Novel : Cinta Popular 1

Nama Pena : ctaisyah

Rafida memandang pada jam di atas meja kerjanya.Jarum jam menunjukkan pukul 2.30 petang.Dia mengeluh perlahan.’Alahai lambat lagi ke nak boleh balik ni.’rungut Rafida dalam hatinya.Dari tadi lagi dia asyik memerhatikan jam berwarna ungu berbentuk hati itu.Dia terasa bosan seharian di pejabat tanpa sebarang kerja.

“Hei.Kenapa ni?Dari tadi lagi aku tengok awak asyik merenung jam tu saja.”sergah Syamimi rakan baik Rafida.”Aku bosanla tak ada kerja macam ni.Bosan.Kalau ada kerja tak apala.Ni dari pagi tadi lagi satu kerja pun tak ada.”kata Rafida.”Ooo…patutla.”kata Syamimi.”Rafida.”kedengaran satu suara kasar memanggil Rafida.Rafida berpaling ke arah suara itu.”Ya..ada apa Encik Karim?”tanya Rafida pada Encik Karim.

“Saya ada kerja untuk awak.”kata Encik Karim.”Kerja apa Encik KArim?”tanya Rafida gembira.Sekurang-kurangnya dia ada kerja yang boleh dibuat.”Saya nak awak pergi jumpa dengan Syafiq Hazman pelakon utama untuk Drama Kau Milikku Saja.Saya nak awak temuramah dia.”kata Encik Karim.”Saya sedia berkhidmat tuan.” kata Rafida.”Hai..macam askar pulak.”kata Encik Karim.Rafida tersengih.

Encik Karim masuk ke dalam pejabatnya.Syamimi segera menerpa.”Alamak..bestnya kau dapat pergi temuramah Hazman.Dahla dia tu kacak,bergaya kaya pulak tu.Aku nak ikut kau boleh?”tanya Syamimi.”Jangan nak mengada-ngada.Kerja yang Encik Karim bagi tadi pun tak siap lagi.Kalau dia tengok tak siap lagi nanti tak ke mengamuk pulak orang tua tu.”kata Rafida.

“Iyalah.Lupa pulak.”kata Syamimi.”Tapi jangan lupa kirim salam kat dia.”kata Syamimi lagi.”Apa-apa sajala.”kata Rafida.Dia mencapai begnya dan menuju ke arah skuter pink kesayangannya.DIa berjalan memakai topi keledar yang juga berwarna pink.Skuternya meluncur di atas jalan raya.

***************************************
Rafida tiba di hadapan sebuah bangunan yang bercat putih dan merah hati.Dia mengunci tayar skuternya sebagai langkah berjaga-jaga.Maklumla sekarang ni kes kejadian curi motor semakin menjadi-jadi.Dia berjalan memasuki bangunan itu dan melihat sekeliling.Dia menuju ke arah kounter pertanyaan.”Cik.”Rafida memanggil perempuan yang sedang sibuk membetulkan rambutnya.

“Ya.Ada apa?”tanya perempuan itu dengan suara yang lembut.”Saya ni wartawan dari majalah Popular.Saya ingin berjumpa dengan Encik Hazman.”kata Rafida.”oh…tunggu sekejap.”kata perempuan itu.Dia mengangkat gagang telefon dan menekan beberapa punat.”Encik Hazman.Ada seorang wartawan dari majalah Popular ingin berjumpa dengan Encik.”kata perempuan itu dengan suara manja dan menggoda.

‘Ish…menggodanya suara..eeee..geli aku dengan perempuan macam ni.’kata Rafida di dalam hati.Dia menggaru tengkuknya yang tidak gatal.”Cik..cik naik tingkat 4 kemudian cik belok kanan.Cik cari pintu yang warna coklat.Itulah bilik Encik Hazman.”kata perempuan itu.”Ok.Thanks.”kata Rafida.Perempuan itu cuma tersenyum.

Rafida menaiki lif menuju ke tingkat empat.Kemudia dia menuju ke arah kanan seperti yang dikatakan oleh perempuan itu.Setelah ditemui dia mengetuk pintu.”Masuk.”kedengaran satu suara mengarahnya supaya masuk.Rafida membuka pintu dan melangkah masuk.Dia terpegun melihat pejabat yang jauh lebih luas dari ruang tamu rumahnya.Pejabat itu sangat bersih dan kemas.Tidak dapat dipastikan sama ada Hazman ni seorang yang pembersih atau dia mempunyai pembantu yang mementingkan kekemasan.

“Sila duduk.”arah satu.Rafida mencari arah suara itu.Seketika Rafida terpegun melihat wajah lelaki di hadapannya.Lama dia memandang wajah lelaki di hadapannya.Hazman bangun dan menuju ke arah Rafida.”Saya tahula saya kacak.Tapi tak payahla pandang saya sampai macam ni.”kata Hazman dengan nada bangga.Serta merta lamunan Rafida terhenti.’Huh…muka saja kacak..perangai hampeh.”kata Rafida dalam hati.

“Kenapa awak nak jumpa saya?”tanya Rafida.”Saya nak menemuramah encik untuk majalah Popular.”kata Rafida.”Majalah apa?Popular?”tanya Hazman kembali.”Ya.”jawan Rafida sebal.’Pekak ke apa?’rungut Rafida dalam hati lagi.”Majalah Popular.tak pernah dengar pun.Nampaknya majalah tu tak sepopular namanya.Awak dengar sini ya.Saya tak suka muka saya ni masuk dalam majalah yang tak popular macam majalah apa nama tu popular.Takkanla saya pelakon yang telah menerima banyak anugerah popular hanya masuk dalam majalah yang tak seberapa ni.Jangan harapla.”kata Hazman dengan nada berbangga.

‘Ish….berlagaknya mamat ni.’rungut Rafida lagi.Mahu sahaja diterkannya muka lelaki di hadapannya. “Saya tahu majalah Popular tu tak adalah popular sangat.tapi awak Tak boleh hina majalah sebegitu macam tu.Kadang-kadang majalah sebegitu la yang mengangkat artis yang tak popular macam awak ni jadi popular.Malah lebih popular dari awak.”kata Rafida.

“Saya boleh pergi kalau awak tak nak.Saya pun tak ingin mengadap wajah awak ni lama-lama.Naik muak dibuatnya.”Kata Rafida membuatkan Hazman terkedu.Tidak pernah ada mana-mana wanita yang menafikan kekacakannya selama ini.’Special girl’getus hati Hazman.’Aku mesti siasat siapa gadis ni.’kata hazman dengan senyuman nakal.Hatinya menggelodak ingin mengetahui siapa gadis itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: