Novel : Lady J, the witch 2

Nama Pena : Snow_Queen

Di sebuah rumah kecil kelihatan seorang nenek menyikat rambut cucu perempuanya berusia 12 tahun sambil bernyanyi..selepas rambut cucunya di sikat dia memalingkan badan budak itu supaya menghadap dia..

“Sha, kamu mesti ingat pesanan nenek ni ye cu.. sentiasa melindungi yang lemah..jangan angkuh dengan kebolehan yang kamu miliki disebabkan kamu sudah mempelajari dan menguasai pelbagai kebolehan tambahan pula kuasa kamu sudah sampai peringkat tertinggi setaraf dengan nenek ataupun lebih mungkin..bila kamu besar nanti balas dendam ke atas kematian kedua ibu bapa kamu dengan membunuh Master Black..ingat nama tu sampai mati..” kata nenek itu sambil mengusap kepala cucunya.. budak itu tersenyum dan mengganguk.. selesai nenek itu berkata-kata letupan berlaku….

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Dia bangun mengejut… mukanya kelihatan pucat..di kerling jam yang tersangkut di dinding menunjukkan pukul 4 petang.. dia segera bangun dan mandi kemudian membuka buku How to control ur mind untuk menyiapkan kerja rumahnya. Dilihat Mika masih nyenyak tidur di atas katilnya.. itu adalah rutin biasa pelajar sekolah ini di mana sebelah malam mereka pergi ke sekolah dan sebelah siangnya tidur atau buat aktiviti lain… semua pelajar sekolah itu tinggal di asrama yang disediakan. Terdapat 2 asrama di sekolah ini di beri nama Lovely iaitu tempat penginapan pelajar perempuan dan Thunder
tempat penginapan pelajar lelaki.. di asrama Lovely itu mereka mempunyai jawatankuasa yang menguruskan segala hal ehwal pelajar diketuai oleh Erika pelajar kelas 5 Storm yang juga merupakan penolong ketua pelajar. Setiap bilik di asrama itu didiami oleh 2 orang pelajar dan di dalam bilik itu terdapat bilik air dan tandas untuk kemudahan para pelajar dan terdapat sebuah dewan makan yang besar di mana pelajar lelaki dan perempuan makan di situ. Kelas-kelas di sekolah itu juga terbahagi dari tingkatan 1 hingga 5 bermula dari 1 Love,2 Wind,3 Cloud & Leaf ,4 Fire & Wood dan 5 Storm & Mighty .. dia sekarang belajar di 4 Fire.. cuti di sekolah itu mengikut cuti seperti sekolah normal yang lain.. disebabkan dia adalah anak yatim piatu kadang-kadang dia akan mengikut Mika balik ke rumahnya ataupun dia akan balik ke rumah peninggalan ibu bapanya…

Sewaktu tengah khusyuk menyiapkan kerja rumah aku mendengar Mika bercakap sesuatu tapi tak jelas yang jelas sekali adalah nama King iaitu ketua pelajar sekolah yang menjadi mimpi bagi setiap pelajar perepuan tapi menjadi mimpi ngeri bagi aku walaupun lelaki tu tak buat apa-apa pada aku..memang tak suka lelaki perasan bagus tu…sekali lagi Mika menyebut nama lelaki itu..aku bangun dari meja belajar dan berdiri di hadapan katil Mika.. “Light”.. Mika segera bangun apabila merasakan kakinya seolah-olah terkena karan elektrik.. dilihat Lady J berdiri dihujung katilnya sambil tersengih.. “thanx sebab kejutkan aku dengan cara yang baik” dia memerli..
“bangun mandi la wei..nanti mula la kau terhegeh-hegeh lambat nak makan lagi..kang de kes masuk kelas pakai selipar bunny plak” ketawa aku sambil teringat kejadian Mika pernah masuk kelas pakai selipar bunny gara-gara lewat bangun.. dilihat Mika mula mencapai tuala untuk mandi.. baru nak duduk tiba-tiba “chupp” Mika terus lari sebelum gempa bumi berlaku.. “MIKA!!!!!” jerit aku sambil mengesat pipi..tak senonoh punya budak dah la gigi tak gosok tibe-tibe cium aku pulak..

Tepat pukul 6 petang semua pelajar mula kelihatan berkumpul di dewan makan..tidak ketinggalan 2 sahabat baik itu.. sebaik sahaja mereka duduk kedengaran cerita malam tadi diperkatakan oleh pelajar-pelajar sekolah itu.. cepat betul berita tersebar desis hati Mika..tapi yang tak tahan mula la keluar pelbagai versi..dan yang paling nak buat koklea telinga aku pecah si Diane budak kelas 3 Cloud dikatakan telah membunuh seorang ahli sihir yang paling digeruni…dia memandang Lady J yang tenang menyuap makanan seolah-olah tidak dengar apa-apa.. tiba-tiba semua pelajar perempuan menjerit excited..dia memandang ke arah pintu..patut la King masuk rupanya..dirasakan jantungnya berdegup laju apabila King lalu di hadapannya..ah King senyum ke arahnya rasa nak pengsan la pulak..
“tak abis perasan lagi?” kedengaran suara sarkastik memecahkan belon-belon kebahgiaanya.. dipandang Lady J yang sedang menghirup minumannya.
“jangan nak perasan..dia pandang orang lain tadi..bukan kau dan kalau kau angau sangat kat dia jangan la sampai mengigau buat kacau ketenangan alam je” Lady J bersuara lagi..
“eh J..Dan pandang kau la…” Mika bersuara lagi..
Eiii budak ni la..di pandang kearah Dan dengan pandangan tak berperasaan..memang lelaki itu tengah memandangya dengan pandangan yang tajam..
“tak payah la pandang lama-lama..ntah-ntah dia pandang orang lain tak..??”
“masuk kelas jom..by the way aku memang pandang dia tadi tapi yang aku pandang lama-lama bukan dia tapi mak cik kantin belakang dia tadi..”
Kena lagi desis hati Mika sambil mengekori langkah Lady J…

Mata pelajaran pertama bagi kelas 4 Fire adalah kelas Potion..aku paling tak suka kelas ni..dah la kena potong macam-macam benda pelik..itu tak termasuk lagi bau potion yang keluar hasil ciptaan tak jadi masing-masing..
“ok kelas harini kita akan buat potion invisible… fungsi potion ini memang sesuai dengan namanya..jika sesiapa yang minum potion ini akan menjadi halimunan..tetapi hanya berkesan untuk 3 jam sahaja…” ujar Madam Green selaku guru subjek ni..
“bahan-bahannya dah ada di depan kamu..hanya ikut arahan buku kamu..maka akan terhasil lah potion invisible..You may start now.” ujar Madam Green lagi.
Semua pelajar kelas itu tekun membuat potion invisible sampailah.. “boom” kedengaran letupan berlaku.. semua berpaling kearah sudut kelas..dilihat Fara dilumuri potion tak jadinya.. tiba-tiba Sara menjerit melihat Fara hanya mempunyai 1 tangan sahaja manakala tangan kirinya tidak kelihatan..
Madam Green segera melihat keadaan Fara.. “oh dear, jangan risau..tangan kamu masih ada lagi cuma jadi invisible je..ini namanya potion suku invisible…lagi 2 hari kamu akan dapat balik tangan kamu..” kenyataan Madam Green disambut dengan gelak ketawa para pelajar kelas 4 Fire..

Selepas kelas potion berakhir mereka semua menuju ke kelas semula.. tak sempat penat nak hilang kelas 4 Fire di datangi oleh pelajar yang menggelarkan diri mereka The Knights terdiri daripada 3 pelajar dari kelas 4 Wood.. mereka menuju ke arah tempat duduk Dan..
“kami nak kelas 4 Fire bayar duit perlindungan kepada kami..” ujar Sam yang merupakan ketua kumpulan..
“kami takkan bayar” kata salah seorang pelajar kelas itu..
“kalau kami bayar duit perlindungan baik kami tak payah belajar segala macam magis” sahut yang lain pula.. satu kelas ketawa dengan kenyataan itu..
“DIAM!!” jerit Sam naik angin..
Aku dan Mika hanya memerhatikan sketsa yang dilakonkan oleh The Knights itu..
“nak tengok sesuatu yang menarik?” ujar Mika..
Aku hanya tersenyum..
Dengan nada seperti orang berbisik aku dengar Mika menyebut perkataan “snafkoob”
Serta merta badan Sam mula megembang seperti belon dan bertukar menjadi warna biru..
Sam mula menjerit..2 orang kawannya segera memapah Sam untuk dihantar ke bilik rawatan..
“gila kau..tak pasal-pasal meletup anak orang tu..” ujarku
“sekali-sekali beb..biar dia rasa..suka suki mak ayah dia je nak mnta duit dari kita..”
Dan kelas berjalan seperti biasa hari itu…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: