Novel : Cinta tak bersyarat 3

Nama Pena : nufa shyairan

RYZAL ketawa besar melihat reaksi Riezq yang keresahan. Tidak pernah dia melihat sahabatnya dalam keadaan sebegitu. Nampaknya Riezq benar-benar tidak mahu mengikut telunjuk mamanya dalam soal yang penting ini.

“Boleh tak kau berhenti ketawa?” soalnya geram. Ketawa Ryzal mati. Kemudian tawanya kedengaran kembali. Riezq mendengus geram dengan telatah Ryzal.

“Okeylah beb aku minta maaf tapi aku tak pernah lihat kau macam ni. Relaks okey. Aku pun sedang cari orang yang boleh dipercayai untuk menjayakan misi kau ni.” Ujarnya separuh bergurau.

“Papa aku pun dah bertanya. Aku nak hal ni diselesaikan cepat. Lagipun bukan lama, just pretend depan keluarga aku aje. Bila aku dah pindah semua ini akan selesai.” Ujarnya.

“Aku akan tolong kau. Don’t worry.” Ryzal menelan liur. Di mana harus dia mencari calon ‘isteri’ untuk Riezq itu? Sengaja dia menempah bala. Walaubagaimanapun Riezq adalah sahabatnya dan dia harus membantu.

Ryzal pulang ke pejabat dengan perasaan yang resah. Dia telah berjanji dan harus menunaikannya. Dalam dia mengelamun tubuhnya terlanggar seseorang.

“Maaf encik saya tak sengaja.” Ryzal mendongak.

“Awak?”

Mereka sama-sama bersuara. Kemudian Ryzal mengerutkan dahinya.

“Saya akan mula kerja kat sini. Besok baru mula kerja.” Terangnya seperti mengerti tanda tanya di hati lelaki tu. Dia tersenyum.

“Kerja di bahagian mana?” soalnya.

“Pemasaran.” Jawabnya sepatah.

“Okeylah semoga awak gembira bertugas di sini. Selamat memulakan tugas.” Ujar Ryzal dan terus berlalu. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyum. Tidak menyangka akan bertembung dengan perempuan itu di sini. Lebih-lebih lagi di syarikat Riezq. Macam berjodoh pula. Mula-mula di kampungnya kemudian di sini. Tiba-tiba langkah kakinya terhenti. Otaknya berputar mengingati sesuatu. Dia berpaling kembali kebelakang. Perempuan itu telah menghilang entah ke mana. Dahinya berkerut-kerut. Kemudian kepalanya menggeleng. Merasakan fikirannya yang terpesong agak jauh tadi.

Mana mungkin dia menggunakan perempuan sebaik itu. Perempuan itu sudah terlebih menderita dengan masalah yang melandanya. Lagipun dia gadis yang baik-baik dan tidak mungkin akan menerima cadangan itu jika dipinta sekalipun.

********************************************
Rania Qyrina mempercepatkan langkahnya. Sesekali dia melirik jam di tangannya. Dadanya makin berdebar apabila menyedari masa yang makin berlalu. Dia mengutuk dirinya yang terlewat bangun padahal dia telah mengunci jam. Tetapi jam itu pula yang buat hal di saat-saat penting begini. Dia berdoa di dalam hati agar semuanya berjalan lancar.

Dia memandang pintu lif yang masih belum terbuka. Perasaannya makin berdebar-debar. Matanya memandang tangga di sebelah kanan. Berniat untuk memanjat tangga. Kemudian dia mematikan hasratnya apabila menyedari pejabatnya terletak di tingkat 15. Gila . Mahu mampus sebelum sempat sampai. Apabila pintu lif terbuka, dia cepat-cepat meloloskan dirinya dan menekan nombor 15. Namun belum sempat pintu lif tertutup ada seseorang yang melambaikan tangan dari jauh. Dia tidak sempat berbuat apa-apa. Atau lebih tepat lagi dia memang tidak mahu menunggu.

” Sorry ” laungnya. Dia bergegas keluar apabila pintu lif terbuka. Siapa yang harus dia temui? Ah, satu lagi masalah. Rasa ingin menangis pun ada apabila menyedari dia benar-benar berada dalam kesusahan. Hari pertama yang menyusahkan dirinya. Ibu!!!!! Jeritnya di dalam hati.

“Cik Rania Qyrina?”

Dia berpaling apabila terdengar namanya dipanggil. Wajah manis seorang wanita yang lebih berusia sedikit daripadanya menyapa. Dia tersenyum hambar. Tidak ikhlas. Perasaan cemas masih merajainya.

” Ya saya.” ujarnya.

” Saya Hasliza, tapi orang sini panggil kak Liza.” Tuturnya.

Sememangnya aku tidak ada masa untuk berkenalan buat masa ini. Kenapalah orang yang digelar kak Liza ini boleh menegurku tika ini?

Dia menatap jam.

“Kenapa lambat?” soal wanita itu.

“Saya…..”

” Dah lah. Jom ikut akak. Nasib baik bos pun belum sampai. Tambahnya. Rania qyrina terkebil-kebil memandang Hasliza.

“Akak ni setiausaha En.Riezq. Akak sepatutnya dah kenalkan Cik Qyrina dengan staf-staf yang lain tapi elok rasanya kalau akak tunjukkan bilik cik Qyrina dulu. Cepatlah sebelum bos sampai. ” ujar Hasliza. Rania Qrina mengangguk. Dia masih tidak dapat focus dengan bicara wanita itu. dia masih berdebar-debar. Tetapi kakinya cepat mengekori langkah hasliza. Mereka berhenti di hadapan bilik yang tertera penolong pengurus. Ini lah biliknya, duganya.

“Ini bilik cik Qyrina. Kalau perlukan apa-apa akak ada di depan.” Ujar hasliza dan berlalu. Dia masih ada banyak perkara yang ingin ditanya kepada wanita itu tetapi wanita itu kelihatan tergesa-gesa. Dia melangkah ke dalam bilik yang sederhana besar itu. dia menghenyakkan punggung di kerusi. Satu keluhan terbit dari bibirnya. Barulah dia merasa lega.namun bunyi telefon di hadapannya membuatkan dia terperanjat besar. Lama telefon itu berbunyi barulah dia mengangkatnya.

” Hello.” Ujarnya perlahan.

“Qyrina masuk bilik saya.”

Dia mengerutkan dahi mendengar suara seorang lelaki di hujung talian.

“Bilik siapa?”ujarnya bodoh.

“Sayalah.” Tambahnya.

“Awak siapa?” soalnya lagi.

“Riezq, bos awak.”

Mendengar ayat lelaki itu dia terdiam seketika. Air liur ditelan lambat-lambat.

“Erm ,maaf encik Riezq. Sekarang ke?”

“Ya sekarang.” Tegas kedengaran suara lelaki itu dan membutkannya kembali gementar. Tetapi mengapa? Pasti kerana permulaan yang tidak baik. Dia bergegas menuju ke bilik lelaki itu.
Pintu bilik pengurus besar diketuk perlahan. Dia melangkah perlahan apabila kedengaran suara yang menyuruhnya masuk. Wajah lelaki yang menunduk itu dipandang. Entah kenapa dia berasa berdebar. Padahal ini bukan kali pertama dia berjumpa lelaki itu. Matanya tajam merenung lelaki itu. Nak bersuara ke tak nak ? Dia berkira-kira di dalam hati.

“Okey you can sit.”lelaki itu mendongak. Gulp,panahan mata lelaki itu membuatnya gelabah. Dia tunduk. Kerusi di hadapannya di tarik. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Tangannya di bawah meja diramas-ramas.

“Ada apa en.Riezq nak jumpa saya?” soalnya perlahan.

“Awak dah kenal bilik awak?” soal Riezq. Dia mengangguk.

“Dah kenal staf-staf di sini?” soalnya lagi. Kepalanya pantas menggeleng. Kenapa dia tidak mampu bersuara saat ini. Ke mana menghilangnya suara lantangnya? Hish, dia bingung.

“Awak dah jadi bisu ke?”

“Hah..” dia merenung wajah pegawai atasannya. Apa yang mamat ni cakap tadi?

“Takkan dah pekak pulak.”

Qyrina membeliakkan matanya. Apa kena pulak mamat ni? Pandai-pandai pulak dia nak kata aku pekak. Tapi kenapa aku tak boleh nak menjawab pulak.

“Hai cik Qyrina, awak dah sampai mana ni?” Riezq memandang wajah perempuan dihadapannya. Qyrina mengerutkan dahinya. Tidak mengerti dengan pertanyaan lelaki itu.

“Saya……….”

“Lain kali kalau ada orang bercakap dengan awak tolong bagi perhatian. Fikiran tu jangan melamun jauh. Tak elok. Faham?” ujar Riezq tajam. Qyrina serba salah. Dia menyumpah lelaki itu di dalam hatinya. Apasal pulak nak kenakan aku ni? Aku ada hutang kau ke? Menyampah betul….

“Dahlah pergi buat kerja awak. Lain kali jangan buat lagi macam tu.” Tegurnya lagi. Apa yang aku dah buat? Bosan .

“Terima kasih.” Apa yang aku cakap ni? Terima kasih untuk apa? Sebab dia mengata aku.. Dia pantas berdiri dan berkira-kira untuk berlalu. Tangannya mencapai pintu.

“Lain kali kalau ada orang tahan pintu lif awak kena lah tunggu walaupun awak mengejar masa, cik Rania Qyrina.” Ujar Riezq tetiba. Qyrina tidak berpaling. Apa yang mamat ni cakap pulak? Takkan lah………. Tanpa berpaling dia terus meninggalkan bilik lelaki itu. langkah yang diaturnya serba tidak kena. Apa yang aku dah buat ni? Patutlah mamat tu asyik mengata aku jer. Tentu dia tahu aku terlewat hari ni. Hish……..kepalanya menggeleng-geleng. Kenapalah aku asyik malukan diri aku di depan dia? Dulu di kampung sekarang di sini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: