Novel : Cinta seindah kasihmu 1

Nama Pena : oRkId eDyliYnE

HAFZIQ&CHENTA

“Puan Chenta. Kenapa termenung je dari tadi?” tegur Saerah sambil mengelap meja yang berhadapan dengan tempat Chenta Asyrah duduk.

“Tak ada apa. Saerah dan lunch?” tanya Chenta Asyrah kembali sambil menarik sedikit tudungnya ke belakang. Membetulkan kedudukannya.

“Baru je lepas. Puan tak pergi makan ke? Encik Hafziq tak datang lagi?” Sekadar mengisi masanya terlanjur dia mengelap perlahan meja tadi.

“Kejap lagi agaknya.” Senyuman nipis diberikan sebelum mengangkat punggungnya untuk berlalu.

“Saerah. Nanti tanya Ghafa, barang apa yang habis. Lepas tu, let me know ok. Malam ni saya nak suruh orang tu hantar stok. Boleh kan?” tanya Chenta lagi dengan senyuman yang sentiasa mekar di bibirnya munggil miliknya.

“Sure.” Senyuman manis dikembalikan sambil membetulkan topi di kepala.

“Saerah. Tu…” tunjuk Chenta pada seorang pelanggan di meja luar yang mengangkat tangan sambil memandang ke arah mereka berdua.

Saerah mengangguk dan terus berlalu.

Chenta menarik dalam nafasnya sebelum berlalu ke arah kaunter.

“Wafie. Dah makan?” Sekadar bertanya pada perkerjanya yang asyik memandang sekeliling dalam kedai kek itu.

“Belum lagi Puan. Puan?” Pertanyaan dikembalikan dengan senyuman meleret yang mencorak wajah.

Chenta menggeleng sebelum menjawab, “Awak pergilah lunch. Saya tunggu sini.”

“Eh boleh ke? Nanti Encik Hafziq sampai… Puan belum lunch juga kan?” Teragak-agak dia bertanya meminta kepastian.

“Tak apalah. Sementara saya tunggu dia. Awak pergilah dulu. Hmm…”

“Puan… Bosan eh?” tanya Wafie sengaja berseloroh.

Majikannya itu kadang kala tidak seperti majikan yang lain yang suka mengulikan pekerjanya. Chenta Asyrah. Seorang majikan yang cukup menjaga hati setiap pekerja ‘Love Bakery’ yang sudah lama terbina itu.

“Adalah juga sikit. But, better awak pergi cepat sebelum Encik Hafziq datang dan nampak saya tunggu sini. Hmm…” seloroh Chenta kembali.

“Ok mam.” Dia mencabut apron putih berjalur merah jambu yang menutup bahagian pinggang ke lutut yang dipakainya. Lambang dia pekerja Love Bakery.

Chenta tersenyum mesra pada pelanggan yang mendekati kaunter untuk membayar.

Beberapa ketika dia menanti di kaunter, matanya tertacap pada kereta merah hati metalik yang berhenti di luar kedainya kerana dinding kedainya itu yang berhadapan dengan jalan, semuanya berkaca telus.

Segak seorang lelaki berbaju kemeja merah jambu lembut bertali leher sedondon. Rambut yang kemas berkilat dan terpacak itu kelihatan kekal segar dengan gayanya. Cermin mata merah pekat di mukanya ditanggalkan.

Chenta lihat Saerah dan Diana yang bertembung dengan lelaki itu menundukkan sedikit wajah mereka pada lelaki itu.

Lebar senyuman di wajah itu memandang tepat pada Chenta Asyrah yang masih tidak berganjak dari kaunternya.

“Hey lady in pink. Dah lunch?” selorohnya dengan senyuman yang kekal melekat pada bibirnya.

“Waalaikummussalam,” balas Chenta dengan muka yang sengaja disiriuskan.

“Assalamualaikum, sweety.” Dagu Chenta digapainya dan ditarik lembut wajah itu supaya dekat dengannya. Kemudian, satu kucupan jatuh di dahi Chenta.

“Lunch dah?” tanya Hafziq Putra lagi.

Chenta menggeleng perlahan.

“Boleh nak ajak keluar dating? Abang lapar sangat ni.” Wajah kemerahan itu ditatapnya penuh kasih sayang.

Senyuman di bibir berkilat itu semakin melebar.

“Tunggu Wafie sekejap boleh? Dia baru pergi lunch tadi.”

Hafziq mengecilkan matanya menatap wajah itu. Muka disiriuskan sebelum mulutnya dibuka untuk membalas, “Ok.”

“Ish.” Lengan itu dicubitnya perlahan.

Hafziq berlalu masuk ke belakang kaunter sambil tangannya sempat menggapai apron putih berjalur yang berada di bawah kaunter. Kemudian dikenakan pada badannya.

Chenta cuma memerhati perlakuan Hafziq yang sudah meletakkan topi sedondon dengan apron ke kepalanya.

“Puan Chenta. Saya Hafziq Putra. Pekerja baru hari ni,” kenal Hafziq sambil mengenyitkan matanya pada Chenta yang menutup mulutnya menahan tawa dengan kelakuan lelaki itu.

“Hari ni, hari apa sweety?” tanya Hafziq. Dia berdiri di sisi Chenta sambil matanya memerhati pengunjung yang memenuhi ruang kedai serba putih merah jambu itu.

“Selasa.”

“Oh… But, ramai juga orang hari ni.” Tangannya mula bergerak.

“Ish abang raba apa?” getus Chenta ketika tangan itu bermain di belakang badannya.

“Opss… Sorry sengaja.”

Satu lagi cubitan mendarat di lengan berototnya. Penangan dari kelakuannya yang suka benar menyakat.

“Uish. Ini paling sakit sekali,” getus Hafziq sambil menggosok tempat yang dicubit tadi.

“Suka main-main.” Tubuh tegap lelaki itu disenggolnya.

“Only with you sweety.” Pipi gebu itu disentuhnya.

Hafziq berpaling pada papan hitam di balakang kaunter. Papan menu hari itu.

“Today’s special menu. HafChen’s cup cake? Cup cake ni bentuk apa sweety?” Hafziq suka bertanya jika ada nama yang pelik pada pandangan matanya kerana Love Bakrey selalunya mengeluarkan kek yang berlainan jenis hampir setiap hari.

“HafChen’s? Hafziq Putra, Chenta Asyrah digabungkan. Bentuk dia… Macam muka abang,” seloroh Chenta sambil mencucuk jari runcingnya di pipi Hafziq yang masih duduk menghadap papan menu.

“Really? Abang nak tengok. Mesti handsome kan cup cake tu.” Tangannya mula gatal mengambil kapur untuk menconteng apa yang patut pada papan menu itu.

“Perasan.” Mukanya kembali dipalingkan pada kaunter.

Hafziq tidak menjawab membuatkan Chenta berpaling kembali padanya.

“Abang tulis apa?”

“Mana boleh tengok… Tu ada custemer.” Mulutnya dicebikkan pada kaunter dan tangannya menutup apa yang dia sedang tulis tadi.

Chenta berpaling dan tersenyum dengan pelanggan yang berdiri di hadapan kaunter.

Beberapa ketika dia melayan pelanggannya, Hafziq di belakang masih lagi tak sudah meneruskan apa yang dilakukannya tadi.

“Encik Hafziq.” Wafie yang datang kembali untuk menjaga kaunter menunduk sedikit pada Hafziq.

“Hmm…” Dia membalasnya dengan senyuman melebar.

“Ni. Untuk Puan. Ok? Nanti saya balik hantar dia lepas lunch, tunjuk pada dia,” bisik Hafziq pada Wafie yang berdiri di sebelahnya.

Apron dan topi ditanggalkan dan diberikan pada Wafie.

“Let’s go sweety. Wafie dah masuk ni,” ajak Hafziq sambil menggapai tangan mulus itu untuk berlalu.

“Wafie. Jaga kedai,” pesannya pada Wafie pula.

Tangan itu terus ditariknya sehingga ke kereta. Pintu kereta dibuka sebelum menyuruh Chenta masuk.

“Nak makan dekat mana?” tanya Hafziq ketika keretanya mula bergerak meninggalkan perkarangan kedai kek.

“Makan dekat… Tak tahu.” Bahunya dijungkitkan sambil mulutnya dijuirkan.

“Comellah macam tu. Kita makan rumah abi jom,” cadang Hafziq sambil sesekali mengerling Chenta.

“Tak apa ke?”

“Tak apa punya. Umi mesti dah masak sekarang ni. Baru pukul 1 setengah. Boleh Zohor sana sekali.”

“Ok.” Chenta mengangguk dengan senyuman.

REZA&FARISA

Farisa Hajar melangkah memasuki kedai kek serba merah jambu itu dengan langkah perlahan.

Setelah mengambil beberapa roti untuk menjadi alas perutnya untuk tengah hari itu, dia melangkah untuk ke kaunter air.

“Nanti air cik, saya hantar ke meja. Ada apa-apa lagi?” tanya gadis yang berdiri di kaunter itu, yang tadi mengambil pesanannya. Satu nombor diletakkan di atas dulang yang ditatang Farisa.

Farisa menggeleng dengan senyuman nipis sebelum kakinya ditalakan pada kaunter untuk membayar.

“Ci…” Belum lagi mulutnya bersuara untuk memanggil wanita yang membelakangkan kaunter sedang berbual dengan seorang lelaki yang gayanya sibuk menulis di papan yang tercatit menu hari itu, gadis bertudung merah jambu dan berbaju sedondon itu berpaling.

Manis senyuman di wajah itu.

“Ini je ke? Dengan mocha with chocolate?” tanyanya dengan penuh sopan santun sambil mengambil kertas yang berada di atas dulang putih yang dibawa Farisa.

Farisa mengangguk.

“Semuanya 11 ringgit 25 sen,” tambahnya setelah mengira.

Beberapa ketika, duit lebih dipulangkan.

“Thanks. Please come again.” Mesra layanan wanita itu. Sama seperti hari sebelumnya dia datang ke situ.

Wajah ceria itu sering kali dilihatnya jika dia datang ke situ.

Dia gemar datang ke situ kerana apa yang disediakan di situ selalunya menarik perhatian. Tambahan lagi dengan suasana dalam kedai itu yang agak unik. Juga layanan yang amat baik dari setiap pekerja di situ memang tak heranlah kedai itu ramai pelanggannya walaupun di hari bekerja.

Seperti hari sebelumnya, dia duduk di meja berhampiran dengan dinding.

Dilabuhkan sahaja punggungnya dikerusi merah jambu itu, dilihatnya wanita tadi berjalan berpimpinan tangan bersama lelaki yang tadi berada di belakang kaunter.

Kelihatan mesra sahaja.

‘Diorang bercinta agaknya. Tak heranlah mesra macam tu,’ getus hati Farisa dengan senyuman nipis di bibirnya.

Berlalu sahaja kereta yang dinaiki wanita tadi, pandangannya ditumpukan pada cincin belah rotan yang terletak cantik pada jari manis tangan kirinya.

“Cik. Air,” beritahu seorang pekerja sambil meletakkan satu cawan putih bercorak hati berwarna merah jambu di atas meja. Sebelah tangannya mengambil nombor yang tadi dibawa Farisa.

“Thanks.” Bibirnya tersenyum nipis sekadar membalas senyuman mesra pekerja itu.

Tiba-tiba telifon bimbitnya berdering. Seketika menatap skrin telefon, dia mengeluh berat sebelum mengangkatnya.

“Assalamualaikum sayang. Awak dekat mana? Lunch dah?” tanya lelaki di hujung talian terus tanpa sempat bibirnya menjawab salam.

Farisa diam. Berkira-kira dalam hatinya sama ada dia hendak jujur atau pun membuat helah sahaja.

“Sayang? Abang tanya ni,” getus Reza Attif lagi setelah lama dia menanti jawapan.

“Saya tengah makan.” Akhirnya jawapan itu keluar dari mulutnya kerana tak betah untuk menipu hal sekecil itu.

“Oh. Sayang makan dekat mana? Tengah makan, or baru nak makan, or dah habis makan?” tanya Reza lagi bertalu-talu membuatkan Farisa berasa tak senang.

“Baru nak makan,” jawab Farisa mahu tak mahu. Roti di dalam pinggan di hadapan mukanya dikuis-kuis menggunakan jarinya.

“Ok. Sayang makan dekat dengan office, or tempat selalu tu? Love Bakrey?”

“Hmm…”

“Sayang tak makan nasi ke? Hari-hari lunch makan roti?”

“Balik nanti saya makan nasi kan? Just nak alas perut je makan roti ni.” Dia mula malas hendak melayan mulut Reza yang terlalu banyak pertanyaannya.

“Sayang marah abang tanya ke?” Nada Reza di hujung talian mula lain macam. Tak seceria tadi.

Farisa menghela berat nafasnya.

“Oklah. Makanlah. Nanti jumpa dekat rumah. Assalamualaikum,” ucap Reza di hujung talian sebelum talian terputus.

Sekali lagi Farisa mengeluh. Dia tak tahu kenapa dia tega membuat hati itu terasa dengan tindakkannya.

ZAYID&YUMI

“Reza. Apasal? Muka muram semacam. Bukan tadi kau kata nak call wife kau? Eh bro. Orang kalau dapat dengar suara wife seronok. Bukannya tarik muka macam kau ni,” bebel Syed Zayid sambil menyenggol lengan rakannya itu.

Dilihat sahaja perlakuan rakan perniagaannya itu sejak dia menjejakkan kaki ke dalam bilik pejabat itu.

“Tak ada apalah Ayid. Kau tak pergi lunch ke?” tanya Reza kembali dan senyum nipis sengaja ditarik.

Tiba-tiba kelihatan kosong sahaja tenungannya.

“Hui. Aku cakap dengan kau. Ada problem dengan Arisa eh?” tanya Zayid lagi mengagak.

“Eh tak ada mana problemnya. Biasalah rumah tangga. Macam kau tak faham. Kau tak lunch ke?” tanya Reza kembali.

“Kau ni kan. Nampak sangatlah kau tu ada problem tau. Dua kali dah kau tanya soalan yang sama. Hish.” Penumbuknya sengaja ditunjuk di hadapan muka Reza, mengacah.

“Aku nak pergi keluar lunch dengan Yumi. Dahlah malas aku nak melayan kau ni,” tambah Zayid sambil berlalu dan hilang di balik pintu bilik pejabat.

Zyaid tersenyum nipis sambil menggeleng ketika dia berpaling melihat wajah Reza yang kembali ditarik muram.

Sampai di keretanya, beberapa ketika dia menanti engine keretanya panas.

____________________________

“No Zayid. Mummy tak setuju dengan apa yang Zayid cakap. Mummy tak nak Zayid dengan dia. Zayid tak akan bahagia. Zayid faham?” tanya Puan Syarifah Adreana sambil matanya membulat memandang anak bongsunya itu.

“Mummy…”

“Tak ada. Mummy cakap tidak maknanya tidak. Kamu jangan nak membantah cakap mummy, Zayid.” Dahi tua itu mula berkerut.

“But…”

“Mummy tak nak dengar lagi apa-apa dari mulut kamu Zayid. Mummy dah buat keputusan. Minggu depan mummy nak pergi Pahang. Rumah uncle Adri. Kamu mesti minta cuti. Mummy nak kamu ada sekali.” Punggungnya diangkat dari terus melekat di sofa ruang tamu.

“Mummy…”

“Mummy kata mummy tak nak dengar lagi alasan kamu. Orang berjaya takkan letak macam-macam alasan Zayid,” gumam Puan Syarifah Adreana membulat matanya sebelum berpaling dan terus berjalan menuju ke dapur.

Zayid mengeluh berat. Mulutnya lansung tidak boleh berbicara jika dengan mummynya. Sedikit pun dia tak mampu hendak membantah.

_____________________________

Deringan telifon bimbitnya mengejutkan Zayid dari terus-terus mengingatkan kejadian semalam.

Pantas tangannya menggapai telifon bimbitnya.

“Hallo…” Perlahan dia menjawab panggilan.

“Ayid. Awak dekat mana? Kata nak ambil Yumi dekat collage? Dah pukul 1 setengah ni. Nanti pukul 2 setengah Yumi ada class. Tak sempat nak lunch nanti. Ke Ayid tak nak ambil Yumi? Yumi pergi makan sendiri eh?” Panjang lebar dia berbicara di hujung talian.

Lama benar dia menunggu agaknya sehingga membawa dia membebel sepanjang itu sebelum sempat mulut Zayid berbicara.

“Ye sayangku. Saya tengah on the way nak pergi ambil awaklah ni. Tunggu sekejap je. Five minuite ok? Saya gerak ni.”

“Ok. Lima minit je. Lepas tu Yumi pergi makan sendiri kalau Ayid tak sampai-sampai. Cepat tau. Yumi tunggu dekat tempat selalu.” Manja bunyi suaranya ketika berbicara membuatkan Zayid tersenyum.

“Ok. Saya letak ni. Tunggu ok.” Pantas dia memutuskan talian sebelum menggerakkan keretanya.

“Yumi. Tak pergi lunch?” tanya Hafiqa yang lalu di hadapannya yang baru sahaja meletakkan telefon bimbitnya kembali di dalam tas tangan.

“Tunggu buah hati,” jawab Yumi manja. Selepang tudungnya dibetulkan.

“Dah pukul berapa ni. Sempat ke? Nak solat lagi.” Hafiqa tiba-tiba duduk di sisinya.

“Sempatlah. Yumi tak solat hari ni,” bisik Yumi dekat di telinga Hafiqa dengan senyuman malu di bibirnya.

“Dah dia yang janji nak lunch dengan Yumi. Lagi pun dah dua hari tak jumpa dia. Rindu,” tambahnya lagi dengan muka yang kian kemerah-merahan.

“Gatal,” balas Hafiqa sambil mencubit lembut lengan rakannya itu dengan senyuman mengusik.

“Kau dengan Abang Ayid tu sirius ke?” tanya Hafiqa sengaja hendak tahu.

Yumi mengangguk malu-malu sambil matanya memandang hujung kakinya yang digerak-gerakkan.

“Mak ayah kau dekat kampung dah tahu?”

Sekali lagi dia mengangguk dengan pertanyaan.

“Beruntunglah kau. Aku harap kau bahagia dengan Abang Ayid. Dia, aku tengok sayang sangat dekat kau. Lagilah dia tu jujur orangnya. Kan?” Hafiqa tersenyum mengenangkan nasib rakan baiknya itu.

Yumi mengangguk lagi. Dia akui semua yang keluar dari mulut orang yang memandang memang ada kebenarannya. Bukan sehari dua dia mengenali lelaki bernama Syed Zayid Syed Allaudin.

Hampir 2 tahun hubungan mereka. Memang perangainya, kelakuannya, sifatnya. Semuanya yang baik-baik belaka. Sesuai dengan raut wajah bersihnya itu.

“Tersenyum-senyum. Mulalah tu. Dahlah Yumi. Fiqa nak pergi solat Zohor. Nanti lewat pula,” getus Hafiqa sambil menyentuh peha rakannya itu.

Entah apa yang asyik sangat dia fikirkan sehingga terbit senyuman di bibir munggil itu.

“Ok. Bye.” Lambaian kecil mengiringi langkah sahabatnya itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: