Novel : Apa Sudahnya? 1

Nama Pena : DR

“Woi, nak gerak ker taknak ni?”
Seraya satu tamparan hinggap di pahanya. Quzah tersentak. Aduss.. tangan minah ni kalau dah pukul orang seminggu pun belum tentu hilang pedihnya.. Quzah mengalihkan bantal yang menutupi wajahnya.

“Aku taknak pergi la Kid.. task yang dia suruh aku buat tu pun belum siap lagi.. kalau dia tau mesti muka mengalahkan sawi jeruk kegemaran nenek aku.. malas la nak hadap..” Quzah menarik kembali bantal ke muka. Kali ini ditekapkan ke telinganya. Kejap lagi sure minah ni buat part time dia.. jadi radio swasta..

“Banyak la kau! Kau dah janji nak jumpa dia kan petang ni! Lepas tu kau pulak yang taknak pergi..” Kid menarik bantal dari tangan Quzah dan melemparkannya ke tepi katil. Dia mencekak pinggang sambil merenung tepat ke arah temannya yang masih berlingkar di atas katil.

“Ala.. kau nak pergi kelas kan.. kalau jumpa dia nanti kau cakap la aku tengah basuh baju ker.. kemas bilik warden ker..” Quzah bangkit sambil menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Dia duduk di birai katil. Sungguh, dia malas untuk pergi ke kelas 5 Alpha 2 pada petang itu. Kalau pergi pun buat sakit hati jer.. task tu mana siap lagi.. semalam bertungkus-lumus dia menyiapkan lukisan mural di bilik tamu. Jawatannya sebagai pengerusi Kelab Mural Sekolah memaksa dirinya untuk melaksanakan tugas tersebut. Nak diharapkan bebudak junior tu entah bila tahun la nak siap..dah seminggu pun gambar pokok baru separuh..air terjun pun batu jer yang ada.. kini dia terpaksa pula mereka alasan yang relevan lagi jitu untuk diberikan kepada seorang lelaki merangkap partnernya dalam satu English programme hasil idea guru mereka. Hmm..entah-entah belum sempat aku nak explain, dia dah buat muka kerek dia tu..baru nak cakap, dia dah angkat kaki..wargh!! apsal la aku kena partner dengan orang macam dia ar??? Takde orang lain ker??

“Wah..aku rasa selama ni kau jejak kaki dalam bilik warden tu pun sebab nak ambik I-pod kau balik..tu pun illegal..sejak bila pulak rajin nak tolong kemas? Lagi satu, aku ni jujur orangnya..mana pandai menipu..” balas Kid. Quzah mencebikkan bibirnya. Eleh..tak pandai menipu konon..selama ni guna otak geliga siapa bagi alasan kat prefect kalau balik lambat time outing? Siapa yang tolong ‘belit’ kalau lambat masuk lecture hall setiap Jumaat untuk dengar kuliah? Kalau dah kaki auta tu mengaku jer la..Kid dapat menangkap maksud riak wajah Quzah. Dia tersengih menampakkan gigi taringnya yang tak ubah macam vampire dalam movie Blade Trinity. Nasib baik muka cun, kalau tak semua orang takut dengan kau Kid…

“Yelah, yelah..nasib baik aku ni ada sifat belas kasihan yang tinggi tau..” Kid buat ayat Dewan Bahasa dan Pustaka. Dia melangkah meninggalkan Quzah yang senyumannya sudah meleret sampai ke telinga. Mata dah bersinar-sinar mengalahkan karakter komik Jepun. Kid sudah masak benar dengan perangai Qaus Quzah. Tahun ni dah masuk tahun kelima mereka bersahabat. Dan dia juga tahu betapa liatnya Quzah untuk menghadiri perbincangan tugas bersama partnernya, Alauddin. Musuh tradisi tu..bak kata Quzah. Entah apa masalahnya diorang tu tak tau la..macam magnet, repel habis kalau salah kutub. Sorang cold-hearted, sorang hardheaded..entah berapa tinggi darjah Celsius nak cairkan hati si Alau tu..Kid tak tau. Entah berapa botol Softlan mix with Downy 4x digaulkan dengan protease enzyme yang boleh ‘tenderise’kan kepala si Quzah pun Kid tak pasti. Yang dia memang sure, dua-dua tu memang tak ngam. Sudahnya, dia yang sering jadi orang tengah. Kid sudah sampai ke muka pintu tatkala terdengar suara Quzah memanggilnya. Dia memalingkan kepala.

“Thanks Kid..”

Dan Kid hanya mampu tersengih lagi..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: