Novel : Inikah Takdir 4

Nama Pena : saidatul firdaus

Sudah hampir sebulan Shuhada pulang ke rumahnya dan sudah masuk dua minggu dia bekerja dengan syarikat Jaya Holdings. Sebagai permulaan, dia sekadar membantu kerja-kerja jurutera utama di Jaya Holdings. Hari-hari yang dilaluinya bertambah ceria dengan kehadiran Ikhwan.
Telefon bimbitnya berbunyi, Shuhada tersenyum sebaik sahaja terpandangkan nama si pemanggil.
“Hai sayang, tengah rindu kat B ke?”
“Assalamualaikum..”
“Err.. Waalaikumsalam, sorry, terlupa pulak.”
“Awak dah abis kerja ke?”
“Ehem..ehem.. lupa lah tu..”
“Eh, sorry ye.. B dah keluar office ke?”
“Ingat pun, penat lah nak ajar ayang B yang sorang ni.. B baru keluar office ni. Nanti B ambil kat tempat biasa okey..”
“Okey, saya tunggu..”
“Emm.. lupa lagi..”
“Yelah, yelah, ayang tunggu..”
“Okey, bye bucuk..”
Shuhada tersenyum sendiri, kekok rasanya dari saya dan awak bertukar ke B dan ayang pula. Namun dia terpaksa membiasakan diri, semua ini adalah kemahuan Ikhwan, mahu atau tidak dia perlu ikut, bimbang pula Ikhwan berkecil hati jika tidak di turuti. Tanpa membuang masa dia segera mengemas mejanya, tidak sabar untuk bertemu dengan kekasih hati.
“Hai, happy betul hari ini? Ada apa-apa ke?”
“Ish, tak ada apa lah, tak kan nak happy pun tak boleh. Emm.. hari ini Huda balik lambat sikit, nak jumpa kawan. Mungkin makan di luar, balik pun, kawan Huda tolong hantarkan, so, abang tak payah jemput la. Nanti abang bagitahu mama boleh?”
“Tiba-tiba saja nak jumpa kawan, abang boleh bagitahu mama, tapi ada syarat.”
“La, ada syarat? Ha, apa syaratnya?”
“Abang nak jumpa kawan Huda tu boleh?”
“Eh, mana boleh..!”
“Kata kawan, kenapa tak boleh pulak?”
Johan tersenyum nakal, sengaja mahu mengusik.
“Err.. dia tu pemalu sikit, lagi pun Huda tak bagitahu nak bawa abang.”
“Emm.. tak mengapalah kalau macam itu.”
Shuhada mengeluh kelegaan apabila Johan tidak mendesaknya lagi.
“Tapi Huda jangan lupa janji Huda dengan abang.”
“Janji apa pula ni?”
“Dulu kan Huda pernah janji, kalau dah ada special, nak bagitahu pada abang, ingat tak?”
“Special apa pulak abang ni? Orang nak jumpa kawan lah..!”
Johan tertawa besar melihat wajah Shuhada yang merah.
“It’s okey, just take your time, nanti bila dah ready, anytime boleh bagitahu abang.”
Terkulat-kulat Shuhada apabila mendengar kata-kata Johan, pandai sungguh abangnya itu meneka. Johan tertawa sendiri melihat wajah kelat Shuhada itu, serkap jarangnya mengena, Shuhada berlalu meninggalkan Johan yang masih tersenyum-senyum, malas dia hendak melayan abangnya itu, nanti makin banyak pula rahsianya pecah. Sebenarnya petang itu, memang dia telah berjanji untuk keluar bersama Ikhwan, sudah hampir sebulan mereka tidak berjumpa. Masing-masing sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk bertemu.
Johan tergesa-gesa keluar dari perut kereta, matanya tidak lepas dari memandang jam tangan. Dia sudah terlewat hampir setengah jam, langkahnya laju diatur menuju ke arah sebuah restoran.
“I’m so sorry, dah lama sayang tunggu?”
“Tak lah, baru tiga puluh minit, tak habis segelas air pun.”
“Sorry lah, sayang pun tahu perangai mama macam mana kan? Tadi dia tak bagi abang keluar, lepas tu suruh ajak sayang makan di rumah pula.”
“Sudah lah, ada saja alasan abang tu, nak makan tak nak ni?”
“Eh, nak lah, sayang tak marah lagi?”
“Tak, geram je..”
“Emm.. itu bukan Huda ke?” Johan berpaling melihat arah yang di tunjukkan oleh Jasliana.
“Tapi siapa pula lelaki tu, tak pernah nampak pun.”
Shuhada kelihatan begitu mesra sekali dengan lelaki itu, ternyata jangkaannya memang benar, Shuhada sedang bercinta dengan seseorang. Johan memberi isyarat kepada Jasliana agar tidak memanggil Shuhada. Sebaik sahaja Shuhada mengambil tempat duduk, Johan segera menuju ke arah mereka.
“Hai, boleh I duduk?”
Tanpa menunggu jawapan, Johan melabuhkan punggung di sebelah Shuhada. Berubah wajah Ikhwan melihat tindakan Johan itu, Shuhada pula tergamam seketika. Dia tidak menjangka akan bertemu dengan Johan.
“Encik ni siapa?”
“Emm.. Huda tak bagitahu ke? Ini lah buah hati pengarang jantung I, kan sayang?” Ujar Johan sambil memeluk bahu Shuhada.
Menyirap darah Ikhwan melihat kelakuan Johan, kalau tak mengenangkan mereka berada di tengah orang ramai, mahu saja ditumbuknya muka lelaki itu. Berkerut wajah Ikhwan memandang Shuhada, memohon penjelasan.
“Mengada-ngada betul lah.”
Satu cubitan hinggap di paha kiri Johan.
“Eh, sakit lah, tangan macam sepit ketam..!”
Ikhwan bertambah hairan melihat kemesraan di antara Shuhada dan Johan.
“Oh, ini lah kawan yang Huda nak jumpa tu? Tak macam pemalu pun.”
“Abang ni, jahat lah..!”
Ikhwan segera dapat mengagak siapa lelaki di hadapannya itu apabila mendengar ayat terakhir Shuhada.
‘Nasib baik aku tak belasah tadi, kalau tak, haru..’ Hati kecil Ikhwan berbicara sendiri, nasib baik dia bersabar, kalau tidak mungkin hancur harapannya untuk bersama Shuhada.
“Kenal kan, inilah abang saya.”
“Hai, jangan marah ya, nice to meet you.”
Ikhwan segera menyambut huluran tangan daripada Johan.
“Jom lah duduk sekali dengan abang, Kak Jas pun ada.”
“Bagus juga idea tu, lagi ramai lagi meriah.”
Shuhada memandang wajah Ikhwan, dia berharap agar Ikhwan menolak perlawaan abangnya itu, tetapi sangkaannya ternyata meleset. Tersenyum lebar Johan apabila mendengar kata-kata Ikhwan, peluang ini akan di gunakannya untuk mengenali Ikhwan dengan lebih rapat.
“Dah berapa lama Wan kenal dengan Huda?”
“Kami kenal masa Huda pergi Perak dulu.”
“Oh, dah lama kenal lah ni?”
“Huda tak pernah cerita pada Kak Jas pun tentang Ikhwan.”
“Tak sempat nak bagitahu lah Kak Jas, bukan tak nak bagitahu.”
“Ye lah tu, kalau tak terserempak kat sini, agaknya sampai bila-bila lah kami tak tahu.”
“Huda ni kan pemalu orangnya, betul tak Wan?”
“Memang pun, masa di Perak dulu, pemalu betul.”
“Eh, pandai je buat cerita.”
“Tengok, dah merah mukanya, malu lah tu. Tapi , malu-malu dia pun, boleh tahan juga garangnya.”
Shuhada sekadar membisu, teruk dia di usik oleh Ikhwan dan Johan.
Badariah melihat jam di ruang tamu, tepat menunjukkan pukul 11.30 malam, tetapi batang hidung Johan dan Shuhada masih tidak kelihatan. Sebagai seorang ibu, hatinya tetap bimbang walaupun anak-anaknya itu sudah dewasa. Seketika kemudian terdengar bunyi kereta di luar rumah. Badariah sabar menanti di ruang tamu, dia cukup kenal dengan bunyi kereta itu.
“Lambatnya balik, risau mama.”
“Tadi Han hantar Jas balik dulu, itu yang lambat sikit. Mama risaukan kami atau risaukan Huda saja?”
“Dua-dua mama risau, sudah lah, hampir pukul 12 dah ni, pergi lah naik atas.” Shuhada dan Johan beriringan menuju ke ruang atas.
“Promise me, jangan bagitahu mama.”
“Okey, tapi kita pun perlu berbincang lagi, ada something yang Huda perlu tahu.”
“Hai, sembang apa lagi tu, dah lewat ni.”
Johan segera menuju ke biliknya sebaik terdengar suara Badariah.
Johan termenung sendirian di dalam biliknya, dia sendiri betul-betul dalam delima. Pada pandangannya, Ikhwan benar-benar ikhlas dengan Shuhada. Namun yang menjadi masalahnya ialah kehendak ibu mereka. Johan tahu ibunya tak akan merestui perhubungan ini. Tetapi kebahagiaan Shuhada lebih penting jika di bandingkan dengan kehendak ibunya itu. Johan hanya mampu berserah kepada Allah, dia sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Shuhada.
*************************************************
Dengan perasaan yang gementar, Shuhada melangkah masuk ke rumahnya, niatnya untuk terus naik ke bilik terbantut apabila terdengar suara Badariah.
“Nak ke mana tu? Duduk dulu, mama nak cakap sikit, siapa lelaki tadi tu ?” Shuhada diam membisu, entah kenapa hari ini dia terserempak dengan Badariah ketika keluar bersama Ikhwan.
“Mama tanya Huda ni, siapa lelaki tu? Kalau mama tak terserempak dengan Huda tadi, sampai bila Huda nak tipu mama?”
“Maaf kan Huda mama, Huda bukan sengaja mahu tipu mama, Huda nak hubungan kami betul-betul kukuh baru nak beritahu mama.”
Shuhada cuba memberi penjelasan kepada Badariah.Terbayang di matanya peristiwa tadi, sedang dia dan Ikhwan leka berjalan beriringan menyusuri beraneka kedai di Plaza Bukit Bintang, tiba-tiba matanya terpandangkan Badariah yang memandangnya dengan tajam. Pucat wajahnya seketika, terlepas gengaman jarinya dari Ikhwan, Ikhwan yang kehairanan turut memandang ke arah Badariah. Tanpa berkata apa-apa Badariah berlalu meninggal kan pasangan itu. Shuhada tahu pasti ada masalah menanti di rumah apabila melihat pandangan Badariah itu. Sekarang tepatlah jangkaannya.
Bulat mata Badariah mendengar kata-kata Shuhada.
“Oh, jadi Huda ada hubungan dengan dia lah?”
Shuhada masih membisu, wajahnya tunduk memandang permaidani.
“Mama mahu, Huda putuskan hubungan dengan dia.”
“Tapi mama..”
“Ini keputusan mama. Selama ini mama nak bagi masa kepada Huda, tapi jika perkara di biarkan lagi lama, lain pula jadinya nanti. Bulan depan mama nak Huda bertunang..!”
“Mama..!!”
Keputusan Badariah itu benar-benar memeranjatkan Shuhada.
“Huda akan bertunang dengan Iskandar, mama akan aturkan semuanya.” Badariah memberi kata putus kepada Shuhada.Air mata sudah mula mengalir di pipi Shuhada, mulutnya bagai terkunci mendengar kata-kata Badariah. Kata-kata itu seakan arahan kepadanya. Shuhada tidak mampu untuk membantah.
“Hai mama, tak nampak pun anak kesayangan mama ni, mana dia.”
“Entah, dari petang tadi tak nak keluar bilik, apa nak jadi tak tahu lah dengan Huda tu.”
“Lain macam saja bunyi nya mama, Han tengok mama macam tak ada mood saja, kenapa?”
“Han tau tak, petang tadi masa mama keluar dengan Auntie Farah, mama terserempak Huda berjalan dengan seorang lelaki, nasib baik masa tu Auntie Farah tak ada, kalau tak, tak tahu lah mana mama nak letak muka ni.”
“So, kenapa?”
“Kenapa Han tanya? Tak ingat ke Huda tu bakal isteri Iskandar, semua kawan mama dah tahu tau.”
“Emm, mungkin kawan dia, mama jangan lah sangka yang bukan-bukan.”
“Kalau kawan biasa, tak lah mama marah macam ini, dia sendiri pun dah mengaku dengan mama, memang dia ada hubungan dengan budak tu.”
Johan terdiam seketika, pasti mamanya ternampak Shuhada dengan Ikhwan, nampaknya dia sudah terlambat untuk mengambil tindakan.”
“Sikit saja makan Han,”
“Tak ada seleralah mama, Han nak naik atas, nak tengok Huda.”
“Emm.. nasihat sikit adik awak tu.”
“Baiklah mama..”
Johan segera menuju ke bilik Shuhada, pasti adiknya itu sedang bersedih, dia sendiri buntu, tidak tahu apa yang harus dilakukan.
“Huda, buka pintu, abang ni.”
Johan menanti penuh sabar, seketika kemudian pintu bilik itu terbuka sedikit, hatinya sebak melihat wajah keruh Shuhada. Mata shuhada kelihatan sedikit bengkak dan merah. Johan menutup pintu bilik dan menguncikannya, bimbang jika ibunya mengganggu mereka.
“Dari petang tadi Huda tak keluar bilik, mesti tak makan lagi kan? Jom turun makan, abang temankan.”
“Huda tak lapar.”
Shuhada bersuara sambil membelakangkan tubuhnya dari Johan.
“Tadi mama ada bagitahu dengan abang pasal Huda dengan Ikhwan.”
“Kenapa abang tak bagitahu tentang Is pada Huda? Abang tahukan tentang pertunangan kami?”
Johan kehabisan kata-kata, bukan niatnya hendak berahsia dengan Shuhada, tetapi dia tidak sampai hati melihat adiknya itu bersedih.
“Abang minta maaf, bukan abang tak nak bagitahu, cuma abang nak cari masa yang sesuai, lagipun Huda nampaknya sayang sangat dengan Ikhwan, tak sampai hati abang nak bagitahu.”
“Tapi mama sampai hati buat Huda sedih.”
“Jangan cakap macam tu, mama terlalu sayangkan Huda.”
“Terlalu sayang, tapi sanggup..”
Shuhada tidak dapat meneruskan ayatnya, dadanya kembali terasa sesak, air matanya tidak dapat ditahan lagi.
“Maafkan abang kerana tak berterus terang dari awal.”
Johan mengesat air mata di pipi Shuhada, hatinya pedih melihat Shuhada terluka.
************************************************************
“Masuk lah Huda, minta maaflah rumah aku ni berselerak sikit, kau pun tak bagitau awal-awal nak datang, call kata nak datang, tau-tau dah on the way.. makcik aku baru keluar tadi, tak sempat nak jumpa kau, nak cepat katanya.”
“Aku mengganggu ke?”
“Tak lah, tapi segan lah kau datang, rumah ni pula macam tongkang pecah, biasalah rumah bujang, hehe.. Duduklah dulu, aku buatkan air.”
Shuhada melabuhkan punggung ke atas sofa, siaran di talevisyen langsung tidak menarik minatnya.
“Wei makcik, termenung apa? Teringat buah hati lah tu.”
Shuhada tersenyum tawar sambil menyambut gelas air daripada Nabila.
“Kau ni kenapa? Ada masalah ye, dah lama tak datang ke teratak buruk aku ni, tiba-tiba menyembul pulak, tu lah, ada masalah baru nak ingat kat kawan kau yang sorang ni. kalau tak, tak tahu lah bila dapat jumpa kau.”
“Nab, minta maaflah kalau aku ni menyusahkan kau.”
“Eh, aku gurau saja lah, kenapa ni?”
Nabila mula risau melihat wajah keruh Shuhada.
“Aku kena bertunang bulan depan.”
“La.. nak bertunang, tapi muka macam orang putus tunang je.. Tak faham betul aku, cuba kau explain sikit kat aku, kau tak nak bertunang ke?”
“Memang lah aku akan bertunang, tapi bukan dengan Wan, tapi dengan Is..”
“Apa? Kau biar betul Huda..”
“Betullah, aku sekarang ni tak tahu nak buat apa dah..”
Mata Shuhada sudah mula berkaca.
“Kenapa tiba-tiba saja? Is tu siapa pula?”
“Dia anak saudara mama aku, aku ada cerita tentang dia pada kau, maybe kau terlupa.”
“Wan dah tahu tentang perkara ini?”
“Belum, dah seminggu aku tak call dia.”
“Sekarang ni apa keputusan kau?”
“Aku buntu Nab..”
Shuhada merangkul tubuh Nabila, Nabila membalas pelukan sahabatnya itu, saat itu dia tahu Shuhada memerlukannya.
“Sabar banyak-banyak ye, kenapa kau tak berterus-terang saja dengan mama kau tentang kau dan Wan?”
“Aku dah bagitahu, dia tak setuju Nab, aku sayangkan Wan, tapi aku juga sayangkan mama, tanpa dia, aku bukan aku yang sekarang, kau pun tahu kan sejarah hidup aku.”
“Apa saja keputusan kau, aku akan sentiasa sokong, tapi kahwin ni bukan perkara main-main, tambahan pula dengan orang yang bukan kau cinta, jadi kau fikirlah masak-masak. Lagipun ini hidup kau, bukan mama kau yang nak melalui semuanya nanti, semuanya atas bahu kau sendiri.”
Perbualan mereka terganggu seketika dengan bunyi telefon bimbit Shuhada.
“Mama aku,”
Shuhada segera menjawab panggilan itu.
“Huda dengan Nab ni, dia ada ni kalau mama nak cakap dengan dia. Mama aku nak cakap,”
Telefon bertukar tangan, Nabila berbual seketika dengan Badariah, didalam hatinya terasa geram juga dengan sikap Badariah itu, tapi tidak disuarakannya, bimbang Shuhada berkecil hati pula.
“Apa mama aku bagitau kau ? Sejak akhir-akhir ni macam itu lah, asal aku keluar saja, telefon mesti tak diam, takut aku keluar jumpa dengan Wan. Agaknya kalau ikut hati dia tu, esok juga dia nak kahwin kan aku dengan Is kot.”
Ada nada geram pada suara Shuhada.
“Mungkin ada hikmah semua ini, mama kau pesan pada aku suruh nasihatkan kau, itu saja.”
******************************************************************
Lama Shuhada berteleku di atas sejadah, memohon ketenangan daripada Yang Maha Esa. Terasa tenang seketika, namun apabila terbayangkan wajah Ikhwan, sebaknya kembali menyesak dada. Shuhada nekad, sebagai anak terbuang dia terlalu banyak berhutang budi dengan keluarga ini. Demi kebahagiaan ibunya, dia sanggup berkorban. Walaupun kebahagiaannya yang menjadi pertaruhan.
Ikhwan bingung dengan sikap Shuhada yang tiba-tiba berubah. Perubahan mendadak itu menimbulkan rasa curiga Ikhwan. hampir dua minggu dia tidak bertemu dengan Shuhada, selama itu jugalah mereka jarang menghubungi satu sama lain. Namun permintaaan Shuhada untuk berjumpanya pada hari ini membuatkan hatinya sedikit lapang. Ini lah peluang yang ditunggu oleh Ikhwan untuk mendapatkan penjelasan daripada Shuhada. Jauh di sudut hatinya, dia seakan dapat merasa sesuatu yang buruk, tetapi fikiran itu segera di buang jauh-jauh. Dia terlalu takut kehilangan Shuhada.
Shuhada menarik nafasnya dalam-dalam, dia cuba berlagak setenang yang mungkin. Dari jauh sudah kelihatan susuk tubuh Ikhwan, rindunya kepada Ikhwan tidak tertanggung lagi. Jika diikutkan hatinya, mahu sahaja dia lari bersama lelaki itu. Tetapi akal warasnya tidak membenarkannya berbuat begitu.
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumsalam..”
Shuhada mengukirkan senyuman kepada Ikhwan, namun ternyata senyuman itu begitu hambar sekali. Shuhada mengambil tempat duduk yang bertentangan dengan Ikhwan. Ikhwan merasa hairan apabila Shuhada menghulurkan sebuah kotak kecil kepadanya. Ikhwan begitu mengenali kotak kecil yang berwarna hitam itu, namun dia tetap menyambutnya daripada tangan Shuhada.
“Kenapa bagi pada B, ni kan ayang punya?”
Ikhwan meletakkan kembali rantai tangan berwarna silver itu di hadapan Shuhada.
“Saya tak boleh menyimpannya lagi.”
Perbualan mereka terganggu dengan kehadiran pelayan yang datang membawa pesanan. Ikhwan memandang wajah Shuhada, memohon penjelasan.
“Saya mahu, hubungan kita sampai sini sahaja.”
Bertambah hairan Ikhwan mendengar kata-kata Shuhada.
“Tapi kenapa? B ada buat salah? Kalau ada, B minta maaf, tapi jangan lah sampai nak putuskan hubungan ini. Janganlah bergurau sampai macam ni sekali, B tak sanggup kehilangan sayang.”
Ikhwan cuba memujuk Shuhada sambil menggenggam erat tangannya.
“Tak boleh…”
Shuhada tidak dapat meneruskan kata-katanya, hatinya pedih, air matanya tidak dapat di tahan lagi. Mereka masing-masing membisu, minuman di atas meja langsung tidak terusik.
“Kenapa ni sayang? Jangan buat macam ni dengan B boleh tak? Kan kita dah janji, kalau ada masalah bincang sama-sama.”
“Minggu depan mama nak saya bertunang dengan Iskandar.”
Ternyata berita itu mengejutkan Ikhwan, terasa terhenti degupan jantungnya. Dia memandang tepat ke wajah Shuhada yang basah dengan air mata. Dia tahu Shuhada tidak bergurau dengannya, air mata itu telah menerangkan segala-galanya.
“Siapa Iskandar tu?”
Shuhada tidak menjawab pertannyaan Ikhwan itu, sedaya upaya dia menahan air matanya.
” Maafkan saya, ini kehendak mama.”
Bergetar suaranya menahan sebak yang memenuhi dada.
“Kehendak ayang pula bagaimana? Ini hidup ayang, tolonglah, bagi peluang pada B, kita jumpa mama sayang, biar B terangkan segala-galanya.”
“Tak boleh..”
“Please sayang, jangan buat B macam ni..”
“Maaf kan saya..”
Shuhada bersuara untuk sekian kalinya kepada Ikhwan. Perlahan dia menarik tangannya dari genggaman Ikhwan, lantas bangun dan berlalu meninggalkan Ikhwan. Shuhada tidak berpaling lagi, sedangkan Ikhwan pula begitu mengharap agar Shuhada kembali berpaling mendapatkannya. Namun harapannya cuma tinggal harapan, akhirnya gugur jua air mata lelakinya.
************************
Sudah sebulan berlalu, Shuhada tidak lagi menghubunginya, dia termenung lagi, pandangannya di halakan ke halaman rumah. Sudah seminggu dia berada di kampung, ingin mencari ketenangan.
Di matanya terbayang peristiwa sebulan yang lalu, peristiwa itu yang telah membawanya pulang ke kampung, mencari ketenangan.
“Kau ni tak faham bahasa ye ? Minggu depan Shuhada nak bertunang, jadi jangan ganggu dia lagi.. kau nak aku cakap bahasa apa ? “
“Aunty, kami saling menyanyangi, kenapa tak beri kami peluang untuk bersama ? “
“Ish.. ! malas lah aku nak layan, kalau Huda sayangkan kau, dia tak akan setuju dengan pertunangan ni, tapi sekarang dia dah setuju, jadi sekarang dia dah tak ada apa-apa lagi dengan kau.. ! Baik kau pergi sekarang sebelum aku panggil polis, sudah lah suka-suka redah masuk rumah orang, lepas tu nak buat kacau pula. “
“Tapi aunty… “
Badariah terus menutup pintu rumah dengan keras, mungkin sakit hati dengan sikap Ikhwan yang sedari tadi tidak mahu berganjak dari rumahnya. Ikhwan menanti di hadapan rumah itu sehingga hari gelap. Dia tidak pedulikan orang sekeliling yang memerhati. Dalam kegelapan malam, Ikhwan terlihat kelibat Shuhada yang memandangnya dari arah beranda banglo besar itu. Beberapa minit kemudian dia terdengar suara Shuhada dan Badariah saling bertingkah, tapi butir bicaranya tidak jelas. Selepas itu sedar-sedar saja Shuhada sudah berdiri terpacak di belakangnya.
“Awak, balik lah, tak elok macam ni, kalau awak sayangkan saya, awak balik lah.. “
“Kan B dah bagitau, B nak jelaskan semuanya pada mama ayang, B nak dia tahu tentang cinta kita. “
“Saya kata balik, balik lah.. ! Awak suka tengok keluarga saya malu kan ? Tu tak nampak orang memandang ? Di sini tempat orang baik-baik, awak duduk sini dari petang tadi sampai dah malam ni. Awak tak fikir ke apa orang akan kata ? Keluarga saya ada maruah, awak jangan nak malu kan kami dengan berdiri tegak di hadapan rumah saya ni, macam orang tak ada maruah, tak tahu malu ke ? ! Tolong lah, pergi dari sini.. ! “
“Huda, aku buat semua ni kerana kau, tapi kau tak hargai langsung kan.. Aku pun ada maruah, tak perlu nak bercerita tentang maruah pada aku.. tak perlu nak hina aku.. ! Mulai hari ini, aku tak akan ganggu hidup kau lagi.. ! “
Ikhwan tidak menyangka sama sekali Shuhada sanggup mengeluarkan kata-kata itu kepadanya, terasa sesak dadanya apabila terkenangkan gadis itu.
Nokiah sekadar memerhati gelagat anaknya itu dari jauh. Sejak pulang seminggu yang lalu, Ikwan tidak banyak bercakap, asyik termenung, tidak seperti selalu. Dulu anaknya itu kuat mengusik, riuh rumah ini dengan suaranya. Hatinya sedikit terusik dengan perubahan itu.
Ikhwan kembali ke alam nyata bila terasa bahunya ditepuk,
“Apa yang di menungkan tu ? Orang yang jauh jangan dikenang-kenang lagi, dah jadi milik orang pun.”
Ikhwan tersenyum tawar mendengar kata-kata ibunya itu.
“Mak dari mana ni?”
“Dari dapur le, nak keluar ke mana? Tulah, termenung je, sampai dah tak perasan mak kat rumah ni. Kamu dah sembahyang belum ni?”
“Err.. belum..”
“Dah pukul 5.30 ni, dah, jangan di ikut sangat hati tu, sampai sembahyang pun lupa, apa nak jadi?”
Ikhwan sedikit terpukul dengan kata-kata Nokiah, pantas dia bangun untuk menunaikan tanggungjawabnya.
“Apa nak jadi anak bujang awak tu? Sampai sembahyang pun lupa, apa sangat ada dengan budak KL tu? Kat sini berlambak perempuan yang nak kan dia, taknak pula dia, budak perempuan KL tu jugak yang digilakan nye..”
Panjang bebelan Nokiah kepada suaminyanya.
“Dah nak buat macam mana, yang itu dia berkenan, awak bukan tak kenal dengan Wan tu. Nanti elok le tu, budak perempuan tu pun dah nak bertunang kan.”
“Sudah lah, jangan di sebut-sebut lagi tentang perkara tu, mana pula awak tahu dia nak bertunang?”
“Hari tu saya ada bersembang dengan Wan.”
“Kita kahwin kan je lah Wan tu, biar dia lupa dengan budak tu.”
“Awak jangan cari pasal Kiah, biar le si Wan tu, tak lama lagi elok le, dah, jangan terfikir pun rancangan mengarut awak tu. Biar lah dia cari isteri sendiri.”
Nokiah tidak membalas kata-kata suaminya itu, namun dalam diam dia tetap membuat perancangan untuk Ikhwan.
*******************************

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: