Novel : Inikah bahagia? 2

Nama Pena : teeh arisha

BAB 2
Suasana bingit dalam pub tidak menghalang pengunjung menikmati irama lagu yang kadang kala rancak dan slow. Apa yang peting bagi mereka adalah enjoy and release their tension with their life. Sesetengah daripada mereka berpelukan tanpa segan silu adalah perkara biasa dilakukan di pub.
“Hello bro. Long times no see. What are you doing here?”
“Eh, hi, Razif! Kau Tanya aku buat apa dekat sini? Habis tu kau lak buat apa dekat sini? As usuall la,”
“Kau kan Amir tak pernah berubah biarpun dah 3 tahun aku tak jumpa kau. Tapi apa aku nampak sekarang kau ada la juga perubahan. Perubahan apa tu kawan-kawan?”
“Anak emak.. Hahaha …”kata-kata Razif disambut dengan gelak ketawa.
“Relax ar bro. Takkan dah nak mengamuk? Mana Syed Amir yang terkenal dengan sifat cool and playboy?” beberapa orang disitu mengangguk kepala bagi mengiakan kata-kata Razif yang lancang itu.
Syed Amir yang pada mulanya bengang, akhirnya cool semula kerana tahu Razif hanya bergurau. Selancang-lancang mulut Razif, tapi Razif la tempat dia meluahkan masalah. Mereka berkawan sejak kecil lagi. Razif merupakan anak tunggal kepada kawan papa dan mamanya. Siapa tak kenal Razif, anak pengusaha kapal yang berjaya.
“Kau kan Razif tak pernah ada insurans mulut tu. Kau apa khabar?” Syed Amir sekadar bertanya khabar selepas 3 tahun tidak jumpa. Ketika itu mereka menjauhkan sedikit daripada kawan-kawan yang lain.
“Aku macam kau lihat sekarang. Okay. Kau tak nampak perut aku ni? Dah macam orang mengandung ‘” tak habis-habis Razif dengan lawak bodohnya. Syed Amir hanya mampu tersenyum sahaja.
“Bila kau balik?” Razif bertanya sambil minum arak yang disediakan khas di pub tersebut.
“Aku dah 2 minggu balik. Sebelum kau cakap apa-apa, i’m so sorry. Bukan aku taknak call kau tapi aku busy sikit dengan hal syarikat papa aku tu. Kau kan tahu aku je harapan papa aku untuk memajukan syarikat kami. Nak harapkan Adam? Kau tahu la dia kan sekarang masih belajar lagi. Kak Alia lagi la busy dengan butiknya tu. Aini pulak mana tahu pasal bisnes. Apa yang dia tahu kau sakit apa. Sekarang pulak papa aku nak serahkan 100% hal syarikat kepada aku. So faham-faham je la. Kau pun aku dengar tengah urus syarikat family. Betul ke?” suasan yang penuh dengan muzik tidak menghalang Syed Amir explain dengan teliti mengapa dia tidak menghubungi kawan rapatnya itu setelah pulang dar luar negara.
Razif mengangguk tanda faham dengan situasi kawannya. Biasa la Syed Amir juga anak salah seorang hartawan yang disegani di Kuala Lumpur ini. Sebut sahaja nama Tan Sri Syed Azlan Bin Datuk Syed Ahmad mesti dikenali oleh golongan yang terlibat dengan perniagaan. Banyak projek yang dimiliki oleh syarikat Teguh Jaya Holdings, syarikat family Syed Amir.
“Okay la aku nak pergi menari. Jom,” hanya Razif terus ke tengah pub untuk turut serta pengunjung lain menari mengikut rentak lagu kegemarannya, One and only. Syed Amir menolak dengan alasan mahu rest sekejap kerana dia baru sahaja stop from dancing just now.

***************************************
“Hello, Natasha. Lama tak jumpa,” Syed Amir menegur seorang perempuan yang sedang menghayati lagu di satu penjuru pub.
“Eh, hi Mir. Ya la lama tak jumpa,” Syed Amir hanya tersenyum melihat perempuan dihadapannya seperti ingin lari dari situ atau lebih tepat tidak mahu berjumpa dengannya.
“Kenapa dengan muka kau?”
“Muka aku? Kenapa?” Natasha meraba muka yang sedikit berpeluh itu.
“Muka kau pucat. Kalau toreh dengan pisau pasti tak keluar darah. Kau tak sihat ke? Kalau tak sihat buat apa dating sin,” Syed Amir tersenyum sinis melihat Natasha semakin menggelabah sebaik sahaja dia habis bercakap.
“Ish tak adalah. Aku fine je. Mungkin tak cukup tidur. Busy dengan kerja.”
“Oh, ya ke! Atau kau takut dengan aku. Tadi sebelum aku tegur kau okay je. Kau ada hutang dengan aku ek? Ke kau tengok muka aku ni macam hantu? Sebab tu kau takut,” Syed Amir tak habis menyindir.
“Hahaha.. Mana ada. Aku lagi gembira dapat jumpa kau. Kita kan kawan,” Natasha ketawa untuk menghilangkan gugup untuk berhadapan dengan lelaki ini.
“Owh.. Okay. So macam mana dengan janji kau? Aku harap kau tak mungkir janji. Lagipun aku rasa dah cukup 3 tahun masa untuk kau ready kan semua. Aku tak kisah mana satu kau pilih untuk langsaikan duit aku. Pilihan pertama atau plihan kedua,” Syed Amir tidak mahu berdolak-dalih lagi. Sudah lama dia mencari Natasha semenjak duit dia dipinjam oleh perempuan ini.
Natasha menghilangkan diri bersama dengan wang yang dipinjamnya dan menyebabkan rasa geram dan panas hati dengan perempuan ini kembali. Gulp.. Natasha menelan air liur mengingati janjinya pada Syed Amir.
‘Macam mana ni?’ Natasha berkat-kata di dalam hati apabila dia merasakan tiada peluang untuk dia melarikan diri. Diat tahu yang dia bermain dengan api. Siapa tak kenal Syed Amir yang mengotakan setiap apa yang diucapkannya.
“Aku bukan apa Mir. Aku cuma tiada wang sekarang. Kau bagi masa lagi sedikit kat aku boleh?” Natasha cuba merayu pada Syed Amir jikalau Syed Amir boleh bertolak ansur dengannya.
“No excuse anymore. Kalau kau tiada wang kau pilh cara kedua. Lagi senang. Hahahaha.”
“Cara kedua lagi payah. Eisya tak tinggal dengan aku dah sekarang dan aku pun tak tahu dia tinggal dekat mana. Tapi kan kenapa kau macam dendam sangat dengan Eisya? Takkan kerana perkara dulu? “Pertanyaan Natasha merubah sedikit sebanyak air muka Syed Amir. Apa yang dilihat oleh Natasha ialah wajah yang penuh denda.
“Pasal tu kau tak perlu tahu. Apa yang penting sekarang adalah kau langsaikan hutang kau tu,” pekik Syed Amir pada Natasha.
‘Nasib baik suasana bising. Kalau tak dah malu aku. Dia ni agak-agak la nak marah pun,’ Natasha mencebik dengan perangai Syed Amir kerana jika sebut nama Eisya mesti melenting tak tentu pasal.
” Okay. Aku janji aku bayar. Tapi kau bagi aku sedikit masa. Please la Amir,” Natasha merayu buat kali kedua.
“Alright. Aku bagi masa untuk kau langsaikan hutang tu dalam masa 3 bulan. Hanya 3 bulan dan bukan 3 tahun. Kau ingat tu. Kalau tak kau tahu la apa akan jadi nanti.” Syed Amir terus beredar dari situ dengan membawa air araknya.
Natasha menarik nafas kelegaan. Memang diakui cara kedua lebih senang tapi dekat mana dia nak cari Eisya. Natasha masih ingat lagi syarat yang diberi oleh Syed Amir untuk dia membayar hutangnya, iaitu bayar balik dalam masa 5 bulan or bawa Eisya kepada Syed Amir.. Pada mulanya dia ingin membayar hutang secepat yang mungkin dengan membawa Eisya berjumpa dengan Syed Amir. Namun, Natasha terkejut apabila Eisya mengetahui rancangannnya dan terus keluar daripada rumah sewa mereka. Dan sekarang dia tidak tahu di mana Eisya berada kerana mereka terus putus hubungan sejak hari itu.
‘Nasib kau la Tasya. Mana la kau nak cari duit sampai RM30000 dalam masa 3 bulan?’ Natasha berfikir cara untuknya melangsaikan hutang Syed Amir sebelum tempoh tamat.

****************************************************
“Alahai, bajet handsome la pulak. Baru je menang dengan budak tali pinggang putih pun dah berlagak. Aku kalau menang perlawanan macam ni aku tak hairan langsung. Ya la lawan dengan budak baru setahun jagung. Betul tak kawan-kawan?hahaha”
Syed Amir terus berlalu pergi sambil menahan kemarahannya dengan perempuan dan kawan-kawan perempuan tersebut yang sedang mentertawakannya.
“Hoi, kawan-kawan!!! Dah takut la 2,”ejek perempuan tadi apabila melihat Syed Amir tergesa-gesa keluar dari situ. Dia bukan apa, dia hanya benci dengan Syed Amir yang berlagak bagus dan menipu kawan-kawannya. Siapa tak kenal playboy yang terkenal dekat kolej mereka. Sebut je nama Syed Amir bin Tan Sri Azlan mesti ramai perempuan berebut-rebut hendak keluar dengannya. Dia masih ingat kawannya pernah cuba hendak bunuh diri kerana Syed Amir minta putus dengannya dan ada sesetengah sanggup melutut, merayu supaya Syed Amir tidak meninggalkan mereka. Kalau boleh dia mahu ajar lelaki yang berhadapan dengannya sekarang supaya tahu tinggi dan rendah langit.
“Hoi, perempuan!!! Kau jangan nak cari pasal, boleh? Aku pantang kalau ada orangcari gaduh dengan aku. Jangan ingat kau tu perempuan aku takut nak gaduh dengan kau. Ni Syed Amir la,” Syed Amir menepuk dadanya sambil tersenyum kepada kawan-kawannnya.
“Mir, aku rasa kau jangan cari gaduh dengan si budak Eisha tu. Dia pemegang tali pinggang hitam la dowh. Kau tu baru tali pinggang kuning. Nanti tak pasal-paal jatuh saham kau kalau kau kalaah dengan dia ,” nasihat Syed Albab, sepupunya.
“Kau ingat aku takut kalau dia pegang tali pinggang hitam? Aku tak kisah la,”
“Kalau macam tu apa kata kita berlawan. Siapa kalah perlu melutut depan musuhnya. Apamacam okay?” cabar Eisha kepada Syed Amir.
“Aku setuju. Biar yang lain jadi pengadil. Dipersilakan,” Syed Amir dan Eisha terus ke tengah gelanggang taekwando.
Semua orang di situ menumpu perhatian kepada perlawanan diantara Eisha dengan Syed Amir. Dan ada sesetengah daripada penonton di situ adalah pelajar dari luar pusat latihan taekwando turut tidak melepaskan peluang menonton. Sudah hamper setengah jam mereka berlawan tapi tidak ada juga yang kalah mahupun menang. Penonton di situ berdebar-debar menanti siapakah yang memenangi peertaruhan itu. Ada sebahagian daripada mereka mahu Syed Amir menang dan begitu juga sebaliknya.
“Amir, Amir. Kau memang tak nak mengaku kalah nampaknya,” Eisha physco Syed Amir supaya dia bertindak melulu. Memang tepat jangkaan Eisha apabila Syed Amir terus menyerangnya tanpa berfikir dahulu. Ini memudahkannya mengalahkan Syed Amir dengan sekali tendangan dan Syed Amir jatuh tersungkur tanpa dapat bangun lagi. Kemenangan berpihak kepada Eisha akhirnya selepas berhempas pulas selama hampir sejam.
Syed Amir terus dipapah keluar dari pusat latihan taekwando sebaik sahaja Syed amir melutut di depan Eisha sambil diperhatikan oleh pengunjung di situ. Syed amir merasa malu apabila ramai yang mentertawakannya kalah ditangan Eisha dan ini menyebabkan kemacholannya merundum.
‘Kau ingat Eisha. Kau jangan fikir ia sampai disini sahaja. Kau akan menyesal nanti. Aku kan buat kau melutut tanpa dapat bangun lagi,’ dendam Syed Amir dalam hati

**************************************************
“Hoi Mir. Apasal termenung je? Ada masalah? Share la dengan aku,” tepuk Razif pada bahu Syed Amir sebaik sahaja dia habis menari. Syed Amir hanya menggelengkan kepalanya.
“Habis tu kenapa muka macam ayam lepas bertelur je,” gelak Razif sambil melihat ke tengah pub.
“Kenapa diam je kau ni? Takkan baru jumpa awek cantik dah masam muka. Dah la kau tak ajak aku tadi pergi jumpa awek tu,”
“Tu kau cakap cantik. Please la. Takkan kau tak kenal Natasha? Budak akauntan masa kat kolej dulu? Kalau dah bedah sana, bedah sini kau cantik cantik. Bagi aku macam hantu,” Razif hanya tergelak mendengar kata-kata pedas Syed Amir.
“Dah la aku nak balik. Dah lewat sangat ni. Esok aku kerja. Kau tak kerja ke?” Razif mengangguk tanda dia kerja esok. Mereka berdua terus keluar dari pub dan menuju ke kereta masing-masing dan tidak lupa berjanji untuk jumpa lagi esok.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: