Novel : Maria oh Maria 1

Nama Pena : arienna abadi

PERTEMUAN PERTAMA ITU MENYAKITKAN
Irama merdu petikan piano musik klasik instrumental pachabell canon membuai perasaan pendengar di dalam dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandaraya itu. hari guru yang disambut meriah setiap tahun itu kini di tambah kemeriahannya dengan kehadiran seorang pelajar baru tingkatan enam. Maria walaupun merupakan seorang pelajar baru, namun namanya sudah tidak asing lagi di kalangan para pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan. Mekar mengharum. Kecantikannya yang sangat menonjol itu umpama jelmaan Cleopatra di zaman lampau. otaknya yang bergeliga turut menambat hati guru-guru di sekolah itu. namun Maria tidak pernah berbangga dengan kecantikan yang dimilikinya. tidak semua yang mengetahui, disebalik kecantikan pada dirinya dia sebenarnya hanya seorang anak yatim piatu yang dibesarkan di rumah kebajikan anak-anak yatim. Wajahnya yang ada iras-iras mat salleh itu sering membuatkannya keliru. Malah kemahirannya bermain piano juga hanya dipelajari di rumah kebajikan itu. hanya sebuah piano tua yang didermakan oleh seorang hartawan menjadi penemannya di kala sepi. ketika penghuni-penghuni lain dilawati oleh saudara mara mereka, dia hanya bertemankan piano itu. Maria menarik nafas lega ketika dia memetik petikan terakhir piano di atas pentas dewan sekolah. Mukanya yang cantik bersemu merah apabila dirinya dibanjiri tepukan gemuruh.
Cuaca yang panas pada tengahari itu membuatkan wajah putih mulus milik seorang gadis bernama Maria bertukar warna. Maria yang tidak sempat bersarapan pagi tadi merasakan sekujur tubuhnya lemah longlai. Pun begitu dia tetap meneruskan langkahan kakinya dengan rentak perlahan untuk ke bilik guru dengan beberapa buah buku di dalam dakapannya.
“Hai! Boleh saya tolong?” Fendi menghampiri maria yang terkial-kial mengangkat buku-buku tebal itu. Maria memandang ke arah Fendi. Sekilas.
“Tak mengapalah kudrat saya masih kuat lagi.” Maria menjawab selamba sambil meneruskan langkah kakinya. Dia terus meninggalkan Fendi terpinga-pinga.
Fendi mengepal penumbuknya. Tidak pernah gadis-gadis di sekolah itu menolak pelawaannya. Dia yang terkenal sebagai pelajar yang paling kacak dan pintar di sekolah diperlekehkan oleh seorang pelajar baru. Ini tak boleh jadi ni!
“Mentang-mentang dia cantik. Menyombong diri pula.” Hisham yang baru tiba dan melihat peristiwa itu membakar semangat kejantanan Fendi.
“Tak pernah lagi aku diperlakukan sebegitu.”
“Dia tu memang sombong.” Tom pula bersuara.
“Aku yakin tak ada seorang pun pelajar lelaki yang dapat melunturkan kesombongannya itu.” Hisham menjeling Fendi. Ada maksud tersirat disebalik jelingannya itu.
“Hey! Cakap siang pandang-pandang tau. Aku ni kau nak letak kat mana. Ini Fendi lah.” Fendi tersenyum sinis. Dia melurutkan rambut depannya.
Wajahnya yang kacak sering menjadi rebutan para pelajar perempuan di sekolahnya atau di sekolah-sekolah yang berdekatan. Kekayaannya usah dikatakan lagi. Anak tunggal seorang jutawan yang bergelar datuk yang memiliki beberapa rangkaian syarikat di dalam dan luar negara. Sudah terang dan nyata dialah pewaris mutlak harta yang bernilai berjuta-juta ringgit itu.
“Mona macam mana?” Tom memandang wajah tampan Fendi.
“Mona? Dia tu kan sepupu aku, aku tak ada minatlah dekat dia tu.. dia je yang nak kan aku.” Fendi menjawab angkuh. Di hatinya kini memasang azam untuk memiliki si cantik Maria. Dia ingin menundukkan gadis itu dengan cara apa sekali pun.
“Tapi aku tengok kau dengan Mona rapat lain macam je.” Ujar Hisham lagi.
“Dia aku tak tahulah, tapi bagi aku mona aku layan macam adik aku. titik!”

* * *
Maria memandang ke arah pagar sekolah. Dengan baju kurung lusuhnya itu dia melangkah longlai ke hadapan. Rambutnya yang panjang separas bahu diikat ala ekor kuda. Sambil menundukkan kepala sesekali dia menjeling ke kanan dan kiri jalan.
“Hai cantik.”
“Hello…”
“Asalammualaikum…”
Semua teguran-teguran itu hanya dibalas dengan senyum ikhlas. Senyumannya yang sangat menawan itu sudah cukup memukau mata yang memandang. Lebih-lebih lagi jika dia menjeling dengan ekor matanya yang menyerlang. Kejelitaannya tidak dipersoalkan lagi. Kadang kala dia sendiri merasa hairan dengan wajahnya yang unik itu. dia tidak tahu siapa dirinya yang sebenar. Asal keturunannya juga menjadi tanda tanya bagi dirinya. Dia dibesarkan di rumah anak-anak yatim. Seorang lelaki menemukannya di tepi tangga surau ketika dia masih bayi lagi. lelaki itulah yang bertanggungjawab menyerahkannya di rumah kebajikan anak-anak yatim. Kini usianya menginjak ke angka sembilan belas tahun. Tidak lama lagi dia akan bebas dari rumah anak yatim yang telah menampung kehidupannya selama sembilan belas tahun. Tapi kemana arah hendak dituju? Persoalan itu sering mengusik mindanya.
“Maria… tunggu !” suara lunak itu milik seorang lelaki tampan berwajah kacukan melayu Belanda yang menjadi rebutan pelajar-pelajar perempuan di sekolah.
Maria menoleh. Dia menghentikan langkahnya. Kelihatan pemuda itu berlari-lari anak menghampirinya. Maria mengeluh. Emm.. kacak sungguh.
“Boleh saya jumpa dengan Maria lepas kelas nanti?” Fendi mula menjalankan peranannya.
Maria mengerutkan keningnya yang terukir cantik. Sambil menantikan jawapan dari Maria, Fendi mengamati wajah di hadapannya kini. Dia merenung bibir basah itu, merenung mata yang beralis lentik itu, memandang bola mata Maria yang layu dan berwarna hazel. Gulp! Biar benar.
“Ada apa awak nak jumpa saya?” Maria berkata datar.
“Emm… ada sesuatu yang hendak saya beri pada Maria.” Fendi mengulum senyum. Dari jauh Hisham dan Tom yang sedang memerhatikan mereka mengangkat ibu jari tangan sambil melambai-lambai.
“Beri apa?” maria memandang tajam ke wajah tampan Fendi. dia menjawab datar dan ala kadar.
“Adalah.. mana boleh cakap sekarang.” Fendi masih mahu berahsia.
Kringg!! Lonceng berbunyi nyaring. Maria menapakkan kakinya ke arah kelas. Meninggalkan Fendi yang masih berdiri memandang lenggok gemalai Maria.
“Jangan lupa… saya tunggu maria di depan pagar sekolah!” Fendi separuh menjerit. Dia melihat Maria meneruskan langkahannya.
Fendi berdiri dengan gaya ala James Bond sambil menyandar di kereta sport berwarna merah miliknya. Kedua tangannya di masukkan ke dalam kocek seluar manakala kakinya di silangkan. Ketika dia memandang ke arah pagar sekolah, dia melihat kelibat Maria sedang berjalan menghampirinya.
“Semua perempuan sama saja.. nak hadiah yang mahal-mahal…” Fendi bergumam sendirian.
“Hai! Saya sangkakan Maria tak sudi jumpa saya.” Fendi menguntumkan senyuman mautnya pada Maria.
“Apa yang awak nak cakap pada saya. Cepat cakap saya nak cepat ni.” Maria tidak memandang wajah Fendi. Dia memalingkan muka ke tempat perhentian bas. Maria melihat bas yang selalu ditumpanginya untuk pulang ke rumah anak-anak yatim telah berlalu pergi. Mengeluh!
“Sebenarnya saya nak berikan maria benda ni.” Dengan penuh bangga fendi mengeluarkan kotak baldu berwarna hitam. Kotak berukuran kecil itu menyebabkan Maria memandang Fendi. Hem.. baru kau tahu siapa aku. Fendi tersengih.
Maria menyambut hadiah dari fendi dan membukanya. Seutas rantai leher emas bersinar terang di panah matahari tengahari itu. Maria mendongakkan kepalanya, memandang fendi yang tinggi tegap di hadapannya. Dia mengeluh.
“awak ada jumpa doktor?” maria merenung tajam wajah tampan Fendi. Fendi tertawa lunak.
“kenapa mesti saya nak jumpa doktor. Saya bukannya sakit pun.”
“kalau awak tak sakit, kenapa bagi saya hadiah mahal ni? ” Maria mula naik radang. Mesti ada maksud yang tak baik. dia masih merenung Fendi dengan tatapan mata yang tajam.
“itu tanda perkenalan dari saya. Tanda ingin bersahabat.” Fendi menjawab gusar. Lain yang diharapkan dari Maria. Lain pula yang diterimanya.
“Saya tak terima hadiah-hadiah sebagai syarat persahabatan. Mungkin bagi awak.. persahabatan itu diukur dengan wang ringgit dan emas permata. Tapi tidak bagi saya. Saya tak akan terima hadiah dari awak ni. Titik!” maria menghulurkan hadiah itu kembali ke arah Fendi.
Maria kenal dengan perangai manusia seperti Fendi. Dia ingat senang-senang nak goda aku dengan harta kekayaannya. Sorrylah. Fendi tergamam. Tidak menyangka. Dia memandang Maria yang berlalu meninggalkannya.
“Janganlah sombong sangat. Awak ingat diri awak tu berharga sangat ke?!” Fendi meninggikan suaranya. Dia sakit hati dengan sikap maria yang keras itu.
Maria yang sudah berlalu beberapa tapak dari arah fendi menghentikan langkah kakinya. Wajahnya memerah. Dia memusing mengadap Fendi yang masih berdiri tegang.
“Ya! Saya akui kata-kata awak. Memang diri saya ni sangat berharga. Harga diri saya tidak dapat dibeli dengan wang ringgit yang berjuta dan emas permata. Mahalnya harga diri saya tidak ternilai. Walaupun seluruh emas di dunia ini awak tumpahkan di hadapan saya. Namun harga diri saya tidak akan saya jual. Faham!” Fendi terlonggo sambil memerhatikan langkah tegas Maria. Memandang maria yang telah jauh meninggalkannya.
Maria tiba di rumah kebajikan anak-anak yatim tepat jam tiga petang.
“Asalammualaikum Kak Ros.” Maria menyungging senyuman manisnya pada seorang wanita tiga puluhan yang sedang mengangkat kain di jemuran.
“walaikumsalam.. maria. Lambat pulang hari ni?”
“macam biasa lah Kak Ros, tertinggal bas.” Maria memberi alasan yang memuaskan hati insan yang digelarnya Kak Ros.
Kak Ros merupakan penyelia di rumah kebajikan itu. dia sangat sayangkan kak ros. Rata-rata pekerja sosial di rumah itu mesra dengannya. Begitu juga dengan penghuni-penghuni yang lain. bagi Maria, mereka itulah keluarganya. Apabila dia terbayangkan tidak lama lagi dia akan meninggalkan rumah kebajikan dan penghuni-penghuninya itu, dia merasa ngeri. Apa yang ada di luar sana. Namun Maria sudah nekad akan merubah nasibnya. Dia ingin menlanjutkan pelajarannya setinggi mungkin.
Maria berlari-lari anak ke kamarnya. Dia menanggalkan baju kurung sekolahnya dan menggantikannya dengan baju kurung lusuh. Dengan tergesa-gesa juga dia menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Dia tidak ingin terlepas waktu zuhur. Selesai mengerjakan solat zuhur maria membaringkan badannya di tilam setebal dua inci. Dia teringatkan pertemuan singkatnya dengan Fendi. dia sangka aku ni apa. Perempuan mata duitan? Maria mengiring ke kiri. Dia merenung gambar di dinding tepi katilnya itu. gambar bangunan lama di Vanice menarik khayalannya. Dia tersenyum. Menyentuh gambar itu. Satu hari nanti aku akan ke sana bersama sang kekasih. Romantisnya.. Maria tersenyum sendirian. Akan aku tawan effel tower. Akan aku selusuri Sungai Seine yang memukau itu. Ya. Aku akan ke sana… tunggu aku…. maria mengulum senyum.

* * *
Hari itu merupakan hari sabtu, Maria terpaksa juga pergi ke sekolah untuk acara persatuan. Ketika kakinya laju melangkah untuk memasuki pagar sekolah dia terdengar bunyi hon kereta yang membingitkan telinganya. Maria mendengus apabila melihat sebiji kereta sport berwarna merah hati sedang bergerak di belakangnya. Pemandu itu maria sudah maklum. Dasar! Maria mencebik. Dia beralih ke tepi. Memberi laluan kepada kereta mewah itu.
“Hai.. maria. Masih marah lagi?” Fendi dengan wajahnya yang kacak itu menegur maria dengan ramah. Maria mendiamkan diri. menjeling pun tidak.
“Amboi… Sombongnya..” Hisham yang duduk di sebelah fendi berkata lantang.
Maria menarik nafasnya dalam-dalam. Memandangkan kereta itu tidak juga bergerak maju ke hadapan, maria mengambil keputusan untuk melangkah terlebih dahulu meninggalkan kereta mewah dan penghuninya. Secara kebetulan fendi juga menekan pedal minyaknya. Maria yang berada di hadapan berteriak ngeri ketika kereta mewah itu meluncur lantas melanggarnya.
“Ya Allah, Maria….” Fendi pantas keluar dari kereta dan menghampiri Maria yang sedang mengadu kesakitan..
“Aduh….. ” maria mengadu sambil memegang betisnya. Fendi serba salah. Dia berteleku di sebelah maria. dia memandang betis Maria yang putih dan gebu itu mengalir darah merah segar akibat di hiris oleh besi di hadapan kereta Fendi.
“Maafkan saya maria, saya tak sengaja. Mari saya hantarkan maria ke hospital.” Fendi menghulurkan tangannya untuk mengangkat maria yang kesakitan. Maria menepis tangan fendi dengan kasar.
“Tak payah! Saya boleh pergi sendiri!” Maria yang degil itu mengundang kemarahan fendi. Fendi mengambil tindakan drastik, dia mendukung maria yang terkial-kial melawan. Beberapa pasang mata memerhatikan mereka.
Hisham yang hendak turut serta dihalang oleh fendi. Kini Maria tidak dapat berbuat apa-apa. Dia hanya menurut saja apa yang dilakukan oleh fendi. Maria didudukkan di sebelah pemandu. Sempat hidung Maria terhidu aroma lavender di dalam kereta mewah itu. Kereta sport merah itu meluncur laju menuju ke hospital.
“Saya tak mahu maria menyesal. Exam dah dekat. Kalau kaki maria cedera macam mana hendak duduk exam.’’ Fendi merenung maria sekilas. Dia melihat Maria memasamkan mukanya. Degil sungguh! Fendi menarik nafas panjang dan menghembuskan dengan kasar.
Maria yang sedar dengan kemarahan Fendi hanya menjeling. Namun di sudut hatinya dia berterima kasih juga pada pemuda itu. masih ada perasaan kemanusiaan! Detik batin maria. betis maria berbalut putih. dia juga dibekali oleh ubat-ubatan yang harganya maria tidak pasti. Namun yang maria tahu fendi telah menghulurkan kad kreditnya untuk membayar segala perbelanjaan perubatan itu.
“Nanti saya bayar.” Maria bersuara telus. Fendi ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata polos dari gadis bernama maria itu. emm… memang dia seorang gadis yang cantik dan ideal. Aku tak akan lepas kan kau Maria.
“Saya cakap yang betullah. Nanti saya bayar balik. Awak beritahu saya berapa harganya.” Maria bersuara keras. Dia sakit hati diketawakan oleh Fendi.
“maria… saya ikhlas tolong awak. Lagi pun saya yang menyebabkan maria jadi begini.’’
“tolong beritahu saya …. Berapa?” maria tidak berputus asa. dia sudah berazam akan melunaskan pembayaran itu. maria teringatkan tabungannya di bank simpanan nasional.
“baiklah. Kalau maria berkeras nak bayar juga. Harganya tiga ratus….” Fendi menjawab selamba.
Gulp! Maria terkesima. Dia terdiam seketika.
“ok. Nanti saya bayar.” Maria masih berdegil. Namun di otaknya masih menghitung-hitung berapa tabungannya sekarang. Emm.. cukup ke?
“Maria… dengar sini. keikhlasan saya tu tak ada nilainya. Keikhlasan saya membantu maria mahal harganya. Tidak boleh dibeli dengan wang beribu ringgit atau emas permata. Walaupun maria menumpahkan seluruh harta di dunia ini, namun tidak mampu membeli keikhlasan saya. Faham!” fendi tersenyum hensem.
Maria terlopong. Satu sama!
Kereta sport merah itu meluncur laju membelah lebuh raya. Fendi memandu tenang di sebelah Maria.
“kita makan dulu, o.k.” tanpa menanti jawapan dari Maria, Fendi membelokkan keretanya di sebuah restoran melayu.
“tak nak lah. Saya nak balik.”
“ok, nanti saya hantar Maria balik. Lepas makan.” Fendi tidak mengendahkan wajah cerut Maria. Dia membukakan pintu untuk Maria. Maria yang berjalan terhinjut-hijut di sebelah Fendi itu mengundang perasaan simpati Fendi. Ketika Fendi ingin memapah Maria, dengan pantas Maria menepis tangan Fendi.
“awak jangan nak ambil kesempatan!” Maria menentang biji mata Fendi yang berwarna hitam pekat. Fendi berkerut hairan. Eh! ambil kesempatan apa pula ni. Kalau aku nak ambil kesempatan, dari tadi lagi. Emmm… Maria.. Maria..
“okey, girl.” Fendi mengalah sambil mengangkat kedua belah tangannya. Dia tersenyum lawa. Lucu dengan perangai Maria yang pelik.
“Maria nak makan apa?” Fendi merenung Maria sambil bertanya lembut. Penuh menggoda.
“aapa-appaa lah.” Maria gugup. Kenapalah mamat seorang ni tenung aku lain macam.
“ok.. biar saya tengok menu.. emm.. tak ada pun hidangan ‘apa-apa’ di sini.”
Maria tertawa kecil. lesung pipinya membuai perasaan Fendi. Cinta? Gila!
“kenapa awak tengok saya lain macam?” Maria bertanya datar. Tidak suka dirinya diperhatikan seperti itu.
“saya seronok memandang Maria. Lebih-lebih lagi ini pertama kali saya lihat Maria tersenyum. Lawa dan anggun.” Fendi berkata jujur.
Maria memandang sepi kata-kata Fendi. Bagi Maria kata-kata pujian itu tidak ikhlas, ada udang disebalik batu. Sudah lali dipendengarannya. Entah dia yang keberapa menerima pujian itu. Basi. Hati-hati Maria.
Akhirnya Maria memesan nasi goreng seafood dan fresh orange. Fendi memesan rojak kegemarannya. Seperti yang dijanjikan, selepas menjamu selera Fendi menghantarnya pulang.
“turunkan saya di sini.”
kereta sport merah Fendi berhenti. Fendi memandang sekelilingnya.
“ini kan perhentian bas. Biar saya hantar terus di hadapan rumah Maria. Saya pun nak minta maaf pada ibubapa Maria juga.”
“Takpe.. saya wakilkan diri saya untuk menerima maaf awak.” Maria membuka pintu kereta lantas tanpa mengucapkan apa-apa terus melangkah pergi meninggalkan Fendi terpinga-pinga memandang Maria. Maria.. oh.. Maria..
Selepas kejadian itu Maria sering mengelakkan dirinya dari bertembung dengan Fendi. Fendi juga seperti menyepikan diri. Masing-masing sibuk dengan persediaan peperiksaan STPM yang hanya tinggal dua minggu lagi.
Hinggalah pada suatu hari Maria diagah oleh mona di kantin sekolah. Seperti selalu Maria keseorangan menikmati bekal nasi yang di bawanya dari rumah kebajikan. Dengan penuh gah, mona berjalan menghampirinya dengan diiringi oleh dua orang rakannya. Maria yang tersenyum ikhlas melihat mona yang datang menghampirinya itu tidak diendahkan.
“Hei betina! Aku bagi amaran pada kau. Kau jangan pandai-pandai nak goda Fendi. Dia tu couple dengan aku!” Dengan wajah menyinga Mona menolak bahu Maria.
“Cakap tu elok-elok sikit tau. Siapa yang kacau boyfriend awak. Saya tak inginlah.. Tujuan saya datang ke sekolah untuk belajar bukan untuk bercinta.” Maria berdiri berdepan dengan Mona dan kawan-kawannya.
“melawan pula. hei! Dengar sini, jangan perasan diri tu cantik. Miskin tak sedar diri. merempat! ada hati nak goda anak jutawan konon. Cukuplah kau minta sedekah duit. Jangan nak minta sedekah cinta pula. Cerminlah dulu muka kau tu..!” mona yang tidak puas hati terus menghina Maria.
Maria ingin menjawab tohmahan dari mona namun mata-mata yang memandang mereka membuatkan Maria teragak-agak untuk bersuara. Sesungguhnya dia tidak biasa berkeadaan begitu. Siapalah dia untuk dibandingkan dengan mona anak orang kaya. Akhirnya Maria berlari meninggalkan mona dan warga kantin yang sedang gelak-gelak seronok menonton persembahan tidak rasmi dari mereka itu. Sambil Maria berlari, air matanya mengalir laju membanjiri pipi gebunya.
“Opps, sorry.” Fendi yang sedang menuju ke kantin berlaga bahu dengan Maria. Maria menghentikan lariannya. Dia memandang Fendi tajam. Perasaan marah menguasai jiwa Maria.
“Puas lah hati awak sekarang! Ya.. aku miskin aku tak ada mak bapak. Rumah pun aku tak ada. Aku tinggal di rumah anak-anak yatim. Tapi tidak bererti aku tak punya perasaan. Aku juga manusia. Orang-orang kaya macam awak inilah yang tak punya perasaan! Aku benci kau! Aku benci kau!” Maria meluncurkan kata-katanya sambil menentang biji mata Fendi. Air matanya masih mengalir laju.
“Maria..aaaku.. akuu..” Fendi yang tidak mengetahui apa-apa itu terpinga-pinga. Maria lantas berlari kembali meninggalkan Fendi yang masih tergamam.
Fendi hanya memandang lenggok gemalai Maria setiap pagi dan tengahari ketika waktu habis kelas. Dia tidak ingin mengganggu Maria pada saat mereka sedang berjuang untuk menghadapi peperiksaan STPM. Namun kejadian kelmarin mengakibatkan Fendi termenung jauh. Baru kini dia mengetahui siapa Maria sebenarnya. Seorang gadis yatim piatu. Tinggal pula di rumah kebajikan anak-anak yatim. Fendi menarik nafas simpati. Patutlah Maria tidak mahu dia menghantarnya hingga di depan pintu rumah. Maria takut dihina. Mungkin penghinaan sudah sebati dalam dirinya. Tapi… aku bukan begitu Maria.. aku senang dengan kau bukan kerana kau anak siapa atau anak apa. Aku belum pernah bertemu gadis yang berhati tegar seperti kau Maria. Maria oh.. Maria…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: