Novel : Rasa Cinta 1

Nama Pena : Hany Nafisya

Oktober 2008

Alamak! Dah pukul 4.37 petang! Aku dah lambat neh. Mampus aku kena dengar ceramah free Zalia nanti. Getus Arisya di dalam hati. Dia mula teringatkan bebelan Zalia seminggu yang lepas gara-gara dia terlambat sampai untuk Graduation Day. Dia terkocoh-kocoh menuju ke perhentian bas yang terletak tidak jauh dari situ.
Semuanya gara-gara sikapnya yang mengambil mudah tentang beberapa perkara sejak dua menjak ini menyebabkan dia terlepas bas yang sepatutnya dinaiki. Terpaksalah dia mengambil bas yang berikutnya. Bak kata pepatah, malang tak berbau dan sudah jatuh ditimpa tangga pula. Selepas satu, satu pula masalah yang muncul. Tayar bas yang dinaikinya pancit menyebabkan sekali lagi dia terpaksa menanti bas yang berikutnya. Hendak menahan teksi, tiada satu bayang teksi pun yang kelihatan. Entah kenapa nasibnya begitu malang pada hari itu.
Sesampainya dia di universiti, Zalia sudah sedia menunggu dengan ceramahnya. Sakit jugalah telinga akibat terpaksa mendengar leteran gadis itu. Pot pet pot pet. Seperti seorang ibu meleteri anaknya saja. Kalau diikutkan hatinya yang panas, hendak saja dia menyumbat mulut Zalia dengan kamera yang dipegangnya. Nasib baiklah dia masih sayangkan kamera itu, jika tidak, sudah tentu kamera tersebut menjadi mangsa amarahnya.
Manalah bas neh? Asyik lambat aje. Laa… patut pun. Aku salah bus stop rupanya. Kenapalah bengong sangat. Arisya menepuk dahi. Tergesa-gesa dia melintas jalan.
“Kang tertinggal bas lagi. Trafford Center tu bukannya dekat. Tak kuasa aku nak menapak ke sana,” ngomel Arisya. Entah apa lagi yang terkeluar dari bibir comelnya itu. Mujurlah orang di sekeliling tidak memahami apa yang diperkatakannya. Ada juga yang memerhatinya dengan pandangan pelik sambil menggeleng. Mungkin berasa kasihan melihat seorang gadis yang cantik sepertinya sudah tidak siuman.
Entah di mana silapnya, secara tidak sengaja dia terlanggar seseorang. Secara automatik, matanya dipejam. Haruman Armani Code For Men menusuk hidung.
“Oh mak kau jatuh!” dia melatah. Alamak! Mat saleh mana pulalah yang aku langgar neh? Lantas Arisya membuka mata dan terpandang sekujur tubuh sasa milik seorang lelaki betul-betul di depan matanya. Tinggi orangnya. Ala-ala model gitu! Walaupun Arisya juga tidak kurang tingginya, dia masih terpaksa mengangkat kepala untuk melihat wajah pemuda itu. Handsome! Dengan cermin mata hitamnya, fulamak! Macho habis!
Tetapi mengingatkan kembali kisah hitamnya, Arisya cepat-cepat kembali ke alam nyata. Sejak kejadian tiga tahun lepas, dia sudah boleh dikategorikan sebagai anti-lelaki. Jadi, selalunya dia akan menutup mata saja apabila terpandang lelaki kacak. Dengan cara itu, dia yakin dia tidak akan jatuh cinta dan kecewa lagi.
Ada satu lagi sebab mengapa dia tidak begitu gemar bergaul dengan lelaki. Dia tidak mahu menjadi seperti kakaknya yang sering bertukar-tukar teman lelaki seperti menukar cadar. Walau bagaimanapun, semua itu bukanlah kehendak kakaknya. Salah lelaki-lelaki yang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain. Sejak di bangku sekolah lagi, Alisa sering menjadi mangsa. Kebaikan yang ditunjuk membuatkan mereka dengan sewenang-wenangnya mempermainkan perasaan orang lain. Seringkali kakaknya kecewa akibat ditinggalkan lelaki setelah mereka mendapat apa yang dihajati, iaitu wang ringgit.
Oleh sebab itulah, Arisya menjadi takut dan tidak pernah terlintas di mindanya untuk mencari teman lelaki baru walaupun rupanya memang boleh dikategorikan cantik sehingga kadang-kadang dia terperasan sendiri. Pernah juga beberapa kali dia menolak lamaran jejaka yang ingin mengambil dirinya sebagai teman wanita. Baginya, pelajaran lebih penting buat masa itu dan dia tidak mahu kecewa sekali lagi. Dia takut dia tidak kuat untuk menghadapinya sekali lagi membuatkan dia membekukan hatinya.
“Are you okay?” Teguran pemuda itu membuatkan Arisya kembali berpijak pada bumi yang nyata. Lelaki itu memegang bahu Arisya agar dia tidak jatuh.
“I,m okay. Thanks. But, please don\’t touch me!” katanya agak keras. Dia menepis tangan pemuda itu.
Hishhh… budak neh! Dia yang langgar kita, bukannya dia hendak minta maaf, dimarahnya kita balik.
“Sorry but…” Pemuda itu pun melepaskan pegangannya seraya menyambung, “You\’re the one who…” Dia menunjukkan ke arah dadanya di mana tangan Arisya masih kekal melekat di situ.
“What? Ermm… so… sorry.” Arisya termalu sendiri. Bila masa pulalah dia berpaut pada lelaki itu? Nasib baik lelaki melayu, jika tidak, entah apa yang akan berlaku agaknya? Mukanya sudah merona kemerahan. Arisya hanyut melayan perasaan dan menyumpah-nyumpah diri sendiri atas kelalaiannya.
“Actually… I\’m Zackri,” ucap pemuda itu memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Arisya tidak langsung mempedulikannya kerana masih berasa malu dan tangan yang dihulur ditarik kembali.
Tak sudi nak berkenalan dengan aku ke? Semakin sombong pula dia neh! Desis Zackri di dalam hatinya.
“I think that I\’ve seen you somewhere around the university before. You were studying architecture, right? Since I, …” Zackri mula bercerita.
Arisya sekadar memekakkan telinga. Entah apalah yang dibebelkan, dia tidak berminat untuk mendengar. Mengganggu ketenteraman awam aje dia neh! Nasib baik bas sudah sampai. Selamat aku. Getus Arisya.
Arisya pun mula melangkah naik bas double-decker yang amat terkenal di England. Di bahagian bawah sudah penuh jadi, terpaksalah dia naik ke atas mencari tempat duduk. Nasib baik masih ada beberapa tempat kosong. Lantas dia pun duduk di tepi tingkap. Zackri pula dengan selambanya duduk di sebelah Arisya.
Hishhh… kacau aje mamat neh. Tak boleh tengok aku senang. Asyik nak mengekor aje kerjanya. Apalah salah aku padanya? Aku terlanggar dia sikit aje tadi. Takdelah sampai kena bayar ganti rugi. Lagipun bukannya terlanggar dia dengan kereta ke lori ke. Banyak lagi tempat lain boleh diduduk. Mangkuk betullah dia neh! Nasib baiklah aku neh anti-lelaki aje, belum sampai tahap fobia dengan lelaki. Kalau tidak, tak fasal-fasal aje aku histeria. Bebel Arisya di dalam hatinya.
“Anyway Risya, are you going to Trafford Center?” Zackri memulakan bicara setelah melabuhkan punggung di sebelah Arisya.
Eh? Aku tak silap dengar kan? Dia panggil aku Risya! Arisya segera menoleh untuk bertanya tetapi dia terus memintas.
“Do you mind if I call you Risya?” soalnya.
“Memanglah tak salah tapi macam mana you tau nama I? Setahu I kan, I tak pernah pula beritahu nama I tadi?” Arisya bertanya dengan lembut. Sabar Risya, sabar. Mamat neh psycho kot. Habis semua fasal dirinya dia tau. Secret admirer dia ke? Tak pernah pula dia ternampak pemuda itu di universiti. Tapi memang patut pun, University of Manchester itu bukannya kecil.
“Kawan I selalu cakap tentang diri you. Dia tu minat sangat kat you, tapi you tak layan. Frust menonggeng dia dibuatnya. Seminggu tak nak makan.” Zackri ketawa kecil.
“Really? Sampai macam tu ke? Siapa kawan you tu? Macam tak kenal aje.” Boleh pula dia mengatakan bahawa dia tidak kenal padahal bulan lepas dia baru saja mematahkan niat suci murni seorang jejaka yang berasal dari Penang. Sudah berbuih mulutnya mencanang bahawa dia anti-lelaki. Jadi, kalau sudah dia sendiri yang mengaku, masih tak nak faham, tak tahulah nak buat apa lagi. Nak juga terhegeh-hegeh mencuba nasib. Mamat neh pun satu. Macam nak mengorat aku aje gayanya. Malas nak layan! Desis hati Arisya.
Setelah itu, Arisya hanya membisu dan di dalam hati mengharapkan mereka cepat sampai agar tidak berterusan berada di samping Zackri.
Sesak nafas aku. Oksigen, oksigen! Tolong, CPR!

* * *
“Manalah minah seorang neh? Kalau tak lambat memang tak sah. Dia tu tak sedar ke lepas aje kita balik ke Malaysia nanti kita dah nak start kerja? Kalau macam inilah perangai dia, aku confident 100%, dia akan kena pecat tak sampai seminggu,” bebel Zalia. Dia melihat-lihat keluar Starbucks, mengharapkan kawan rapatnya itu akan sampai. Sudah 45 minit mereka menunggu. Memang sudah nama pun janji melayu. Dia sekadar mampu menggeleng mengenangkan perangai Arisya.
\”Ala… kau neh Zalia. Macamlah tak biasa. Kadang-kadang tu aku tengok kau neh boleh jadi mak dialah. Asyik membebel aje kerja kau,\” ujar gadis hitam manis yang bernama Nur Hanis.
“Yalah. Kita neh pun datang sini nak celebrate. Tak lama lagi kita semua dah nak berpisah. So, be happy, okay? Janganlah kau memeningkan kepala kau fasal Risya tu. Dia tak akan sesat punya. Dia dah besar panjang. Lagipun, pandai-pandailah dia call kalau ya pun dia sesat. But, are you sure that she knows where should we meet? Kang dia tertunggu-tunggu kat Starbucks lagi satu, tak fasal aje. Trafford neh besar,” Marina pula bersuara. Marina yang dahulunya pernah bersekolah dengan Arisya memang sudah kenal sangat perangainya yang sering tersilap dengar. Lain tempat yang dijanjikan, lain tempat pula dia pergi. Haihhh… nasiblah dapat kawan macam itu.
“Ya tak ya juga. Kejap aku call dia.” Lantas dia mengeluarkan telefon bimbitnya yang canggih-manggih itu. Terus dicari nombor Arisya dan didailnya.
“Oit cik kak! Mana kau neh? Penat tau kita orang tunggu kau. Kau tak silap Starbucks kan? Kita orang tunggu kau kat Starbucks The Orient tau, bukan Peel!” sergah Zalia sebaik sahaja Arisya menjawab panggilannya.
“What? Siapa? Baik kau jalan cepat-cepat. Hah? Zackri? Mamat law yang handsome tu ke? Kau tak kenal dia? Normallah tu. Kau mana nak ambil tau dunia jejaka tampan kat sini. Yang kau tau, minah cun aje. Macam lesbian pula aku tengok. Hehehe… sorry, babe. Okey, cepat tau. Kalau tak, kita orang tinggal kau tercongok kat sini. Hahaha…” Marina dan Nur Hanis hanya menjadi pemerhati Zalia yang menggawang-gawangkan tangannya apabila bercakap. Tidak kira dengan siapa dan di mana. Memang sudah menjadi tabiatnya begitu.

* * *
“Risya! Sini, sini!” Zalia melaung memanggil Risya yang kelihatan mencari-cari mereka.
“I thought that we\’ll be waiting sampai ke tua,” perli Marina. Arisya hanya tersengih mendengar kata-kata Marina. Dia sedar dia yang bersalah walaupun bukanlah seratus peratus kesalahan tersebut berpunca daripadanya. Jadi, pekakkan aje telinga.
“Sorry, girls. Aku tiba-tiba aje sakit perut sebelum keluar rumah tadi. Lepas tu, terlanggar pula seorang mamat psycho neh. Tak fasal-fasal aku kena dengar dia berceloteh,” Arisya mula mengemukakan alasan yang dirasakan logik walaupun memang ada betulnya. Bahagian dia terlanggar mamat tu ajelah. Yang lain, hanya rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.
“So, ceritalah fasal mamat psycho tu. Zalia cakap mamat tu, Zackri yang handsome dan popular tu. Betul ke? Bertuahnya kau. Aku neh dah lama teringin nak berbual dengan dia tapi dalam mimpi ajelah. Dengar-dengar dia tu jenis tak melayan perempuan. Tapi aku hairanlah, macam mana pula dia boleh bertegur sapa dengan kau? Siap ajak berbual-bual lagi. Dia minat kat kau tak?” tanya Hanis tidak sabar.
Memang sejak dahulu lagi Hanis sudah terminat pada Zackri. Zackri memang agak popular di kalangan pelajar Malaysia di situ kerana rupanya yang tampan, pandai berbahas, maklumlah bakal peguamlah katakan, bijak dan sekarang, dia baru saja mendapat Masters in Law.
“Kau neh jangan nak merepeklah. Mamat psycho macam tu kau kata minat kat aku? Hishhh… tolonglah. Seram aku. Kenal pun tidak, tiba-tiba aje dah tau nama aku. Lepas tu, aku ambil architecture pun dia tau. Macam-macamlah yang dia tau. Macam nujum Pak Belalang pun ada juga. Siap nak panggil aku Risya tau!” Arisya benar-benar tidak bersetuju dengan pendapat sahabatnya itu.
Mereka terus bergelak ketawa dan bersembang dengan rancak tentang Zackri dan meneruskan rancangan mereka untuk berparti sempena menamatkan pelajaran masing-masing di bumi asing itu. Tidak lama lagi, mereka akan pulang ke tanah air untuk menempuh alam pekerjaan. Marina akan pulang ke Johor Bahru kerana ibu bapanya telah berpindah ke situ sejak dua tahun yang lepas manakala Nur Hanis pula akan pulang ke Melaka. Arisya dan Zalia pula akan pulang ke Kuala Lumpur.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: