Novel : Ego itu Cinta 2

Nama Pena : Rika

BAB 3
Arisya memandang lelaki di hadapannya dengan dahi berkerut.Pipi lelaki itu sudah menjadi mangsa buku limanya.Dia peduli apa?Lelaki itu siapa nak memegang-megangnya.Fikri sudah menggosok-gosok pipinya.Jelas kesan merah yang berada di pipinya.
“Sebenarnya kitaorang perlukan bantuan Cik Arisya untuk tolong kitaorang..Actually Fikri.”Arisya sudah membuat muka bosan.Mulutnya disumbat dengan pizza hut.Dah orang belanja,apa lagi perabihlah.Fikri pula masih menggosok-gosok pipinya.Dia tidak menyangka langsung yang Arisya akan berani menumbuknya.Sakit pulak tu.
“Siapa Fikri?”Soalan dari mulut Arisya yang penuh menyentakkan Shahrul.Aik tak dengo ke tadi aku perkenalkan Fikri kat dia.Ish minah ni.
“Akulah,Hariz Fikri b Dato’ Amir,okey?”Fikri menyampuk.Arisya hanya mencebik.Anak Dato’ rupanya.
“So,apa yang En.Shahrul nak kitaorang tolong?”Ira bersuara.Shahrul akui dia lebih senang berbincang dengan Ira dari Arisya.Gadis yang sorang lagi tu Cuma tahu sumbat mulutnya dengan pizza sahaja.
“Macam ni,kitaorang nak mintak tolong Cik Arisya jadi ‘isteri’ Fikri untuk satu bulan.”Habis Shahrul berbicara,Arisya menyemburkan semua makanan di dalam mulutnya.Tepat-tepat kea rah Fikri.Tergamam Fikri dibuatnya.Ira sudah menjerit kecil dan Shahrul berusaha sedaya upaya supaya tidak tergelak.Fikri sudah mula berasap,lebih-lebih lagi melihat muka Arisya yang tiada perasaan.
“Isteri?Untuk mamat ni?Wei,apa cerita ni.Aku dah lah tak kenal korang.Adoyai,spoil mood lah kau ni.”Arisya mendengus.Bagai gugur jantungnya mendengar kata-kata Shahrul.
“Whateverlah minah!Tapi kau tengok apa kau dah buat dekat aku punya muka ni?Dekat muka aku yang mahal ni?Woi cuba bagitahu sikit!”Fikri menyeringai.Arisya masih dengan wajah selambanya.Fikri sudah megenggam penumbuk,nasib baik dihalang Shahrul,jika tidak habislah..
“Macam ni,korang Cuma kahwin atas kertas je.Tak ada apa-apa yang akan berlaku,dan selepas sebulan korang boleh mula hidup macam dulu balik.Fikri akan ceraikan awak,dan awak akan dibayar sebanyak RM 10000.00 untuk kerja ni.So?”Arisya yang mendengar perkataan sepuluh ribu ternganga.Gila banyak beb!
“No!Mak aku mesti tak setuju..Tapi sepuluh ribu….”Arisya membebel sendiri.Ira yang melihat Arisya membebel-bebel sendiri mencuit bahu rakannya itu.Arisya yang terkejut memandang Ira tajam.
“Risy,kau terima tak?”Soalan Ira dibiar dibawa angin.Aku tengah pusing ni,nak terima ke tak nak?Arisya berteka-teki.
“Wei kalau aku terima,mak aku marah tak?”Soalan Arisya mengundang ketawa Fikri dan Shahrul.Berkerut dahinya melihat Shahrul dan Fikri.Ni aku berasap ni!
“Kononnya macho,last-last harap mak juga.Anak mak!”Kata-kata Fikri menyebabkan Arisya bengang.
“Woi,kau cakap kasi baik sikit ya bro?Aku bengang betul dengan kau ni.”Arisya mula mahu mengamuk.Nasib baik di halang Ira jika tidak,peh meletup restoran makanan segera itu dikerjakan.
“Jangan risaulah,Risy.Mak kau tu nanti aku uruskan.Aku boleh atur.Kau terima je lah,lagipun kau kan perlukan duit.”Kata-kata Ira seolah-olah menjadi kekuatan untuknya.Dia memandang wajah Fikri,Shahrul dan Ira sebelum mengangguk.

BAB 4
Keadaan Butik Aren Beautifull agak lengang pada hari itu.Mungkin kerana belum masa gaji masuk.Arisya memandang Ira,Shahrul dan Fikri hairan.Kenapa bawak aku dekat tempat ni?Aku dah lah tak suka.
“Wei kenapa bawak aku kat sini?”Arisya bertanya seakan orang bodoh.Namun pernyataannya hanya dijawab dengan suara offer dan promosi-promosi barangan.Arisya mula naik angin.Namun amarahnya disimpan,malas dia mahu berbalah di situ.
“Okey,Fik kau tolong pilihkan baju untuk bakal bini kau ni.”Shahrul bersuara.Kata-kata Shahrul menyebabkan Arisya ternganga.Baju?Ni aku rasa tak sedap hati ni.
“Baju?For what?Aku dah pakai baju pun.”Arisya bertanya tidak berpuas hati.
“Wei,kau nak aku kenalkan kau kat mak aku dengan baju macam ni?Mak aku tu,dahlah suka perempuan melayu terakhir,sekali tengok kau pakai macam ni,pengsan terus.”Fikri berucap panjang lebar.Yelah,dia ingat mama tu jenis yang tak cerewet ke?
“Hah,tak nak!Ira,apasal,aku kena tukar baju.”Arisya sudah membebel.
“Risy,remember sepuluh ribu kau?”Kata-kata Ira menyebabkan Arisya terdiam.Betul jugak!Tak apalah demi duit aku sanggup.
“Okey,aku nak pilih baju hujung tu dengan tudung warna tu and kasut tumit ni.”Tercengang Arisya mendengar kata-kata Fikri.Yang dipilih Fikri semua yang dibencinya.Tudung?Eii rimaslah!Heels?Lagilah aku menyampah.
“Wei..Tak ada lain ke?”Arisya bertanya jelek.Fikri hanya menggeleng,sebelum Arisya di bawa masuk ke dalam bilik persalinan oleh pekerja butik itu.

“Fik,kau rasa macam mana rupa Risy bila pakai macam tu?”Shahrul sudah mula membayangkan wajah Arisya yang memakai gaun,tudung dan kasut heels.
“Wei,aku sure apa pun dia pakai,dia still kayu.Still hodohlah.”Fikri berkata selamba.Ira yang mendengar kata-kata Fikri berkata bengang.
“Encik Fikri,encik jangan pandang serong pada Risy.Saya kenal dia dah lama.Saya yakin,bila encik tengok dia nanti encik mesti tergamam.”Fikri ketawa sinis apabila mendengar kata-kata Ira.
“Wei,aku berani cakap aku tak akan ada perasaan punya bila tengok minah tu.Kau,Shah?Kau back up sapa?Aku ke Ira?”
“Ira!”Pantas Shahrul menjawab tanpa berfikir panjang.Dia setuju dengan Ira,baginya Arisya seorang gadis yang cantik,kulitnya putih bersih dan kemerah-merahan.Mata bundarnya memukau,cuma semua keindahan itu disorok di sebalik penampilan yang seperti lelaki dan sikap yang kasar.
Fikri hanya mendengus mendengar kata-kata Shahrul.Eleh,kau tengok nanti.

“Hehemm”Deheman seseoarang menyentakkan mereka.Ira dan Shahrul segera berpaling tetapi tidak Fikri.Dia sudah agak gadis itu mesti Nampak hodoh punya.Shahrul seakan tergamam melihat keindahan di hadapannya.Ya ALLAH!Cantiknya…Shahrul dan Ira berpaling pada Fikri.
“Wei,bro cubalah tengok!Cantik siot.Cepatlah!”Shahrul mendesak.
“Tak naklah!Aku tau mesti buruk tu.”Fikri berkata yakin.Shahrul terus mendesak.
“Tengok!”
“Tak nak!”
“Tengok!”
“Tak…..”Fikri seolah-olah kehilangan kata-kata selepas berpaling dan melihat Arisya.Benar,kata Shahrul,gadis itu Nampak cantik dan anggun dengan gaun labuh bewarna pink dan berenda putih.Kepalanya dililit dengan tudung ala-ala Wardina yang bewarna sedondon dengan baju.Tergamam?Ya,Hariz Fikri tergamam.Dia seakan-akan merasakan ada alunan muzik dan geseran biola di belakangnya.
“Tutup mulut tu,pak cik.”Shahrul dan Ira mengusik.Namun Fikri terus terpegun sebelum Arisya berdiri betul-betul di hadapannya dan mencapai kasut tumit yang berada di tangannya.
“Bak sini!Dari tadi aku mintak,kau buat bodoh je.Aku dah lah rimas dengan baju macam badut sarkas ni.Ergh!”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: