Novel : Hani Oh Hani 6

Nama Pena : sang_arjuna

Chapter 10

Sudah dua hari Hani berada di Rumah Tok Ali. Seronok ada, penat pun ada. Masanya banyak di habiskan dengan membantu Acik Mah memasak dan mengemas. Kebetulan salah seorang pekerja, Kak Salmi demam jadi Hani mengambil alih tugasnya. Semalam dia dan Nadia sempat menemani Frank dan Sarah ke kolam air panas. Enjoyss habis! Tiga hari lagi pasangan itu akan menamatkan percutian mereka. Hani di ajak menemani mereka membeli belah di KL sebelum pulang ke US. Yeay… boleh ronda ronda jamu mata. Dia tersenyum sendirian sambil mengelap perabot di ruang tamu.

” Ini family Nadia?” Hani membelek gambar 8″ x10″ yang di letak di sudut kabinet TV . Puan Nuraishah dan suami mempunyai empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan. Gambar di ambil masa Hari Raya agaknya, mereka berbaju kurung dan berbaju Melayu warna ungu cair. Cantik dan segak semuanya. Bahagia nya keluarga mereka , masing masing tersenyum lebar.

” Aah. Gambar tu dah lama. Masa itu Nadia baru 10 tahun” Nadia menjenguk dari belakang. Tawa kecil terlepas ” Kelakar lah muka Nadia masa tu. Itulah kali terakhir keluarga kami beraya bersama. Lepas tu Kak Tasha kahwin dan pindah ke New Zealand ikut suaminya. Kalau dia balik bercuti pun bukannya waktu Raya “

Nak tanya pasal abang abangnya malu pula. Nanti Nadia salah faham, ingat aku berkenan. Tapi ada seorang yang mukanya iras pelakon kegemaran aku, Farid Kamil. Dia kah yang ” bertapa ” di chalet sebelah pokok rambutan itu? Sehingga hari ini, tak pernah pun aku bersua muka dengannya. Hish… tak sedar diri betul aku ni. Itu anak boss merangkap tuan punya Rumah Tok Ali. Jangan jadi macam orang gaji yang berangan nak mengorat anak tuan besar. Bingkai gambar di letak ke tempat asalnya dan Hani terus menyambung kerja mengelap meja.

” Kak Hani ada abang kan? Abang Kak Hani tinggal di mana?” Nadia menyoal. Tangannya mengupas buah rambutan yang baru di kait dari pokok belakang rumah. Matanya tertancap pada DVD Gossip Girl di TV.

” Dia kerja di KL tapi company dia hantar dia ke Qatar. Bulan April nanti baru balik” jawab Hani sambil menghitung dalam hati. Sudah hampir sebulan Along dan Kak Ina di sana. Ada juga sekali sekala mereka menghantar email. Kak Ina pun dah buka Facebook. Dapatlah juga tengok gambar mereka di bumi yang kaya dengan minyak.

” Oh, sebab itu Kak Hani tinggal sini, ya? Auntie Rosmah cakap, parents Kak Hani dah meninggal. Kesian akak. Akak jadi anak angkat mak Nadia nak? Sejak Kak Tasha kahwin Nadia rasa sunyi lah. Mama dengan Papa selalu sibuk.” Walaupun baru beberapa hari berkenalan, Nadia sudah mula rapat dengan Hani. Sementelahan Hani tidak mempunyai adik perempuan, seronok dia melayan si Nadia. Ada ” chemistry” di antara mereka. Walaupun Hani jauh lebih tua tapi citarasa muzik, filem dan artis mereka ada persamaan. Aku ni kan remaja lestari, kawan kawan sebaya dah jatuh cinta dengan lelaki di alam nyata tapi aku masih “bercinta” dengan artis popular dalam dan luar negeri yang tak pernah aku jumpa. Hani tersengih sendirian.

” Abang abang Nadia kan ada? Kenapa nak rasa sunyi pula?”

Soalan Hani di jawab dengan cebikkan. ” Abang Ajin tu dah 27 tahun, Dia malas nak layan budak macam Nadia. Abang Mi di UK, masih belajar”

” Jadi Nadia anak manja lah. Mesti macam tuan puteri di rumah. Semua Nadia minta mesti dapat.” usik Hani.

” Eee… tak adalah. Kalau tuan puteri, takkanlah Mama dengan Papa tinggal Nadia di sini” dengusnya sambil jarinya sibuk berSMS dengan telefon N90. Itulah hobinya, berSMS, bergayut, berchating. Gadis remaja urban lah , katakan.

Puan Nuraishah menghadiri seminar perniagaan di Langkawi selama seminggu. Suaminya Haji Ariff pula ke luar negara untuk urusan perniagaan. Terpaksalah Nadia di tinggalkan di Rumah Tok Ali kerana tak ada sesiapa di rumah mereka di KL.

Selesai tugas mengelap, Hani menyapu lantai ruang makan. Ruang makan di biar kosong, cuma di alas tikar mengkuang. Tetamu lebih suka makan sambil duduk bersila. Barulah betul betul menjiwai suasana kampung, kata mereka. Ada sesetengah yang minta kain pelikat dan T shirt pagoda untuk di pakai waktu makan, cerita Acik Mah.

” Best apa , tinggal kat sini. Boleh mandi sungai, makan buah buahan. ” kata Hani.

” Tahulah. Tapi I miss my friends. Cuti ni mesti dia orang hang out kat Hartamas Square, 1 Utama, Curve.”

Sambil tersengih sumbing dia bercerita tentang kawan sekolah yang di minati nya dalam diam. Cinta monyet lah tu. Patutlah tak senang duduk , takut jejaka idaman di rebut orang. Hai…. kecil kecil dah pandai. Aku yang tua ni pun tak reti bercinta, keluh Hani

………………………………………………………………………

” Kak Hani ada boyfriend?”

Hani menggeleng.” Tak ada. Kenapa? Nadia nak carikan untuk akak?”

” Boleh. Tak susah pun. Abang Ajin tu single. Dia dah putus dengan tunang dia. Nanti Nadia kenalkan Kak Hani” balasnya dengan girang. Hani terkedu. Alamak , tersilap cakap. Malu nya kalau dia kenenkan aku dengan abangnya. Sudahlah menumpang, ada hati nak mengorat anak teruna orang pula.

” Eh… tak nak lah. Kak Hani memang tak mainlah boyfriend, boyfriend ni semua. Buat pening saja. Tak pasal pasal nanti kantoi study. Lagipun Kak Hani tak sesuai lah dengan abang Nadia” kata Hani dengan tegas.

” Kenapa tak sesuai?” suara lelaki menyampuk dari arah pintu.

Terpelanting penyapu di tangan Hani. ” Oh mak engkau…Erkkk…” Dia menoleh. Matanya membulat. Ini mesti Abang Ajin. Kalau tak silap…. dia lah mat rempit yang buat aku mandi air lopak tempoh hari. Oh- oh… macam bagus aku maki hamun dia. Matilah…..

” Muda muda dah melatah” komen Nazrin. Dia mengutip penyapu yang terjatuh dan menghulurkannya pada Hani yang masih tergamam. Betul kata Nadia, muka Hani seiras bekas tunangnya. Cuma lebih muda dan polos. Seperti Fifi zaman dia masih dikenali sebagai Afifah. Amarah melanda Nazrin dengan tiba tiba. Luka yang sudah sembuh bagai di guris semula. Rasa macam nak tempeleng si Fifi look- alike di depannya. Rahangnya di ketap. Ya Allah! Kenapa aku jadi begini, keluh Nazrin.

Hani menelan airliur. Jantungnya berkocak kencang. Perasaan nya tak keruan. Rasa macam sistem pernafasan nya kena bius. Dia terpaku. Wajah Nazrin di renungnya. Aku dibius cintaaaaaa… lirik lagu tema Cicakman 2 berlagu di telinganya. Hisshhhh… merepek lah.

” Buatlah kerja tu. Takkan nak berdiri macam kena sumpah jadi batu. Apa punya pekerja…. huh!” Nazrin bersuara dengan kasar. Hani seolah tersedar dari mimpi. Mukanya memerah. Penyapu di genggam ketat. Rasa nak pelangkung jer mamat ni. Dia melangkah keluar ke beranda sebelum berlaku sesuatu yang tak di ingini.

” Abang Ajin, kenapa cakap macam tu kat Kak Hani? Tak boleh cakap elok elok sikit?” selar Nadia. Dia bingkas bangun dari sofa dan meluru ke arah abangnya. ” Abang nak cari apa kat sini?”

” Abang nak guna internet. Ada email penting yang abang kena hantar. Boleh tak korang jangan kacau” Tanpa kata maaf, Nazrin terus mengambil tempat duduk di meja resepsi. Tangan nya mengetuk keyboard Sony VAIO.

“Kak, jangan ambil hati dengan Abang Ajin tu. Dia memang moody. ” pujuk Nadia yang mengikutnya ke beranda. Hani mengetap bibir. Tangannya tangkas menyapu beranda yang tidak berabuk pun. Sakit hatinya tak terkata. Seumur hidupnya cuma Mak Tok saja yang pernah menengking nya begitu.

” Kak Hani… Kak Hani” ulang Nadia sambil memaut lengannya. ” Janganlah macam ni. Abang Ajin tu memang nak kena. Nadia bagi tahu Mama nanti “

Hani menghela nafas. Dia memaksa dirinya untuk senyum. ” Its okay. Benda kecik saja. Kak Hani faham” Apa yang aku faham? Sikit pun aku tak faham kenapa dia marah sangat dekat aku? Takkan sebab aku marah dia bila dia ” simbah” air lopak kat aku hari tu? Huk eleh… patut aku yang marah kat dia. Aahh… pedulikanlah. Yang aku tahu aku perlu jauhkan diri dari dia. Takut aku terjatuh cinta. Aduuuuh… Kenapa perasaan lain macam ini menjelma tiba tiba?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: