Novel : Butakah Cinta 3, 4

Nama Pena : Zamita Syaqis

Bab 3

Marlia sedang menangis di ruang tamu yang dipenuhi oleh perabot-perabut antik. Dipandang seluruh ruang itu, banyak mata yang memandang tajam kepadanya. Gerun dia melihatnya. Tidak diketahui apa salahnya, Tan Sri Mahmud mengamuk dan telah memukulnya bertubi-tubi sehingga ada kesan berbirat di belakang badannya. Sungguh sakit yang teramat.

Suara riuh-rendah dari luar mengejutkan Marlia yang sedang berendam air mata. Dilihat dari muka pintu, tiga orang lelaki sedang mengheret sesorang di atas tanah. Di pukul lelaki itu bertubi-tubi. Disepak perut, ditumbuk muka dan diterajang perut . Baju lelaki itu di penuhi oleh darah. Alangkah terkejutnya Marlia. Lelaki yang diheret itu adalah Halim.

Marlia meluru mendapatkan Halim. Tangisan semakin bertambah apabila melihat keadaan Halim. Sungguh menyentuh jiwanya. Tergamak Borahan dan kawan-kawan Borahan mencederakan Halim sedemikian rupa. Apakah kesalahan Halim sehingga diperlakukkan begitu? Sungguh kejam.

“Borhan!!!kenapa kau buat begitu pada Halim?Apakah kesalahan yang telah dibuat sehingga kau buat begitu pada dia?Kau ni memang tidak berperikemanusiaan langsung,” dalam tangis Marlia memarahi Borhan.

“Memang dia buat salah. Kesalahan dia amat besar. Patut direjam sampai mati,”Borhan bertambah marah apabila Marlia membela Halim.

“Salah? Apa yang dia dah buat? ,”soal Marlia

” Eh..dah memang kau berdua buat salah. Ditanya kita pulak buat salah apa,”Borhan mencebik.

“Kami berdua buat salah? Salah apa yang kau maksudkan ni?Aku tak faham,”soal Marlia. Walau marah setakat manapun, Marlia tidak pernah meninggikan suara.

“Alah buat-buat tak faham. Yang dalam perut kau tu apa? Bukan salah?,”tengking Borhan.

Halim yang cedera parah tidak dapat berbuat apa-apa. Seluruh anggota badannya lemah kerana sudah kehilangan banyak darah.

“Dalam perut? Kenapa dengan perut aku? Apa kaitan perut aku dengan Halim? Cuba kau terangkan, aku tak faham,” berkerut dahi Marlia. Dia kurang pasti maksud sebenar yang disampaikan oleh Borhan.

“Biar papa terangkan,”celah Tan Sri Mahmud.

Dia yang dari tadi hanya menjadi pemerhati. Dia tidak dapat menerima dengan apa yang telah berlaku. Anak yang disayangi telah menconteng arang ke mukanya. Anak yang lemah-lembut sifatnya telah menjatuhkan maruahnya.

Semua mata yang ada di situ memandang Tan Sri Mahmud. Di lihat Tan Sri Mahmud sedang menahan marah. Masing-masing kecut perut melihat muka bengis Tan Sri Mahmud.

“Mar, papa buang kau dari keluarga kita. Mulai dari hari ini kau bukan lagi anak papa. Aku halau kau. Berambus kau dari sini. Aku tak mahu lihat muka kau lagi. Jangan kau pijak lagi kaki kau ke sini. Aku benci ada anak macam kau. Aku tatang kau dengan kasih sayang, ini yang kau balas pada aku,” suara Tan Sri Mahmud meninggi. Dihamburkan segala kemarahan kepada Marlia. Tidak ada kata manis lagi dari bibir itu.

“Tapi papa, apa yang Mar dah buat sehingga papa membuang Mar? ,”dengan tangisan yang belum reda, Marlia memegang kaki Tan Sri Mahmud.

“Kau masih tak mengaku apa yang telah kau lakukan bersama-sama Halim,”marah Tan Sri Mahmud

“Apa yang telah kami lakukan? Mar tak faham. Tolong jelaskan papa. Mar merayu. Tolong la papa. Apa salah Mar?,”semakin kuat tangisan Marlia. Pegangan kaki Tan Sri Mahmud tidak dilepaskan.

“Kau dah berzina dengan Halim…dan sekarang kau mengandungkan anak dia. Itu kau kata tak salah? Masih nak menafikan?,”tengking Tan Sri Mahmud

“Anak?Mengandung? Bila masa pula Mar berzina, papa. Mar masih waras. Mar tahu hukum hakam lagi. Mar tidak tergamak untuk melakukan kerja terkutuk itu. Mar masih waras papa.,”bela Marlia.

“Habis kalau bukan mengandung, kenapa kau muntah-muntah…dah tu pengsan. Aku telah menyuruh Doktor Rashid memeriksa kau. Dan kau tahu apa jawapanya? Memang positif kau sedang mengandung . Dua bulan kau tahu tak?2 bulan…Dah lama kau buat kerja ni? Kalau kau tidak pengsan tadi sudah tentu aku tidak akan tahu kerja terkutuk kau ni,”tengking Tan Sri Mahmud. Kemarahannya semakin bertambah apabila Marlia tidak mengaku dia telah berzina.

“Demi Allah papa. Mar tidak buat kerja terkutuk tu. Demi Allah papa,”Marlia membela diri.

Marlia memang tidak mengandung. Semua adalah rancangan Madiha yang berhati busuk dan hasad dengki kepada Marlia. Tergamak Madiha melakukan semua itu kepada kakak kandungnya sendiri. Madiha telah mengupah Doktor Rashid untuk memberikan keputusan menyatakan Marlia sedang mengandung 2 bulan. Sungguh bijak rancangan Madiha. Dia merencanakan semuanya dari awal lagi. Syaitan sedang bertepuk tangan berjaya menyesatkan Madiha.

Bab 4

“Aku terima nikahnya Marlia Binti Mahmud dengan mas kahwin sebanyak 50 ringgit tunai,”Halim melafazkan akad nikah.
“sah? ,”tanya tok kadi
“Sah!!,”jawab saksi-saksi untuk majlis kahwin itu.

Majlis kahwin antara Halim dengan Marlia berlangsung dalam suasana hening. Tidak meriah seperti perkahwinan orang lain. Marlia minta ayahnya menjadi wali untuknya buat kali terakhir. Hanya itu yang di minta dari ayah tersayang. Walau sekejam mana Tan Sri Mahmud, dia menyelesaikan juga tanggungjawabnya. Dia tidak mahu melepaskan Marlia dengan Halim tanpa ada ikatan yang sah. Hanya itu jalan terbaik. Walaupun berat hatinya untuk melepaskan Marlia, namun kejadian yang telah merobek hatinya terpaksa ditelan jua.

Selepas peristiwa semalam, Halim telah dirawat oleh Doktor Rashid yang ketika itu masih berada ditempat kejadian. Luka-luka yang ada di cuci. Halim mengakadkan nikah dengan mukanya lebam kebiruan. Kalau diikutkan hatinya tidak mahu meneruskan perkahwinan itu. Namun cintanya pada Marlia mengatasi segalanya. Dia kasihan melihat Marlia. Gadis itu dibuang keluarga tanpa tahu akan kebenaran yang sebenarnya. Kini menjadi tanggungjawabnya untuk memelihara dan membahagiakan Marlia.

Selepas tok kadi dan saksi-saksi perkahwinan itu pulang, Tan Sri Mahmud telah mengarahkan Mak Jah pembantu rumah mereka membungkus semua pakaian Marlia. Pada hari perkahwinan Halim dan Marlia, Tan Sri Mahmud telah kehilangan anak yang amat di kasihi.

Begitu juga Marlia. Dia telah kehilangan kasih seorang ayah. Sudah lah ibunnya Puan Sri Maisarah meninggal dunia ketika dia berusia 10 tahun lagi. Kini dia kehilangan kasih ayah yang tercinta pula. Sungguh pilu.

“Kau ambik barang-barang kau ni. Mulai hari ini putus segala hubungan kita. Kau bukan anak aku lagi. Berambus kau. Kau, Halim berambus. Bawa isteri kau dari sini. Aku tak mahu lihat lagi muka kau berdua. Berambus,”arah Tan Sri Mahmud dengan kasar.

Tiada kata-kata yang terpacul dari mulut Halim dan Marlia. Mereka hanya menurut saja kata. Tiada guna untuk menerangkan hal sebenar. Untuk membela diri pun tidak diberikan kesempatan, apatah lagi untuk membuktikan mereka tidak bersalah. Biarlah. Mereka menerima segala dugaan ini seadanya. Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui setiap sesuatu yang berlaku. Mereka meninggalkan banglo mewah itu dengan hati yang hiba dan pilu.

Pemergian mereka di ekori oleh pandangan mata seseorang. Begitu sinis dan tajam pandangan itu. Pandangan kemenangan si perancang, Madiha dan Borhan. Mereka berdua memang berhati busuk. Kerana dendam mereka sanggup menggadaikan maruah mereka untuk mencapai apa yang di inginkan.

Bagi Madiha dan Borhan, ia adalah satu kemenangan yang amat besar. Tiada yang dapat menghalang mereka. Tapi mereka lupa bahawa ada yang lebih berkuasa dari mereka. Yang menentukan ajal maut, jodoh pertemuan. Segala yang tersirat hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. Jika tidak di bumi ini mereka menerima balasan di atas kejahatan yang dilakukan, di akhirat nanti mereka akan menerima jua pembalasannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: