Novel : Ini Bubur Cinta 3

Nama Pena : anarif

Isabelle bermenung di tangga. Dengan gaun kembangnya, dan teddy bear besarnya, dia menongkat dagu.

Nek Zizah yang baru saja datang dari dapur menggeleng kepala bersama keluhan panjang. Sudah 2 hari Isabelle di rumahnya, 2 hari jugalah dia bermenung di tangga hampir sepanjang masa. Sekurang-kurangnya, dia tidak lagi menangis.

“Isabelle.” Panggil Nek Zizah seraya mengambil tempat di sisi Isabelle, di ambang pintu.

Isabelle menoleh sekilas.

“what is it?” dia memandang hadapan kembali, merenung halaman. Pandangannya terhala ke jalan masuk.

“Isabelle tengok apa?” sekadar berbasa-basi.

Hakikatnya, Nek Zizah tahu apa tujuan Isabelle duduk di situ.

Isabelle masih menongkat dagu.

“I’m waiting for my grandpa and granny.” Jawabnya tanpa menoleh.

Nek Zizah mengusap kepala Isabelle lembut.

“lambat lagi nenek nak datang, Isabelle. Tak nak tengok tv?”

Isabelle menggeleng.

“no, I want to wait here.”

Nek Zizah mengeluh perlahan.

******

Paan menendang batu-batu di kakinya. Bosan. Nak main tapi tak ada kawan.

Aman ke kampung sebelah, dengan atuknya. Chan di kedai bapanya.

Ah, bosan! Paan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Hujung minggu yang bosan.

Tiba-tiba…

“yes! Idea! Rumah nenek!” Paan melompat turun dari pangkin bawah pokok jambu yang dibuat ayahnya setahun lalu. Dia menuju ke satu destinasi untuk mencari kawan baru. Sasarannya? Sudah pasti Isabelle.

*******

“assalamualaikum, nek.” Suara Paan memberi salam membuatkan Nek Zizah menjengah ke bawah. Mata bulat Isabelle turut singgah di wajah Paan.

“hah, kamu Paan. Nak mengaji lagi ke? Kan tadi dah mengaji?” hairan Nek Zizah melihat Paan tersengih-sengih duduk di anak tangga yang paling bawah.

Di hujung minggu, Paan akan mengaji selepas makan tengahari. Hari sekolah, Paan akan mengaji pada petang hari. Pukul 6.

Paan menggeleng.

“tak lah nenek.”

Paan tersengih lagi.

“nek…”

“hmm, nak apa? Panggil macam tu adalah tu yang nak dimintanya.” Nek Zizah mencelah pantas.

Paan sengih lagi.

“nak ajak Isabelle main boleh tak?”

Nek Zizah mengerutkan dahi.

“buat apa? Mana Aman? Chan?”

Paan memuncungkan mulutnya.

“diorang tak de. Sibuk.”

Nek Zizah mencebik.

“kecik-kecik dah pandai sibuk. Sibuk apa lah sangat.”

“boleh tak nek?”

“nak main apa? Dia ni perempuan, kamu tu laki. Jangan bawak dia terjun sungai pulak.”

Paan pantas geleng.

“ish nek. Apa pulak mandi sungai? Tak lah. Kawankan Paan je. Bosanlah.” Paan memujuk lagi.

Nek Zizah mengerling Isabelle yang terpinga-pinga.

“what do you want?” Isabelle menyoal tiba-tiba.

Paan terdiam. Pandang Nek Zizah. Pandang Isabelle. Garu kepala.

“Nek, apa dia cakap?”

Nek Zizah tergelak sendiri.

“hah, nak main dengan dia, nak kawan dengan dia, kamu tu, cakap omputih faham ke? Dia ni mana reti cakap melayu.”

Paan garu kepala.

“hah, Paan tau. Kejap nek, kejap. Paan balik rumah kejap.” Pantas Paan bingkas dan menghilang ke tepi rumah.

Jarak rumah Nek Zizah dan Haliza Cuma 30 meter saja. Dengan kepantasan berlari Paan, sekejap saja dia boleh patah balik ke rumah nek Zizah.

Isabelle turut mengekori langkah Paan dengan anak matanya.

“what’s wrong with him?”

Nek Zizah ketawa lagi.

“ish, Paan, Paan. Macam-macam.”

5 minit kemudian, Paan kembali dengan sesuatu di tangan.

“tada! Paan ada ni!” dengan bangganya kamus elektronik Besta di tangan dihayun-hayunkan.

Termengah-mengah Paan menarik nafas. Terduduk kembali di anak tangga paling bawah.

Nek Zizah memanjangkan lehernya.

“apa tu Paan?”

Paan memanjat anak tangga naik ke atas, duduk di hadapan Nek Zizah, melepasi Isabelle. Isabelle turut memusingkan badannya. Menjenguk-jenguk benda aneh di tangan Paan.

“ni kamus. Ayah belikan untuk Paan. Senanglah Paan faham cakap dia lepas ni.” ujar Paan megah.

Nek Zizah membelek kamus itu depan belakang.

“macam mana nak guna ni?”

Paan mengambil alat itu kembali. Dihidupkan kamus itu dan dia mula menaip sesuatu.

“taip perkataan, lepas tu, tekan ni. nanti dia akan bagi maknanya. Boleh tau banyak bahasa. Senang nek.” Bersungguh Paan bercerita.

Nek Zizah melopong.

“oo, baguslah macam tu.”

Isabelle yang sedari tadi memerhati mula bersuara.

“what’s that? A game boy?”

Paan pantas menaip perkataan ‘kamus’.

“dic..dictio..dictionary.” susah payah Paan menyebut.

“ish, susah betul.” Komennya dengan muka tidak puas hati.

Isabelle berkerut dahi.

“a what? Dictionary?”

Paan angguk.

Isabelle menghulurkan tangannya.

“can I see it?”

Paan antara faham tak faham menyerahkan saja alat itu.

Isabelle membelek.

“nice.”

Paan garu kepala.

“boleh bagi balik?” disua tangannya pada Isabelle, Isabelle menghulur semula.

“nice tu maknanya…oo, bagus, baik.” Paan tersengih.

Isabelle turut tersenyum. Nek Zizah, lantaran melihat senyuman itu, dia turut menguntum senyum.

Lega kerana akhirnya Isabelle ada sesuatu yang boleh membantunya melupakan kesedihannya.

“can I borrow it?”

Paan menaip pantas. Mengagak-agak saja ejaan perkataan itu. Menyesal pulak time kelas bahasa inggeris tak tumpukan perhatian betul-betul.

“oh, pinjam. Can, can.” Paan mengangguk laju.

Isabelle tergelak kecil.

“ok, you are a nice boy. Do you want to be my friend?”

Paan menaip lagi. Beberapa kali.

“kawan? Boleh, boleh.”

Isabelle tersenyum lagi.

Nek Zizah dan Paan turut tersenyum.

Dalam diam Paan menanam azam. Kelas bahasa inggeris kena tumpu betul-betul lepas ni.

********

Paan membetulkan lastiknya sambil diperhati Isabelle penuh minat. Mereka di bawah rumah Nek Zizah. Di atas bangku kayu kecil.

“what is that?” tunjuk Isabelle.

“lastik.”

“lastik?” Isabelle mengulang semula jawapan Paan.

Paan angguk laju.

“macam ni guna dia.” Ditarik getah lastik itu dan dilepaskan.

Isabelle melihat dalam kagum.

“what do you want to do with it?”

Paan tidak menjawab sebaliknya dia bingkas. Diambilnya sebiji batu kecil dan disepitkan pada getah lastik itu.

Matanya meliar mencari sasaran.

Jumpa! Ditarik getah itu ke belakang dengan gaya-gayanya sekali.

Isabelle pantas membuang sekilas pandang ke arah yang dituju Paan.

Oh no! Seekor anak ayam!

Pap! Batu kecil itu tepat mengenai anak ayam itu menyebabkannya tergolek sebelum anak ayam itu berlari terkedak-kedek mendapatkan adik-beradiknya yang lain.

Paan ketawa berdekah-dekah.

Isabelle bingkas, bercekak pinggang.

“you are bad. You kill the chicken.” Isabelle memarahi Paan tiba-tiba.

Paan tersengih tanpa riak bersalah.

“mana mati pun.”

Isabelle tidak membalas lagi. Air matanya sudah merembes dan Isabelle teresak-esak kuat di situ.

“Paan! Kenapa tu?” Nek Zizah menjerit kuat dari atas rumah.

Paan garu kepala.

“tak ada apa lah nenek.” Dalih Paan.

Isabelle makin galak menangis.

“ok, ok, sorry, sorry.” Pujuk Paan. Alamak, camana nak pujuk budak perempuan ni? kecik pulak tu!

“shhh… diam la Isabella, nanti nenek marah aku lah.”

Isabelle menahan tangisnya, tersedu-sedu.

“you kill the chicken. I don’t want you to be my friend.” Dengan air mata yang masih bersisa Isabelle melangkah menuju ke tangga.

Meninggalkan Paan terpinga-pinga di situ.

*********

Paan termenung di tangga rumahnya. Kebosanan melanda lagi. Isabelle sudah tidak mahu bermain dengannya.

Ah, lantaklah.

Haliza yang baru pulang dari rumah jiran menangkap kelibat Paan di tangga. Pelik.

“hah, Paan. Apasal duduk rumah hari ni? selalu tu berlari tak cukup tanah dengan Aman.” Tegur Haliza.

Paan memuncungkan mulutnya.

“Aman ikut tokwan dia ke kampung sebelah. Chan jaga kedai dengan ayah dia.”

Haliza turut duduk di anak tangga. Dikipas-kipas badannya dengan hujung selendang. Sekejap lagi, kena bersedia untuk masak makan malam pulak.

“dari tadi Paan tak ke mana lah ni?”

Paan geleng.

“pegi rumah nenek. Tapi dah balik sini.”

Pandangan Haliza menangkap kamus elektronik Besta di sebelah Paan.

“aik, tak pernah sentuh kamus tu ayah beli. Hari ni buang tebiat pulak nak belajar bahasa inggeris? Buat apa dengan kamus tu?” Haliza menyoal lagi.

Paan menjeling kamus itu sekilas sebelum mengeluh panjang.

“ada anak orang putih kat rumah nenek.”

Mendengar jawapan Paan, Haliza angkat muka. Perhatiannya kini tertumpu pada Paan.

“anak orang putih mana pulak nenek ambik?”

Paan jungkit bahu.

“entah. Nenek kata cucu kawan dia.” Jawab Paan acuh tak acuh.

Haliza mula rasa ada yang tak kena.

Dia bingkas pantas.

“mak nak ke rumah nenek kejap.”

Paan tongkat kepala, angguk lemah.

Haliza melangkah pantas.

“assalamualaikum, mak.” Laungnya dari bawah rumah.

Nek Zizah menjengah ke luar.

“hah, Haliza, Paan dah balik rumah.” Beritahu Nek Zizah tanpa diminta.

Haliza pantas memanjat tangga, disalami tangan ibunya dan diciuminya.

“bukan cari Paan. Mak, Paan kata ada budak lain kat rumah ni. siapa? Mana dia?”

Haliza memanjangkan lehernya, mencari tapi tiada pun kelibat itu kelihatan.

Nek Zizah menghela nafas dalam.

“duduklah dulu.”

Haliza mula tidak sedap hati mendengar nada ibunya itu.

Namun dia menurut juga langkah ibunya ke ruang tamu, mengambil tempat di sofa, berhadapan ibunya.

Nek Zizah menarik nafas dalam.

“Isabelle nama dia.” Beritahu Nek Zizah.

“Isabelle? Paan kata anak orang putih, betul ke mak? Anak siapa?”

Nek Zizah mengangguk.

“anak Marriott, dan Zainal.”

Berubah wajah Haliza mendengar dua nama itu.

“kenapa budak tu kat sini?” nada suaranya sudah berubah juga. Ada ketegangan di situ.

Pantas peristiwa lalu berputar di mindanya. Luka lamanya berdarah kembali. Pahitnya masa itu takkan dilupakan sampai bila-bila.

Nek Zizah mengeluh panjang.

“tu ke budaknya?” Nek Zizah turut melihat ke arah itu. Isabelle berdiri di depan biliknya, memandang kedua mereka.

“who is that?” soal Isabelle seraya menghampiri. Dia sudah berhenti menangis.

Haliza ketawa kecil, ketawa yang dibuat-buat.

“patutlah Paan bawak Besta dia ke sini. budak ni tak cakap melayu.”

Nek Zizah menggamit Isabelle supaya Isabelle duduk di sisinya.

Diusap kepala Isabelle lembut dan mesra.

“Zainal dan Marriott bercerai.”

“hah, padan muka.” Selamba Haliza menuturkan ayat itu.

Nek Zizah menjeling tajam.

“Liza, tak baik cakap macam tu.”

Haliza menoleh, menatap tajam wajah ibunya.

“diorang bercerai, anak dia campak ke sini? bagus betul. Dia dah lupa maruah keluarga kita yang dah tercalar kerana dia dulu? Dia dah lupa macam mana Liza menunggu dia di atas pelamin, tapi dia tak kunjung tiba? Dia dah lupa macam mana kita beriya bercerita pasal dia bakal jadi menantu keluarga ni, alih-alih dia balik dengan minah salleh mana entah, kenapa bila dia ada masalah, dia ingat pulak kat kita? Bagusnya cara dia. Kagum betul Liza.” Sinis bicaranya.

Nek Zizah mengeluh panjang. Haliza berkata yang benar. Cuma Nek Zizah tidak pernah mengenepikan rasa kekeluargaan yang sudah lama terjalin, hubungan erat antara mereka yang terjalin sejak dulu lagi. Nek Zizah tidak mahu begitu.

Namun dia sedar, jika Haliza tidak melupakan hal itu lagi, bukan salah Haliza, Haliza yang menanggung hampir kesemua bebannya, jiwa dan raga.

“datin dan dato yang mintak tolong mak Liza. Liza pun tau, mak dan ayah tak pernah musuh dengan diorang. Lagipun, kesian Isabelle ni. Zainal dah hilang entah ke mana, tak balik-balik. Marriott dah balik ke tempat asal dia. Dato dan datin nakkan didikan agama untuk Isabelle. Sebab tu dia amanahkan Isabelle pada kami.” Jelas Nek Zizah.

Haliza tersenyum sinis.

“oh. Kenapa? sebab dia tau didikan diorang tu sampah? Anak dia tak menjadi, dia tak nak cucu dia pun jadi sampah macam ayahnya jugak?”

“Liza!” keras suara Nek Zizah.

Isabelle mendongak, melihat Nek Zizah meninggi suara.

Dia tidak mengerti.

“betullah. Zainal tu memang sampah. Dia buat kita macam sampah, dia tu yang sampah. Mentang-mentang orang kaya, dia buat Liza ni macam apa je. Padan muka dialah keluarga dia tunggang-langgang.” Sempat lagi Haliza menyumpah.

Nek Zizah mengetap bibir.

“astaghfirullahalaziim..Liza, mengucap nak. Tak baik cakap macam tu. Apa yang dah jadi tu hal dah lepas, dah 10 tahun Liza. Liza pun dah bahagia dengan Nazri. Apa lagi yang Liza nak marahkan? Maafkanlah Liza, maafkanlah…” pujuk Nek Zizah.

Haliza berdiri pantas.

“maafkan Liza mak, tapi, Liza takkan lupakan hal tu sampai bila-bila. Ni..” jemarinya ditekan ke dadanya kuat.

“hati Liza sakit mak, dan pedihnya masih terasa sampai sekarang. Memang Liza dendam! Dan dendam Liza takkan habis, sampai bila-bila!” sesudah ayatnya itu terluah, Haliza melangkah keluar pintu dan menuruni tangga pantas.

Nek Zizah mengucap panjang. Berdoa supaya anaknya yang satu itu beroleh ketenangan. Dan dendam itu pergi darinya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: