Novel : From Kelantan With Love 3

Nama Pena : Kencana Merana

Selepas hampir 20 minit dalam bilik PK 1 , Erina dan Najiha dibawa berjumpa Ketua Panitia Bahasa Melayu , Cikgu Laila , seorang guru bujang berusia 37 tahun.

” Duduk lah. Akak nak ambilkan bahan rujukan dan sukatan pelajaran.” Ujar Cikgu Laila, gadis genit , rendah dan berkulit hitam manis.

” Siapa ni Laila? ” Tegur seorang guru yang berbadan agak berisi dan tinggi. Orangnya nampak serius dengan memakai cermin mata.

” Jiha , Erina, kenalkan Cikgu Fadila, guru Matematik.Orang Perak ni jugak.”

” Saya Erina, ini Najiha. Kami baru datang hari ni. Guru sandaran ” Kata Erina mendahului . Cikgu Fadila senyum. Wajah tegang tadi beransur hilang.

” Patut lah, tadi Nazarul kecoh bercerita ada awet baru sampai. Panggil Kak Dila jer . Duduk lah, akak ada kelas jap lagi ni.” Ujar Cikgu Fadila yang mula menunjukkan keramahan.

” Terima kasih kak.” Serentak Najiha dan Erina bersuara.

” Orang mana? ” Cikgu Laila bersoal kembali.

” Saya dari Kelantan, KB. “

“Saya dari Ipoh kak.” Najiha menambah .

” Patut lah Nazarul kecoh-kecoh tadi. Ada awet Kelantan rupanya. ” Cikgu Laila mengomel lagi. Najiha yang belum kenal Cikgu Nazarul hanya diam sahaja.

Erina teringat sesuatu bila nama Nazarul disebut tadi. Itu lah cikgu yang dia terlanggar depan koperasi . Cikgu yang dingin seperti ais. Cikgu yang begitu mahal nak senyum.

” Jadual dah ada tadi kan. Ni , untuk Erina. Dan bahan ni untuk Najiha. Kalau nak apa-apa jumpa lah akak . Kalau tak pun, rujuk Guru Kanan Bahasa, Cikgu Lan. ” Kata Cikgu Laila sambil tersenyum lagi.

Teringat peristiwa lucu yang berlaku di koperasi pagi tadi. Kalau Cikgu Lan tak bagi tau tentu dia dah ketinggalan cerita yang lucu itu. Erina dan Najiha yang memahami maksud senyuman itu juga turut tersenyum.

” Saya malu betul lah Kak Laila . Saya tak tahu pulak Cikgu Razlan tu Guru Kanan . Macam mana saya boleh tersilap orang . ” Erina bersuara lagi.

” Tak apa Erina. Cikgu Lan tu baik. Suka bergurau. ” Tambah Laila lanjut.

” Terima kasih kak. Kami masuk bilik guru dulu lah.” Najiha pulak mendahului mereka.

Mereka keluar dari bilik ketua panitia, dan masuk ke bilik guru . Bertemu dan bersembang dengan beberapa orang lagi guru lama di situ.

” Aku malu sangat Jiha.”

” Tu lah… dah terlajak. Orang tu punyer lah ’smart’ . Kau kata pak cik koperasi.” Najiha mengusul lanjut.

” Aku tak tahan nak ketawa kat bilik Cikgu Hanafi tadi. Tengok muka kau sekejap pucat, sekejap merah. Sekejap tu biru.” Tambah Najiha sambil menggelengkan kepala. Tak dapat ingat kelucuan yang berlaku pada Erina.

” Aku ni . Malu sangat-sangat kau tau. Tu yang aku kaget tak bersuara. Habis ayat dah. Aku siap ’sound’ dia lagi kat koperasi tu. Aku kata dia nak jual minyak kat aku. Malu nyer Jiha. Tak sanggup nak tengok muka dia.” Erina menambah lagi.

“Alah… tak per. Cikgu Lan tu nampak baik sangat. Bertanggungjawab, nampak lelaki yang sungguh maskulin.” Najiha pula bersuara.

“Hish … jaga sikit mulut tu Jiha. Dengar kat cikgu lain kan. Silap-silap isteri dia pun mengajar kat sini. Tak ker susah! ” Tambah Erina lagi.

” Dia tak marah. Tadi kan dia ada cakap, dia tolong pelajar tu beli buku, masa tu kau datang minta beli air . Dia tolong kau sekali . Bukan salah kau pun. Kes tersilap faham jer. Kan? Kau tak rasa ker dia baik sangat?” Najiha mengusik lagi. Erina hanya mencebik tanda tak mahu panjangkan kisah itu.

” Tengok jadual kau Jiha. Kelas mana kau dapat ?”

” Kelas 3S3 dan 3 V5 . Kau pulak??”

” Aku dapat 3S2 dan 3V 4 .”

” Buku teks ambil kat bawah kan. Jom kita ambik buku teks dulu. Esok baru masuk mengajar kan.” Erina bersuara kembali.

Puan Dahlia selaku Ketua Bilik SPBT, sedang menanda buku pelajar ketika mereka mengetuk pintu .

” Masuk lah . Cikgu baru kan?” Puan Dahlia menegur ramah.Orang nya mungkin sebaya mama fikir Erina.

” Apa khabar kak?” Mereka bersalam tanda hormat .

” Panggil Kak Lia jer. Yang ni nama apa?”

” Saya Erina. Panggil Rin jer. “

” Saya Najiha. Boleh panggil Jiha.”

” Dari mana?” Tanya Kak Lia lagi.

” Rin dari KB kak, Jiha ni orang Ipoh.” Erina mendahului dia dan Najiha.

” Mari lah. Nak ambil buku aper?”

“BM Tingkatan 3 .”

Kak Dahlia bergerak ke bahagian rak buku teks tingkatan 3 . Najiha dan Erina duduk di kerusi yang tersedia.

“Assalamualaikum. Kak Lia ! ” Satu suara menegur dari luar pintu.

” Waalaikumussalam. Eh, Rul . Kenapa? Masuk lah dulu. Kak Lia nak cari kan buku kat cikgu baru ni.” Kata Kak Lia dari dalam. Wajahnya tersembul sekejap di sebalik rak kemudian menghilang.

Nazarul masuk dan memandang seketika ke arah dua cikgu baru itu.

” Ajar apa?” Tanya Nazarul serius. Masih enggan mengukir senyuman.

” BM.” Najiha menjawab kerana dia yang paling dekat.

” Rul dah kenal ker cikgu ni?” Kak Lia datang membawa buku teks BM dan juga buku KOMSAS tingkatan 3 .

” Tak der sapa nak ’introduce’ kak .” Nazarul bersuara lanjut. Saje lah tu! Fikir Erina.

Seketika dia memandang Erina. Hatinya berdetik kecil. Cantik ! Najiha dan Erina menjeling sekilas. Nazarul nampak kemas dan segak memakai slek hitam dengan kemeja warna ’peach’ . Sesuai dengan kulitnya . Orangnya tinggi dan memakai tali leher serta tanda nama dengan teratur. Rambutnya yang kemas dan pendek kelihatan tersisir rapi.

” Mari…. Yang ni Rin, dari Kelantan. Ini Jiha, dari Ipoh.” Kata Kak Lia.

” Ni … Nazarul. Panggil Rul jer. Belum kahwin . Muda lagi ni. ” Giliran Kak Lia megusik mereka.

Erina dan Najiha menguntum senyum, namun seperti biasa lelaki itu hanya buat biasa. Belum ada lekukan senyuman yang bergayut pada bibirnya. Mahal sungguh ! .

Kak Lia kemudian menulis sesuatu dalam buku log pinjaman. Kemudian meminta dua gadis itu menandatangani ruang yang disediakan.

“Nama pendek jer? Nama panjang tak ader?” Nazarul cuba untuk bergurau. Namun masih berwajah serius.

” Nak nama panjang tanya lah tuan dia.” Tambah Kak Lia dan tersenyum ke arah Najiha dan Erina.

” Kak Lia. Saya datang nak bagi borang ni. Dah ’setel’ . Kak Lia tanda tangan ya ! ” Kata Nazarul kemudian.

Najiha dan Erina meminta diri. Meninggalkan Nazarul dan Cikgu Dahlia.

” Ckgu Nazarul tu lah, yang aku terlanggar pagi tadi. ” Erina memulakan bicara.

” Kacak!” Sepatah kata keluar dari mulut Najiha.

“Eh…apa kau cakap Jiha? ” Erina mengusik.

” Aku cakap aper tadi. Dah lupa. “

“Kacak .” Erina mengulangi.

” Kacak. Ader aku cakap dia kacak ker? Sombong ader lah. ” Najiha mengomel.

“Ishhh… budak ni. Tadi dia kata kacak.” Omel Erina lagi dan terdengar Najiha ketawa pendek. Saje nak kenakan orang! .

” Kalau dia baik hati dan mesra macam Cikgu Razlan tu, baru lah kacak.” Tambah Najiha lanjut. Erina menggeleng-geleng. Jiha ni ! Ntah apa-apa ! .

Pukul 1.30 tengah hari persekolahan telah pun berakhir. Mereka pulang menaiki kereta Myvi S.E Najiha . Kata Najiha dulu, kereta Myvi tu dia pinjam dari abangnya yang kerja di Sabah. Esok , akan bermula hari baru bagi Erina dan Najiha sebagai guru sandaran di sekolah itu.

Jam menunjukkan pukul 7.20 pagi ketika mereka sampai di sekolah. Sudah ramai guru dan pelajar yang sampai. Erina dan Najiha seperti biasa naik ke tingkat atas menuju ke bilik guru.

” Nak ikut aku tak?” Tanya Erina tiba-tiba.

” Kau nak pegi mana? Kau bukan tahu pun sekolah ni.”

“Sebab tu aku nak jalan-jalan ikut pelan bangunan ni. Jom lah.” Ajak erina lagi.

“Malas lah. Nak baca buku ni dulu. ” Kata Najiha sambil mengambil buku KOMSAS atas mejanya.

” Aku pergi sorang . Kelas kau pukul berapa? ” Tanya Erina.

” Lepas rehat baru ada.”

“Okay lah. Lepas tu kita makan. Boleh?” Pinta Erina . Najiha hanya angguk dan terus membuka buku di tangan.

Erina sudah pun bergerak turun. Melintasi koperasi sekolah, hati Erina diterpa rasa ingin tahu melihat sebuah Bilik Gerakan yang pintunya sedikit terbuka. Dia berkira-kira untuk mengetuk pintu dan masuk, tetapi tidak jadi. Dia memusingkan badan serta-merta. Sekaligus !

” Maaf !” Hampir-hampir sahaja gadis itu terlanggar dengan Nazarul yang berdiri tegak di belakangnya.

” Awak ni kan, kalau jumpa orang mesti ’eksiden’ ker?” Ujar Nazarul .

Matanya jatuh ke wajah Erina. Memandang gadis itu tidak berkelip. Cantik sungguh Erina. Berkulit putih , muka bujur dan mempunyai senyuman yang manis. Semanis nama pemiliknya. Tadi, di pejabat dia ada merisik-risik daripada kerani fail tentang guru sandaran baru itu. Hatinya tertarik ketika dia bertembung dengan Erina depan koperasi sekolah semalam.

Perasaan itu semakin kuat bila mengetahui Nik Erina bt Nik Mustafa berasal dari Kelantan. Lubuk yang sama dengannya . Cuma berlainan jajahan. Namun, dek sikap kedinginannya dengan kaum Hawa menjadikan dia kekok dan tidak berapa pandai mengambil hati gadis itu. Malah, dia tak salahkan dua cikgu baru itu kalau mengatakan dirinya agak dingin. Memang sikapnya begitu. Jenis yang kurang peramah.

” Saya minta maaf ! Untuk semalam dan hari ini. Saya agak kelam-kabut. Tu yang ‘eksiden’ ” . Ujar Erina sedikit gugup kerana ditenung oleh cikgu lelaki itu.

” Kalau awak selalu kelam-kabut , macam mana awak nak ‘handle’ pelajar Ingat jadi cikgu ni kerja mudah ker? Jadi guru sandaran ni bukan senang tau ! Keselamatan pelajar di tangan kita . ” Nazarul tanpa diminta memberi ulasan yang lebih berbetuk kritikan. Erina cuba bertahan dengan sikap tenang dan bersahaja. Tidak mahu nampak ’gabra’ .

” Saya ! Saya ! Maksud saya …” Dia gagal berbicara. Entah kenapa , wajah tegang Nazarul menjadikan dia agak takut untuk bertentang mata dengan lelaki itu.

” Sir ! Petang ni latihan macam biasa jam 3 kan?” Satu suara mengejutkan perbualan mereka. Pelajar yang bernama Amalina keluar dari Bilik Gerakan bersama 4 pelajar lain.

” Kumpul kat sini jam 3 .” Nazarul membalas tanpa segarit senyum. Lima pelajar tadi menapak pergi selepas mengucapkan ‘Thank you Sir.” Tahulah Erina, Nazarul itu guru Bahasa Inggeris. Dia juga sedang ‘incharge’ ‘debate’ sekolah .

” Saya pergi dulu. Ada kelas lepas rehat .” Erina meminta diri.

Nazarul hanya diam tanpa kata. Melihat dengan ekor mata gadis itu berlalu. Garang sangat ker aku tadi ! Mesti dia kata aku sombong ! Hati kecil Nazarul bersuara. Dia tidak tahu kenapa sukar untuk berkomunikasi dengan Erina.

Erina diterpa rasa bersalah dan gugup. Hairan dengan sikap Nazarul yang seperti tidak suka kepadanya . Atau apa kah sebenarnya sedang terjadi antara mereka. Tak kan lah sebab terlanggar pun nak gaduh macam tu sekali. Pelik lah Nazarul ni. Erina berfikir sendiri sambil naik ke bilik guru .

Najiha dan Erina bergerak ke kelas masing-masing. Najiha meneruskan langkah ke Blok C . Erina masuk kelas. Serentak semua pelajar berdiri memberi hormat.

Kelas dimulakan dengan sesi berkenalan lebih kurang 5 minit. Selepas itu pembelajaran dimulakan. Hampir setengah jam mengajar, Erina meminta pelajar membina ayat daripada kelompok golongan Kata Adjektif . Dia pergi dari meja ke meja melihat pelajar membuat kerja.

” Cikgu ! Wati pengsan ! ” Aminah menjerit dari meja hadapan.

Erina terkejut . Menapak pantas ke meja Wati dan Aminah .

” Macam mana boleh pengsan ni? .Panggilkan guru bertugas. ” Kata Erina lagi. Dadanya berdegup kencang. Macam mana nak ’handle’ ni.

” Siapa guru bertugas minggu ni ? ” Aminah bersuara cemas.

” Cikgu Nazarul ! ” kata Saripudin . Kelas menjadi gamat. Dahi Erina mula berkeringat.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: