Novel : Beruk vs Vespa 7

Nama Pena : shajaja

Part 7
**********************************

Jauh disuatu sudut, Syed Siddiq memerhati Tiha dan Aman. Perasaannya ketika ini penuh dengan rasa cemburu. Lantas Syed Siddiq berlalu pergi meninggalkan mereka. Hatinya tidak keruan melihat gadis yang diminatinya berada disamping insan lain. “Aku harus cepat merancang sesuatu supaya Tiha mengenali aku. Tiha harus kumiliki”. Luah Siddiq.

” Petang ini aku harus ke rumah Salimi. Aku mesti siasat pasal Aman. Selepas tu, baru aku buat rancangan”. Bicaranya sendiri.

Salimi merupakan rakan kelas Aman dan Salimi juga adalah rakan baik kepada Siddiq. Mereka berdua menetap dikampung yang sama iaitu Felda Keembong. Kebiasaannya, di waktu petang Siddiq akan bermain bola sepak dipadang bersama-sama Salimi.

**********************
Petang itu, seperti yang dirancangkan olehnya, Siddiq telah pergi ke rumah Salimi.

“Limi, petang nie kita tak payah la main bola. Aku ada hal sikit nak bercakap dengan kau.” Cadang Siddiq sebelum memulakan perbualannya tentang Tiha.

“Kenapa pulak?, bukan ke kau nie tak boleh duduk diam selagi tak dapat main bola” soal Salimi.

“Kan aku baru sahaja cakap, aku ada hal sikit nak bincang dengan kau nie.” marah Siddiq.

” Larhhhhh..relax la bro, aku baru tanya sikit, kau dah marah. Apa nie bro?” tempeliknya pada Siddiq sambil menepuk bahu rakannya itu.

” Aku bukan marah. Aku cuma tak boleh nak bersabar sikit” balas Siddiq.

“Apa yang kau tak boleh bersabar nie. Mamat mana yang bikin kau marah. Cuba kau cerita pada aku. Boleh kita sama-sama pergi ajar sikit mamat tue” soal Salimi cuba untuk menyejukkan hati rakannya itu.
Setahunya, Siddiq tidak mudah melenting dan marah. Rakannya itu nampak sahaja ganas dan liar namun beliau bukan sebegitu. Hanya rakan yang rapat dengannya sahaja yang mengetahui sifat sebenarnya. Padanya Siddiq seorang yang penyabar, sentiasa membantu rakan-rakanya dan tidak suka mencampuri urusan orang lain. Dia juga suka menghabiskan masa di padang daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Disebabkan oleh sifatnya itu, dirinya suka berkawan dan menghabiskan masanya dengan Siddiq.

“Mamat tue bukan bikin aku marah bro. Mamat tue bikin aku cemburu. Hati aku nie panas bro, macam air yang baru mendidih” Luah Siddiq.

” Kau cemburu pasal apa?, pasal dia hensem dari kau ker?, Atau pasal mamat tue lebih hebat main bola daripada kau ker?” duga Salimi.

” Ish kau nie Limi, ermmm…jap-jap aku fikir semula pertanyaan kau tue” gurau Siddiq.

” Bro, lu jangan la main-mainkan gua. Gua dah tak sabar nak tahu cerita lu. Lu terus terang saja pada gua. Kalau tidak gua kasi sebiji penumbuk kat muka lu. Lu nak rasa tak?” balas Salimi pada sahabatnya itu.

” Relax la bro, gua punya cerita, lu tunggu je la.” gurau Siddiq lagi.

“Ehh Limi, kau kenal tak budak nama Aman, budak Felda Raya tue? soal Siddiq memulakan topik sebenarnya.

” Mestila aku kenal bro, budak Aman tue kan satu kelas dengan aku. Apasal kau tanya pasal dia?. Tak akan la mamat tue bikin kau marah kot. Setahu aku, kau tak kenal pun dia.” kata Salimi pada Siddiq.

” Bukan macam tue Limi. Aku sebenarnya suka pada Tiha. Budak kelas kau tue. Tapi aku selalu nampak Aman tue dengan Tiha. Asal nampak dia orang bersama, hati aku nie panas bro.” luah Siddiq.

” Hahahahahaha..ini kes cemburu la beb” Limi mentertawakan rakannya itu.

” Cop-cop, aku nak tanya kau pulak. Bila masa kau kenal dengan Tiha. Setahu aku juga, budak Tiha tue mana ada kawan dengan budak lelaki kecuali budak kelas aku je.” jelas Salimi.

” Aku kenal melalui pandangan mata aku bro.Hehehe” Siddiq mengenakan sahabatnya itu.

” Engkau nie Siddiq, aku serius bro. Bukan senang nak kenal dengan minah tue. Dia sikit punya sombong. Budak kelas lain kata la, dengan kita orang dia ok je.” cerita Salimi.

” Betul ker Limi? Aku baru nak kenal dia je. Sebelum nie aku just nampak dia waktu perhimpunan pagi. Aku baru perasaan kewujudan dia kat sekolah kita 2 bulan lepas. Pelik betul kan, apa pasal sebelum nie aku tak pernah nampak Tiha.”

” Mungkin inilah yang dikatakan jodoh kau dan dia” gurau Salimi.

” Kalau betul berjodoh tak apa la Limi, kalau tak tidak. Merana la aku.” Kata Siddiq pada sahabatnya itu.

” Ermmm, aku nak tanya kau nie, apa hubungan Aman tue dengan Tiha. Kalau tak ada apa-apa antara mereka berdua, aku nak mencuba nasib” tambah Siddiq.

” Status hubungan mereka berdua aku tak ketahui sampai sekarang. Apa yang aku tahu, mereka berdua tue dari kampung yang sama, Felda Raya. Dengar kata juga mereka berdua ni, macam anjing dengan kucing, dari sekolah rendah bawak ke alam sekolah menengah. Si budak Aman nie, suka sangat mengacau Tiha. Tiha ni pulak, pantang diusik, mesti melenting. Walau bagaimanapun, apa yang aku boleh pastikan sekarang, Si Aman nie memang suka pada Tiha dari dulu sampai sekarang. Macam –macam cara dah dia buat untuk Tiha. Tapi Tiha tue bo- layan dia bro. Apa yang aku agak pelik sekarang, kenapa la orang sibuk duk berebut dia. Padahal tak ada la cantik sangat Tiha tue. Musykil-musykil aku. Agaknya dia pakai susuk kot.” cerita Limi dengan panjang lebar.

” Macam itu ke ceritanya. Mungkin Aman tue tak pandai nak mengayat Tiha. Cara dia mengayat mesti macam orang dulu-dulu kan. Lagi satu, pada aku, memang la Tiha tue tak cantik sangat macam artis, tapi dia comel. Ada daya tarikan tersendiri, terutamanya pada tahi lalat dia. Kalau dia senyum, bikin buat orang cair bro.” terang Siddiq.

” Kenapa aku tak cair pun bro” kata Salimi, sengaja mengusik rakannya.

” Engkau buta la bro. Biar aku yang tak buta nie, menilainya. Sekarang kau fikirkan cara yang macam mana supaya Tiha kenal aku dan aku boleh dekati dia Limi. Secara rasminya, mulai hari ini, aku lantik kau jadi orang perantara antara aku dan Tiha. Boleh? Eh silap, boleh atau tidak, kau kena juga jadi orang tengah aku. Aku bayar gaji kau, makan breakfast esok.”. jelas Siddiq.

” Ini tidak adil bro, lu paksa gua. Dah la habuannya breakfast aje. Lain la kalau lu bagi gua sebuah motor ke, orait juga.” gurau Salimi.

” Kalau dah berjaya misi aku ini bro, barulah engkau layak dapat habuan lebih besar daripada gua bro.”
Balas Siddiq pada Salimi.

” Nanti aku fikirkan macam mana aku nak kenalkan kau dengan Tiha. Sekarang nie, apa kata kita pergi main bola dulu. Sempat lagi nie, baru pukul 6.30 nie” ajak Salimi.

” Ok juga tue, mana tahu lepas main bola, kau ada ilham untuk satukan aku dengan Tiha kan” gurau Siddiq.

” Pirahhhh..tak ada masa aku. Masa main, main la bro” balas Salimi.

*********************************

Panggggg…bunyi deraian pinggan jelas kedengaran di dapur. Semua pekerja kantin ALPHA bergegas ke arah Tiha.

” Kenapa dak kecik” soal bos Tiha, Sham.

Di tempat kerja Tiha digelar sebagai budak kecik kerana mereka menganggap Tiha seperti budak-budak yang masih keanak-anakkan, manja dan nakal. Tiha sering menjadi penghibur bagi pekerja-pekerja kantin tersebut. Dia sering diberi perhatian oleh bosnya kerana hanya dia satu-satunya perempuan yang muda. Dua yang lain telah berkahwin. Selain itu juga, Sham telah menganggap Tiha seperti adiknya dan memegang amanah kawannya supaya menjaga Tiha dengan baik. Jiran Tiha merupakan kawan baik kepada bos Tiha.

” Tak ada apa abang Sham, pinggan pecah. Saya nak basuh cepat-cepat, sebab tue terlepas” jelas Tiha menerangkan sebab pinggan tersebut pecah.

” Eleyh, yeker kau kecik, aku tengok kau berangan je dari tadi.” sampuk Adam, rakan kerja Tiha.

” Pandai je engkau menipu ye Adam, aku sekeh baru tahu” marah Tiha pada Adam.

” Sudah-sudah, buat kerja cepat” arah Sham.

” Baik bos” kata Tiha dan Adam.

Sham melangkah ke ruangan hadapan kantin. Manakala Adam masih tercegat disamping Tiha.

” Nahhh..ambik nie” Tiha melemparkan buih sabun ke arah Adam.

Pantas Adam mengelak. “Apa nie dak kecik, kotor la” kata Adam.

” Padan muka kau, siapa suruh kau cerita pada abang Sham tadi.” jelas Tiha.

” Betul apa, kau berangan je dak kecik. Kau ada masalah ker dak kecik?” soal Adam.

” Tak ada apa. Aku sebenarnya dah penat kerja la Adam. Sebab tue la aku buat kerja bermalas-malasan Adam” Tiha memberi alasannya.

” Tak percaya la aku. Tapi kalau kau betul-betul penat, aku bagitahu pada abang Sham supaya hantar kau balik awal hari nie. nak?” pelawa Adam.

“Boleh juga” balas Tiha.

” Boleh juga aku merehatkan diri lama sikit malam nie. Penat betul aku memikirkan tentang surat yang diberikan oleh kau Aman. Alangkah bagus kalau sekiranya dirimu terus sahaja menyimpan perasanmu itu. Tidaklah aku buntu memikirkan jawapan yang perlu diberikan kepada kau” Tiha berbicara seorang diri. Lupa dia seketika pada Adam disebelahnya tika ini.

“Haaa.. siapa Aman” sergah Adam.

” Erkkkkkk…siapa ?” soal Tiha semula pada Adam.

~bersambung

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: