Novel : Masyakah Cinta 2

Nama Pena : AuNi SoFeA

Fasiha menyerahkan sekeping not RM10 kepada Ghazali. Ghazali mencium wang kertas tersebut sambil tersenyum sinis.
“Ingat… biar pecah di perut, jangan pecah di mulut. Kalau kakak aku dapat tahu, nahas kau aku kerjakan!” Fasiha memberikan amaran sebelum berlalu meninggalkan Ghazali. Dia melangkah menuju ke kelas 3 Elit, kelas yang menempatkan saudara kembarnya itu.
“Eh, Tiha. Adik awak panggil tu,” ujar Liyana sambil menunjuk ke arah tingkap. Kelihatan Fasiha sedang melambaikan tangannya. Fatiha kehairanan.
“Che Ah nak apa? Che Ah ada buat hal lagi ke? Cikgu suruh Che Ah panggil Tiha sekali?” Bertubi-tubi soalan yang dilontarkan oleh Fatiha kepada adiknya itu. Sememangnya, itulah yang sering terjadi sekiranya Fasiha menimbulkan masalah di sekolah. Fasiha hanya mengharapkan Fatiha untuk membelanya. Berbanding dengan abang mereka, Farid yang lebih suka melihat Fasiha dihukum.
“Eh… apa kau merepek ni? Kau ingat aku ni jahat sangat ke? Ni hah… aku nak bagitau. Kawan sekelas aku, Ghazali… minta kau tolong ajarkan dia subjek matematik waktu rehat nanti. Dia tunggu kau dekat taman depan library.”
“Ghazali? Err… tapi, Tiha kena pergi library nak pulangkan buku. Nanti lepas Tiha pulangkan, Tiha pergi jumpa Ghazali ya.”
“Ahh… tak ada tapi-tapi. Kau bagi je buku tu kat aku. Nanti aku yang pergi pulangkan.”
Fatiha kecewa. Hajat hatinya untuk bertentang mata dengan lelaki pujaannya tidak kesampaian. Dengan langkah yang longlai, dia pergi mengambil buku rujukan yang dipinjamnya daripada perpustakaan lalu meyerahkannya kepada Fasiha. Loceng menandakan bermulanya waktu rehat telah dibunyikan.
“Hah… apa tunggu lagi? Cepatlah pergi jumpa Ghazali tu. Pasal buku ni, kau tak payah risau. Pandailah aku settlekan.”
Fatiha menurut sahaja kemahuan adiknya itu. Dengan berat hati, dia menemui Ghazali. Ghazali merupakan antara pelajar yang paling nakal di sekolah. Meskipun baru tingkatan 3, namun namanya sudah cukup terkenal dalam kalangan guru-guru. Fatiha tertanya-tanya mengapa Ghazali mahu belajar dengannya, sedangkan lelaki itu tidak pernah hirau akan pelajarannya.
‘Mungkin Ghazali sudah berubah dan menjadi tanggungjawab Tiha untuk membantunya,’ bisik hati Fatiha.

Suasana di dalam perpustakaan itu agak lengang pada ketika ini. Seperti biasa, Shahrizal mengambil tempat di kaunter pemulangan buku. Sudah menjadi rutin hariannya sebagai seorang ketua pustakawan untuk melihat laporan tugasan anak-anak buahnya. Hatinya gusar menantikan kehadiran seseorang, namun dia cuba berlagak tenang.
“Assalamualaikum…” sapa satu suara. Shahrizal segera mengangkat wajahnya.
“Waaalaikumsalam…” jawab Shahrizal sambil tersenyum. Gadis yang ditunggu-tunggu kini sedang berdiri di hadapannya.
“Saya datang nak pulangkan buku.” Buku rujukan Geografi diserahkan kepada lelaki itu. Shahrizal cuba mengawal perasaan gugupnya. Peluh mula merembes keluar daripada dahinya.
“Owh… awak berpeluh. Nak saya tolong lapkan?” Fasiha segera mencapai sehelai tisu di kotak tisu di hadapan kaunter tersebut. Shahrizal agak hairan melihat tindakan berani daripada seorang gadis pemalu di hadapannya itu. Belum sempat tisu itu menyentuh wajah Shahrizal, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan satu suara.
“Fasiha!” jerkah Farid.
“Fasiha?” soal Shahrizal, kehairanan. Dia melihat gadis di hadapannya itu dengan teliti. Sememangnya, Fatiha dan Fasiha adalah kembar seiras. Agak sukar untuk membezakan mereka berdua melainkan dari segi penampilan. Fatiha sering memakai tudung yang sedikit labuh, perwatakannya agak lemah-lembut. Manakala Fasiha sering memakai tudung yang singkat, malah terlalu singkat. Dia pula berperwatakan agak kasar. Shahrizal bingung. Dia tidak percaya bahawa gadis di hadapannya itu adalah Fasiha.
“Ala Along ni, kacau daun betullah,” rungut Fasiha.
Farid segera mencengkam tangan Fasiha. “Mana Tiha?” soalnya agak kasar.
“Entah..” jawab Fatiha, selamba. Farid semakin menguatkan cengkamannya.
“Along tanya… mana Tiha? Che Ah jangan pura-pura tak tahu.”
“Ish… sakitlah Along. Lepaslah, malu orang tengok Che Ah!”
“Along akan lepaskan selagi Che Ah tak bagitau mana Tiha.”
“Tiha pergi dating dengan Ghazali lah. Tak nampak ke dia orang tengah duduk kat taman depan tu?” Fasiha menundingkan jarinya ke arah sepasang pelajar yang sedang duduk di pondok bacaan. Shahrizal tergamam.
“Takkan abang tak tahu yang Tiha dengan Ghazali tu tengah hangat bercinta? Owh… Che Ah lupa. Macam manalah abang nak tahu kalau otak abang tu sibuk fikir pasal kak Suria je.” Satu tamparan hinggap di pipi Fasiha.
“Kau diam, Che Ah. Ingat aku tak tau apa yang kau buat? Kau pinjam tudung Tiha dengan alasan tudung kau kotor. Tapi sebenarnya, kau nak kelirukan jantan ni kan? Kau yang baca dan koyakkan surat Tiha. Kau yang suruh Ghazali jumpa Tiha. Kau yang terhegeh-hegeh nak ngurat jantan ni. Ingat Along tak tau?”
Fasiha menjegilkan biji matanya. Dia melihat orang-orang di sekeliling sedang memandang sinis ke arahnya. “Sial kau, Tiha!” Fasiha segera keluar daripada perpustakaan itu. Dia menghampiri Fatiha dan menamparnya sekuat hati. Fatiha tergamam.
“Aku benci kau, Tiha. Benci sampai mati!” ujar Fasiha sebelum beredar dari situ. Tudung yang menutupi kepalanya segera ditanggal dan dicampakkan ke dalam kolam berhampiran. Farid dan Shahrizal, masing-masing segera mendapatkan Fatiha yang kelihatan keliru dengan apa yang baru berlaku sebentar tadi.
“Tiha okay ke? Sakit? Kat mana yang sakit?” Farid memeriksa pipi Fatiha yang masih merah. Fatiha segera memeluk abangnya dan menangis. Shahrizal hanya memandangnya dari jauh.
“Kau… berambus! Kalau aku nampak kau dekat dengan Tiha lagi, nahas kau aku kerjakan!” tengking Farid kepada Ghazali. Kelam kabut lelaki itu lari menyelamatkan diri.
“Dan kau, Rizal. Sekali lagi aku nak ingatkan, tolong jangan kacau adik aku lagi. Kalau aku dapat tahu, habis tulang-tulang kau aku patahkan.”

“Ayah… maafkan Che Ah. Sakit, yah. Ibu… tolong Che Ah, ibu. Tiha… tolong aku, Tiha! Sakit!” Fasiha meraung kesakitan tatkala rotan buluh itu hinggap di tubuhnya berkali-kali. Farid memegang tangan Fatiha dengan kuat.
“Along, lepaskan Tiha. Kesian kat Che Ah. Dia tak bersalah, tak ada sesiapa pun yang salah. Lepaskan Tiha, Along. Ayah… cukuplah ayah. Che Ah sakit tu. Ibu, tolong Che Ah, bu.” Rayuannnya tidak dihiraukan. Pak Kahar terus menghukum Fasiha atas kesalahan yang dilakukan di sekolah siang tadi. Kalau Farid tidak melaporkannya, sudah tentu Pak Kahar tidak akan mengetahuinya sampai bila-bila. Dia faham benar dengan perangai Fatiha yang lebih suka menutup kesalahan adiknya itu.
“Masuk bilik sekarang!” arah Pak Kahar kepada Fasiha. Fatiha cuba memapahnya, namun segera ditepis oleh Fasiha. “Jangan sentuh aku, sial!”
Fasiha menguncikan dirinya di dalam bilik. Puas Fatiha memujuknya supaya membuka pintu. Sudah sehari suntuk Fasiha tidak menjamah makanan.
“Biarkan je Che Ah kat dalam tu. Tiha pergi makan,” arah Farid.
“Tiha tak nak makan… Tiha tak lapar.”
“Bohong. Dari malam tadi, Along tengok Tiha tak jamah makanan langsung. Tiha tak buat salah, kenapa Tiha nak hukum diri sendiri?”
“Semua ni salah Tiha. Che Ah jadi macam tu sebab Tiha.”
“Jangan nak mengarut, Tiha. Che Ah yang dah tak betul. Selalu sangat iri hati dengan Tiha. Sudah, pergi makan sana. Biar Che Ah mati kebuluran dalam bilik tu.”
Fatiha tidak berani membantah. Dia tidak mahu menaikkan kemarahan abangnya itu Dia segera berlalu ke dapur untuk mengalas perut.
“Ingat kalau kau kurung diri lama-lama kat dalam bilik tu, orang akan kesian? Lupakan jelah, Che Ah oi…” ujar Farid dari luar pintu bilik. Fasiha hanya mencebikkan bibirnya tatkala mendengar kata-kata tersebut.
“Huh… korang belum kenal lagi siapa Fasiha yang sebenarnya. Tunggulah, aku akan balas dendam!”

Sejak kejadian tempoh hari, Fasiha sudah mula keluar malam dan bergaul dengan kumpulan samseng jalanan. Tingkah lakunya sudah tidak dapat dikawal lagi. Pak Kahar sekeluarga gusar memikirkan masa depannya.
“Yo… geng. Sorry la, aku lambat sikit. Susahla nak curi-curi keluar rumah.”
“Ala, kerek la lu minah. Apesal? Abang kau kunci pintu bilik kau lagi ke?” soal Linda.
“Huh! Jantan tu memang tak gunala. Dia ingat aku bodoh sangat ke? Aku kan ada kakak yang lurus bendul. Merayu sikit… hah, dah dapat pun keluar. Hahaha!”
“Cakap pasal kakak kau… aku teringinlah nak jumpa dia. Mesti dia cantik macam kau, kan?” Hairil menyampuk lantas merangkul tubuh gadis itu.
“Hei… aku lagi cantik tau, seksi pulak tu. Jangan risau, aku ada plan baik punya. Time tu, bolehla korang ‘jumpa’ dia puas-puas.”
“Hmm… macam mana nak tau kau seksi ke tidak? Buktikanlah pada aku,” Hairil mula mendekatkan wajahnye ke wajah Fasiha. Fasiha menepis.
“Hei… aku bukan bohsia, okay. Lagipun, aku baru 15 tahun. Kau nak masuk jel ke meromen dengan budak bawah umur?” soal Fasiha, tegas.
“Hah… jail? Linda, I tak nak masuk jail. You jangan bagitau sesiapa,” ujar Johan, teman lelaki Linda. Dia takut untuk masuk semula ke penjara.
“Relakslah sayang… satu sekolah tahu yang I masih virgin. Ya kan, CC?” ujar Linda sambil mengerling ke arah Fasiha. Sejak menyertai kumpulan tersebut, Fasiha mahu dirinya digelar CC. Nama Fasiha dianggap agak kekampungan.
“Jom… kita ronda-ronda!” ajak Fasiha. Dia agak bosan malam itu. Dia mahu menghilangkan tekanan yang menguasai diri. Hairil hanya menurut. Otaknya ligat memikirkan rencana bagi menakluki gadis itu.
‘Malam ni, kau akan jadi milik aku, CC’ bisik hati kecil Hairil.

“Kenapa tak tidur lagi ni?’ soal Farid yang muncul tiba-tiba. Fatiha tergamam.
“Err… Tiha tak ngantuk lagilah, Long.”
“Tak ngantuk ke, tunggu Che Ah balik?”
Fatiha terdiam. Dia tidak pandai berbohong, lantas dia menundukkan kepalanya sahaja.
“Tiha tahu kan… kalau Che Ah keluar, dia akan bergaul dengan budak-budak jahat tu lagi.”
“Tiha minta maaf… Tiha cuma kasihan dekat Che Ah. Dia kata, dia tak dapat belajar kalau asyik terkurung je dalam rumah.”
Farid mengeluh. Wajah adiknya itu ditatap lama.
“Tak apalah… Tiha pergi masuk dalam. Biar abang yang tunggu Che Ah balik.”
Farid tidak sampai hati untuk memarahi adiknya itu. Fatiha gadis yang pintar. Tetapi, entah mengapa, dia sering membiarkan dirinya diperbodohkan oleh Fasiha. Seperti biasa, Fatiha hanya menurut perintah abangnya itu. Farid mengerling ke arah jam di dinding.
“Dah pukul 3.00 pagi pun tak balik-balik lagi? Nak kena budak ni.”
Sementara itu, di salah sebuah pusat hiburan terkemuka di ibu negara.
“Ril… hantar aku balik. Kepala aku peningla.” Fasiha merasakan dunia sekelilingnya berputar. Hairil merangkul tubuh Fasiha. Dia tersenyum kerana ‘senjata’ rahsianya sudah mula berkesan. Hairil memberikan isyarat kepada Johan bahawa dia dan Fasiha ingin beredar.
“Amboi… dah dapat barang baik, jangan lupa kawan pulak,” usik Johan. Hairil tersenyum nakal sebelum menghilang bersama Fasiha.
“Yang… ke mana Hairil nak bawa CC tu?” soal Linda, agak bimbang.
“Heaven… you jangan sibuk-sibuk pasal orang lainlah. Malam ni, you tidur rumah I ye.”
Hairil memberhentikan keretanya di hadapan sebuah pondok usang yang menjadi lokasi wajibnya bersama dengan mangsa-mangsa baru. Dia memapah tubuh Fasiha masuk ke dalam.
“Kita kat mana ni, Ril?” Dalam keadaan separa sedar, Fasiha masih mampu berkata-kata.
“Shh… jangan cakap apa-apa. Kau nak lupakan segala masalah kau, kan? Malam ni, aku akan hilangkan semua masalah kau. Kau cuma ikut je apa yang aku suruh.”
Fasiha hanya menurut. Di hanya ingin melupakan segala masalah yang sedang dihadapinya. Tanpa disedari, Hairil telah merakamkan semua aksi-aksi mereka.

Fasiha menjenguk ke luar jendela. Sebuah kereta berhenti di bahu jalan. Kelihatan Fasiha keluar daripada perut kereta dengan wajah yang masam mencuka. Fatiha segera mendapatkan saudara kembarnya itu. Fatiha mengerutkan dahi. “Pukul 12.00 tengah hari, baru balik?” soalnya sendirian.
“Che Ah dah balik? Ke mana Che Ah pergi? Sepanjang malam Tiha tunggu Che Ah balik. Nasib baik Along tak bagitau ayah dan ibu.”
“Hei… kau boleh diam tak? Kepala aku tengah berserabut ni. Ke tepi!” Seperti biasa, Fasiha akan menguncikan dirinya di dalam bilik. Fatiha mengeluh.
“Sial, sial, sial!” jerit Fasiha sekuat-kuat hatinya. Dia mencampakkan segala peralatan yang ada di dalam bilik. Mujur hanya dia dan Fatiha sahaja yang berada di rumah ketika itu. Fasiha terduduk di birai katil sambil menangis semahu-mahunya.
‘Tak guna! Ni semua perempuan sial tu punya pasal. Kalau dia tak ada, hidup aku takkan tertekan macam ni. Dan aku tak akan buat benda-benda bodoh semata-mata untuk melupakan apa yang telah terjadi,’ bentak hati Fasiha.
Peristiwa yang berlaku malam tadi benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidupnya. Siapa sangka, Hairil dengan mudah mengambil kesempatan ke atas dirinya.
“Ingat… Kalau kau bagitahu sesiapa, kau dan keluarga kau akan menanggung malu seumur hidup. Ingat… rakaman aksi-aksi kita ada dalam video cam ni. Kalau kau cuba buat benda bodoh, aku akan sebarkan rakaman ni satu sekolah!” Hairil memberi amaran sebelum menurunkan Fasiha di hadapan rumah sebentar tadi.
‘Tak guna! Perempuan tak guna. Kalau kau tak keluarkan aku dari bilik malam tadi, semua ni takkan terjadi!’ Fasiha mula mengoyakkan beberapa keping fotonya bersama dengan Fatiha semasa mereka masih kecil.
‘Kau ada semua yang aku tak ada. Kau pandai. Kau disayangi semua. Kau dapat tackle Shahrizal… sekarang, kau ada maruah yang aku dah tak ada. Tapi aku janji, Tiha. Semua ini bakal berakhir. Tak lama lagi, kau akan terima nasib yang sama macam aku. Aku janji!’

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: