Novel : Aisyah humaira 2

Nama Pena : ilhanurani

Bab2

Sungguh dia tak mengerti apa tujuan mama Dina dan papa Mansor sebenarnya. Kata emak, mama Dina mahu membawa dia hidup di Kuala Lumpur. Alah..disini pun dia boleh hidup, bukannya susah sangat hidupnya disini Cuma tersepit sikit. Huh! Mahu dibuatnya menantu ka?? Persoalan itu timbul lagi, Aisayah Humaira’ tersengih. Tak boleh..tak boleh..dia sudah punya kekasih hati, Ziyad! Apakhabar kau disana, Ziyad? Senyuman Aisyah semakin lebar…
“ana rasa anti patut tahu apa itu erti sebenarnya cinta?” Aisyah Humaira’ hanya menunduk kepala tidak berani untuk bertentangan mata walau untuk seketika, ada fitnah di situ.
” cinta itu banyak, ustaz” berbicara dengan lelaki itu seperti bersyair atau berpuisi, setiap patah perkataan yang keluar dari mulut itu pasti seperti bermadah pujangga.
” ya…tapi cinta ilahi yang paling penting,bagi kita sebagai hamba biar hanya sebagai rindu. Biar ana merindui anti dan anti juga sebaliknya. Jangan sesekali ucapkan cinta kerana kita tak layak untuk bercinta melainkan cinta Allah” dia bagai mahu pengsan disaat itu. Ziyad, lelaki petah bercakap, berdebat dan pandai berkata-kata. Lelaki itu juga disirami dengan didikan agama secukupnya sejak dari kecil, kuliyyah Dakwah yang diambilnya membuatkan lelaki itu lebih berani berhujah atau berdakwah dan sekarang ziyad menyambung ijazah sarjana muda Usuluddin di Mesir, itulah lelaki yang ingin di carinya selama ini. Pandangan matanya tidak liar ke sana sini sewaktu mereka berdua berbicara. Tangannya membuka e-mail, ada message baru diterimanya pantas dibukanya. Sudah tiga hari dia tidak membuka e-mailnya. Aisyah Humaira’ tersenyum lebar bila matanya melihat e-mail dari Egypt. Kiriman dari Ziyad bin solehuddin.
” salamalaik..kaifahal ya anti? Alhamdulillah, ana biqauri..isifni ya anti, ana sekarang agak sibuk sikit dengan usrah dan baru-baru ini ana banyak pegang jawatan dalam NADI yang sekarang perlu bergerak aktif, ana sebagai s/u bertanggungjawab dengan tugasan yang diberi..setiap pekerjaan yang baik di sisi islam adalah satu ibadah…” wah..kau dah semakin menonjol Ziyad? Dia menyambung kembali membaca e-mail itu.
” disini ana sampaikan salam ukhti Hasanah dengan lafaz ‘Assalamualaikum’ ana terserempak dengan ukhti Hasanah semasa ana pergi menziarahi sahabat ana Muhamad fatah di Iskandariah, anti masih ingat lagi dengan ukhti Hasanah? Dia sekarang belajr di Iskandariah..” di lihat tanda senyum dari Ziyad di e-mail membuatkan hatinya tidak tenteram namun bila difikir Ziyad belajar di Kaherah, hatinya berasa agak lega sedikit. Dia menyambung kembali.
“al-ann..ana ingin mengucap rindu dan salam perjuangan buat anti..semoga rindu dan perjuangan kita mendapat keredhaan Allah S.W.T…ana mengundur diri dengan lafaz assalamualaikum maa’salamah ilaliqhah..” Aisyah termenung seketika. Ukhti Hasanah?? Baru dia inga, kak Hasanah yang dimaksudkan Ziyad adalah seniornya semasa dia,ziyad menuntut di Yayasan insaniah. Kak Hasanah bukan sahaja cantik, bercakap pun lemah lembut dengannya dan kerana kak Hasanahlah dia di ketemukan dengan Ziyad.
” Aisyah mahu berkawan tak? ” Hasanah memandangnya sambil tersenyum, setelah usai berdoa solat insyak, hasanah melipat telekungnya dan duduk menghadap Aisyah untuk berbicara yang leka menyiapkan assignment yang perlu submit minggu depan.
” kawan? Ish! Kak Hasanah jangan nak memandai ye..nanti abah Syah marah, mai ngaji bukan sibuk dok belajaq tapi dok bercintan-cintun..ish,ish tak ka haru dibuatnya?” Aisyah mengaru kepalanya yang tak gatal.
“bukan akak suruh Syah bercinta tapi berkawan, akak kesian dengan sorang adik ni”
“kenapa? Apa kena mengenanya berkawan dengan kesian?” Hasanah ketawa dengan soalannya.
” adik junior ni sama tahun dengan Syah tapi kuliyyah sama dengan akak, Dakwah tahun 2. dia cakap nak kawan dengan akak tapi akak tolak, Syah faham-faham jelah akak kan dah ada ustaz Baihakhi”
” apa susahnya kak Hasanah, dia Cuma nak kawan je kan?”
” yelah…tapi akak tengok gayanya macam mengharap satu hubungan lebih dari seorang kawan” Aisyah ketawa ‘kecik’. Tangannya berhenti menaip not arabic di keyboard. Ternyata cerita kak Hasanah lebih menarik dari assignmentnya itu.
” habis tu? Kak Hasanah nak bagi ‘dia’ dekat Syahlah…” Hasanah mengangguk laju tanda mengiakan soalannya.
” tak mahulah kak..dia suka dekat kak Hasanah tapi kak Hasanah passing dekat syah, lagi kesian kat dia tau!”
“Nape pulak?”
” yelah.. dia rasa kak Hasanah tak mau dia terus campak je kat orang lain, tentu dia ‘kecik’ hati”
” Hurm…tapi bukan itu maksud akak, bagi akak Aisyah sepadan sangat dengan dia. Dia handsome tau” Hasanah cuba membeli jiwanya. Tangan Hasanah menepuk bahunya lembut sambil mengenyit mata.
” Bukan handsome tak handsomenya kak Hasanah, Syah tak mau dikatakan penyibuk”
” Ngeee…aisyah nilah…dia baik sangat macam Baihakhi, penuh dengan adab kalau dari segi ilmunya jangan tanyalah. Pelajar anugerah dekan tu, Rugilah Syah”
“kak Hasanah sayang nak lepas dia ek?”
“maksud Syah?”
” maksud Syah..bila dia brkawan dengan Syah, kak Hasanah rasa selamat sikit, tak bimbang sangat. Sekurang-kurangnya dia dalam perhatian kak Hasanah kan?” raut wajah Hasanah terus berubah, keningnya berombak.
” apa Aisyah ni, tak baik serkap jarang orang!” marah Hasanah. Aisyah bingung, nalurinya mengiakan apa yang dikatakannya itu benar. Kak Hasanah pasti sudah jatuh cinta dengan Ziyad tetapi dalam masa yang sama kak Hasanah sudah ada abang Baihakhi.
” tak baik suk’u zhon kat akak, syah” kerana perkataan ‘suk’u zhon’ lah membuatkan Aisyah stop untuk membalas kata-kata. Aisyah sekarang merasa gelisah. Adakah kak Hasanah disana cuba untuk mendapatkan Ziyad setelah 2 tahun dia menganyam bahagia bersama lelaki itu.
” kak Hasanah hanya ana anggap sebagai ukhti ana sekarang” penjelasan itu dibuat ketika dia cuba mempersoal hubungan Ziyad dengan Hasanah dan kerana kata-kata Ziyad itulah dia cuba mengikis perasaan cemburu itu jauh-jauh ke dasar lautan atlantik
” Jangan biar sifat ‘mazmumah’ itu mnguasai kita, carilah sifat mahmudah yang sentiasa mendamaikan hati kita” huh! Ustaz Ziyad… kerana aku ingin mencari sifat mahmudah itulah seringkali berselisih dengan sifat mazmumah tahu tak! Abah juga ada menasihatinya.
” Jangan terlalu mengharap pada janji manusia tetapi, mengharaplah dan bertawakal lah kepada tuhan pasti kita tidak akan kecewa ” aku tak perlukan ustaz Ziyad untuk memberi kata-kata nasihat atau semangat kerana aku sudah ada ustaz Somad, merangkap abah aku. Biarpun abah tiada gelaran ustaz namun bagiku abah layak menjadi seorang ustaz untuk mentazkirahkannya. Kata abah lagi, jangan kita memilih lelaki yang zholim pada kita.
” apa maksud abah lelaki zholim?”
“ lelaki yang berjanji pada kita untuk mengahwini kita atau berikrar sehidup semati dengan kita tetapi dia memungkirinya, dia tidak tunaikannya. Dia ‘zholim’ dengan kita, dia biar kita tertunggu-tunggukannya mengharap janjinya untuk ditunaikannya walhal dia sudah pun mengahwini perempuan lain.” Cayalah abah! Setiap apa yang abah katakana pasti ada benarnya, kerana itulah dia tidak terlalu mengharapkan satu masa nanti Ziyad akan datang menyuntingnya sebagai isteri. Namun perasaan prasangka ‘suk’u zhon’ kadang-kala hadir bertanya khabar membuatkan hatinya gelisah, mulalah perasaan cemburu dan prasangka terhadap Ziyad bermain dimindanya. Huh! Nafsu mazmumah datang lagi……

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: