Novel : Rindu Mencumbui Zaman 5

Nama Pena : jessie lee suan cui

Tawa Nurin meledak. Dia tidak menyangka bahawa kekasihnya dan sahabat baiknya tergamak mempermainkan bakal abang iparnya, Zulkarnain.

“Eh, sape punya idea nih??” soal Nurin sambil menahan tawanya yang masih bersisa itu. Zizuan dan Zaza saling berpandangan. Senyuman diukir di bibir masing-masing.

“Saya punya..” Zaza mengaku. Nurin terperanjat.

“Awak punya?? Ingatkan Zuan punya..” Nurin tertawa lucu. Dia terkejut. Seingat dia, Zaza bukannya suka mempermainkan orang lain.

“Eh, tapi saya rasa .. abang saya tu syok kat awak la..” Zizuan berseloroh. Terjegil biji mata Zaza dibuatnya. Sejurus itu, sebuah tamparan hinggap di bahu Zizuan. Nurin tertawa.

“Memang pun.. sebab kalau ikut perangai bang tu.. dia pasti akan bagi awak kerja lagi.. kalau awak siap awal.. kalau siap lambat, lagilah teruk kena marah..” Zaza terdiam. Dia mengakui hakikat tersebut. Bukannya dia tidak pernah mendengar khabar angin tentang pihak atasannya itu. Bahkan dari mulut Nurin sendiri, dia pun pernah dengar.

“Jadi kan.. saya rasa awak ni kakak ipar saya lah..” Zizuan berkata-kata. Jantung Zaza berdebar-debar. Dia menjadi tidak keruan.

‘Eh.. apa aku ni?!! Nape debar pulak??’ Zaza cuba menahan gelodak jiwanya.

“Hmm.. Zuan , rasanya kita bertiga ada jodoh la.. Kalau kita ni okay.. Zaza akan jadi kakak iparku, kan??” Dengan mesranya, Nurin memaut bahu kekasihnya. Zizuan tersenyum manis. Zaza sekadar mencebik.

“Isyhh.. syok sendiri la awak ni.. Zuan ni tak semestinya kahwin dengan awak tau!!” Zaza bergurau. Hakikatnya, cinta yang terjalin antara dua sahabat baiknya ini memang kukuh.

“Eh, Zaza.. saya ni memang dah confirm.. dah booked Nurin ni..” Senyuman Nurin meleret. Dia menjelirkan lidah ke arah Zaza. Zizuan dan Zaza sekadar menggeleng-gelengkan kepala masing-masing.

XxxXxxx

Zulkarnain menekan punat interkomnya.

“Hello, tuan. Apa hal tuan hubungi Cik Zaza?” Suara setiausaha Zaza, Mikki, berada di talian.

“Er.. tolong sambungkan talian kepada Za.. er.. Cik Zaza..” Tergagap-gagap pula suara Zulkarnain. Mikki hairan.

‘Peliknya bos ni.. macam nampak hantu je.. hehe.. lagipun, bulan ni kan hari hantu.. hehe..’ Mikki berdetik. Menurut kalender Cina, bulan Julai merupakan bulan hantu.

Setelah menyedari bosnya sedang menunggu di ‘seberang talian’, dia lantas menyambungkannya kepada Zaza.

“Cik Zaza, bos cari..” Zaza terkejut.

‘Bukan ke dia suruh aku rehat? Tak fasal-fasal cari aku pulak!!! Apa ni??’ Zaza menjadi tidak keruan.

Mikki berdehem.

‘Isyhh!! Dua insan ni ada apa-apa ke??’ Mikki berteka-teki sendirian.

“Mikki, tolong cakap kat bos, saya tak sihat..” Mikki bertambah hairan.

‘Tak sihat? Ke berkhayal sampai sakit kepala??’ Mikki ingin sahaja melontarkan soalan tersebut. Namun, keberaniannya terbatas.

“Mikki…” Mikki tersentak. Dia beristigafar.

‘Tiba giliran aku pulak..’ Dia sempat mengutuk perbuatannya tadi. Zaza memutuskan talian.

“Bos, Cik Zaza tak sihat..” Mikki menyampaikan pesanan Zaza sebentar tadi. Zulkarnain hairan. Dia lantas memutuskan talian dan mencapai kotnya. Ventilator dicapai dan Zulkarnain menekan punat ‘off’. Pintu bilik pejabatnya ditutup rapat.

Mikki meneliti gagang telefon. Tanda tanya berlegar-legar di dalam kotak fikirannya.

XxxxXxxx

‘Bagus jugak aku jalan-jalan kat sini..’ desis Zaza sendirian sambil menghirup udara yang segar di Pantai Remis. Samudera biru menyamankan udara di pantai tersebut. Dia tidak mengajak Nurin kerana tidak ingin menjadi ‘kacau daun’. Maklumlah, orang yang sedang bercinta memang memerlukan privacy. Zaza tersenyum sendirian. Senyumannya meleret apabila dia mengenangkan gelagat Zizuan dan Nurin yang kadang-kadang mencuit hatinya.

Tidak semena-mena, hatinya dililit rasa cemburu. Bukan niatnya untuk dengki dengan rakannya yang bahagia, cuma Zaza juga ingin bersama-sama menghabiskan masa dengan orang yang dicintainya. Tiba-tiba, bayangan Zulkarnain muncul. Mata Zaza yang terpejam rapat lantas dibuka. Dia meraup mukanya sambil mengeluh.

‘Zulkarnain… aku ni dah cinta dia ke??’ Zaza menyoal dirinya.

XxxxXxxXxxx

Zulkarnain memakir kereta BMW 5 Seriesnya di tempat yang disediakan di tepi Pantai Remis. Dia tidak tahu mengapa, hatinya tergerak untuk mengunjungi Pantai Remis ini. Pantai Remis merupakan destinasi kunjungan kegemarannya bersama-sama adiknya, Zizuan.

Sebelum SPM, dia dan adiknya sering mengulang kaji pelajaran di pantai ini. Beberapa tahun yang lalu, Pantai Remis tiada begitu ramai pengunjung. Oleh itu, Zulkarnain dan Zizuan telah memilih Pantai Remis sebagai tempat mengulang kaji dan tempat bersiar-siar bagi menenagkan perasaan.

XxxxXxxx

Anak mata Zulkarnain sempat menangkap kelibat Zaza. Dia menjadi tidak keruan. Dia menyelukkan kedua-dua tangannya ke dalam saku slack hitamnya. Tindakan Zulkarnain ini lebih menyerlahkan ketampanannya.

Zulkarnain berpura-pura tidak menyedari kehadiran Zaza di pantai tersebut. Biarlah Zaza sendiri yang menyedari kehadirannya. Hatinya melonjak-lonjak ingin mengetahui tahap inisiatif Zaza. Jika Zaza yang menyapanya terlebih dahulu, mungkinkah Zaza menyimpan perasaan terhadapnya?

‘Argh!! Aku ni syok sendiri betul!!!!!’ Kerunsingan Zulkarnain semakin menjadi-jadi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: