Novel : Semurni Kasih Humairah 2

Nama Pena : ixora_xlory

“Masuk”

kedengaran sahutan dari dalam setelah Maira mengetuk pintu di hadapannya.

“Duduk Maira.Kita tunggu yang lain sampai dulu.Irfan.Kamu ada bawa fail yang saya pesan tadi?”

serentak Madam Syara bertanya apabila melihat muka Irfan yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam biliknya.

“Ni Madam.Before that, tadi Madam Fauziah pesan,transport kita actually nak guna service dalam ke service luar?Dia dah nak buat letter permission for it.”

Irfan yang baru sahaja meletakkan punggungnya di sebelah Maira terus melontarkan pertanyaan sambil sempat menghadiahkan satu senyuman yang macho kepada gadis di sisinya itu.

“Hurm.Saya pun tak decide lagi.Later i`ll call her.”

Maira yang hanya menjadi pendengar ketika itu terkejut apabila tiba-tiba mendengar satu suara yang di rasakan baru sahaja dikenalinya.

“Sorry madam.I`m late.Baru habis lunch tadi.Hehe”

“It`s okey Zarith.Kita orang pun tak start lagi ni.Come”

Lebar senyuman Zarith apabila melihat Maira yang sedang duduk di sebelah Irfan ketika itu.

Duh!Macam mana pula mamat sengal ni boleh sesat kat sini gak.Adui.Bala apa pula ni.Ish!

gerutu Maira sambil sempat menjeling Zarith yang sengaja duduk di sebelahnya walaupun terang-terangan kerusi di sebelah Irfan lebih hampir dengannya sebelum itu.

Irfan yang dapat menangkap perlakuan Zarith mula merasakan sesuatu. Sesaat kemudian, barulah dia tersedar bahawa kini,dia telah mempunyai pesaing yang sepadan.

Irfan Iskandar, tidak kurang hebatnya kalau hendak dibandingkan dengan Zarith.Jika Zarith telah diklasifikasi sebagai first ranking oleh para siswi, Irfan pula telah dinobatkan sebagai second ranking.Pemuda yang dikatakan Lee Dong Wook Malaysia oleh para gadis bukan sahaja di senaraikan sebagai top student di sebabkan kepintarannya, malah keaktifan melibatkan diri di dalam sukan dan aktivit-aktiviti di universiti juga melonjakkan saham Irfan.Walaupun keluarga Irfan tidak sehebat keluaga Zarith, dia juga boleh di kategorikan sebagai anak orang berada.

Buku bertemu ruas. Itulah yang boleh di gambarkan oleh hati Irfan ketika itu.

“Okey.Let\’s we start our discussion. Irfan.Maira.For both of your information, students engine pun akan join kita punya trip ni.So, kita akan buka 15 vacation for chemical students and 15 vacation for engine students.Zarith as a leader for engine students.Irfan. You will cooperate with Zarith to handle our project.And you Maira, I just select only 1 person as a co-leader.Thats mean,no co-leader for the engine students.So, you just not a right-hand for Irfan only but also for Zarith.You must help Zarith as long as he need your help”

panjang lebar Madam Syara memberikan sekali penerangan kepada 3 orang anak didik di hadapannya itu.

Okey!Ini memang betul-betul bala!Nape perlu dia yang mesti aku kena tolong??Duh!!

rengus Maira di dalam hati sambil menjeling Zarith yang sedang tersenyum kambing di sebelahnya.

Memang sengal punya mamat.Tak sudah-sudah menyengih.Sakit betul hati aku.Heh!

Irfan yang sedang maintain cool walaupun terkejut dengan kenyataan yang baru di keluarkan oleh Madam Syara sebentar tadi, sempat memerhatikan reaksi Maira dan Zarith.

Nampak macam Maira tak berkenan je dengan mamat ni.Hehe.Nasib baiklah.Well Zarith.Start from now I will declare as a competitor with you to win Maira`s heart.Aku takkan mudah mengaku kalah Zarith.

tekad Irfan dalam diam.

“Maira.Ada bawa report yang saya pesan tak?”

“Ni madam.Saya pun dah edit apa yang madam suruh betulkan tu.”

Terkejut Maira apabila di sergah dengan tiba-tiba oleh Madam Syara.

“Maira.Nanti awak discuss dengan Zarith pasal nak buka vacation for engine students okey.For chemical students, saya rasa tiada problem.Okey Maira?”

serentak Maira mengangguk kepalanya seperti burung belatuk walaupun sememangnya dia tidak berpuas hati dengan kenyataan Madam Syara yang menyuruhnya berbincang dengan Zarith.Dalam erti kata lain,dia perlulah selalu menemui pemuda sengal itu dan itu satu-satunya perkara yang sememangnya tidak ingin dia lakukan sekarang.

“Irfan.Nanti awak bincang dengan Sir Aiman pasal our sponsor.I think we need to mention them as soon as possible.Takut nanti terlepas pula even kita dah dapat green light for our sponsorship.And you Zarith, don’t forget to arrange our accommodation dekat sana nanti.Kita pilih accommodate ikut bajet kita je.But if your dad nak sponsor sikit pun,tak apa.Di alu-alukan ye.Haha”

“Okey madam.Dont worry about that.”

Tersenyum Zarith sambil memandang Maira di sebelahnya.

Minah ni.Dari tadi asyik jelling aku je.Ni mesti kes tak puas hati lah ni.Puas hati ke tak,kita kena juga berganding bahu wahai cik Hana Humairah oiii.Haha.

sempat lagi Zarith berdialog sendirian dan mencuri memandang Maira yang hanya beberapa inci di sebelahnya sahaja.

“Okey guys.Kalau tak ada apa-apa, you can go now.”

***

Laju sahaja Maira membuka langkah selepas keluar dari bilik pensyarahnya itu. Akan tetapi tiba-tiba,

“Cik Maira.Lajunya jalan.Kalah lipas kudung haa.Hehe.Saya nak bincang sikit dengan awak pasal projek ni”

Aku tak tengok muka kau pun aku dah tahu sape yang akan cakap camtu.Sengal!

sambil memusingkan badan menghadap arah datangnya suara itu, Maira sempat menahan Irfan yang berjalan beriringan dengannya.

“Ir.Tunggu aku jap.Mamat ni nak apa entah.Aku tak biasa sorang-sorang.Tunggu jap ek”
belas Maira mengharap Irfan akan menunggunya.

“Baiklah tuan puteri.Hamba akan setia menunggu tuan puteri di sini”

sambil mengenyitkan sebelah matanya, permintaan Maira itu sedikit sebanyak melegakan kegelisahan hati Irfan dan menguatkan lagi anggapan bahawa gadis idamannya itu tidak menaruh minat dengan pesaingnya itu.Berlainan pula dengan Zarith, aksi Irfan membuatkan hati lelakinya berdetik seketika.

Dia orang ada pape ke? Tapi Kamal cakap si Maira ni single lagi.Alamak.Parah lah camni.Mamat ni pun boleh tahan juga heronya.Adui!

“Yes mr..?”

Dia tak kenal aku ke minah ni?Punyalah hangat aku ni,takkanlah dia tak kenal?? Kalau tak kenal pun,bukan madam dah cakap nama aku kat dalam ke tadi. Ke buat-buat tak kenal ni??Ish.Saja je minah ni lah.

“Mr.Zarith Zafran.You can call me Zarith atau nak yang lagi pendek Ith je.Lupa nak buat ice-breaking masa dekat kafeteria tadi.Kat dalam tadi pun tak sempat nak sembang-sembang.Asyik laju je jalannya.Ye tak cik Maira?Hehe”

Ceh.Sukalah kau dapat perli aku.Sengal!

“Awak nak bincang ape? Saya nak cepat ni.Ada kelas sekarang.”

mendatar suara Maira mengisyaratkan dia tidak senang dengan pemuda di hadapannya itu.

Hati Irfan semakin berbunga-bunga apabila melihat Maira seakan tidak menyukai pemuda yang di cop sebagai first ranking itu.

Semakin kuatlah azamnya untuk merebut hati gadis yang berjaya mencairkan hatinya semenjak pertemuan mereka pada kali pertama semasa sesi orentasi pelajar-pelajar baru sarjana muda kimia Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ketika itu, Maira yang menyangka dia adalah salah seorang senior yang mengorganisasi orentasi pelajar-pelajar baru,telah meminta izin untuk berehat kerana diserang demam panas semasa mereka sedang melakukan hiking.Melihat Maira pada pertemuan pertama telah menjentik hati lelakinya untuk mendekati Maira.

Ya.Tidak diragui bahawa Hana Humairah memang cantik. Kelembutan yang terserlah diwajahnya membuatkan Maira menjadi kegilaan siswa di situ.Walau begitu, sikap Maira yang menjadi daya tarikan utama yang telah mencairkan hatinya yang pernah bertekad untuk tidak akan terjebak dengan dunia percintaan selagi cita-citanya untuk menjadi seorang pakar kimia belum tercapai.Tetapi, seorang gadis yang bernama Hana Humairah telah menjadikan dirinya berpaling tadah terhadap azam yang menjadi prinsip hidupnya selama ini.Itulah yang di katakan kuasa cinta pandang pertama.Kini, Irfan mengakui ungkapan tersebut.

“Saya rasa lebih better kalau kita exchange number.Ye lah.Nanti senang kalau kita nak bincang pasal project ni kan”

tersengih Zarith selepas menuturkan kata-katanya itu.

“Hurm.Saya rasa tidak perlu kot dalam waktu terdekat ni.Lagipun awak kan pandai cari saya.Macam awak cari saya kat kafé tadi.Berjaya je kan awak cari saya.So,I don’t think we need to exchange our phone number.Okeylah.Saya jalan dulu.Assalamualaikum”

segera Maira berlalu meninggalkan Zarith yang terpinga-pinga untuk kesekian kalinya.

Dia buat lagiiii..Susahnya nak tackle anak dara sorang ni.Ish!

keluh Zarith spontan.

“Dia nak apa Maira?”

soal Irfan setelah pasti muka Zarith tidak kelihatan lagi.

“Minta tukar number.Senang kalau nak discuss pasal project katanya”

“Then, you give to him??Tapi..Aku rasa okey juga kalau korang exchange.Senang kot nak bincang nanti”

segera Irfan meng\’cover\’ keterlanjuran ayatnya yang dirasa berunsurkan cemburu.

“No lah.Mengarutlah kau ni.Takkan tak kenal aku kot.Bukan senang-senang aku nak bagi number kat orang.In case kalau betul-betul aku rasa kena exchange number dengan dia,baru aku akan tukar.But right now, aku tak rasa mesti beri kot.”

sempat Maira menghadiahkan sebuah senyuman selepas menghabiskan kata-katanya.Tiba-tiba, terngiang kembali ayat Atie di pendengaran Maira

“Aku rasakan Maira, Ir tu ada hati kat kau lah weh.Kau tak perasan ke cara dia pandang kau tu lain sikit.Even Irfan tu cool je aku tengok,tapi dia dengan kau memang ada lain sikit lah.Kau tak perasan ke weh?”

Atie..Kalau betul pun apa yang kau cakapkan tu, kau pun tahukan aku takkan fikir dulu pasal ni..Aku takut Atie..sangat takut..

***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: