Novel : Pelukan Cinta 9, 10

Nama Pena : Amisha Dania

BAB 9

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu yang mengambil masa kurang lebih enam jam itu mereka penuhi dengan pelbagai cerita dan impian. Mereka singgah di Kuantan untuk makan tengah hari. Lapang rasa hati Armand apabila hajatnya hendak membawa Zulaika bersamanya ke Kuala Terengganu direstui oleh papa Zulaika. Malah papa dan mama sempat lagi berpesan agar membelikan dua pasang batik sutera untuk mereka.

“Sayang, kita nikah gantung dulu nak?” Armand membuka bicara apabila sudah mereka menjamu selera di Kuantan. Kereta dipandu dengan kelajuan yang sederhana.

“Apa tu nikah gantung?” Zulaika bertanya.

Armand senyum. Betul-betul tidak faham ke minah ni? Hatinya bergumam.
“Nikah dulu, kenduri lepas sayang ‘grad’ nanti” Armand menjelaskan.

“Macam tu…maknanya abang duk rumah abang, Ika duk kolej? Sama macam tak kahwin gak.” Zulaika menyatakan pandangannya.

“Mana ada sama sayang. Time Ika cuti, Ika balik rumah abang. Kita duk sama-sama.” Armand menerangkan. Kepalanya telah membayangkan, duduk bersama-sama dengan Ika. Balik kerja Ika menunggunya dihadapan pintu. Ah…..bahagianya.

“Kata nikah gantung, macam mana lak boleh duduk sama?” zulaika bertanya lagi. Keliru dia dengan ayat-ayat Armand tadi.

“Sayang…..bila dah nikah, dah sahlah hubungan kita. Semuanya dah halal. Sayang dah jadi isteri abang.” Armand cuba membuatkan Zulaika faham kehendak hatinya.

” Abis…..apanya yang digantung tu? Abang cakap nikah gantung tadi….eh tak fahamlah Ika. Kan, abang cakap dulu Ika boleh habiskan belajar?” bulat mata Zulaika merenung Armand.
Armand mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Susah bercakap dengan orang lurus ni. Bagaimana dia hendak menjelaskan kepada Zulaika?
Mereka singgah di Kuala Kemaman. Armand berhenti disebuah restoran tepi laut yang ada menjual keropok dan sotong goreng. Sudah agak lama dia tidak berkunjung ke Terengganu. Sotong, keropok dan ikan goreng celup tepung merupakan makanan yang popular di Terengganu. Tiap kali berkunjung ke Pantai Timur dia tidak lupa akan menu ini.

“Tiga tahun lagi Ika habis belajar tau, tak kesian pada abang ke?” Armand cuba lagi memancing simpati Zulaika Husna.

“Apa masalah abang sebenarnya?” Zulaika makin keliru dengan kehendak Armand. Dulu Armand kata dia boleh habiskan studynya sebelum fikirkan soal kahwin, sekarang Armand minta lain pula.
Armand terdiam. Mungkin Zulaika belum bersedia lagi agaknya. Lagi pun gadis itu baru mencecah dua puluh dua tahun. Masih mentah lagi. Sanggup ke aku tunggu gadis ini habis belajar? Armand ragu-ragu dengan keupayaan hatinya sendiri.

“Forget it. Abang cuma menyatakan cadangan sahaja. Bukan abang nak paksa Ika.” Armand mengalah akhirnya.

BAB 10

Armand cuba melelapkan matanya. Penat menjadi pengapit Zaki masih terasa lagi. Apa yang dilakukan oleh Zulaika agaknya ketika ini. Armand tersenyum sendiri. Masih terdengar-dengar lagi usikan rakan-rakan mereka. Ada yang gatal-gatal mulut mengatakan kedua-dua pengapit pun dah layak untuk disandingkan. Masih ternampak-nampak lagi pipi Zulaika yang merona merah apabila diusik. Pengantin dengan set pakaian berwarna oren dan mereka pula mengenakan set pakaian berona peach lembut. Paling tidak dapat Armand lupakan bila pak Imam mengusik Armand.

“Ni….pak cik nak bagitahu sikit….biasanya, lepas jadi pengapit, kena jadi pengantin pula, kalau tak, pak cik yang tangkap pengapit perempuan tu….” Usikan pak Imam disambut dengan gelak ketawa hadirin yang ada dalam masjid untuk majlis akad nikah hari itu.

“Jangan macam tu Imam. Pengapit tu memang untuk saya dah. Kalau dapat kat Imam, lenguh kepala nak bercakap dengan dia…” Armand mengusik Imam yang memang agak rendah jika dibandingkan dengan Zulaika dan dirinya sendiri.
Mengkekek-kekek Imam ketawa. Sedar dirinya dikenakan oleh Armand. Bukannya apa, Imam sekadar bergurau, hendak menghilangkan gemuruh Zaki.
Armand mencapai telefon bimbitnya. Nombor Zulaika didailnya. Agak lama barulah panggilannya bersahut.

“ermmm” Zulaika menjawab lemah.

“Sayang dah tidur ke?” Armand bertanya lembut.

“Ermmm…Ika terlelap. Letih lah abang.”

“Nak keluar jalan-jalan tak?” Armand membuat cadangan. Peluang yang ada tidak ingin dibazirkan. Bukan senang dia dapat bersama Zulaika. Kesibukan kerja selalu sahaja membataskan masanya.

“Nak pergi beli baju mama dan papa ke?” Zulaika tiba-tiba teringat pesanan papanya tempuh hari.

“Tiga dalam satu lah tu.” Armand menjawab.
Setelah menetapkan masa, mereka bersiap-siap untuk keluar. Mereka menuju ke pasar Payang. Tetapi tidak membeli apa-apa pun kerana hari telah petang. Banyak kedai telah ditutup. Akhirnya mereka ke Butik Arfa. Batik sutera yang begitu eksklusif rekaannya menarik minat mereka.

“Rasa nak juling mata Ika tenguk corak-corak yang menarik ni..” Bisik Zulaika ke telinga Armand. Armand tersenyum. Tipikal perempuan.

“Berkenan?” Armand bertanya kembali.
Zulaika menggangguk-angguk kepalanya. Dia mengasingkan beberapa helai sutera yang berkenan dimatanya.

“Abang, dua pasang ni tuk mama dan papa, okey tak?” Zulaika memilih warna hijau lumut dan biru firus untuk mama dan papanya. Dia meminta pandangan Armand. Armand memuji di dalam hati. Cantik corak yang dipilih oleh Zulaika. Tidak terlalu penuh.
Matanya tertancap pada sepasang sutera berwarna merah hati yang berada dilengan Zulaika. Sangat menyerlah warna itu dengan kulit Zulaika yang putih.

“Tu untuk siapa?” Armand memuncungkan mulutnya. Merujuk pada sutera yang berada dilengan Zulaika.

“Untuk kita, okey tak? Abang pakai batik kan?” bulat mata Zulaika memandang Armand. Takut Armand tidak berkenan dengan warna pilihannya.
Armand merenung Zulaika. Hatinya sangat tidak keruan ketika itu. Zulaika seolah-olah seorang isteri yang sedang mencari pakaian untuk suaminya menghadiri majlis rasmi. Armand memaut bahu Zulaika, menariknya kedalam pelukan Armand. Mata yang memandangnya didalam butik tersebut tidak dihiraukan. Armand menepuk-nepuk bahu Zulaika. Tidak terluah apa yang ingin diucapkannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: