Novel : Suratan atau Kebetulan 3

Nama Pena : Zamita Syaqis

Bab 3

“Mana pulak Sharul dan Dayana ni. Kata tunggu kat sini. Dah dekat satu jam lebih aku duk menunggu. Batang hidung pun tak nampak,”omel Syafira.

“Ini la janji melayu. Kata pukul 10 pagi tapi pukul 11 lebih pun belum juga nampak bayangnya. Eh..jap..tapi orang cina dan India pun lewat juga. Ada juga yang tak tepat janji. Ermm.. sapa la yang letak perkataan tu janji melayu. Kesian bangsa melayu ni. Eh aku la bangsa melayu. Hish tak boleh jadi ni.. Patut letak janji mecind (me=melayu + cin=cina + ind=India). Hahaha..lawak-lawak..rosak bahasa….ibb..,”belum sempat Syafira mengomel dia telah terlanggar sesuatu.

Buk!!!

“Aduh!!sakitnya,”Syafira menggosok hidungnya yang berlaga dengan seseorang.

“Maafkan saya. Cik tak apa-apa ke?”tanya lelaki tersebut.

“Ermm..tak apa-apa…sikit je ni,”jawab Syafira.

“Ye ke..kalau macam tu boleh la Cik bangun sekarang kan?”pinta lelaki tadi.

“Ha.. bangun?,”Syafira hairan.

Syafira cuba mengamati keadaannya kini. Alamak malunya. Dia berada di atas dada sasa lelaki itu. Dengan segera dia bangun. Belum pun sempat dia bangun, dia terjatuh semula ke atas dada sasa lelaki itu.

“Aduh!! Serentak mereka mengadu kesakitan.

Syafira cuba membuka matanya. Tidak sanggup untuk melihat keadaannya kini untuk kali kedua jatuh diatas lelaki itu. Dalam paksa dia cuba juga membuka matanya. Takkkan hendak berkeadaan macam tu. Apabila dia membuka mata alangkah terkejutnya dia. Bulat mata Syafira memandang lelaki itu. Mukanya sangat hampir dengan lelaki itu. Hanya jarak satu inci saja. Boleh di rasa hembusan nafas antara mereka. Cepat-cepat Syafira bingkas bangun. Membetulkan keadaan baju kurungnya. Malu yang teramat sangat ketika ini.

“Maaf..tak sengaja..saya terpijak kain tadi,”Syafira menutup mukanya dengan fail yang ada ditangan. Tidak sanggup memandang lelaki di hadapannya.

“Tak apa..bukan salah awak pun. Saya yang patut minta maaf. Sebab saya awak terjatuh. Saya hendak cepat. Tak perasan awak ada kat sini,”lelaki itu bersikap professional.

“Tak kita sama-sama salah. Masing-masing nak cepat. Benda dah jadi nak buat macam mana.,”Syafira masih menutup muka dengan fail.

“Kira kosong-kosong la ni ye. Saya Jefry Adam. Selamat berkenalan. Awak?,”Jefry mencari-cari wajah Syafira dibalik fail tersebut. Ye la tak sedap bercakap tanpa melihat muka.

“Siapa tanya nama awak,”omel Syafira

“Memang awak tak tanya. Saya saja nak bagi tahu. Kan baru kenal, kena la bagi tahu nama. Tak kan nak panggil….aku..kau..kan tak manis bahasa tu,”terang Jefry.

“Boleh apa bahasa awak..saya..ok je tu. Tak la teruk sangat pun,”jawab Syafira.

“Ok la…awak…saya nak gerak dulu. Hal tadi lupakan aje,”Syafira mula untuk melangkah. Rimas berdua-duaan dengan lelaki yang baru dikenalinya itu.

“Gerak? Gerak apa? Gerak khas ke?,”soal Jefry hairan. Apa bahasa la perempuan ni pakai.

“Gerak khas?.Bila masa pula aku masuk gerak khas ni. Apa punya orang la. Aku kata nak jalan dulu,”omel Syafira perlahan. Takut di dengari oleh Jefry.

“Apa awak cakap? Kurang jelas la pendengaran ni,”pinta Jerfy.

“Ha..tak dengar. Ermm..bagus la. Balik rumah nanti tolong gerudi telinga tu. Bagi besar sikit. Baru boleh dengar dengan jelas,”Syafira masih menyembunyikan wajahnya di sebalik fail.

“Gerudi?Apa tu gerudi,”soal Jefry. ‘Pelik betul la bahasa perempuan ni .Entah bahasa apa la dia pakai,Telinga aku disamakan dengan gerudi.Gerudi tu apa benda?’detik hati Jefry.

“Apa-apa aje la. Saya gerak dulu. Assalamualaikum,”Syafira melajukan langkahnya. Tidak mahu lebih lama dengan lelaki yang membahasakan namanya Jefry Adam.

“Waalaikummussalam. Tapi awakkk…,”belum sempat Jefry bertanya nama, Syafira sudah menghilang. Macam iklan chipsmore la pulak. Sekejap ada, sekejap tak ada.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: