Novel : Erti Cinta 3

Nama Pena : Biel Sein

2 tahun berlalu…
MASA berlalu begitu pantas. Ezhan kini sedang menuntut di University of Leeds dalam bidang civil engineering. Ezza mengikut jejak langkah abangnya keluar negara. Dia menuntut di University of Warwick dalam bidang Geomatics Engineering. Hari ini, seperti biasa Ezza akan bertemu dengan abangnya. Ezza pantas menyarung jaket dan butnya. Dalam perjalanan ke London, dia teringatkan pengalamannya di sekolah dahulu.

” EZZA, ada orang nak jumpe,” panggil Fatah. Ezza keluar ikut pintu belakang. Betapa terkejutnya dia melihat Ezhan disitu. Dia sempat menoleh kedalam kelas. Dhirar merenung tajam kearahnya. Ezhan mengajak Ezza ke taman herba.
” Happy Birthday, adik!” ucap Ezhan. Ezza tersenyum manja. Ezhan menghulurkan bungkusan hadiah kepada adiknya. Tiba-tiba…
“inilah yang saya takutkan. Budaya couple di sekolah ini semakin menjadi-jadi. Semalam, Pengawas Asrama berjaya menangkap satu pasangan yang sedang berdua-duaan di Taman Herba. Lebih memalukan si lelaki merupakan orang yang kita segani di sekolah ini. Saya mohon pelajar yang terlibat naik ke atas pentas,” kata Guru Disiplin sekolah, Cikgu Rosyaimi. Seluruh dewan mula riuh-rendah. Ezhan bangun dan mencapai tangan Ezza. Mereka beriringan ke arah pentas.
” Berani diorang pegang tangan.”
“Betulla semua khabar angin selama ni.”
“Huh, muka je baik.”
” assalamualaikum semua.” Ucapan salam Ezhan hanya disambut perlahan. ” Saya berterima kasih kepada mereka yang menjawab salam saya. Kami disini mahu membetulkan apa yang salah. Please, open your heart and listen.”
” Saya Ezza Ezyra bt. Azmi,”ujar Ezza. ” Saya Ezza Ezyra bt Dato’ Azmi Azram.” Nyata seluruh isi dewan terkejut mendengar kata-kata itu.
” dan seperti yang anda tahu, saya, Ezzy Ezhan b Dato’ Azmi Azram. Kami ditangkap ketika menyambut hari lahir adik saya. Tidak sempat memberi penjelasan, kami dikatakan melakukan perkara terkutuk.”
“Salahkah abang kandung mahu meraikan hari lahir adiknya?”
Selepas peristiwa itu, Ezza semakin dihormati apabila ramai yang mengetahui misi dia ke sekolah itu. dan yang paling dia ingat, semenjak itu, Dhirar mula rapat dengan abangnya.

“ADIK! Sini sini!” Ezza pantas menoleh. Dia terlihat abangnya melambai-lambaikan tangan kearahnya.
” so, ape plan abang ari ni?” soalnya. Mereka sedang menjamu selera di sebuah Mc Donald ketika itu. Ezhan tersenyum. Dengan pantas dia mengeluarkan dua keping tiket dari poketnya.
” apa lagi. Tengok bola la. Ini hari Chelsea lawan Liverpool. Amacam nak gi?” soal abangnya. Ezza menjerit kegirangan.
” You are the best, abang. Macam tau-tau je adik nak tengok bola ari ni.” Ezhan tersenyum. Dalam hatinya, dia senang melihat adiknya gembira. Mereka tiba di Stamford Bridge tepat jam 12 tengahari. Ketika itu, ramai penyokong kedua-dua pasukan berpusu-pusu masuk kedalam stadium tersebut. Ezhan memegang tangan adiknya. Ezza tersenyum. Memang betul, abangnya seorang yang sangat protektif. Mereka mengambil tempat. Ezza dapat melihat dengan jelas para pemain kedua-dua pasukan memasuki padang. Seluruh stadium bergema dengan sorakan kedua-dua pasukan. Perlawanan dimulakan. Ezza begitu teruja sekali.
” thanks, abang coz’ bawak adik g sini,” ucapnya. Namun tiada jawapan dari abangnya. Ezza pantas menoleh. Berderau darahnya apabila melihat orang disebelahnya bukan abangnya, tetapi lelaki yang selama ini hadir dalam mimpinya. Lelaki itu melemparkan senyuman manis kepadanya.
” hai, Ezza. Long time no see,” ucap lelaki itu.
” Dhirar…”
” yeah it’s me. Tak sangka dapat jumpa awak kat sini. Banyak yang saya nak borak dengan awak. So, shall we go to other place?” Dhirar mengajak Ezza meninggalkan stadium itu. mereka menuju ke Stamford Cafe yang terletak diseberang jalan. Ezhan dari jauh memerhatikan mereka berdua. Dia tersenyum.
” So, last night abang awak yang ajak saya kuar. Dia tau saya suka Liverpool. Tapi tak sangka plak awak yang saya jumpa.” Ezza hanya tersenyum.
” Awak study kat mane skang ni?” soal Ezza kepada Dhirar.
” kat Manchester. Mechanical Engineering. awak?”
” saya kat Warwick. Geomatics Engineering.” Sesungguhnya, Ezza masih belum bersedia untuk bertemu dengan dhirar. Belum masanya.
” so, awak amik geomatics. That’s course is quite tough, right?” soal Dhirar. Ezza hanya tersenyum.
” takdela tough cam mechanical kan. Just a lot of calculation.” Penjelasan Ezza itu membuatkan Dhirar tersenyum. Dia terkenangkan peristiwa sewaktu zaman persekolahan dahulu.

” SO, awak nanti akan duduk dengan saya kan time high table?” soal Ezza. Ketika itu mereka berada didalam kelas untuk prep petang. Suasana kelas pada petang itu sungguh bising.
” Haah…apsal?”
” nothing…saya Cuma rasa weird sket. Ntah-ntah awak yang aturkan susunan high table tu.” Dhirar tegelak.
” mana ade saya buat macam tu. Dah memang jodoh kita agaknya makan sekali nanti,” katanya sambil tergelak.
Pada malam high table itu, dia duduk berhadapan dengan Ezza. Masih diingat pada malam itu, dia berasa begitu kenyang melihat Ezza dihadapannya. Penuh tertib Ezza menyuap makanan kemulutnya seolah-olah dia sudah begitu biasa dengan upacara sebegitu.
” awak dah biasa eyk high tea?” soalnya kepada Ezza.
” No lah. My first,” balas Ezza sambil tersenyum.

” OKLAH, Dhirar. saya nak balik dululah. Nanti lewat pulak saya sampai kolej.” Suara Ezza membawa lamunan Dhirar pergi. Dhirar menoleh kearah Ezza yang sudah mula bersiap-siap untuk pulang. Mereka beriringan keluar dari Stamford Cafe.
” So, when we’ll meet again, Ezza?” Ezza hanya tersenyum.
” Depends on time. Kalau Allah kata kita akan jumpa, means kita akan jumpa, Dhirar. So, be patient, ok.” Ezza terus melangkah pergi setelah mengucapkan kata-kata itu. Dhirar hanya memerhatikan Ezza pergi. Dia mengeluh perlahan.
” So, tadi Chelsea menang, bro. 2-1. kau pulak camne? Menang tak?” soal Ezhan yang tiba-tiba muncul dari belakang Dhirar. Dhirar menoleh. Dia hanya mampu tersenyum hambar. Ezhan dapat menangkap apa yang telah berlaku. Pasti bukan khabar gembira yang akan didengarinya. Dia menepuk-nepuk perlahan bahu Dhirar.

Sementara itu, di Hillview Apartment, Ezza termenung sendirian. Dia memikirkan tentang membiarkan Dhirar berada dalam keadaan tanda tanya tentang hubungan mereka. Baginya, belum masanya lagi untuk terikat dengan komitmen yang lebih serius. Sekurang-kurangnya bukan sekarang kerana dia sudah berjanji pada dirinya untuk mendapat ijazah. Kenapa dia perlu muncul sekarang?

” SAYA akan tunggu awak, Ezza. Sampai bila-bila pun awak je ada kat sini,” luah Dhirar sambil menepuk dadanya. Ketika itu mereka berdua sahaja. Hari itu merupakan hari terakhir disekolah. Kesempatan itu digunakan Dhirar untuk bertemu dengan Ezza.
” Jangan terlalu mengharap, Dhirar. Tapi kalau awak nak tunggu saya, tunggulah. Tapi saya tak janji apa-apa dengan awak. Itu hak awak nak tunggu saya.” Luahan Ezza yang jujur itu membuatkan Dhirar semakin mencintainya. Dhirar tersenyum.

jauh di lubuk hatiku masih terukir namamu
jauh di dasar jiwaku
engkau masih kekasihku
andai saja waktu bisa terulang kembali akan kuserahkan hidupku di sisimu
namun ku tahu itu takkan mungkin terjadi
rasa ini menyiksaku
sungguh sungguh menyiksaku

” ABANG memang saja je nak kenakan Adik kan?” soal Ezza ketika Ezhan menghubunginya lewat malam itu. Ezhan tertawa.
” mana ada. Dah jodoh kot adik dengan Dhirar tu. So why not you just accept him?”
” this is not the time yet la, abang.”
Ezhan mengeluh. Setiap kali dia membicarakan tentang Dhirar, pasti jawapan yang sama keluar dari mulut Ezza. Belum masanya. Baginya, Dhirar merupakan lelaki terbaik buat Ezza. Dia yakin Dhirar yang dapat melayan karenah adiknya itu. mereka memang sekepala.

” HAN, budak-budak aspuri kecoh pasal spot-check itu ari. Warden tetibe je rush masuk bilik. Habis barang haram bebudak tu kena amik.” Laporan yang baru disampaikan oleh Amir menyentakkan Ezhan.
” patutla aku call adik tak angkat,” bisik Ezhan.
” Apa, Han?”
” Err… hek eleh. Kecohlah aspuri ni. Sape suruh bawak barang haram. Dah tu kalau dah bawak, pandai-pandailah sorok.” Kata-kata Ezhan itu disokong Amir. Malam itu juga Ezhan menemui adiknya.
” Adik dah dapat balik dah handset tu,” jawab Ezza apabila Ezhan bertanyakan tentang spot-check. Ezhan terkejut.
” aik? Macam mane pulak dah dapat?” soalnya. Ezza tersenyum. ” ni mesti pecah masuk bilik HEM ni. Btul tak?” soal Ezhan lagi penuh curiga. Ezza tergelak besar. Memang la abangnya bijak. Dapat mengagak tindakannya.
” last night. Adik masuk bilik HEM dengan Dhirar. Buat-buat nak tanya soalan. Dhirar gi tanya cikgu pasal soalan Math. Pastu adik pun apa lagi, terus gi amik balik handset tu. Brilliant tak?” cerita Ezza.
” Ooo…dengan Dhirar….” Ezhan tersenyum penuh makna.

” abang kena kahwin dulu. Adik taknak langkah bendul,” gurauan Ezza itu membawa Ezhan ke alam nyata.
” Apalah adik ni. Alasan lapuk.” Mereka sama-sama tergelak.
” Enough about him, abang. Dahla pasal dia orang tak habis tengok Chelsea main.”
Esoknya, seperti biasa dia ke kelas. Hari ini dia mempunyai tiga latihan praktikal berturut-turut. Penat sungguh. Ketika mengambil peralatan untuk melakukan praktikal, seorang penuntut mencari gaduh dengannya.
” Hey, this prism is mine!” Ezza tersentak Ah sudah. Aku yang amik dulu, dia pulak yang nak.
” Sorry, I have it first,” balas Ezza selamba. Penuntut yang dikenalinya sebgai Natalie itu berang.
” You kow who I am?” Ezza menggeleng.
” I don’t care who you are. All I know you are same like me. Students. Here.”
” My father is Dean of this faculty. I can tell him about you.” Ezza makin berang.
” Hello, my friend. I don’t care who your father is. But, my father is one of the Board of Directors of this university,” balas satu suara. Ezza menoleh. Kenapa mesti dia yang membantunya?

” HELO ibu,” jawab Ezza dengan girang ketika Datin Aishah menghubunginya petang itu. dia baru sahaja pulang dari kelas.
” Adik sihat? How’s life?” soal Datin Aishah.
” Macam biasala, ibu. Cuma sekarang ni busy sikit. Banyak report kena hantar,” adunya manja kepada ibunya. Datin Aishah tersenyum.
” That’s for your future, adik. Tulah, Ibu suruh study kat sini je taknak. Nak study jauh-jauh. Bukannya course tu takde kat sini kan?” Ezza tersenyum. Tak habis-habis ibunya meleterinya. Dari hari pertama dia menerima tawaran ke UK sampailah kini.
” Oklah. Ibu saja je call. Nak inform adik next month ibu ngan ayah nak pergi sana. Lama tak jumpa abang ngan adik.” Kenyataan ibunya itu membuat Ezza melonjak kegembiraan. Tapi, kegembiraannya tidak lama apabila dia teringat peristiwa petang tadi.

” Thanks for helping me,” ucap Ezza kepada Aiman yang selalu membantunya. Aiman tersenyum. Dia terus membantu Ezza mendirikan Total Station diatas Tripod.
” My pleasure. Actually, I memang suka tolong orang. Nak-nak lagi, you, Ira.” Ezza terkedu. Hanya Aiman seorang saja yang memanggilnya dengan nama keduanya. Dia melihat Aiman tersenyum. Ada sesuatu yang misteri tentang lelaki ini. Wajahnya mirip dengan Eyman Dhirar. Cuma rambutnya agak berserabai dan dia mempunyai kumis, berbanding Dhirar yang sentiasa memastikan wajahnya kemas dan rapi.
” So, next week, we have three reports to submit,right?”
” Haah. I dah cari bahan for the cadastral. Bila you free? Boleh kita buat sama-sama,” balas Ezza. Aiman tersenyum.
” Anytime. My time is yours,” kata Aiman sambil mengenyitkan mata kepada Ezza. Dia tergelak apabila melihat muka Ezza mula memerah.
” Anyway, I nak tanya sikit. Is it true that your father is the BOD of this university?” soal Ezza.
” Nolah. I saja je nak kenakan si Natalie tu. Padan muka dia. Berlagak nak mampus pasal ayah dia,” jawab Aiman. Mereka sama-sama tergelak.
” tapi, I peliklah. Apsal dia suka cari pasal ngan I?”
” because you are the prettiest girl here, Ira.” Jawapan Aiman ternyata membuatkan Ezza tidak keruan. Tambah-tambah lagi Aiman merenung wajahnya dengan penuh makna. Dunia seakan berhenti berputar. Ezza membalas renungan Aiman. Dia menatap mata coklat milik Aiman. Tiba-tiba Aiman tergelak.
” You ni saja je. Nak goda I pulak. Tapi, you nak tau tak kenapa sebenarnya Natalie tu suka cari pasal ngan you?” Ezza merenung Aiman penuh pengharapan.
” Because you’re always here. With me. The hottest boy in the universe,” bisikan Aiman lembut menyapa telinga Ezza.
” Perasan la you ni, Aiman.” Mereka meneruskan kerja mereka. Aiman merenung Ezza yang tekun melakukan kerja pengukuran. Dia tersenyum.
” Man, cuba you tengok balik reading yang I amik tu. Ok ke tak?” Ezza berpaling kearah Aiman. Berderau darahnya apabila menyedari Aiman merenung dirinya tanpa berkedip mata. Dia menundukkan wajahnya. Aiman tersenyum lagi. Baginya sikap Ezza yang pemalu cukup untuk memikat hatinya.
” I rasa ok dah. Error pun ok. Everything’s fine,” Aiman bersuara untuk menenangkan gemuruh dihatinya.

EZZA membuka majalah yang baru dibelinya tadi. Nada dering Over You berkumandang. Private Number? Dia teragak-agak untuk menjawab panggilan tersebut.
” Helo,” sahut Ezza.
” Helo, Ezza.” Suara dihujung talian itu mengejutkan Ezza. Apalagi yang lelaki ini mahu darinya. ” Ezza, Dhirar ni.”
” Awak nak apa?” Dhirar mengeluh mendengar kata-kata Ezza.
” Are you still mad at me?” soal Dhirar. Tiada balasan dari Ezza. ” Ezza, for things I did, for words which might hurt you, forgive me.” Serentak dengan itu, dia mendengar talian diputuskan.

” IM!” panggil satu suara. Ketika itu, Dhirar dan Ezza sedang study bersama-sama di wakaf. Mereka berdua menoleh. Syaliza, pelajar kelas sebelah mereka menghampiri mereka berdua dengan seyuman. Ezza menoleh kearah Dhirar yang mula kelihatan tidak senang duduk.
” You all tengah watpe?” soalnya. Dia mengambil tempat disebelah Dhirar. Wajah Ezza mula berubah masam. ” Im, sejak kita datang sini, Im tak pernah ajak Sya lepak sama-sama. Apasal?” Dhirar merenung Ezza.
” You all dah lama kenal ke, Dhirar?” soal Ezza pula. Dhirar terkedu. Dia tidak menemui sebarang jawapan untuk soalan Ezza itu.
” You tak tau ke? We all ni couple since Form 2 lagi tau.” Balasan Syaliza itu menyentap tangkai hati Ezza. Pantas dia mengemas buku-bukunya dan terus berlalu. Syaliza yang melihatnya tersenyum. Dhirar amat terkejut dengan tindakan Ezza. Dia cuba menghalang Ezza dari berlalu, namun renungan tajam Ezza mematikan niatnya. Setelah Ezza berlalu, Dhirar naik marah.
” Apa yang kau nak sebenarnya?” soal Dhirar. Syaliza tersenyum. ” It’s over between us. Aku dah lama lupakan cinta monyet kau tu!”
” Hei, you ingat senang-senang je you nak clash dengan I. This is the price you’ve to pay. No one can have you!” Dhirar semakin bengang.
” Hei, kau ingat kau sape nak interrupt hidup aku. You are no one, zero!”
” I akan buktikan kat you yang Ezza bukan sebaik yang you sangka.” Kenyataan Syaliza itu memeranjatkan Dhirar. Syaliza mengajaknya ke Taman Herba. Disitu, dia tergamam seketika. Dhirar terus berlari.
” Abang, dia dah tipu adik,” esak Ezza. Dia terus menyembamkan mukanya kedada Ezhan. Ezhan yang mendengarnya terpana. Ezza menceritakan segala-galanya.

AIMAN merenung keluar tingkap apartmentnya. Sudah 2 tahun dia menuntut di bumi England ini. Dan hari ini, genaplah setahun dia tidak pulang ke Malaysia. Sesungguhnya dia amat merindui keluarganya. Dia tersenyum mengenangkan kemanjaan adiknya yang kini sudah berusia 15 tahun. Meskipun begitu, adiknya itu cukup manja dengan dirinya. Dibumi England ini, hanya Ezza yang dapat mengubat rindunya pada adiknya itu. dia pantas menyiapkan dirinya. Hari ini, dia akan bertemu dengan Ezza di Sungai Thames.

“DHIRAR!” dia mendengar namanya dipanggil seseorang. Dhirar pantas menoleh. Dia melangkah pantas kearah Ezza yang tersenyum.
” apa yang penting sangat sampai awak ajak saya jumpa kat sini?” Dhirar tersenyum. Dia menghulurkan coklat yang sempat dibelinya tadi.
” Saya just nak borak-borak dengan awak. Dah lama kita tak sembang.” Ezza mengeluh.
” Dhirar, takde apa yang boleh kita sembangkan. Belum masanya.” Pantas Ezza bangun dari kerusi. Dhirar tidak menjawab, sebaliknya dia menyeluk sakunya dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Buat seketika, dia menekan pad kekuncinya.
Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi deringan dari tas tangan Ezza. Tergopoh-gapah Ezza mencari telefonnya sebelum menekan punat untuk menjawabnya.
” Helo.”
” Hai, Ezza.” Kedengaran suara Dhirar dihujung talian.
” Dhirar, apa awak buat ni. We can talk face to face. Tak payah nak bazirkan duit macam ni.”
” Saya just nak tanya awak. Tak cukupkah dua tahun untuk membuktikan cinta saya terhadap awak, Ezza? Have you erased me from your life, Ezza?”
Ezza hanya terdiam. Sampai kesudah, dia tidak memberikan jawapan kepada Dhirar. Dia terus berlalu pergi. Dhirar amat kecewa dengan reaksi Ezza. Apakah tiada ruang buatnya dihati wanita tersebut? Pantas Dhirar menghantar mesej kepada Ezza.
Hawa dicipta dari rusuk Adam, bukan dari kaki untuk diatasi, bukan jua dikepala untuk dijunjung, tapi dekat dilengan untuk dilindungi, dan dekat dihati untuk disayangi. Saya yakin awaklah rusuk saya itu, Ezza.
Ezza yang menerima mesej itu, tergamam. Hampir saja dia mengalirkan air mata dek kerana titipan romantis dari lelaki bernama Eyman Dhirar.
belum masanya, Dhirar.
Dhirar mengeluh menerima balasan mesej dari Ezza. Apa yang dimaksudkan Ezza dengan belum masanya. Setiap kali dia mengutarakan persoalan ini, pasti jawapan yang sama keluar dari mulut Ezza. Pantas dia menghubungi Ezhan. Dia meluahkan segalanya kepada Ezhan.
Ezza masih lagi berjalan-jalan di Sungai Thames. Dia masih terfikir-fikir akan tindakannya kepada Dhirar tadi. Tiba-tiba dia terpandangkan seseorang. Dengan pantas dia menuju kearah lelaki itu.
” Hai, Aiman.” Aiman yang mendengar namanya dipanggil mengangkat kepalanya. Dia terlihat Ezza mengukir senyuman termanis buat dirinya.
” Eh, Ira. What are you doing here. Come. Have a seat,” pelawa Aiman. Dia memberi ruang kepada Ezza untuk duduk.
” Actually, tadi I jumpa my old friend.” Aiman perasan yang wajah Ezza seakan mendung sedikit.
” Hey, what’s up, girl? Kenapa ni? I yakin there’s something happened,right?” dia memujuk Ezza. Ezza terus mengalirkan air mata yang sejak tadi ditahannya. Aiman cuba memujuknya.
” I tak tau nak buat macam mana lagi Aiman. Hati I masih lagi luka. Tiap kali dia datang, luka tu makin berdarah,” luah Ezza. Dia tidak tahu mengapa dia meluahkan perasaannya kepada lelaki itu. Tetapi, selain abangnya, dia senang untuk mengadu kepada lelaki itu. Aiman yang mendengar hanya tersenyum.
” You know what, I think you love him.” Kenyataan Aiman itu menyentakkan Ezza. Dia membuka mulut untuk bersuara, tetapi pantas dipotong Aiman.
” You yang tak sedar betapa you sayangkan dia. Sebab tu you masih terluka dengan apa yang dia buat kat you. Luka you tu dalam sangat. Hanya orang yang melukai you yang boleh sembuhkan. Bukan orang lain. Tapi you yang cuba mengelak. You asyik kata ‘belum masanya’. That’s why luka you tak sembuh-sembuh.” Ezza terdiam. Ada benarnya apa yang dibicarakan Aiman itu.
” Buka hati you, Ira. Please. You’re strong girl.” Ezza merenung dalam mata Aiman. Terdapat sinar pengharapan disitu.
” You’re so good in love, Aiman. Shall I call you…Dr.Love?” Usik Ezza sambil tersenyum. Aiman menjegilkan matanya.
” Lawaklah you ni.” Dalam hatinya, dia senang yang Ezza mula ceria kembali.

MALAM itu, seperti diduga, Dhirar muncul di apartmentnya. Wajah lelaki itu kusut sekali.
” Ezza, we need to talk,” kata Dhirar. Ezza mengajak Dhirar ke Cafe di bawah apartmentnya. Mereka mengambil tempat di tepi tingkap.
” Give us two Ice Lemon Tea, please,” pinta Ezza kepada pelayan.
Ezza memandang Dhirar. Lelaki itu dilihat sedang mengatur ayat yang terbaik.
” Dhirar…” panggil Ezza lembut. Dhirar mengangkat kepalanya.
” Ezza, please. Don’t say your favourite quote here. Saya dah buntu. Tak tau nak buat macam mana lagi agar awak terima saya balik.” Ezza mengeluh.
” I’ve someone else, Dhirar. Lelaki tu yang banyak tolong saya. Dia banyak bagi saya semangat nak hadapi masalah saya dengan awak. Dia lebih memahami saya,” luah Ezza.
” No, Ezza. No one can heal your heart. Saya yang lukakannya, saya yang akan sembuhkan. Ya Allah, Ezza. Please. Allah je yang tau betapa saya sayangkan awak. Saya tak boleh bayangkan hidup saya tanpa awak Ezza.”
Ezza mengeluh. Entah kenapa,saat ini dia merasakan Aiman dan Dhirar banyak persamaan. Segala yang mereka luahkan sama. Mengapa dia perlu diuji sebegini. Lantas, dia teringat perbualannya dengan Aiman siang tadi. Saranan Aiman supaya dia menerima Dhirar difikirkannya.
” Dhirar, apa kata kita mula balik?” bicara Ezza penuh makna. Dhirar merenung anak mata Ezza lama. Benarkah apa yang didengarinya. Dia mencubit lengannya. Nyata dia tidak bermimpi.
” Thanks, sayang. I really love you,” luah Dhirar penuh romantis.
Ezza tersenyum. Yang pasti, malam itu menjadi malam terindah buat kedua mereka. Banyak yang mereka bicarakan. dari kenangan zaman sekolah hingga ke masa kini.

DERINGAN telefon bimbit membuatkan Ezza terjaga dari tidurnya.
” Helo Assalamualaikum. Good morning, my girl,” suara Dhirar dihujung talian kedengaran begitu riang sekali. Ezza tergelak kecil.
” Waalaikummussalam. Apa mimpi awak call saya pagi-pagi ni?” soalnya.
” saya nak kejutkan awak subuh. Tapi, cam dah lewat pulak. Dah subuh belum?” soalan Dhirar dibiarkan sepi. Lama dia diam hinggakan Dhirar sendiri memahami situasinya yang sedang ‘bercuti’ sekarang.
” takde class ke ari ni?” Ezza memberitahu perancangannya kepada Dhirar. Sebenarnya, hari ini dia sangat sibuk kerana mahu menyiapkan semua assignmentnya. Dhirar mengeluh kerana mereka tidak dapat berjumpa pada hari tersebut.
” Dhirar, kalau Allah nak kita jumpa, kita tetap akan jumpa jugak kan? Sabar, ok?” pujukan Ezza itu berjaya mengubat hati Dhirar. Lama mereka berbual sehingga Ezza terpaksa menyuruh Dhirar mematikan talian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: