Kali ini, ketawa Aris makin menjadi-jadi. Berani betul minah ni. Kalau aku, dah lama makan penampar. Tuan Najmi pula menepuk dahinya dengan tangan.

“Baiklah. Awak boleh keluar sekarang. Pergi buat kerja awak.”dia mengalah. Nur tersenyum. Fuh! Selamat tak kena buang.

“Time kacih bosh.”balas Nur seperti budak 3 tahun yang masih pelat. Dia kemudian keluar dari bilik itu.

“Nur, kejap.”Nur berhenti. Dia memusingkan badannya menghadap bosnya itu.
“Saya nak perkenalkan anak saya ni. Namanya Aris. Dia ni pembantu saya. Kalau saya takde, awak boleh lah tanya dia apa-apa yang awak tak faham.”Nur hanya menganggukkan kepalanya dan tersenyum kepada kedua dua lelaki itu. Dia kemudiannya keluar dari bilik itu.
*************************************

Nur termenung. Kejadian di dalam bilik bosnya semalam benar-benar lucu. Dia pun tidak tahu dari mana datangnya kekuatan dan keberanian untuk menepis setiap kata-kata bosnya itu.

“Nur”sergah Zira. Nur tersedar dari lamunannya. Seragahan Zira tidak sedikit pun membuat dirinya terkejut. Dia bukanlah seorang yang lemah semangat. Tak macam Zira. Kucing tiba-tiba lalu depan dia pun, boleh terkejut macam bunyi bom meletup.

“Asal tuan panggil kau tadi.”soal Nur. Nur menarik kerusi ke meja Zura.
“Dia nak buat cuti-cuti Malasia lah. Macam tahun lepas. Tapi tahun ni, agak berbeza sikitlah.”terang Zira.
Nur sudah tersenyum. Memang inilah saat yang ditunggu-tunggu. Masih lekat di dalam kotak ingatannya tentang cuti-cuti Malaysia yang dianjurkan oleh bosnya tahun lepas. Destinasi mereka ialah di Pulau Langkawi. Teringat pulak lawatan ke makam mahsuri, beras terbakar, telaga tujuh. Memang syok habis lah.

“Apa yang bezanya?”soalnya lagi.

“Kali ini, bos nak buat camping pulak. Sebab selalu kita dah pergi lawatan. Kali ni tuan nak cuba sesuatu yang lain pula. Dan kau nak tahu tak lokasi dia dekat mana.”ujar Zira.

“Dekat mana?”soal Nur kebingungan. Apa lah Zira ni. Nak main teka teki pulak dengan aku. Nanti aku bagi kau teka-teki yang power punya, menangis tak dapat jawab.

“Bekok, Johor”Nur bingkas bangun dan menjerit kecil. Dia menapak dua langkah kehadapan dan menari-nari kecil. Yes.Akhirnya dapat juga pergi Bekok, Johor. Teringat pulak masa dia dan keluarga pergi berkelah disitu. Memang best sangat-sangatlah. Dia berhenti menari setelah mendapati bos barunya, Aris melihatnya sambil tersenyum. Dia kembali duduk ke tempat asalnya. Dari ekor matanya, Aris sedang berjalan menuju ke tempat mereka. Dia pura-pura berbincang dengan Zira pasal kerja. Aris berhenti di hadapan meja mereka.

“Amboi. Galak bergosip nampak.”Aris memulakan bicara. Zira hanya tersenyum. Handsomenya. Kalaulah aku takde pakwe, lama dah kau jadi milik aku.

“Tuan nak join ke?”soal Nur. Apa yang aku merepek ni. Ada suruh dia join. Nanti kalau dia nak join betul-betul, tergamam kau nanti.

“Taklah. Sya nak ajak Nur dengan Zira lunch sama. Lagipun, saya tak biasa lagi dengan diorang semua ni.”ujarnya. Sebenarnya, bukan tak biasa. Itu hanya alasan hendak membawa gadis itu keluar.

“Tak biasa? Habis tu, macam mana pulak dengan kitorang boleh biasa? Macam nilah. Apa kata, tuan ajak semua sekali dalam office ni. Lepas ni, saya jamin pasti tuan akan terbiasa dengan kita-kita ni. Tapi dengan syarat, tuan belanja lah. Baru kitorang akan pergi. Saya rasa, soal duit tak jadi masalah kan bagi, tuan. Maklumlah, anak bos.”Dia segera bangun dan melangkah lima tapak ke hadapan meninggalkan Aris dan Zira yang terpinga-pinga.
“Kawan-kawan semua. Hari ni, Encik Aris nak belanja makan kat kafe di bawah. Dia nak beramah-mesra dengan kita. Maklumlah dia orang baru di sini.”selesai berkata-kata, dia tersenyum. Berjaya jugak dia kenakan bos mudanya itu. Teman sepejabatnya semua bersorak gembira.

‘Kat sini ada 15 orang. Hurm, lingkuplah kau bos’bisik hatinya. Aris hanya tersenyum tawar. Minah seekor ni memang pandai mengenakan orang. Ni yang buat aku bersemangat nak memiliki dia.
Selepas selesai makan, mereka semua kembali ke office.

“Kau ni Nur. Sempat lagi kenakan Tuan Aris tu. Kesian dia aku tengok. Terkebil-kebil mata dia masa dekat kaunter bayaran.”ujar Zira sewaktu mereka didalam lif.
“Padan muka dia tu. Dia ingat aku tak tahu rancangan sebenar dia tu. Huh, playboy overseas. Boleh jalanlah.”balas Nur. Mereka tergelak bersama-sama.
**********************************************************************************************************

“Zira. Awal sangat ke kita datang ni?”soal Nur. Takde sorang pun yang ada di bawah bangunan pejabatnya melainkan mereka berdua. Hari ini, mereka akan pergi ke Bekok untuk bercamping selama 2 hari 1 malam. Tapi camping kali ini, hanya bermandi-manda sahaja. Tiada flying fox, lari-lari dan sebagainya. Menurut bos mudanya, mereka dikehendaki berkumpul di bawah bangunan pejabatnya pada pukul 8.00. Tapi sekarang, batang hidung pun tak nampak. Dikerlingnya jam yang dipakainya di tangan kanan. Mak ooi. Baru pukul 7.30. Patutlah takde orang lagi.

“Kejap lagi sampailah. Kita datang awal ni.”balas Zira.

“Aku nak pergi tandas jap. Kau tunggu sini eah.”Zira menganggukkan kepalanya.

Nur kemudian berjalan menuju ke tandas yang terletak di dalam bangunan. Selepas selesai membuang saham kecil, dia membelek diri di hadapan cermin. Dia tidak memakai sebarang make up kecuali bedak sejuk sahaja. Dia memakai baju lengan panjang berwarna pink dan tudung yang senada dengan bajunya. Dia memakai seluar jeans berwarna hitam dan kasut jazz star yang bercorak-corak. Siap sudah! Usai itu, dia keluar dari tandas. Dia berjalan perlahan-lahan ke luar banguan. Dilihatnya, sudah ramai yang berkumpul disitu. Dia kemudiannya mengambil tempat bersebelahan dengan Zira.

“Asal tak bertolak lagi?”soalnya.

“Tuan muda belum sampai lagi”balas Zira.
Selang beberapa minit, bas yang akan membawa mereka ke Bekok tiba. Apabila pintu bas terbuka, kelihatan Aris sedang berdiri sambil melemparkan senyuman kepada mereka semua.

“Sorry guys. Lambat sikit.”ujarnya.

“Jom kita bertolak. Tapi sebelum itu, saya tak nak ada seorang pun yang panggil saya tuan. Panggil Aris je. Kalau perkataan tu keluar dari mulut anda semua, saya potong gaji. Faham?”ujarnya lagi separuh mengugut.

“Eleh, sedap je nak potong-potong gaji orang. Ingat ni iklan internet P1 Wmax tu ke. Potong, potong, potong.”Nur membebel sendirian. Aris memandangnya. Ni mesti kes kutuk aku.

“Cik adik manis yang pakai tudung pink tu, ada soalan ke?”soal Aris. Semua mata tertumpu ke arahnya. Duh! Malunya.Dia kemudian bangun dan berlalu ke arah Aris.

“Actually, saya ada satu soalan nak ditanya. Penting sangat. Melibatkan nyawa seseorang ni”Nur mengerutkan keningnya. Zira yang berada di belakangnya sudah menggelengkan kepala. Nur mesti dah rancang sesuatu. Aris mengangkat kening sambil menggaru-garu kepalanya walaupun tidak gatal. Apa yang minah ni nak buat eak kali ni.

“Apa dia”balas Aris perlahan-lahan.

“Saya nak tanya, bila kita nak bertolak ni? KL ke Johor bukan sekejap. Lama. 3-4 jam. Kalaulah awak duduk dekat situ membebel tak tentu pasal, bila masa kita nak sampai.”Nur dengan selamba berkata-kata. Zira tergamam. Nur menariknya masuk ke dalam bas. Dia mengambil tempat duduk di bahagian tengah bas. Dia duduk disebelah tingkap kerana dia suka melihat pemandangan.

“Nur, tak baik kau buat macam tu. Kesian dia”ujar Zira.

“Saja je. Habis tu, dia suruh kita anggap dia macam kawan, aku gunalah ayat kengkawan ni.”balasnya.
Aris tidak sedikit pun terasa hati. Malah, kejadian ini membuat semangatnya makin berkobar-kobar. Dia nekad walau apapun, Nur pasti akan menjadi miliknya.

“Jom”Aris mengajak mereka yang masih berada di luar bas. Dia mengambil tempat dibahagian belakang bas. ‘Nur, kau ni lain dari yang lain. Kau pasti akan jadi milik aku’bisik hatinya.
******************************************

Sejurus sampai di tempat yang dituju, mereka turun dari bas dan mengambil sepasang khemah yang dikhususkan untuk 4 orang. Nur mengambil keputusan untuk tidur bersama Zira, Maria si mulut becok dan Nani si internet bergerak. Setelah memasang khemah, mereka memasukkan barang-barang mereka ke dalam khemah. Usai itu, mereka telah diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti kesukaan mereka. Mereka berempat mengambil keputusan untuk bermandi-manda. Bukan selalu ada peluang macam ni. Nur hanya duduk di atas batu manakala teman-temannya sudah masuk ke dalam air sambil menjerit-jerit kegembiraan. Huh, macam kanak-kanak ribena. Nur tidak mandi kerana dia memakai tudung. Teman-temannya yang lain, memang tidak mengenakan tudung. Lagipun, dia malas hendak membasahkan tudungnya. Dia hanya memasukkan kakinya sahaja ke dalam air.

“Nur. Meh lah sini. Best tau. Mandi je lah sekali dengan pakai tudung tu.”ujar Nana.

“Tak naklah. Lagipun, malas aku nak basahkan tudung ni. Aku bukan bawak banyak spare pun.”ujarnya kembali. Aris yang sedari tadi menegekori mereka dari belakang menyapanya. Dia mengambil tempat bersebelahan dengan Nur.

“Kenapa tak mandi?”soal Aris. Kedudukannya begitu rapat dengan Nur. Nur bertindak berdiri dari tempat duduknya. Mamat sorang ni kenapa pulak. Main rapat-rapat dengan aku. Aku lesing kang, tertanggal semua gigi. Jadilah macam lagu burung kakak tua. Burung kakak tua, hinggap di jendela, nenek eh silap. Atuk sudah tua, giginya habis tiada.

“Malaslah. Sejuk.”jawabnya.

“Patutlah ayah saya selalu cakap awak ni lembu. Rupanya, malas nak mandi. Kena sangatlah tu.”ujar Aris selamba kambingnya itu. Nur membuntangkan matanya. Ada ke patut cakap aku ni lembu. Siap kau.
Nur bertindak menolak Aris dengan kuat sehingga pemuda itu terjatuh ke dalam air. Nur keluar dari air terjun itu dan berdiri bercekak pinggang sambil ketawa terbahak-bahak. Aris pula, memandang Nur tajam. Habis basah seluruh badan dia. Kawan-kawannya turut mentertawakan Aris.

“Padan muka. Sedapnya mulut awak cakap saya ni lembu. Rupa saya ada ke macam lembu ha? Muka saya sikit punya cantik ala-ala Ayu Raudah, tau. Kalaulah saya ditakdirkan jadi lembu, orang pertama yang akan saya sondol ialah awak.”Nur terus beredar dari situ. Padan muka. Rasakan. Ingat senang ke nak dekat dengan aku. Aku ni mawar berduri tau. Dia dan temannya kemudiannya berjalan-jalan di sekitar air terjun itu. Memang ramai sangat orang. Mereka terus berjalan sehingga tiada orang pun yang kelihatan. Sedang berjalan-jalan, tiba-tiba kaki Nur tersadung akar kayu pokok. Dia kemudiannya terjatuh dan termasuk ke dalam air.

“Nur!”Temannya menjerit.

“Tolong aku!”Nur menjerit. Dirinya tergapai-gapai. Zira menjerit meminta pertolongan. Manakala Nana dan Maria pergi memanggil rakan-rakannya yang lain.

“Ade ke patut dia buat aku macam ni. Habis basah lencun. Nasib baik aku bawa spare. Kalau tak, kesejukanlah aku malam ni.”Aris membebel sambil mengganti bajunya yang basah itu.

“Tolong! Tolong”Kedengaran suara orang memekik meminta pertolongan. Siapa pulak tu. Dia segera menukar pakaiannya. Sejurus itu, dia keluar dari tempat perselindungannya untuk melihat apa yang telah terjadi. Dia terlihat Zira menjerit meminta tolong. Segera dia ke sana.

“Apsal ni?”soalnya. Zira menunding jari ke arah air terjun. Aris melihat Nur sedang tergapai-gapai sambil menjerit meminta pertolongan. Dia segera terjun ke dalam dan menyelamatkan Nur. Dia menarik Nur ke atas. Aris membaringkan Nur. Zila menangis teresak-esak di sebelah Nur. Teman-temannya yang lain hanya menjadi pemerhati dan ada juga di antara mereka yang membantu Aris.

Aris mengamalkan segala apa yang telah dipelajari sewaktu dia menyertai persatuan bulan sabit merah di sekolah. Usahanya berjaya apabila Nur tersedak-sedak sambil mengeluarkan air dari dalam mulutnya. Dirinya begitu lemah sekali. Maria menghulurkan sebotol air mineral yang dibawanya tadi. Aris menyambut dan membaca sedikit ayat-ayat suci. Dia membuka penutup botol itu dan menghembusnya. Dia menghulurkan pula botol itu kepada Nia. Nia tidak menyambutnya.

“Aku dah banyak telan air tadi, kau suruh aku telan lagi. Tak da akal ke.”Nur bersuara lemah. Mereka semua ketawa.

“Nur. Boleh tak kali ini awak jangan nak melawan je. Awak tu lemah. Minum ni. Ke awak nak saya paksa awak, ha?”Nur segera mengambil botol mineral itu dan meneguknya. Tiba-tiba

“Nur!”Zira mejerit. Nur tiba-tiba pengsan. Aris mendukungnya dan membawanya pulang ke tapak perkhemahan.
‘Nur. Kau kena kuat Nur’ bisik hati Aris
*******************************************

Nur tersedar. Matanya melilau mencari kelibat temannya. Aku kat mana ni. Kat syurga ke? Memandai je. Ingat amalan kau dah cukup sangat nak masuk syurga.

“Kau dah sedar Nur.”sapa Zira. Nur hanya tersenyum simpul. Dirinya masih lemah.

“Aku dekat mana ni?”soalan yang tak patut diutarakan Nur terkeluar dari bibir munggilnya.

“Dalam khemah lah. Tadi kau pengsan. Aris yang dukung kau bawak balik sini. Dia juga yang selamatkan kau. Kalau dia tak ada, tak tahulah apa yang jadi kat kau.” Jelas Zira. Nur tunduk. Kesal dengan tindakannya mempermainkan lelaki itu. Tetapi, lelaki itu tidak pernah berdendam pada dirinya. Malahan, menyelamatkannya dua kali. Nur duduk setelah Aris datang menjenguknya.

“Awak dah sedar? Baguslah.”Nur hanya tersenyum.

“Nur. Aku keluar jap. Nak inform dekat dorang yang kau dah sedar.”Zira meminta diri. Nur menganggukkan kepalanya.

“Terima kasih sebab selamatkan saya. Saya terhutang nyawa dengan awak.”Nur membelah kesunyian setelah hampir 5 minit mereka menyepi.

“Small matter lah, Nur. Lagipun, dah lama saya tak practice berenang cara kuak lentang. Nasib baik kuak lentang saya tak jadi kuak terlentang”balas Aris. Nur ketawa mendengar jenaka Aris.

“Awak cantik bila ketawa Nur. Ni tak. Asyik tau nak kenakan orang je. Tapi itulah yang menjadikan awak istimewa di mata saya.”Nur tertunduk malu. First time tu kena puji. Kembang punggug I. Pipinya merona merah. Aris tergelak kecil melihat reaksi Nur. Mereka berbual hampir setengah jam sebelum Aris meminta diri untuk membersihkan badan dan terus mengerjakan solat maghrib.

Pada malamnya, mereka berkumpul disekitar unggun api yang telah dibuat oleh kaum Adam sebentar tadi. Aris duduk berhadapan dengan Nur. Mereka mengadakan pelbagai permainan. Sesi meluah perasaan pun ada jugak. Nur benar-benar terhibur pada malam itu. Aksi yang paling menonjol apabila Kumpulan Aris yang diberi nama Aris and the geng menyanyi lagu banana sambil membuat gayanya sekali. Setelah hampir 3 jam permainan berlangsung, mereka membuat haluan masing-masing. Ada yang membuat tahi mata dan ada sesetengahnya lagi sedang menjamu selera. Nia, Zira, Asri dan beberapa orang rakannya yang lain masih duduk di sekitar unggun api tu. Nia begitu asyik melihat Zainol bermain gitar. Itulah impiannya sejak kecil lagi, tetapi tidak kesampaian.

“Amboi! Seronok tengok Zainol. Minat ke?”sapa Aris. Dia yang duduk dihadapan Nur sebentar tadi, mengambil tempat bersebelahan dengan Nur. Kali ini, dia tidak begitu rapat dengan Nur. Takut Nur akan mencampaknya ke dalam unggun api itu. Kalau pagi tadi, gadis itu berani menolaknya jatuh ke dalam air, kenapa pula tidak kali ini.

“Mana ada. Saya suka tengok dia main gitar. Awak tahu, sejak kecil saya teringin nak belajar main gitar. Tapi, masa tu duit yang ada cukup untuk makan, minum dan sekolah je.”Nur menceritakan sedikit kisah kehidupannya. Aris tersenyum. Dia kemudiannya berbisik sesuatu kepada Zainol. Gitar itu bertukar tangan.

“Lagu ni saya tujukan khas untuk awak.”ujarnya. Kemudian, kedengaranlah bunyi gitar yang dipetik oleh Aris sambil menyanyi lagu yang bertajuk Lagu kita dari Aizat.

Deras hati ku berdetar,
Di langit aku terlihat kamu,
Terang malam teman kita,
Dengan angin meniup sayu
Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dikau mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu
Arah hidup kita digambar bintang di angkasa
Berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita

Satu tepukan gemuruh diberikan oleh mereka yang mendengar suara merdu Aris. Mereka yang tadinya sedang membuat tahi mata sudah berada di sekelilingnya. Nur memandang tepat ke dalam mata Aris. Aris pun begitu. Mata mereka bertaut lama. Nur begitu terharu sekali kerana dalam sejarah hidupnya, tidak pernah ada seorang lelaki pun memberinya hadiah apatah lagi menyanyikan lagu khas buat dirinya. Dia hampir menitiskan air mata, tetapi ditahannya. Sabar Nur. Kau ni over sangatlah. Ni bukan filem hindustanlah nak menangis-nangis ni.

“Nur”Aris memanggil Nur lembut. Dia kemudiannya mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Sekuntum bunga. Dari mana Aris dapat pun Nur kurang pasti. Aris melutut sambil menghulurkan bunga itu kepada Nur. Satu lagi tepukan gemuruh diberikan oleh rakan-rakan mereka.

“Take this, my dear”Aris berkata sambil mengenyitkan matanya. Nur tergamam. Tidak tahu hendak berbuat apa. Dia menyambut juga pemberian Aris itu.

“Thanks Aris.”ujar Nur ikhlas dari dalam lubuk hatinya. Dibeleknya bunga itu. Huh! Bunga kertas. Tak
romantik langsung.

“Nur. Sebenarnya Aris ada benda nak cakap dengan Nur”Aris masih lagi berlutut.

“Apa dia?”soal Nur, hairan.

“Sebenarnya, Aris dah jatuh cinta dekat Nur sejak dari mula Aris nampak Nur. Pada masa tu, Aris ingat yang Nur ni sama macam gadis-gadis yang Aris pernah kenal. Tapi Aris silap sama sekali. Nur bukan seperti mereka. Untuk mendapatkan Nur, amatlah susah. Aris hampir give up. Tapi, lama kelamaan Aris sedar. Nur memang pantas berada dalam hati Aris. Sikap Nur yang selamba, humble dan yang paling menarik perhatian Aris ialah sikap Nur yang begitu ambil berat tentang batas-batas pergaulan ni.”panjang penjelasan yang diberikan oleh Aris. Perasaan yang di pendam selama ini terluah juga. Nur tergamam sekali lagi. Banyak betul kejutan yang Aris bagi kat aku malam ni. Ingat ni kejutan eletrik ke. Sekali kena, memang terangkatlah semua.

“Aris, Nur…Nur tak tahu nak cakap apa. Lagipun, Nur tak secantik permepuan-perempuan lain, Aris. Lebih baik Aris pilih orang lain.” Memang itulah keputusannya. Dia tidak secantik orang lain. Dia tidak mahu Aris kecewa kelak kerana memilikinya.

“Alah, Nur. Kau ni jual mahal pula. Ni bukan pasar boronglah nak main jual-jual. Terima jelah. Betul tak, kawan-kawan?”Din, teman sepejabatnya menyampuk.

“Betul!”ujar mereka semua serentak. Din ni. Memang nak kena. Mulut tu macam loji kumbahan tau. Memang patutlah Din ni di gelar Din beramboi. Dia menunjukkan buku limanya kepada Din.

“Nur”panggil Aris. Nur berpaling memandang Aris kembali.

“Saya akui memang awak tidak secantik perempuan-perempuan lain. Tapi, awak cantik di dalam Nur. Kecantikan awak dari dalamlah yang membuat awak nampak cantik diluar. Lagipun, kecantikan tidak kekal selama-lamanya Nur. Ia akan dimamah oleh usia kita.”Seraya itu, Aris menyeluk poketnya, dan mengeluarkan sekuntum lagi bunga. Dan kali ini, bukan bunga kertas. Sekuntum mawar merah. Bunga kesukaan Nur.

“Nur, sudi tak Nur menjadi kekasih Aris, dan insya-Allah bakal isteri Aris?”Nur terharu sangat. Menitis jua air mata yang di tahan sejak tadi. Aris, pemuda itulah yang selalu berlegar-legar dikepalanya setiap masa. Pemuda itulah yang membuatkan dirinya makan tak kenyang, tidur tak lena dan mandi tak basah. Sebenarnya, dia jatuh cinta pada Aris kerana keikhlasan lelaki itu mengambil hatinya. Setiap hari lelaki itu akan menelefonnya, mengajaknya keluar, dan bermacam-macam lagi. Tetapi, Nur tidak menghiraukannya. Dia takut untuk mencintai. Dia takut untuk terluka. Pengalaman teman-temannya memberi impak yang besar kepada dirinya agar menjauhi cinta.

“Nur. Saya janji saya takkan pernah buat hati Nur sakit. Saya akan jaga Nur bagai menatang minyak yang penuh. Saya janji”Aris tahu, Nur masih ragu-ragu untuk menerimanya. Nur menarik nafas sedalam yang boleh. Dia harus membuat keputusan. Akhirnya, dia mengambil juga bunga itu dari tangan Aris. Dia kemudiannya tersenyum. Rakan-rakannya yang lain, bersorak kegembiraan. Aris tergelak sama.

“Aris. Awak janji tau. Kalau awak sakitkan hati saya, saya campak awak dalam unggun api ni. Biar terbakar, hangus. Lepas ni, confirm takde orang yang nak dekat awak lagi. Janji?”

“Janji”Aris mengangkat tangannya berikrar. Mereka tersenyum.

“Akhirnya, Miss single kita yang sorang ni dah tak single lagi. Dapatlah kita makan nasi minyak dia. Aku dah terbau-bau haruman nasi minyak. Sedapnya”Mereka semua tergelak. Nur geram. Dia mengambil seketul batu dihadapnnya dan membalingnya ke arah Din. Puas hatinya apabila batu itu kena tepat pada sasaran iaitu di dahi Din. Din mengadu kesakitan. Nasib baik tak berdarah. Yelah, kepala keras macam batu, mana nak berdarah. Nur kemudian berpaling pada Aris pula.

“Hei you. Kenapa awak bagi saya bunga kertas ha? Tak romantik langsung. Awak pun nak kena ni.”Seraya itu Nur pun mengejar Aris. Aris membuka langkah. Bukan langkah silat. Langkah seribu. Mereka berlari berkejaran. Rakan-rakannya tergelak besar. Nur berhenti mengejar. Dia melihat Aris yang sudah terbaring di atas tanah itu sambil nafasnya yang tercungap-cungap.
Aris, semoga cinta kita berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Insya-Allah.

Tamat
Akko_Mikotyra/penulis novel gaduh+cinta
p/s=hope, korang enjoy.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: