Novel : Cheers, Kami Kembar ! 1

Nama Pena : Faralya

Bab 1; sepupu ohhh sepupu

Pernah tak korang tengok, kembar yang lain-lain personaliti ? Aku Kaira Qistina. Personaliti aku dan kakak ‘bagai langit dengan bumi’. Orang selalu cakap aku dan kakak kembar yang pelik. Kakak kesayangan aku, Emilin Qareena lebih ‘otai dan taiko’ manakala aku lebih ‘sweet’. Yeke? Korang rasa pelik ke ? Tapi kalau nak cakap secara terus terang, aku sangat sukakan personaliti kakak yang kasar dan hati keras macam batu. Kenapa ? Ini kerana kakak selalu dapat mempertahankan diri sendiri, aku pulak selalu kena buli dengan geng budak cheerleaders yang boleh la dikatakan gedik plus control cun plus perasan bagus. Tapi kakak aku protector merangkap bodyguard yang gagah perkasa bak badang selalu rescue aku. Hah, terlebih pulak…
Tapi sepelik-pelik kitorang, kitorang punya 1 minat yang sama. Kakak dan aku sukakan kumpulan artis-artis Korea. Cakap la group apa-apa pun pasti kami kenal. Seotai-otai kakak, suara dia sedap tau.
Inilah permulaan cerita kami…………

“Kakak, nah ambil dress ni dan cuba kat fitting room tu. Cepat sikit,” kata mummy. Dress labuh yang berwarna pink itu lambat-lambat disambut kakak. Muka kakak monyok. Sekali tengok macam muka cimpanzi kat hutan.
” Mummy kan tahu kakak tak suka warna pink. Eeee girlish sangat la…. Dress pulak tu. Tak boleh ke kakak nak t’shirt je ????” , kakak mengomel meluahkan ketidak puasan hatinya.
“Kakak tu perempuan. Cubalah jadi macam perempuan sikit macam Qiss tu. Ni tak, kat rumah pakai boxer. Dengan rambut pendek macam lelaki. Eeee pening la mummy tengok. Masa kecik okey je bila makin besar makin pelik pulak. Kamu ni kena rasuk dengan hantu kunsa ke ??? mummy ketawa dengan kuat sampai pengunjung kat mall tu pun pandang lain macam. Aku pun turut ketawa. Kesian aku tengok kakak. Muka dah jadi macam tin sardin kena lanyak dengan lori…hahahaha.

Kakak terus masuk ke fitting room manakala aku dan mummy menunggu di luar. Mataku meliar memandang setiap jenis pakaian di gedung membeli belah itu. Memang semua bajunya cantik-cantik belaka.
Aku berjalan ke bahagian baju tee. Tiba-tiba aku dapat merasakan seperti ada seseorang sedang memandang ku dan aku juga dapat rasakan aura negatif mulai mendekati ku. Lantas, aku toleh ke belakang. Kelihatan Sarah dengan empat lagi ahli kumpulan sorak sekolah sedang mencebik memandangku. Adoi, apehal pulak dengan minah-minah nih…..
” Hai Qiss, sorang je ? ” sapa Sarah dengan nada yang menjengkelkan.
“Taklah. Mummy dengan kakak aku ada kat sebelah sana. Kakak aku tengah cuba dress kat fitting room.”
“Ooooo…. Peliknya taiko macam dia try baju macam tu. Aik, kakak kau tu dah kena sampuk dengan jin apa ? hahahaha,” Sarah dan tukang-tukang ampunya mula gelak macam puntianak. Acece kau ingat kau tu bagus sangat la Sarah….
” Suka hati kakak aku la nak try ke tak. Yang pasti , sikit pun tak ada kena mengena dengan kau !” Aku terus meninggalkan Sarah dengan kumpulannya yang gedik tu. Ishhh malas nak gaduh dengan orang yang kurang berpelajaran macam dia. UPSR pun kantoi, apatah lagi PMR dua tahun lepas. Setakat muka je cun tapi otak udang, lelaki pun lari !

*********************

‘KRINGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!’

‘PAP !’ , sepantas kilat tangan aku mencapai jam loceng. Adoiiii pagi-pagi dah bising. Pekak telinga aku kalau hari-hari dengar jam ni memekak !
Hmm hari ni mummy dengan daddy cakap Uncle Man yang duduk kat Australia tu dah nak balik Malaysia. Lebih mengejutkan Uncle Man tu rupa-rupanya pak cik sedara aku merangkap adik daddy. Aku dengan kakak memang tak pernah jumpa Uncle Man sekeluarga sebab daddy kata sejak kitorang bayi lagi Uncle Man dengan family dia dah stay kat overseas. Kerjalah katakan……

Aku dengan kakak dah excited gila nak jumpa Uncle Man dengan family dia. Daddy sejak subuh lagi dah ghaib pergi KLIA nak jemput Uncle Man sekeluarga ,flight sampai subuh. Manakala, mummy , aku dan kakak jadi penyambut tetamu secara tak rasmi dekat rumah .
Selesai mandi aku turun ke tingkat bawah. Lapar laa… tapi mummy kata tak boleh makan lagi. Kena tunggu semua orang dah ada baru boleh ngaappp ! Adoi haru betul la. Kakak dari tadi tak nampak batang hidung dia. Lambat betul kembar aku ni. Ishhh…. Bosan la pulak duduk sorang-sorang kat bawah.

Tengah aku dok layan perasaan tiba-tiba aku terdengar bunyik orang turun tangga. Bunyik macam gergasi turun tangga pun ada… Aishhh nih mesti kakak ku tersayang tu tengah jadi gorilla dalam erti kata lain, dia tengah marah la tuh. Yela dah la kena paksa pakai dress . Warna pink pulak tu. Mana dia tak hangin satu badan. Kesian pulak aku tengok kakak. Tapi tiba-tiba aku rasa kakak aku nampak comel pulak pakai camni…hehehe

Tepat pukul 10 pagi, daddy dengan tetamu yang ditunggu-tunggu dah selamat tiba di rumah. Aku dengan kakak apa lagi, dok intai-intai la kat celah langsir. Ooo uncle ada 2 orang anak je rupanya. Yang sulung lelaki dan yang bongsu budak perempuan tu kut. Aku pakai lastik je sape lahir dulu, dah muka laki tu nampak matang sikit. Ehhh bila dah teropong-teropong camni nampak cam hensem je ‘sepupu’ aku tu. Hehehehe. Ehhh Qiss apasal kau gatai sangat nih ? Adoi…

Aku memang segan tahap langit ke 7 masa nak salam tangan family baru aku ni. Tapi nak hilangkan gemuruh ,aku suruh kakak aku pergi salam dulu. Yang tua dulu didahulukan, tak baik melangkah daulat. Banyak la aku punya daulat.Heee…Kakak dengar je cakap aku sebab kakak aku nih macam tak ada perasaan pun ada.
“Kakak, Qiss ni sepupu-sepupu kamu berdua. Ha, ni Asyraf Izani. Yang ni pulak Aisyee Insyirah. Nanti kamu semua sekolah sama la, ” daddy terus je memperkenalkan diorang kat kami. Asyraf dengan Aisyee senyum kambing aje.
” Saya Emilin Qareena,” kakak bersalam dengan Aisyee dan sekadar senyum dekat Asyraf.
” Saya Kaira Qistina……,” aku juga turut mengikut jejak kakak menyalami Aisyee dan sekadar senyum dekat Asyraf.
“Saya Asyraf Izani dan ni pulak adik saya, Aisyee Insyirah . Boleh panggil saya Shraff je,” Asyrah pulak memperkenalkan diri dia walaupun daddy dah kenalkan tadi. Wow suara dia punya la sedap… macho pulak tu. ” Kakak-kakak boleh panggil saya Syee,” Aisyee pulak potong ayat abang dia. Aishh memang dorang adik-beradik ni hensem dan comel la… geram pulak aku tengok diorang, cute sangat…

***********************

Dah habis makan-makan aku dan kakak serta sepupu-sepupu ku melepak pulak dekat mini garden kat luar rumah.
“Ai bro, kau ni sama umur dengan kitorang ke ? ,” sikit punya otai kakak tanya soalan dekat Asyraf sampai kecut perut mamat tu aku tengok. Yela tadi kat dalam nampak sweet. Kakak siap luku lagi mamat tu punya kepala.
“A’ah. Aku Form 5 macam korang la. Syee yang baru Form 2,” Asyraff menjawab sambil membetulkan cara duduknya yang hampir terjatuh gara-gara reaksi ‘ganas’ kakak tadi.
“So, korang bakal jadi mangsa Sarah dengan geng dia la nampaknya,” aku dan kakak tak henti-henti ketawa. Asyraff dengan Syee dah nampak cuak manakala aku dan kakak pulak dah tak sabar nak tengok apa yang bakal berlaku…..

p/s : aku baru b’jinak-jinak dlm dunia pnlisn ni. So kalo x best, or x de effect kat kowunk, aku mintak maap, ‘sya bdk bru b’lajar’. Kalo korang ada idea nak sambung cerita ni, kecik tapak tangan, stadium bukit jalil aku tadahkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: